Jan 9, 2024

Percutian Akhir Tahun 2023 ~ Jalan-jalan Semporna Part 1

 Alhamdulillah..

Direzekikan Allah untuk balik kampung bulan Dec tahun lepas. Balik kampung 20hb malam..balik sini 31hb ptg.

Kisahnya..Jalan-Jalan Semporna ni tak dirancang dari awal pun. As usual..hehehehe
Memula B tanya ada nak gi mana-mana tak? ingat lagi masa tu hari khamis..aku kata kalau dapat g Semporna pun best kut..sebab aku tak pernah sampai sana lagi. So malam tu baru sibuk cari homestay nak kereta sewa. B la pun yang tukang cari..aku tukang setuju je 😁

Alhamdulillah..rezeki anak2. Dipermudahkan untuk kami semua urusan. Jumaat ptg dapat cari keta..malam g amik n pagi Sabtu gerak dari Papar (kampung aku). Tengok kat gugelmep 8 jam 50 minit travel..hahaha. Tapi walau pn jauh enjoy je semua. 

Cadangnya Sabtu terus ke resort.. tapi memandangkan nak sampai pekan Semporna pun dah kul 5p.m rasa rugi pulak. So lg 15 minit sampai pekan tu aku try cari kt Booking.com homestay yang dekat2..sebab kata better tidur dulu 1 malam di pekan..esok pagi baru naik bot. Dan alhamdulillah..dapat yang reasonable n selesa sangat.

Hari Pertama 

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah keluar..pakai baju mandi sesiap. Lepas breakfast terus ke jeti untuk naik bot. Dalam kul 9 lebih camtu baru bot sampai. Naik bot ke Lato-lato resort untuk letak barang-barang je pastu terus island hoping dan snorkeling.

Memula sekali dia bawa ke Timba-timba Island. Pulau and pantainya kecil je..takde apa sangat tapi yang pasti air laut n pasirnya yang putih memang cantik sangat. Sempat la snap gambar sikit..panas terik wehhh..


Semua tengah silau 😂

Topi dan sunglass memang berguna sangat kat sini 😅

Izinkan pama bergedik-gedik sebentar..



Lepas dari Timba-timba kami ke Pulau Pandanan untuk snorkeling..tk ingat berapa lama tapi yang pasti sampai penat dan kelaparan 😅 Then ke Pulau Bum-Bum untuk lunch. Oh yer..pakej yang B amik ni sekali dengan 4 kali makan (breakfast, lunch, minum petang dan makan makan) Lepas lunch snorkeling lagi sebelum balik ke resort.


Share 1 video snorkeling

Sampai resort dalam pukul 2 lebih. Semua terus mandi dan tunggu masa untuk minum petang. Lupa sangat nak snap gambar bilik. B amik 2 rumah..1 rumah untuk HannaNuhAuni..1 queen & 1 single.  1 lagi Pama dan ImtiyAzfar dapat rumah paling hujung..1 king, 1 queen dan 1 single. Memang selesa dan berbaloi sangat2.


View dari tingkap bilik


Ketika air pasang..seram jugak kan 😂

Sempat amik video lepas minum petang di area 'cafe'

Ok cukup la kut cerita hari pertama. Dah lama sangat tak blogging ni rasa macam dah tak reti pulak nak bercerita.. walaupn keinginan nk bercerita tu ada je..hihihihi


Nanti la pulak sambung..bila tu harap2nya tak lama la 😁




May 12, 2023

Hari Konvo & Penyampaian Hadiah NuhAuni

Ya Allah..bila tgh kt draft ada 100 stories sy tk share. Termasuk la entey yg ni. Skng budaknya pn dh tingkatan 3 🤣

……………

Ahad baru ni 16.11.2014, hari konvo kakak..dan hari penyampaian hadiah untuk Auni. Bukan diorang je excited..mama pun sama :) Mau taknya..dah berhari-hari prektis ok.
Kakak lagu2 Frozen & Auni lagu Gummy Bear..yang ni first time mama dengar..huhuhu.
Sebelum tu ticer memang dah pesan, bebudak kena ada kat venue kul 7.30..sebab nak siapkan diorang kan makan masa. Event start kul 9.30. So mama bangun awal buat bekfes..spaghetti goreng jer. Diorang makan sikit pastu papa hantar..buat kat Cahay* SP*..dekat jer ngan umah.

