Showing posts with label merepek/meraban. Show all posts
Showing posts with label merepek/meraban. Show all posts

Mar 19, 2012

Cuti Semua Staff DIBEKUKAN!!

4hb nanti ada event agak besar kat Sabak Bernam. So..dalam perhimpunan singkat dengan pengarah tadi dia umumkan yang start hari ni semua orang tak boleh bercuti, cuti adalah dibekukan.
Dan yang sepatutnya kena join wokrshop/seminar kalau boleh xhadir dia xbagi hadir sebab masa yang ada adalah sangat suntuk.

Program ni dah rancang lama,since bulan november tahun lepas kalau tak silap saya..yang jadi lambat sebab tunggu tarikh PM free.. Alih2 tak dapat gak tarikh so YB Menteri kepada agensi kami la yang akan rasmi.
Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni ada 2 event yang akan dibuat. Sukan MA*A Selangor dan program dengan menteri ni. Dalam masa 2 minggu ni juga macam2 miting nak kena attend...

Sebenarnya saya dah dapat email pasal miting 27hb kat HQ since 2 minggu lepas. Email tu buat saya tak senang duduk sebab tarikh tu saya akan bercuti..cuti dah lama approved dan yang paling penting tiket pun dah beli.

So, Allah tunjukkan jalan..ingatkan pasal entry saya happy sebelum ni ;) Last week, masa saya luahkan 'kegusaran' hati pada Timbalan Pengarah pasal miting kat HQ dan cuti..alhamdulillah, he is willing to attend the meeting on behalf of me :D..saya sangka dia akan cari officer lain rupanya dia sendiri yang akan pegi... Alhamdulillah.

Tapi tadi lepas pengumuman oleh Tuan Pengarah, saya jadi tak senang duduk semula ;).. Dalam pada saya suk berfikir-fikir tu tetiba P.A pengarah call kata Big Boss nak jumpa. Hahh..sudah. Apa hal lak lagi ni dalam hati saya.
Masuk jer bilik bos dia bagi satu surat untuk hadir miting dengan kementerian..tarikh sama dengan miting yang saya tak jadi pegi tu 27hb. So..mahu tak mahu saya kena berterus terang. Alhamdulillah!!!! :D Bos cakap takpe sebab saya dah beli tiket..dia akan minta Timbalan Pengarah yang akan hadir. Gulpp..sekali lagi saya terkedu, kena beranikan diri lagi sekali berterus terang yang Timb Pengarah dah setuju untuk ganti saya miting kat HQ. Huhuhuhu... Dan sekali lagi saya lega seleganya bila Pengarah kata nanti dia cari solution. Owh..gembiranya hati (Lagi sekali terasa nak lompat bintang sampai siling depan bos tadi)

Kesimpulannyaaaa..saya dah boleh 'bernafas' sekarang. Cuma yang buat nafas tersekat-sekat minggu ni kena struggle siapkan segala mala yang penting sebelum bercuti..(tapi dah nama kerja, sampai bila pun takkan habis kan)


p/s: Tak sedar..tadi sebenarnya nak merapik sikit jer rupanya dah terpanjang la pula. Kira halal naaa..hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dec 19, 2011

Rawatan rambut rosak/gugur..

Sejak melahirkan anak ke 3, saya mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk..(amacam? Macam intro testimoni Yun N*m kan? ;D)

Kebetulan syampu saya dah habis, tadi singgah farmasi beli syampu. Lepas belek2 satu persatu syampu yang ada ternampak lak syampu ni..ada minyak rambut sekali *minyak dijual berasingan*. Baca fungsi cam sesuai jer ngan masalah rambut mak ni.
So try la beli kan..*brand takpernahdengar :)*

Cara pakai minyak rambut tu pulak bukan macam minyak rambut biasa. Kena pakai dulu pastu tunggu 20 minit baru basuh ngan syampu. Lagi bagus kalau guna syampu brand yang sama *business strategy..huhu*

Sejauh mana keberkesanan untuk merawat rambut gugur/rosak tak tau lagi la kan sebab baru pakai sekali. Tapiii..yang pasti rambut saya lembuttt n shining. Pastu tak kering..best jer =D

Ok..sekian dulu iklan tak berbayar.


P/s: Kalau korang ada petua or pemuda untuk kuatkan rambut share la..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sep 14, 2011

Merapu..

