Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Sep 4, 2012

Sambut Besday Auni

Sempena besday dak kecik tu semalam mama belikan kek & hadiah sebelum balik keja. Papa lak sampai ponteng kelas semata-mata nak celebrate besday anak dara dia..hehehe.
Buat untuk kami anak beranak jer..Saya just goreng bihun, nugget, sosej & keropok ikan. Tapi abang Hannan lak dah tertidur masa tunggu papa balik dari surau..sian. Walhal dia yang tak sabar2 nak buka hadiah Auni tu..

Ada amik gambar sikit..guna fon jer. Camera lupa nak charge..huhuhu..

Seronok sangat dia masa org lain nyanyikan lagu :)





Dah potong baru teringat nak snap..

Dia boleh habiskan 1 slice tu..

Suka gambar ni walaupun blurrr :) Nampak dia happy sangat..

Hadiah Auni..tiga-tiga boleh main sama :) Siap ada kerusi untuk duduk tau..cam real. Haha..murah jer ni.



Sibukkk..

Walaupun buat kami anak beranak jer tapi tetap seronok sebab Auni dah faham..dah 2 tahun la katakan ;D





Aug 30, 2012

Gotong Royong Mengecat Rumah

Orang lain cat rumah sebelum raya..saya dan hubby pas hampir 2 minggu Syawal baru terhegeh2 nak cat umah..hihi. itu pun sebab mata dah tak boleh tahan tengok mural anak2..penuh kat dinding hall.

Last ahad gi beli cat lepas amik bibik..since nak cat semula saya request nak kaler baru, dah bosan dengan kaler kelabu yang ada sekarang..kuikui. Hubby ok jer, saya tunjuk jer..dia bayarrr..*ok part ni memang best kan* ;P

Makaaa..selasa malam, kebetulan hari hubby takde kelas kitorang pun mula projek. Itu pun start lambat sebab tunggu dia balik dari surau. Dekat kul 10 gak baru start..memandangkan saya dah offer diri kata nak tolong so saya la yang bawak turun segala bagai frame yang ada (ecehhh..macam banyak jer frame kat umah ko tu kan) juga bersih2kan dinding dari segala kotoran & habuk2.

Eksyennya saya, cakap kat hubby "takpe..B tolong bukakan tong cat tu jer. Syg cat sorang pun takpe.." Hahahaha..berlagak kut..plus bersemangat nak tengok rumah berwajah baru gitewww. Tapi, hubby mesti la tolong..(eh..sapa tolong sapa sekarang ni??) ;D Kami buat sama2..sempat take 5 rehat jap makan bahulu cicah milo panas..;p
Kitorang cat ngan cat putih jer dulu..nak cover hasil contengan anak2 tu.

Dekat kul 2.30 am setel 95% dinding dicat..5% lagi tu celah2 bedah yang nak kena cat guna berus kecil..plus ada ruang yang nak kena buka bawak turun langsir baru boleh cat..(dah tengah2 malam tak kan mak nak cabut langsir rumah tu kan) Rupanya 7 liter cat tak cukup untuk hall..kena tambah 1 liter lagi untuk ruang2 yang tak setel tu. Dan nampak gaya cat untuk finishing (finishing??) yang dah beli 5 liter tu tak cukup gak la..huhu

Sempat ambil gambar sebelum dan selepas di cat..


Model tak berbayar..( salah seorang karyawan mural)


Sebelum dicat..nampak jelas dan nyata dalam keadaan gambar yang blur ni.


Gambar selepas..tu diaaa, sibuk tak kira masa


Terpengaruh dengan abang hannan yang obsess dengan Ultramen..(sampaikan Auni pun asek cakap "omen igeeee..")


Kul 3 lebih baru la kami somistri tidur lepas mengecat & mengemas semula perabot yang ada. Ok la, nanti dah cat wall cantik2 saya TAYANG lagi kat sini k..ahaks ;D


Published with Blogger-droid v2.0.7

Aug 9, 2012

Gambar Raya

Hari ni bila dengar lagu raya perasan tiba2 jadi seronok sakan..hihi. Walhal tiap hari peniaga2 kat sini pasang lagu raya. Mungkin sebab tengahari tadi dok belek2 gambar lama kat fesbuk :))

Ni ada gambar2 raya yang ada dalam simpanan. Gambar masa berdua rasanya ada tapi tak jumpa & tak ingat save kat mana. Yang jumpa ni jer la..huhuhu



Raya tahun 2007..masa ni hannan baru 6 bulan.


Raya kat kampung saya...*ikut turn khennn* Nuha ada tu kat dalam perut. Ada hati gak mak dia sarung baju kurung even sendat tang perut..haha. Nak raya sangat tuh.. ;P.. err..gambar tak syantek la pulak..


Raya 2009..Nuha dah besar sikit..behave jer depan camera. Tapi Nuha dulu tak macam Nuha sekarang. Dulu dia susah nak senyum dan sekarang ni tersangat la friendly..


Raya 2010..Auni baru 2 bulan. Muka makpak pun dah jauh berbeza dari jaman muda2..hihihi

Eh..baru perasan yang tahun lepas tak amik gambar raya macam ni..huhuhu. Tapi tahun lepas (dan tahun ini) masih berlima. Insyaallah next raya baru bertambah lagi sorang..Baru balance kut..;D

Ok..nak titun..selamat malam.......jumaat!

Jul 30, 2012

Semalam..Hari Memasak.

Alhamdulillah..semalam start projek buat biskut yang ditempah oleh kawan2. Bajet2 boleh la dapat 4 balang tapi tak cukup..dapat 3 balang lebih sikit jer. Cadangnya nak start pas sahur tapi akibat malas maka kul 8 lebih baru terhegeh-hegeh masuk dapur.Disebabkan oven ada satu jer maka berjanggut gak nak bakar,dekat kul 12 baru siap.

Siap jer semua terus cepat2 gi beli barang basah lak. Nak masak sebab jemput mak mertua adik yang datang dari kampung berbuka kat umah. Hubby tanya nak masak apa, so mesti la kita masak yang senang2 jer kan..yang dah tau nak match dengan lauk apa :)


Cookies yang tengah tunggu turn nak masuk oven..


Nasi minyak..masak 2kg, makan untuk 13 orang. Saja masak lebih..jadi sahur dah tak perlu risau.


Ayam masak merah nan tak berapa nak indah rupa parasnya sebab guna cili boh segera. Tak teringat nak beli cili kering.


Dalca daging + sayur..


Kari udang


Acar timun..


Sup tulang..




Agar-agar santan + gula melaka..


Seri muka..adunan lebihan. Hari sabtu tu buat 2 loyang hantar ke surau so ada lagi boleh dapat 1 loyang. Sebelum jadi tak elok baik kita kukus jer kan.


Haaa..yang ni jer saya tak masak. Potong jer.. :)

Masa buat kerja-kerja tu tak penat. Bila dah malam baru terasa lenguh-lenguh pinggang. Penat tapi puas hati.

p/s: Hehe..orang yang jarang2 masak macam saya ni memang macam tuh. Bila dah masak semua nak tunjuk, nak tayang ;D Orang yang hari2 masak relax jer kan. Hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.6