Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts

Aug 22, 2013

Raya Punya Cerita (WARNING: Hanya untuk reader yang rajin membaca jer sebab entry ni agak panjang)


Salam..

Nak stori mori pasal raya..kang lambat sangat basi pulak..(ada ke orang nak kisah basi ke tak..huhuhu :p)

Macam yang dah bagitau sebelum ni..kami bertolak malam raya. Dalam kul 10 lebih dari rumah..setelah siap pack segala mala barang yang nak dibawa. Sehingga nak berangkat tu masih lagi pack sikit2..huhuhu. Dari sekecil2 barang sampai la ke buaian Harraz (Penat je bawak..tak guna pun sebab dia boleh jer tidur tanpa buaian)

Kali ni tak saing ngan Ummi dan Baba (mertua ku)..hubby kata takut diorang lambat sebab nak tutup kedai lagi kan. Anak2 semua tidur..paling lena Harraz la..dari Shah Alam sampai Machang dia tido. Syukur alhamdulillah jugak sebab jalan tak jem, kul 5 kitorang sampai depan rumah arwah mok. Dan 5 minit kemudian ummi dan baba sampai walaupun diorang gerak lambat dari kami. (kami lambat sebab banyak kali berenti ;P)

Sampai jer terus punggah barang dari dalam keta..masa sampai tu Hannan & Nuha bangun..Cargas!! Dah setel bawak masuk barang dalam umah hubby dan mertua tidur..saya masih melayan anak2 yang dah bangun tu. Dan memang saya tak tidur pun sampai ke sudah walaupun budak berdua tu dah tidur balik.. :’)

Lepas subuh saya gerak semua orang..sebab baba kata kat situ kul 8.30 orang dah start solat sunat hari raya so kena bersiap awal walaupun balasoh (surau) dekat je ngan umah..jalan kaki jer.

Masa diorg gi surau anak2 masih tidur lagi..so saya gerak Auni dulu, siapkan dia kemudian Nuha, Harraz dan last sekali Hannan. Sambil tunggu diorang balik saya snap2 sikit gambar anak2. Syukur masa tu semua bagi kerjasama yang baik. Bila suami dan mertua balik dari surau saya masih tak siap..baru kelam kabut nak mandi :)



 

 



Masa tu baba dah ajak beraya gi umah saudara ummi..sebelah umah jer pun. Tapi kena la tunggu menantu dia ni mandi dan bersiap dulu. Alah..bersiap ala kadar je pun. Pakai lipstik tak..mekap apatah lagi :’) Saya suka jer beraya umah sebelah tu sebab tiap kali pagi raya diorg jamu nasi dagang. Memang superb nasi dagang ngan gulai ikan tongkol tu..dah orang kelantan sendiri yang masak kan. Anak2 pun berselera..hannan (dan mama) siap bertambah nasi..haha

Opss..sebelum tu, sebelum gerak gi umah sebelah tu amik gambar dulu. Saya la jadi tukang gambarnya. Nak tau tak sebab apa takde gambar kami sekeluarga 6 beranak???? Sebabbbb..hanya keluarga kecilku dan ummi & baba jer yang balik. So takde orang yang boleh disuruh amikkan gambar..tak sampai ati kut nak suruh baba or ummi yang snap..huhu. (Tapi hubby kata nanti amik gambar studio jer..yeahhh)  Adik2 ipar tak dapat balik sekali sebab cuti tak panjang..tak boleh ikut ummi dan baba. Biasa la kan, orang tua ni kalau balik kampung memang nak stay lama..lagi2 la jenis yang balik setahun sekali ni. So adik2 ipar ku semua beraya di Subang shj ;) Ipar semua lelaki.. orang lelaki ni kan bukannya nak kisah sangat pun pasal raya2 ni kan, lagi2 kalau bujang. Family abg ipar lak beraya ngan mertua dia.


Tok ayah memang malu bila kita amik gambar dia..tu yang senyum macam tu ;)..Gambar sebelum start beraya..
 
 
*Erkk..baru cerita hari pertama dah berjela-jela*


Raya Kedua
 

 
"Sementara tunggu papa masuk barang dalam kereta kita tangkap gambar dulu la mama.."

