Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Sep 11, 2012

Insaffff... ;)

Hehehehe..sian suami kan. Dia la tempat curahan segalanya..rasa happy, rasa bosan, rasa ngantuk, rasa lapar, rasa tak sihat, rasa marah, tak puas hati..macam2 rasa.
Hari ni, bila saya LINE dia lepas geram pasal orang2 yang berkira kerja tetiba dia perli..




Saya faham..maksudnya tak pasal2 dia pun dapat 'saham' saya yang membebel tk puas hati tu..

Ok..mak insafff... :')






Published with Blogger-droid v2.0.8

Aug 30, 2012

Gotong Royong Mengecat Rumah

Orang lain cat rumah sebelum raya..saya dan hubby pas hampir 2 minggu Syawal baru terhegeh2 nak cat umah..hihi. itu pun sebab mata dah tak boleh tahan tengok mural anak2..penuh kat dinding hall.

Last ahad gi beli cat lepas amik bibik..since nak cat semula saya request nak kaler baru, dah bosan dengan kaler kelabu yang ada sekarang..kuikui. Hubby ok jer, saya tunjuk jer..dia bayarrr..*ok part ni memang best kan* ;P

Makaaa..selasa malam, kebetulan hari hubby takde kelas kitorang pun mula projek. Itu pun start lambat sebab tunggu dia balik dari surau. Dekat kul 10 gak baru start..memandangkan saya dah offer diri kata nak tolong so saya la yang bawak turun segala bagai frame yang ada (ecehhh..macam banyak jer frame kat umah ko tu kan) juga bersih2kan dinding dari segala kotoran & habuk2.

Eksyennya saya, cakap kat hubby "takpe..B tolong bukakan tong cat tu jer. Syg cat sorang pun takpe.." Hahahaha..berlagak kut..plus bersemangat nak tengok rumah berwajah baru gitewww. Tapi, hubby mesti la tolong..(eh..sapa tolong sapa sekarang ni??) ;D Kami buat sama2..sempat take 5 rehat jap makan bahulu cicah milo panas..;p
Kitorang cat ngan cat putih jer dulu..nak cover hasil contengan anak2 tu.

Dekat kul 2.30 am setel 95% dinding dicat..5% lagi tu celah2 bedah yang nak kena cat guna berus kecil..plus ada ruang yang nak kena buka bawak turun langsir baru boleh cat..(dah tengah2 malam tak kan mak nak cabut langsir rumah tu kan) Rupanya 7 liter cat tak cukup untuk hall..kena tambah 1 liter lagi untuk ruang2 yang tak setel tu. Dan nampak gaya cat untuk finishing (finishing??) yang dah beli 5 liter tu tak cukup gak la..huhu

Sempat ambil gambar sebelum dan selepas di cat..


Model tak berbayar..( salah seorang karyawan mural)


Sebelum dicat..nampak jelas dan nyata dalam keadaan gambar yang blur ni.


Gambar selepas..tu diaaa, sibuk tak kira masa


Terpengaruh dengan abang hannan yang obsess dengan Ultramen..(sampaikan Auni pun asek cakap "omen igeeee..")


Kul 3 lebih baru la kami somistri tidur lepas mengecat & mengemas semula perabot yang ada. Ok la, nanti dah cat wall cantik2 saya TAYANG lagi kat sini k..ahaks ;D


Published with Blogger-droid v2.0.7

Jul 25, 2012

Bab Bergaya Depan Kamera Serah Pada Nuha

Tapiiiii...ikut angin dia gak. Ni tengah mood baik nak kuar bawa abang dia gi main boling so boleh pandang kamera. Dan sebenarnya dia yang suruh mama amik gambar dia..kejap2, lagi mama..lagi mama.. Kita pun layan kan ajaaaa..

Masa ni mama baru balik keja, dah plan ngan papa nak tunaikan hajat hannan yang dah beberapa hari kata nak main boling..(baru teringat..dia nak gasing pulok..) Dan skirt anak2 dara tu mama beli hari yang sama..diorang nampak jer terus nak pakai. Walhal nak uar kejap jer ;D dah nama budak kan..janji diorang happy, apa salahnya.


Sikit punya cantik dia punya lentok..hikhik






Peace..peace..peace..


Anui pun nak join sama..


Ngan abang sekali..sebab abang ni jeles kalau mama asyik ambik gambar adik n tak ambik gambar dia. kang mula la ayat dia "mama ni..tak ambik pun gambar hannan.." sambil buat mulut cebik2.. :D



p/s: Owh yup..semalam gi check up kat panel..aku macam dah tau gender baby tapi doktor tak berani nak confirm sebab tak clear sangat ;p

Jul 2, 2012

Mar 12, 2012

Buat Pop Corn Sendiri

Dari Jumaat lepas nak buat tapi merata cari biji jagung tak jumpa. Sampai la saya google pastu dapat info ada jual kat Tesco..