Tadi plan nak lunch kat kenirojes..tetiba hujan turun selebatnya. Maka tatap dan tenung jer la gambar kenirojes kat internet..pastu bajet2 tengah makan sweetcorn dia tuh..huhuhu

Nak tidur pun rasa cam alang2 jer (walaupun mata mengantuk sangat sebab overtime malam tadi..hahaha *kidding*) ..nak tidur setengah jam, mana cukup. Paling kurang pun 2 3 jam baru mantop kan..hihi. So isi jer la masa lapang ngan benda ni. Kot2 stalker mak rindu nak baca kan..ahaks ;D

Entry tadi pasal LWM..2 bulan lepas ada join kontest diorang bila jawab betul so dapat la treatment tu. Masa pegi tu seb baik kuat iman, diorang lobi suh amik pakej itu, pakej ini. Tapi kutolak dengan cara yang cukup berhemah..hehehe. Kalau jenis yang mudah termakan kata memang dah amik dah pakej RM2k tu. Rasa cam badan saya ni ok lagi, takde la teruk sampai tahap kena buat treatment kan..tu yang malas nak buang duit ke situ. Banyak benda lagi boleh buat dengan 2 riban tu.

Tapi nak cakap, memang best treatment tu..sapa2 yang berminat boleh la pegi. Saya pegi branch Empire..senang sebab dekat jer ngan ofis. Buat ari jumaat, rehat panjangggg...


Ok la, nak g cari makan kat bawah. Tengok apa yang boleh diisi perut yang tak reti nak kenyang ni...

Aug 10, 2011

Kakikukaku..



Kaku sebab sejukk. Dah lama nak bawak stokin g ofis asek la lupa. So td teringat..itu pn dah sampai ofis. Cepat2 sms hubby suh bawak stokin n blazer.
So tadi amik kat opis dia..seb baik opis dekat.


Sooo..tiada lagi masalah kaki kaku n tiada lagi tragedi duduk bersimpuh atas kerusi utk menahan sejuk..


(ko boleh bayang mcmana mak duduk bersimpuh atas kerusi?)


Created with PicSay on my GT-I9003

Jan 6, 2011

Sembang2 Laki Bini..

Di suatu malam yang hening.. di dalam sebuah bilik..Tiba2 sang isteri bersuara...

Sang Isteri: Auni ni panjang kan.

Sang Suami: Eh, ikut syg kan. Semua anak2 tinggi ikut syg.. (ni dia perli aku yang rendang nih..)
Sang Isteri: A'ah..(sambil petik jari) pastu putih ikut B kan?!

Sang suami:.....(terus terdiam sambil tersengih-sengih)

Hahahaha..moral of the story, jangan suka kenakan orang lain. Nanti terkena diri sendiri..
Nobadiisperfek ;)

p/s: Motip entry....suka suki di hari hujan.

Dec 21, 2010

Pembantu rumah baru!!

Maid lama dah berhenti kan..

Sekarang ni saya dah ada pembantu baru..kurang la sikit penatnya bila ada yang membantu kan..

Pembantu kali ni muda & comelll lagi..rasanya pembantu termuda abad ini.. sila scrolllll!!!!


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*
Tolong Jaga Auni

Tolong Lipat Kain




Tolong Sidai Kain

Tolong mop lantai...dan



Tolong tumbuk bawang...



Comel kan pembantu saya... ;D


Oct 29, 2010

Kerana Saya Sayang Awak




hahaha..macam ni la kalau malas nak update tapi tetap nak update. Asek2 kopipes jek. Ayat2 dia sadis kan..kalau yang tengah jiwa kacau naca mesti rasa lagi mencongkam jiwa..hehe..kidding.

Have a nice day & happy weekend my beloved friends..

Muuuaahhh..i lef yu oll..

Aug 13, 2010

Komen..korang ada????

Pssstt...pssstt...korang kan, pernah tak terima komen2 macam ni??

Sila la klik kalau nak tengok lebih jelas..
Saya banyak kali tau..yang ni ada 6..sebelum2 ni dah banyak saya delete. I'm wondering, sape la maknosia ni. Bila saya try translate guna google tu maksud dia tkde la pulak yang mencarut or yang negatif tapi takde kaitan langsung ngan entry saya.. bila saya try click kat link memang blog dia wujud tapi kosong...ye kosong..tanpa sebarang post or entry.