Dipendekkan cerita..raya kedua kami masih di Machang. Dalam tengahari baru kuar..gi ziarah kubur arwah mok & cik pastu gi rumah mok teh..sedara ummi , beraya sambil bincang pasal nak buat kenduri tahlil. Tapi kami takde la nak tunggu sampai habis perbincangan tu kan..terus la gerak gi Pasir Tumbuh. Umah poksu hubby..adik ummi. Dan dari situ terus gi homestay yang dah tempah awal2.. dekat senja baru nak sampai selepas mengharungi jem yang melampau :’).

Kalau korang nak gi kelantan dan tak tau mana nak duduk boleh la try gugel homestay ni.. musafirguesthouse.blogspot.com. Rumah ni kat Pengkalan Chepa..dekat sangat ngan airport dan dalam 20 minit ke bandar Kota Bharu. Tapiii..kami sewa bilik jer. Even bilik jer tapi sangat puas hati.. bilik luas, ada 1 katil queen dan 1 katil single. Diorang provide tikar dan toto jugak so selesa sangat untuk kami 6 beranak.. Murah sangat..RM80 untuk 1 malam (tapi kautim dapat la RM77 semalam ;p) bilik dia ada ekon dan kipas. Tak jumpa kut hotel yang selesa dengan rate macam tu..siap ada dapur, tv, fridge semua. Mesin basuh jer takde..hihi. Lupa nak amik gambar rumah.. rumah banglo 7 bilik. Hall dia atas bawah luas gila..puas anak2 bermain..berlari2.


Gambar bilik yang disewa..tikar tu homestay punya, toto pun ada tapi tak bentang lagi masa ni..

Malam tu lepas berehat kejap kuar beraya umah makcik hubby di KB..makan berat lagi even dah tengah malam..(menangis perutku terseksa) Pastu hubby ada hati ajak gi PCB..saya rasa cam tak sesuai je sebab harraz dah merengek nak tidur. Dak kecik tu sepanjang jalan dari Machang ke KB bukan nak tidur, kita sibuk nak berjalan baru la nak tidur..haishhhh..

Dekat kul 1 pagi baru anak2 semua tidur..makpak diorang tdo lambat sebab layan CCS hahaha.

Hari ketiga.

Bangun pagi hubby kata takyah mandi sebab dia ajak gi mandi laut..Pengkalan Chepa dekat jer ngan laut. Tapi jalan punya jalan..cari punya cari..tak jumpa pantai yang sesuai untuk mandi. So hubby kata kita gi PCB..sampai PCB jer dah tengahari. Anak2 dah kata tak nak mandi..nak main layang2 lak bila nampak orang jual layang2. Main layan2 tangahari buta kau..mama surrender, join kejap pastu lepak kedai makan ngan Harraz. Sy memang sensitive dengan panas terik..nnti cepat dapat migrain


Diorang pun joint mama bila dah tak tahan sgt ngan panas :)


(Eh..malas la nk cerita detail. Kita pendekkan cerita)

Dari PCB balik homestay semula..mandi2 dan rehat kejap. Pastu plan nak gi kenduri kawen adik member kat KB. Ermmm..bila anak2 semua penat dan tak cukup tidur maka plan tinggal plan. Harraz dan Auni bantai tidur sampai kul 4 lebih. Memang tak gi la kan..

Petang tu hubby ajak gi Rantau Panjang..first time nak pegi ni. Agak malang sebab tak tercapai niat jejakkan kaki ke Rantau Panjang..jem maha dasyat..*tarik rambut* So saya kata kat hubby kita patah balik. Tak sanggup la nak meredah jem tu..dah la dah petang sangat kan, tak elok.

Bila dah patah balik pung jeng jugok..huh. Tabah je la kan, kalau keta ada kipas cam heli tu dah lama dah terbang. Memandangkan tak dapat gi Rantau Panjang, hubby ajak gi Wakaf Che Yeh..masa tu gerai2 tak banyak lagi yang buka. Gi kejap jer sebab langit hitam macam dah tak sabar2 turunkan hujan. Masuk keta terus gerak gi Machang semula..gi kenduri tahlil. Tu pun jeemmmmmm jugak. Hubby sampai dah fed up :P Kul 9 lebih baru sampai machang..jem ditambah dengan sesat barat mencari umah mok teh yang dua tahun sekali baru nak gi tu kan…:D Sudahnya kenduri hampir selesai baru kami terpacak depan rumah.