So petang tadi pas balik keja gigih saya 'memasak'.. Si kenit Auni memang suka makan pop corn ni. Ada gambar..tapi tak cantik. Janji ado kan...hihihi



Ni la dia rupa biji jagung tu..RM2.10 kat Tesco

Marjerin + minyak + jagung

Marjerin + gula perang

Pop corn dah menjadi.."pop..pop..pop"..*sound efek*

Pop corn yang telah 'disira'


Nak resepi ker? Haha..macam hebat sangat. Takpe la, saya share jugak..kot2 korang teringin nak buat kan. Super simple babes!!

Bahan2..

1. Biji jagung..(Banyak mana?? ikut suka korang. Saya masak separuh jer..itu pun dah banyak)
2. 1 sudu besar marjerin
3. 2 sudu besar minyak masak
4. Sedikit garam (Anda adalah diingatkan bahawa jika guna salted marjerin takyah bubuh garam)

Untuk 'manis'kan:
1. 2 sudu besar marjerin (agak2 la ikut banyak mana pop corn yang korang buat)
2. 3 suda gula perang..nak guna gula pasir biasa pun voleh jer..

Cara-caranya:
- Panaskan minyak & marjerin di dalam periuk. Bila dah cair masukkan biji jagung tadi dan jangan lupa tutup periuk korang tu.
- korang akan dengar bunyi Pop..pop :). Tunggu sampai bunyi pop tu berhenti.
- Sesambil tunggu semua dah 'poped' korang boleh sediakan 'gula' dia.
- Panaskan marjerin hingga cair dan masukkan gula perang tadi. Kacau sampai gula dah cair dan masukkan pop corn yang dah kembang tadi n gaul rata.
- Dah..siap!

Senang tak? senang tak?

Mar 7, 2012

~ WW ~Dapat Cek Tanpa Disangka..

Balik rumah semalam tengok ada envelope atas nama saya. So saya pun buka la, tengok2 ada cek dari Syarikat Takaful Malaysia. 2 tahun lepas masa renew insuran keta saya buat dengan syarikat insuran ni. Tak sangka la pulak diorang return some amount kalau takde apa2 jadi pada keta kita sepanjang tempoh kita pegang polisi tu.



Sikit jer Amountnya tapi cukup kaver duit mniyak sebulan..hihi *Syukur*

p/s: Rugi..kalau tahu memang baru ni renew kat situ lagi..hihihi

Feb 28, 2012

LINE..




Ada sesiapa yang guna tak? Application ni ala-ala whatsAp, untuk chatting. Ada yang kata lagi best dari WhatsAp..

Saya dah lama install tapi sebab xde geng yang guna so senyap begitu.. :)



P/s: kalau ada yang guna sila la cari saya.. ID ginger0803 (^_^)
(hahaha..cam desperado lak ko nih suh orang cari)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 25, 2012

Kedai Makan Bisik-Bisik, Seksyen 7 Shah Alam

Masa dinner semalam, hubby tanya "nak gi Bisik-bisik tak?"..hehe, mak ok jer kan. Saya kat ok, besok tghari takyah masak kita makan kat situ jer.

Kuar tadi pun agak lambat..dalam kul 3 sebab tunggu orang tu setel pasang speaker kat surau. Sampai situ terus dapat tempat duduk sebab tak ramai sangat orang. Lepas tu baru nampak orang datang berduyun-duyun (mesti sebab promo oleh JJCM ari tu..;p)


Pemandu berhemahku :)

Dah sampai..sebelah Bisik-bisik ni kedai Mee Ketam (sure ramai yang pernah dengar kan) Medan selera ni memang dekat sangat2 dengan UNISEL..senang jer nak cari.

Menu..takde la banyak sangat pilihan.. Ada nasi n mee jer.

Ada otak2 juga..anak2 memang suka ni.

Bandung soda..

Kedondong asam boi..sedapp..

Mee Gulong.. Mee goreng yang digulung dengan telur dadar dan 'disimbah' kuah black pepper. Rasa-so-so-sahaja..hubby yang tolong habiskan.


Mee bandung..pun tak kena kat tekak saya.. Hubby yang order, dia makan and tinggalkan suku untuk saya. Tapi saya tak makan pun sebab memang tak boleh masuk..haishh.. rugi2.