Siapakah?? apakah?? mengapakah?? kah..kah..kah..

May 21, 2010

Tertangguh

Banyak betul story nak share..story pasal MBP Family Day, Pasal cuti balik kampung, aktiviti2 lain.. and ada 2 award tertangguh dari mummyyus yang tak tempek lagi..

Saya tk ada mood untuk update blog sekarang ini..insyaallah nti mood rajin dah datang saya upload. Entah2 sehari 3 or 4 entry..haha..ok, agak over kedengaran..

Jumpa lagi kawan2..

May 20, 2010

Site Visit

Dua 3 ari ni bila check nuffnang ramai lak org gugel blog saya..atau lebih tepat lagi gugel "mrsharis"..

Kalau datang dengan niat baik & nak berkawan saya alu-alukan....
tapi kalau datang dgn hati yang BUSUK...... SILA BERAMBUS OK,SYUHHHH..SYYYUHHHH..



Ni setan kecik aku upah untuk halau orang2 yang busuk hati tu..



Syuuuhhhhhhh..syuhhhhhh...Blog ni untuk orang2 yang betul2 bergelar KAWAN/TEMAN/SAHABAT (atau yang berniat untuk jadi kawan/teman/sahabat) sahaja.. bukan untuk orang yang berniat jahat!!

(Entry sy lately agak 'indah' bahasanya kan..)

May 5, 2010

Kesinambungan..

Entry ni ada kaitan ngan entry Cara Halus tadi.. =)

Ekceli saya ni bukan la pisau cukur yang suka mengikis duit hubby.. Entry ni saya just nak share pasal pembahagian erk ke tanggungjawab??..eh, saya pun tak tau nak guna word apa tapi macam ni lebih kurang kisahnya.

Memang betul hubby tak bagi cash every month tapi bab sewa rumah, segala mak bapak bil, lauk-pauk (belanja dapur) duit susu & diapers anak2 dia la yang uruskan. Kitorg tak pernah pun putuskan siapa bayar ini..siapa bayar itu.

Kadang2 saya pun beli susu & diapers untuk anak2, beli lauk jugak. Tengok la keadaan kan, kalau saya balik awal and teringat yang lauk dah habis so saya la yang akan beli. Tapi kalau kuar sama2 ofkos la dia yang bayarkan.

Baju2 anak2 pulak 90% saya yang kuarkan duit. Yang ni pun atas kerelaan saya & hubby tak pernah bersuara and tak pernah kata NO or YES untuk ini. Dan sekali sekala saya akan tutup mata untuk belikan something yang boleh kata special untuk anak2..tk kira toy atau baju or apa2 keperluan diorang. Dan sama jugak, kalau kuar bersama dah jadi kemestian hubby yang akan kuar duit :)

Saya rasa cam saya sendiri pun tak berapa nak faham ayat2 saya dalam entry ni. Nasib korang la kan dah terbaca..ekekekek..
I'm sori.. =D

May 3, 2010

Kata bizi tapiii...

Sumber

Eh, tadi kata bz..tapi tengok enty after entry yang saya post. Apa sudah jadi ni?? yeppadaaaaa.. Cam tak betul jer kan saya ni bizi.. (betul sebenarnya tapi kejap2 amik 'take 5'..eh ker take 10 nih???..)

Tgh2 semak nombor tiba2 dengar suatu bunyi yang macam familiar. Sah!!!!

Memang betul saya dah lapar.. pagi tadi dah sarap roti telur & teh o suam and skng kul 11.40 saya dah start lapar balik. Apa yang harus saya lakukan??? g kuar makan atau meneruskan perjuangan ini?? saya dalam dilema..(chaiittt..cam hapa)..ekekekekekek

("amboi..amboi..bizi betul ko ek, bizi update blog nampakkkkk".. Kata2 nista yang keluar dari dalam hati)

Saya dah terbayang-bayang Thai Fried Rice..Special. Tak pe la, bersabar la wahai perut.. jap lagi kul 1 akan kusumbat ko dgn nasi goreng tu. Tunggguuu..


Challu bettey..

Apr 26, 2010

Kepala Otak..

Kepala otak... kasar ke perkataan tu? rasanya tkde apa yang tk kena ngan word tu sebab semua orang ada kepala and ofkos ada otak kan.. Lain la kalau org cakap "kepala otak ko tak betul" or "kepala otak ko memang tak boleh pakai"..