Haishh..dah panjang sangat ni. Saya yang menaip ni pun bosan, yang membaca apatah lagi kan :’)

Nanti-nanti la pulak sambung cerita seterusnya..hihihi

 

 

 


Aug 9, 2012

Gambar Raya

Hari ni bila dengar lagu raya perasan tiba2 jadi seronok sakan..hihi. Walhal tiap hari peniaga2 kat sini pasang lagu raya. Mungkin sebab tengahari tadi dok belek2 gambar lama kat fesbuk :))

Ni ada gambar2 raya yang ada dalam simpanan. Gambar masa berdua rasanya ada tapi tak jumpa & tak ingat save kat mana. Yang jumpa ni jer la..huhuhu



Raya tahun 2007..masa ni hannan baru 6 bulan.


Raya kat kampung saya...*ikut turn khennn* Nuha ada tu kat dalam perut. Ada hati gak mak dia sarung baju kurung even sendat tang perut..haha. Nak raya sangat tuh.. ;P.. err..gambar tak syantek la pulak..


Raya 2009..Nuha dah besar sikit..behave jer depan camera. Tapi Nuha dulu tak macam Nuha sekarang. Dulu dia susah nak senyum dan sekarang ni tersangat la friendly..


Raya 2010..Auni baru 2 bulan. Muka makpak pun dah jauh berbeza dari jaman muda2..hihihi

Eh..baru perasan yang tahun lepas tak amik gambar raya macam ni..huhuhu. Tapi tahun lepas (dan tahun ini) masih berlima. Insyaallah next raya baru bertambah lagi sorang..Baru balance kut..;D

Ok..nak titun..selamat malam.......jumaat!

Oct 3, 2011

Entry Lepas Gian..

Bismillahirrohmaanirrohiiim..

Assalamualaikum w.b.t..

Semenjak-menjak nak cuti berbelog ni kan, dia punya intro kemain lagi kan..hihihi.

So far ok laa..boleh la bertahan gak tak update blog since ada kawan-kawan yang cool kat twitter and whatsapp.. :D *Lef..lef*
Isnin nanti secara rasminya blog akan ditutup so ada masa lagi seminggu ni untuk sembang-sembang. Eh silap, bukan ditutup terus ok, bercuti..lebih tepat :)

Kalau tak kuar lunch hour maka boleh la mengarang untuk hilangkan bosan dan mengisi masa sejam yang ada. Nak tidur rasa cam tak berbaloi sebab kang mata pejam tapi telinga terbuka, dengar jer orang bersembang kat surau tu..tak boleh tidur gak. Nak tidur kat tempat sendiri lak tak kuasa nak menahan lenguh2 pas bangun nanti..huhu. Owh, seperti biasa..sarapan cum lunch tadi saya dah makan nasik putih so lunch hour hanya bermalas-malasan depan pc yang dah nak dilupuskan ni..(bila la blh dapat flat screen nih???)

Hujung minggu baru ni takde apa yang menarik sangat sebab amoi tak sihat. Dua kali datang kinik amik nabulizer..sian dak tomei tu. Makan tanak, menyusu pun kurang..sekali timbang berat 8kg jer :0. cakap pasal timbang, mama dia pun amik kesempatan timbang sekali. Uhuk2..nyaris tak tersedak kat depan doktor tu. Kalau pas sebulan puasa berat saya kembali cantikkk, 45kg tapi lepas sebulan raya ni berat jadi 50kg..adilnya dunia ini -_-

Itu la padahnya bila makan tak ingat..semua nak belasah. No wonder la jeans dah rasa cam sendat sikit (sikit jer tau) rupanya lemak dah banyak terternak di sana sini..*Hate*
ada gak kawan yang kata ok la berat tu untuk yang ada anak 3..tapi saya kurang bersetuju. Ramai or tidak anak bukan alasan untuk kita tak jaga badan, demi suami tercinta kata kau..
Owh yup, saya bercakap bagi pihak diri saya sendiri k..jangan lak ada yang sentap tak pasal2..hehehe.

Semalam, pas hujan lebat saya ajak hubby gi beli tanah (ko tengok, kaya tak kaya boleh beli tanah)..haha. Sebenarnya tanah untuk pindahkan anak2 pokok cili..banyak sangat. ada 38 pokok, yang kecik ada..yang sederhana pun ada. Kalau nak sila la turun shah alam.. ;) Gambar tak amik sebab tepon tengah caj kat atas. Best bila sekali sekala dapat bercucuk tanam..bergotong royong bersama.