Nak order nasi ayam untuk anak2 tapi kena tunggu 20 minit so tak jadi order.
Tak tau orang lain, tapi saya rate kedai ni 2 bintang jer kot. Hehe..

Makan otak2 n minum air jer dia..

Candid..Mood dia kurang baik sikit sebab ngantuk..susah nak amik gambar dia. Nampak jer kita angkat camera terus paling tempat lain..

Balik dari Bisik-bisik saya ajak hubby singgah Ariani, dah kebetulan lalu situ kan :)
Saya tak beli yang mahal2..cuma beli yang promo RM100 dapat 5 helai plain, awning thai silk. Kalau kira RM20 la sehelai..not bad, saya suka sebab awning Ariani ni memang kemas. Pastu beli sehelai kaler hitam..lain harga. Berbaloi rasanya.. :)



p/s: Malam ni kul 10 nak tengok rakaman Lisa Surirumah Yusri :)

Sebab Ariani atau Wardina??

Hihihi..kalau sebab Wardina memang tak la kot sebab dia tu pakai la tudung apa pun tetap nampak cantik..hatta tudung saji sekali pun. So, jangan berangan la kan nak cantik cam dia. Yang pasti tudung Ariani ni kainnya sedap dan bila pakai awning cantik terletak.

Dapat tau pasal sale ni pun dari Fb dan Twitter Wardina.. Diskaun 70% tuuu..
Tengok la gambar dia ni, cantik sokmo kan..haishh.



Baik lah...sapa ada member card Ariani?? Baik mengaku cepat, saya nak pinjam..hihi

Feb 19, 2012

Apa Jadi Bila Bosan & Tak Ada Idea Nak Buat Apa???

Maka tercipta la entry ini..haha..
Jangan bosan naaa..:D

Menyahut seruan kerajaan untuk menanam sendiri (Ada ke kerajaan seru macam tu??)
Jom cuci mata tengok 'kebun' ku..Kebun belakang umah.

Pokok cili belakang rumah..dah selamat pecahkan dalam budu ;)

Pokok labu..belum pernah rasa hasilnya..baru tumbuh. (Sebelum ni ada gak dah yang tumbuh tapi jadi mangsa budak2 yang main kat belakng umah..huhu. Sabarrrr.. :')

Kenal tak apa ni?? haaa..ni generasi kedua, sebelum ni dah pernah tuai hasilnya tau. Kejap sangat tumbuh putik baru. Tak percaya kalu..cuba try test tanam sendiri..

Pokok limau purut..sekarang ni dah tinggi sikit compared dengan masa mula2 beli dulu. (ish..terang sangat la pulak flash dia)

Ni namanya pokok-daun-kari-hidup-segan-mati-tak-mahu.. huhuhu (Baru jer amik dari umah MIL nih)

Ni anak pokok tomato. Mak dia berjasa kat kami, banyak gak buah dia ari tu. Lebih kot 10 bijik..puas hati sangat. Tapi mak dia dah mati and dah selamat saya cantas..tinggal la waris dia yang satu ni.

Pokok daun kesom..beli kat pasar tani RM4..seb baik menjadi :)

Pandan..haa, ni pun amik dari umah MIL..hihihi

Yang berikut ni pulak gambar suka suki..saja isi masa lapang petang2 balik dari keja :)



Gambar lalang kat umah kosong sebelah umah. Tinggi sangat, lebih tinggi dari mak yang 'tinggi' ni. Tengok tu, tinggi sampai dah lepas bumbung kan??? Hahaha..over (-_-)



Tak tau ni bunga apa..nampak cam bunga matahari..cam kekwa kan. Main beli jer..hihi. 'Bulu2' dia tu tajam tau, cam miang rebung tu..haish. Masa beli tak rasa tajam lak.



Bila layu jadi macam ni..cam strawberry pun ada kan..hehe



Dua gambar kat bawah ni pula gambar bunga2 yang tumbuh liar kat 'anak bukit' depan umah..kalau time dia berbunga cantik jer tengok..kaler purple & kuning banyak-banyak. (Lupa lak nak amik gambar 'pemandangan' tu)





Yang ni pula gambar 'bunga' yang ada di halaman rumah mak :) Sibuk enterframe tiap kali kita pegang camera. Dan sekarang itu adalah style or gaya paling hebat yang dia boleh buat depan camera..kembungkan pipi..muncungkan mulut dan kembangkan hidung..Hebat kan!!??



Sekian..

p/s: Bosan..kul 1 baru hubby habis main futsal. Nak tidur, mata tak ngantuk pula..besok nak bangun awal. Hubby ajak g beli nasi dagang kat pasar tani yang saya suka tu..nyum..nyumm..