Ermmm..tapiii, entry saya ni takde kena mengena dengan caci maki ok. Saya cuma nak share apa yang ada dalam kepala otak saya yang saya masih tak berkesempatan nak buat sampai sekarang...

1. Saya teringin sangat2 nak menghias or nak deco2 rumah..since pindah rumah last month saya tak buat deco apa pun. Alasan??? entah la, nak kata penat mungkin jugak..nak kata tkde idea pun mungkin jugak.. So skng ni interior rumah tu memang tak menarik..lebih tak menarik kalau anak2 dah menunjukkan kemahiran menyepah, masing2 tanak kalah..masing2 nk tunjuk dia lebih hebat menyepahkan rumah.

2. Saya teringiiiinnnn sangat nak p beach. :( How i miss my hometown. Walaupun kampungku bukan di tepi pantai tapi kalau nk lepak pantai sangat la senang, dekat jer..just half an hour klu drive.. Kat kl ni mana ko nak tengok laut?????? Memang jangan mimpi la..tgk jer la dalam tv kalau ngidam sgt.. Yeap, saya memang pencinta pantai..(adakah sebab dulu saya ahli kelap pencinta alam???)

3. Saya teringin nak baking membaking ni. Tapi kenapa tak buat2 pun saya tak tahu..malas??? Tak kot sebab masak ok jer, rajin. Nak kata tak reti tak boleh pulak sebab skng ni semuanya dihujung jari..klik2 jer, macam2 resepi ada.

4. Saya juga teringin nak masuk kelas photography (kt subang parade) Kedai tempat saya beli dslr tu memang ada wat kelas tiap wiken, yuran pun murah jer..RM50 (sesuai la kan, belajar basic jer, mana boleh charge mahal2) Tapi pun tak pegi2 jugak,walhal subang parade tu bukannya jauh mana pun ngan rumah.. *haihhh*

5. Saya teringin nak g bercuti..langkawi. Entah kenapa saya sangat suka pegi langkawi, walhal bukan ada apa yang best pun kan..lagi satu macam la sebelum ni tak pernah pegi :) Cukup la saya katakan saya suka langkawi.. (owh..adakah sebab langkawi ni adalah sebuah pulau?? dan jiwaku memang sinonim ngan pantai???)

Cukup la 5 dulu..walaupun sebenarnya banyak lagi list yang ada dalam kepala otak ni..Bila la agaknya saya berkesempatan nak buat semua,erkk..jgn kata semua..nak buat yang 5 di atas tu dulu pun belum tentu boleh :)

Ok la, kan saya dah kata hari ni saya lemau..ini adalah entry ke3 saya untuk hari ni.. Rasakan!!!! ekekeke

Isnin yang L.E.M.A.U

Seriusss..hari ini sangat slow..boleh tak kalau saya cakap hari ni saya jobless??
Betul,..saya tak tipu. Sungguh lemau..(bukan limau,kalu limau tu sedap jugak)

Tapi lepas ni gerenti akan banyak kerja sbb my pembantu akan serahkan sebeban (mungkin berbeban-benan) baucer untuk disemak. So jangan pelik kerana kerajinan untuk update blog hari ini adalah lebih luarbiasa daripada biasa..

Ni sj nk post gambar anak2 tengah tidur..masa ni papa gi opis wat tender or sebutharga ntah mak tak hengat. Bila papa tkde maknanya katil akan dikonker oleh si isteri & anak2 (biasanya bila si papa tk g opis malam anak2 akan tidur kat bawah, katil dikonker oleh mak bapak mereka..hahaha)

Saksikan laaaaaa..


Si adik memeluk abang.. (time tidur berpeluk-pelukan, time jaga pantang duduk dekat..mesti ada yang menangis..Tak hannan usik nuha, nuha usik hannan :p)

Anak2 mak memang tak suka berselimut..entah di mana silapnya. Salah ibu mengandungkah atau apakah.. Try la selimutkan..otomatik kaki mereka akan menendang2 selimut tu (bak kijang melepaskan diri dari perangkap)..hahaha..perumpamaan adalah tak boleh blah sebab mak tak pernah tengok pun kijang yang terperangkap. (nampak sgt jarang tgk animal planet kan)
Ok la, tunggu jap lagi mak nak post satu lagi entry mengarut.. layankan jer la orang tengah tak center ni..ekekeke

Apr 5, 2010

Entry apakah ini?