Oh yer..last week ofis buat jamuan raya. Saya rasa itu la punca utama kenaikan berat badan saya..memang tidak syak lagi sebab lepas makan, makan..pas makan..makan lagi..pastu makan dan makan lagi..haihh.. Nak tengok jer juadah tu cam tak sampai hati la pulak, sian kat kawan-kawan yang dah bersusah payah menghidang. So untuk jaga hati rakan sekerja maka saya pun makan la jugak...(makan ker melantak? ) buruk laku mak budak ni..seb baik dah kawen kalau tak mau membujang sampai ke tua...huhuhu

Ada la amik gambar sikit..bukan saya yang amik, ada kawan lain. Saya bawak gak camera..amik gambar 4 5 keping pastu sumbat dalam beg.. tapi malas nak usung si gedabak itu.


Ni gimik jer..berlakon konon2 bergossip..(tengok tu..tepon tak pernah lepas..;p)


Upload 2 cukup...

Kata jamuan raya tapi tak nampak pun juadahnya kan?? Ada jer gambar2 makanan tapi malas nak upload. Kang tetiba nafsu makan saya naik lagi..:I


P/s: Masa bawak amoi gi klinik tu tetiba hubby kata "Auni tu demam nak adik tu..dia nk kawan bermain"..Hadoiii..sabar yer sayang, kita tunggu auni AT LEAST masuk 2 tahun..(Tapi kalau DIA dah nak bagi saya redhaaaa):D

Sep 21, 2011

Sambungan dari entry semalam..

Ya..sambungan dari entry yang tergendala semalam. Punya la hebat perut ni sampaikan boleh isi nasik lagi lunch tu sedangakan baru jer makan nasik kul 10 lebih..*tepuk-tepuk tangan*

Pas balik dari umah Yan tu, singgah umah ex-jiran kitorang pulak. Dekat jer ngan umah, kat Alam Budiman. Perghhh..besar gila umah dia adn cantik jugak. Dulu dia duduk setaman ngan kami pastu sebelum bulan puasa tu pindah masuk umah baru. Dia panggil makan2 cum house warming jugak. Ni gambar sikit..


Disebabkan jiran tu ore klate maka menu hari tu adalah nasi kerabu.. *hubby pung suko dapat make nasi kabu*


Gambar hubby & amoi jer..Nuha cam biasa anti camera pastu hannan pulak turun jer keta terus serbu playground.


Amik gambar sendiri adalah perkara biasa bagi blogger kan..ahaks

Balik dari Alam Budiman, terus balik umah. Prepare nak masak untuk Bara'an. Pas 2 tahun baru join..memang aktif kelab taman kami tu siap ada group kat fesbuk..hehe
Masak simple2 jer..sebab diorang dah pesan jangan masak berat-berat sebab orang just datang nak selawat/marhaban dan berkenal-kenalan ngan jiran2.

So saya prepare ini jer..


Mee goreng, chicken fingers, sosej,biskut raya n air kotak..

Ni lak gambar amoi sementara tunggu orang datang..


Ramai gak yang datang..and semuanya lelaki..huhuhu




Ramai tak?...Tak punnn!! (Sendiri jawab)


Tuan rumah kena bagi ucapan tau uolls..hihihi


Sampai senget2 kepala brother tu tengok gambar..

Masa orang ramai2 ni datang nuha n hannan dah tidur..besoknya hannan frust bila cakap orang ramai datang dia tak join..hehe

Kita akhiri entry hari ni dengan gambar model tak berbayar ni. Model yang susah sangat2 nak senyum depan camera..Perhatikan muncung dia..hihihi



Okay..masa dah time. Dah dekat kul 2..babai!!!

Sep 5, 2011

Raya yang macam tak raya...

Hehehe..dari tajuk pun dah tahu raya cam tak best jer kan.

Jadi tak best sebab Auni tak sihat, dari sebelum raya sampai la raya ke 4. Sempat la jugak merasa masuk ke Hospital Raja Zainab 2 kat KB tu..huhuhu.. Saya tak kisah sangat tak beraya sebab keutamaan adalah anak2. Syukur hubby pun tak mendesak ajak g rumah saudara mara dia..dia pun duduk umah jer :) *Thanks Yang*

Ni ada gambar2 sikit..bukan gambar raya pun. Bila dah tak senang hati disebabkan anak tak sihat maka tak terfikir pun untuk amik gambar kan. Insyallah amik gambar kat studio jer macam sebelum2 ni..(hubby dah bagi green light)

So, sebelum sambung buat report bulanan kita zassss jer dulu gambar2 ni..








