Showing posts with label baby stuff. Show all posts
Showing posts with label baby stuff. Show all posts

Mar 5, 2013

'Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai' Di Mydin USJ

Salam..
Lai..lai..lai...hehehe

Ada berita baik ni..terutamanya untuk ibu-ibu yang ada anak kecil yang masih menggunakan lampin pakai buang.


Kalau nak tahu Huggies akan mengadakan roadshow "Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai" di Mydin USJ pada 25 Februari 2013 hingga 3 Mac 2013!


Ada banyak aktiviti menarik yang diadakan. Boleh cuba cabaran untuk tukarkan lampin Huggies Dry Pants si comel anda dalam masa 30 saat atau kurang dan hadiah menarik menanti korang. Selain itu korang boleh nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti  menarik. Sambil-sambil beraktiviti boleh dapat hadiah percuma..seronok kan.



Jangan lupa, singgah di booth Huggies untuk dapatkan sample Huggies Dry Pants secara PERCUMA (Percuma lagi..banyak sangat hadiah percuma ni)

Nak tau detail?? lihat butiran di bawah ni.

Tempat : Ruang Legar Mydin USJ
Tarikh   : 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa : Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan
Persembahan pada masa beriku: 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Owh yup..acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) bermula pukul 8 malam hingga 9 malam.

Datanglah beramai-ramai!!

Oct 7, 2010

Ole-Ole..

Kali ni bukan ole-ole bali lagi. Ni ole-ole dari hospital tempat saya bersalin ari tu. Selain dari dapat 2 kotak susu S26 Gold dan dapat 24 botol susu S26 instant..saya/baby juga dapat ini......


Ni semua isi perut kotak pink di atas. Dalam kotak kuning kecik tu ada bedak, baby bath & syampoo..yang kaler pink tu cd macamana nak urut baby. Yang dalam sampul comel tu ada ini......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadaaaaaaaaa.....

Best kan banyak voucher ;)


Susu ni auni tk minum pun..buat semak jer atas kabinet dapur.


Ok la..nak tidur kejap. Malam tadi nuha meragam nak tumbuh gigi.



Jun 18, 2010

Hari menziarah Sogo

Asyik-asyik Sogo..Sogo..Sogo.. Dah itu jer shopping kompleks paling dekat kan, nk g The Mall tu kena naik lrt pulak..leceh.

Memandangkan hari ni lunch panjang, so saya and sorg kawan gi jalan2 cuci mata kat Sogo. Niat di hati sebenarnya nk cari sandal untuk menggantikan sandal skng ni. Even tak tinggi sangat tapi dah mula rasa tak selesa..espesyeli kt pangkal paha (nampak sgt berat dah makin bertambah)

So sampai sana terus la tuju department yg sepatutnya kan. Kebetulan Sogo tgh wat sale untuk kasut. Macam2 brand..Polo, Crocodile, Hawkeye, Alphe and ada lagi la 2, 3 brand klu tak silap. Syukurrrr...boleh jimat sikit nampaknya.

Saya dh niat nak beli yang murah2 jer..janji selesa dipakai. So saya beli la sepasang..Tajuk dia, Crocodile. Kalau ikutkan hati nk jer beli sandal yang bertajuk Scholl. Tapi harga scholl tau2 jer la kan?? :) Yang saya berkenan tu lak harganya RM148..yg ni takde discount. Tapi tkpe la, beli yang murah2 dulu..pakai sampai lunyai, pastu nanti baru beli tajuk scholl tu kan..ekekeke (Harap maklum, saya sekarang tengah belajar berjimat-cermat..ye la kan, anak nak masuk 3 ni sendiri mau ingat la)

Pas dh beli kasut tu, saya g naik tingkat 4, department utk kanak2. Memandangkan saya dah terfikir pasal kelahiran pra matang kan, so saya beli la sikit2 barang keperluan bakal bby ni :)

Bukan beli apa sangat pun, beli milk storage & socks jer. Semalam saya beli jugak milk storage ni, brand Tuuuuuuut (brand yg agak femes)..ada 6 botol (5 oz), harga RM39. Tadi beli brand Bumble Bee, 8 botol pastu free lagi 2 botol..so total ada 10 botol, harga baru RM38. Berbaloi kannnn?????? Sebotol jatuh RM3.80 jer. (100% BPA Free)..


Ni la botol yg dimaksudkan..

Ni pulak socks..6 pairs RM29.++ after discount. Kalau tak harga asal RM39.90
Ni pulak gambar saya yang sempat amik sementara tunggu SA ambikkan stok kasut yang saya nak beli :)


Gambar last....

Comel takkk????? Bukan saya ok, baju polka dot tu. Saya try pakai, dia ada getah kt bawah..bila sarung nampak cam itik lak saya ni. Sampai SA tu pun tergelak dengar ayat saya..dia kata nampak cantik..(biasa la ayat jurujual) Tapi saya tak beli pun, kang beli pastu rasa pelik langsung tk pakai. Rugi jer RM44.++ (slps diskaun) sblm diskaun harga dalam RM1++ jugak.




Ok la, saya nak share info ni..(highlight sikit) Tadi, SA kat baby's dept tu kata 21hb ni ada Baby Fair kat tingkat 5.. So kepada sesiapa yang berkenaan, yang berniat nak beli barang baby sila la terjah.

Hehehe..selamat berhujung minggu. Muuaahhh