Semalam,ahad..Nuha adalah sedikit demam.
So ajak hubby p klinik,takut2 kalau demam bertambah teruk tengah malam nanti.

On the way g klinik:

Me: Nuha,mana shoes?
Nuha: Igaaa..(entah apakah maksud igaa itu..mungkin tinggal or boleh jadi judak xde) ;P..(sambil buat gaya tangan dia yg comel tu)

So saya pun keluarkan kasut dia dr beg..hehe,sj jer tanya dia td tuh. Nuha memang pantang nampak kasut,mesti nak pakai. So;

Me: Ish..nuha ni,pantang nampak kasut dia..dan2 tu jugak nak pakai.
Mr.Hubby: Ermm..macam mama dia masa kecik2.
Me: Elehhh..macam la B kenal syg masa kecik dulu..
Mr.Hubby: Tk yah kenal dulu,skng ni pun dah tahu dulu macamana...
Me:..(Hwaaaaa..apakah????)
Then dia tambah lagi..
Mr.Hubby: Nanti dia dah besar mesti syg ajak dia p shopping kasut tiap bulan kan..ermm..
Me: Ishh..mesti la, kasut..handbag...kan nuha :)

Sebenarnya...bila hubby cakap mcm tu tiba2 saya tersedar.."eh,a'ah la..bestnya nanti gi shopping ngan anak pompuan sendiri"..(cuma berkata-kata dalam hati)..
Best kan,rasa tk sabar la pulak tunggu si kecik ni jd anak dara..


Motif Entry:..entah,saya pun konfius..
(mungkin jugak untuk merelease tension sbb kerja adalah super duper banyak. Nk taip suratssss, nak buat pindaan bajet..seb baik report dh hantar)

Mar 30, 2010

Penampilan perlu selari dgn...



Dengan apa??? saya pun tak reti nak sambung..

Saja buat entry ni pas didatangi 2 orang perempuan (ala-ala pakar kecantikan la kononnya)..dari Ree's S*in semalam (@ office) Masa tu saya nak kuar gi toilet, ada 2 orang ladies tgh bercakap2 dgn our receptionist. Then adik receptionist rujuk 2 orang tadi tu jumpa saya (since saya shj org admin yang ada masa tu)

Mula-mula diorang panggil saya "cik"..pastu saya betulkan.."Errkk..puan, ni nk masuk 3 anak dah ni".. Pastu diorg kata "owh..ye ker? macam orang bujang lagi,tak nampak cam dah ada anak, ni mesti rajin gi spa ni"..(errmmm..biasa la, mula nak mengayat)

Then start la diorang pum pang..pum pang.. cerita pasal produk diorang. Memang saya biasa dengar dengan produk or brand tu (mmg produk mahal pon). Kisahnya kena register, bayar dalam RM29.90 and dapat FREE facial yang bernilai RM250, Massage RM80 dan entah apa lagi 1 service tu worth RM60. It's all free bila kita datang and bg nombor pendaftaran kita tu..oppsss free utk 1st visit sahaja ok..kalau nak p untuk kali ke 2 or 3 or 4 dapat 50% discount. (Macam menarik kan???). Promosi ni sempena anniversary diorang yang entah kali ke berapa..and terhad untuk 50 orang shj.

Tapiiiii..jurucakap tu sangat la tidak meyakinkan saya sebab kulit muka saya ni rasanya 10 kali lebih baik dari dia..(kihkih..bukan niat nak mengutuk). Bagi saya kalau kita ni nak jual produk kecantikan kita kena make sure kulit kita tu cantik so senang sikit nak pengaruh orang lain beli kan. Lepas 20 minit dia mengayat saya pun cakap saya tak berminat,and dia cakap "takpe la mungkin u nak fikir dulu,nanti petang kalau ada lagi saya naik tapi kalau saya tak naik tu maknanya dh habis la yer"..(ek elehh..cam saya banyak masa sgt nak tunggu dia)

Pas diorang dah blah..ada sorang staff lelaki tanya (pangkat bapa dah).."dia jual apa tu? aku tengok muka dia pun hancur".. Muakakakakaka..saya tak sempat nak jawab dah tergelak besar. Hah,tengok tu..bukan saya sorang jer yang concern taww. Orang lelaki pun tahu menilai..