Banyaknya gambar kakak..dia tak suka kita tangkap gambar dia (ikut mood) tapi biasa la mama, lagi tak suka lagi dia nak amik ;D..



















Ngan tok ayah & ummi tok..


Sangat suka gambar nih!!

Ok..dah, nak sambung peningkan kepala dan mata nih.

P/s: Malam tadi mimpi tak best pasal keja..risau..dah la mimpi saya ni adakalanya tepat!! Haishh..mintak2 jangan la..huhuhu

Aug 25, 2011

Sekut raya freeee!!!




Alhamdulillah..ari ni dapat biskut raya free lagik. Benda free semua orang suka ;p. Ada usahawan yang baik hati bagi kat staff. Sebelum ni dapat semperit, kelab kebajikan ofis bagi.


So dah ada 6 jenis..takyah la beli lagi kan. Lagipun sapa la yang datang sangat rumah mak tu :')..mak bukan retis.


Pssstt..pssstt..sapa2 yang buat open haus tu jangan lupa invite mak.. (hahaha..tak malu betul) :')


Created with PicSay on my GT-I9003

Aug 24, 2011

Tema tahun ini...


Baju mem..hahaha


Baju melayu papa n hannan..juga baju kurung kakak n amoi..

Sebelum beli and decide kaler..sms hubby dia nak kaler apa. Sekali dia reply "nak kaler sama ngan syg"..adehh..kita nak minta pendapat lain pulak jawapan dia.


Pastu bila tanya lagi dia kata nak celoreng bomba..voleh?? Sabo jer la..


So bila dah amik gambar (macam dalam entry sebelum ni) dia kata nak tuequoise..hehe. Mungkin dia perasan saya asek belek kaler tu masa kat PAS last week :)

Sooo..dah setel. Baju melayu sepasang sorg utk boys and baju kurung dua pasang untuk girls. Mama boleh kata ada 3 pasang sebab bulan mac ari tu ada beli sepasang kaler grey..baru pakai sekali. Baju jalan2 tu masing2 dah ada..termasuk kasut. Tinggal tunggu raya lagi nak pakai.

Tapi hannan n nuha tiap hari nak try kasut diorang. Hahaha..teringat zaman kanak2 dulu..cam tu jugak perangai.

Baju mama tu tk cukup lagi batu..besok nak beli..tambah sikit jer lagi. Pastu nak tampal batu2 cam kat tudung selalu tu. Baru la berseri sikit baju mak..ecehhh ;D

Ok la..nak mandi dulu. Tata..



P/s: Nampaknya tema raya tahun ni sama ngan Has, Farah, Kak KasihRedha & Kak Sally..weeeheeee...

Aug 22, 2011

Azam.Nekad.Betul ke?



Belum masuk tahun baru dah pasang niat ;)

Bila dah merasa agak susah nak cari baju kurung untuk my girls yang sedap kainnya, yang cantik dipandang, maka dah pasang niat and azam nak belajar menjahit..uhuks
(Moga-moga tercapai la niat..takut azam tinggal azam jek..hikhik)Sekurang-kurangnya kalau tahu menjahit save sikit bajet untuk baju kurung/melayu anak2 kan.. kena berjinak-jinak ngan jarum benang segal pas ni..


Hujung minggu baru ni gi cari baju Kak Wa n Amoi..alahaaaiii, baju papa, baju mama, baju abg hann dah setel..baju diorang yang paling mencabar nak cari. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Tapi ada sedikit frust bila corak polka dot tu takde saiz kak wa..sobs. So amik la corak lain, sama sikit-sikit ngan kaler tema pun jadi laaa..papa kata takut nanti tk jumpa langsung baik beli jer. Soooo..dah setel sepasang sorang. (Walaupun papa agak terkejut bila harga baju kurung saiz kecik tu RM55 sepasang ;p)hehehe..terkejut la sebab tiap tahun mama gi shopping sendiri, papa kuarkn duhet jer.

Jap lagi nak tawaf pkns lagi..bila tawaf akan berakhir tak tau la..hehe.