Haihhh..dulu masa hanya guna laptop/pc n broadband rajin pulak update blog. Ni dh blh guna fon 2 or 3 tahun sekali bru nk buka n share cerita. Kihkihkih..so dh ada dalam draft ni aku share je la kan..zasssss plk Tempek gambar je mcm biasa.. tu pun recycle gambar yang dah post kat pesebuk. Gambar tak mengikut turutan..boleh la kan..hihi
    
F.a.m.i.l.y P.o.t.r.a.i.t
 
  Kakak dan kawan2
 
Senyum..seronok dapat naik stage :) 

 
  
 
 
 

Feb 8, 2022

Positif Yang Negatif

 Assalamualaikum 

Posting terakhir adalah lebih kurang 3 tahun lepas.

Tetiba hari ni terlintas nak share di sini..

Kisahnya, sabtu lepas (29.01.2022) Hayyan demam panas. Demam on n off sehingga la ke hari Selasa. Masa ni kitorg sempat la pegi Cameron Highland 3 hari 2 malam. Yang ni nanti la aku share kalau rajin..ihiks.

Rabu kitorg gerak balik dari CH..alhamdulillah masa tu Hayyan dah tak demam. Aku pulak yang mula rasa tak sedap badan..tekak dah rasa gatal2. Sampai rumah kul 4 lebih..petang. 

Masih rasa x sedap badan tapi lepas Maghrib gagah jugak kuar g mamak ngan Hubby & ImtiyAzfar. Sementara tunggu order sampai aku menapak sikit gi Speedmart selang beberapa buah kedai dari kedai mamak. Beli covid test kit.

Lepas makan balik rumah, aku cakap kt hubby bagi aku tidur kejap kul 10.30 nanti tlg kejut sebab aku nk buat test. Kul 10.40 camtu baru hubby kejut..aku pn terus cepat2 bangun gi buat test.


Yah..result macam gambar di bawah ni..Positif!


Macam nk pitam rasa..so malam tu terus asingkan diri dari semua. Aku tidur bilik Abg Hannan, bawak barang yang perlu sekali. Malam tu memang dh rasa nak demam. Batuk dan sakit tekak jangan cakap la..perit.

Dipendekkan cerita...esoknya aku keluar gi klinik nak buat PCR..biar puas hati kan. Result pulak selepas 24 jam. Haihhh..penantian suatu penyeksaan tau.

Oh ya..lepas je buat test sendiri malam tu aku terus update geng camping aku bgtau tk jadi join sebab aku positif. Terkejut sgt diorang..tapi diorg tetap doakan aku sebenarnya negatif. Doa aku cepat sembuh semua. Aku pun siap whatsapp bosses kt ofis pasal result test kendiri aku. Boss sorang tu pn update dalam group office. Thanks kepada kawan2 yang pm bertanya khabar. Aku hargai sangat2..

Jumaat 04022022..

Kul 10 lebih geng camping bertanya khabar..tanya macamana result PCR. Aku kata dah check email, tkde result lagi. Borak2 lagi ngan diorg..diorang still positif, kata aku negatif covid. Hehehe..

Tengah scroll2 whatsapp baru perasan whatsapp dari klinik tempat aku buat PCR tu. Rupanya kul 9 lebih lagi dia dh sent result..aku je yang tk check..sebab duk fikir diorang akan emel result tu.. 


Alhamdulillah..result aku NEGATIF. Syukur sangat sebab selagi tk dapat result tu fikiran jd tak tenang rasanya.

Aku pn update hubby, adik beradik, bff dan geng camping. Alhamdulillah. Semua pn bersyukur. Geng camping siap kata nk nangis nk peluk bagai. So diorang ajak la jugak join camping.

Bila bincang ngan hubby, hubby memula kata aku masih tak sihat so kesian pulak nanti. bila aku bgtau kat hubby geng camping kata aku tkyah buat apa2..baring n rehat je nanti so hubby pn setuju. Katanya elok jugak aku dapat hirup udara segar..nanti boleh sihat sikit.

Makaaa..baru lah semua orang sibuk nak pack baju2 dan barang2 camping. Harraz la yang paling happy sebab dia suka outdoor activities. Masa dia dapat tahu mama positif dia terus tanya.."jadi kita tak jadi camping la?.." hehe..sedih pulak tgk muka frust dia. Bila dah rezeki kan..alhamdulillah Dia izinkan.

Dalam kul 3.40 camtu baru gerak gi campsite. Tak jauh pun..dalam sejam perjalanan je. 

Eh..macam dah masuk cerita camping pulak. Aku nak cerita bab covid je sebenarnya tadi.

Ok lah..saja simpan cerita ni kt sini sebagai kenangan.

BTW..tak tau macamana boleh dapat balik blog lama ni.. gembira rasa.