Ok..ok..cukup la sesi mencari dosa ari ni ;p

Mar 5, 2010

Fadhilat BERCIUM... ekekeke


Huh.. tajuk yang agak sensored di pagi jumaat :)


Dapat email dari member..so jom la kongsikan bersama..pasni print lekat kt fridge tau..bg hubby baca..hehehehe..



lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.

Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.


Selamat bercium-ciuman di hari jumaat...hehehehe..

Mar 4, 2010

Bosan

Bosan kan kalau si dia kena stay ofis wat tender..
Nak komen lebey2 pun tak boleh sebab dah itu kerja dia..dah dia cari makan dengan buat kerja tu ;p.. Bukan untuk orang lain, untuk wife & anak2 dia jugak kan..

Tapi, normal la kan..wife ni kalau boleh nak suami dia sentiasa depan mata.

Eh..apa la yang haku mengarut petang2 ni.. Ah sudahh..sudahh.. Maggi saya sudah kembang..

Babai..

Mar 2, 2010

Hadiah...UPDATED

********* Ok la, masa dah time..hehehe.. Biar la saya berterus terang. Sebenarnya cik farah kita telah berjaya memberi jawapan yang tepat dengan sekali teka sajerk.. Yep betul, saya plan nk belikan dia tv lcd tp setakat 37 inci shj yang termampu. Cukup la kan,janji ada..janji lebih besar dari tv yang ada sekarang. Tahun ni kan world cup, so puas la dia tengok kat screen besar :). Farah,nti email address k.. kepada murni & has..jgn risau,ada gak token dari saya di atas kegigihan kalian mencuba tanpa putus asa :p..sila la emailkan alamat masing2.. lia_haris[at]yahoo[dot]com[dot]my.. Terima kasih. .. **********************


Saya telah bercadang nak hadiahkan sesuatu untuk hubby sempena masuk umah baru ni..

Kalau ada yang nak teka boleh jer..nanti saya bagi something kepada sesiapa yang bagi jawapan yang betul..

Good Luck!!! :)

Feb 25, 2010

Cuti tak semestinya boleh rehat puas-puas

Pic googled

Besok cuti..Yeayyy..
Tapi yang tak seronott..besok saya & hubby & adik lelaki saya akan bertungkus lumus packing barang memandangkan hari sabtu dah nak pindah. Gerenti penat cuti 3 ari ni..
Masa mula2 dapat rumah tu rasa cam eksaited and tak sabar2 nak masuk tapi bila semua dah ready rasa cam malas la pulak.. Yang buat tak sabar tu ofkos la nk menghias kan :)

Rumah baru ni hubby serahkan hampir 95% dezisyen kepada saya..daripada cat dalam & luar rumah, tiles, kaler kichen kabinet, wardrobe, design gate,grill, lampu, langsir.. hampir semua.. dia hanya jadi tukang bayar jer :p Mungkinkah sebab saya ni cerewet??? hehehe.. ermm..pikir positip!!
Saya tak bercadang untuk buat house warming..cukup la buat kenduri kecik2,janji semuanya selamat. Merasa juga duduk rumah sendiri, walaupun tak seluas mana tapi saya bersyukur sebab impian kami untuk ada rumah sendiri before umur 30 tahun tercapai..(yang 30 ni hubby la..sy baru 29..hehehehe)

Ermm..bukan nak berbangga diri tapi saya betul2 rasa bersyukur sebab kehidupan saya dah lengkap. Seronok bila muda2 dah ada aset sendiri..(aset ker klu masih nak kena bayar bulan2 kt bank :p) Wut eva la kann..
Kawasan perumahan kami bukan la kawasan elite macam Bkt Jelutong tu tapi cukup la asalkan kami sekeluarga gembira & selesa..insyaallah kalau ada rezeki besok hubby jadi millionaire merasa la duduk umah banglo..kihkihkih..impian & angan2 itu penting kannnn???!!
Ok la..dah penat,ari ni kerja banyak sangat..Tak abis2 lagi ngan ABM, mata saya dah sakit asyik tengok nombor..nak kena cari mana yang kurang..mana yang terlebih..seksa wooo..

Kawan2..selamat bercuti & berhujung minggu..jumpa minggu depan taww..

muaxxxx..