Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Jul 9, 2012

Team Building



Join team building tapi tak dapat join aktiviti luar..masin mulut kan. Ingat tak ari tu pernah buat entry pasal Nak Mengandung Sebab Taknak G Team Building??? Tu la..betul2 Allah kabulkan kata2 saya tu. :') Thank you, Allah...

Sudahnya jadi tukang amik gambar sahaja..huhu.. Share sekeping dulu...ada banyaaaakkk sangat gambar tp itu nanti2 ujung minggu or malam hari baru nak share story.



Sekarang kita sambung wat keja semula... *menguap kali ke namploh*




Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 19, 2012

Cuti Semua Staff DIBEKUKAN!!

4hb nanti ada event agak besar kat Sabak Bernam. So..dalam perhimpunan singkat dengan pengarah tadi dia umumkan yang start hari ni semua orang tak boleh bercuti, cuti adalah dibekukan.
Dan yang sepatutnya kena join wokrshop/seminar kalau boleh xhadir dia xbagi hadir sebab masa yang ada adalah sangat suntuk.

Program ni dah rancang lama,since bulan november tahun lepas kalau tak silap saya..yang jadi lambat sebab tunggu tarikh PM free.. Alih2 tak dapat gak tarikh so YB Menteri kepada agensi kami la yang akan rasmi.
Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni ada 2 event yang akan dibuat. Sukan MA*A Selangor dan program dengan menteri ni. Dalam masa 2 minggu ni juga macam2 miting nak kena attend...

Sebenarnya saya dah dapat email pasal miting 27hb kat HQ since 2 minggu lepas. Email tu buat saya tak senang duduk sebab tarikh tu saya akan bercuti..cuti dah lama approved dan yang paling penting tiket pun dah beli.

So, Allah tunjukkan jalan..ingatkan pasal entry saya happy sebelum ni ;) Last week, masa saya luahkan 'kegusaran' hati pada Timbalan Pengarah pasal miting kat HQ dan cuti..alhamdulillah, he is willing to attend the meeting on behalf of me :D..saya sangka dia akan cari officer lain rupanya dia sendiri yang akan pegi... Alhamdulillah.

Tapi tadi lepas pengumuman oleh Tuan Pengarah, saya jadi tak senang duduk semula ;).. Dalam pada saya suk berfikir-fikir tu tetiba P.A pengarah call kata Big Boss nak jumpa. Hahh..sudah. Apa hal lak lagi ni dalam hati saya.
Masuk jer bilik bos dia bagi satu surat untuk hadir miting dengan kementerian..tarikh sama dengan miting yang saya tak jadi pegi tu 27hb. So..mahu tak mahu saya kena berterus terang. Alhamdulillah!!!! :D Bos cakap takpe sebab saya dah beli tiket..dia akan minta Timbalan Pengarah yang akan hadir. Gulpp..sekali lagi saya terkedu, kena beranikan diri lagi sekali berterus terang yang Timb Pengarah dah setuju untuk ganti saya miting kat HQ. Huhuhuhu... Dan sekali lagi saya lega seleganya bila Pengarah kata nanti dia cari solution. Owh..gembiranya hati (Lagi sekali terasa nak lompat bintang sampai siling depan bos tadi)

Kesimpulannyaaaa..saya dah boleh 'bernafas' sekarang. Cuma yang buat nafas tersekat-sekat minggu ni kena struggle siapkan segala mala yang penting sebelum bercuti..(tapi dah nama kerja, sampai bila pun takkan habis kan)


p/s: Tak sedar..tadi sebenarnya nak merapik sikit jer rupanya dah terpanjang la pula. Kira halal naaa..hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 18, 2012

Jalan2 Cari Pasal..

Upload satu jer la dulu..gambar on the way ke Putrajaya..

Kalau rajin nti saya share story..(Bila tu x tau..huhuhu)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 2, 2012

Girl In Black..


Girl sangat..ni mak girl.



Salam Jumaat semua..hari ni tak boleh nak sembang panjang. Banyak keja..huhuhu

p/s: Hoii..apesal tembam sangat nih..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 29, 2012

~ WW ~ Perpisahan


Bos saya tengah beri ucapan..(ex-bos dah sebenarnya)..tu la dia Tn Haji yang sporting yang baik hati dan suka buat lawak tu..


Hari ni ada majlis meraikan kenaikan pangkat 2 orang staff PMNS..salah sorangnya tu bos saya..
Agak tacing jugak tadi..al-maklum la, dia sumber rujukan saya..mesti la saya akan rasa kehilangan lepas ni.

WW kan..tak boleh cakap banyak..


Posted via Blogaway by Cik Puan HaLia



Feb 28, 2012

LINE..




Ada sesiapa yang guna tak? Application ni ala-ala whatsAp, untuk chatting. Ada yang kata lagi best dari WhatsAp..

Saya dah lama install tapi sebab xde geng yang guna so senyap begitu.. :)



P/s: kalau ada yang guna sila la cari saya.. ID ginger0803 (^_^)
(hahaha..cam desperado lak ko nih suh orang cari)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 23, 2012

"Apa maksud Hannan??"

Balik kerja tadi Hannan tanya.."mama..tadi teacher tanya apa maksud Hannan?" Saya yang keletihan sedikit blur dengan soalan itu. "Apa maksud hannan? Hannan cakap apa sampai teacher tanya macam tu?

"Takde..hannan tak cakap apa pun. Teacher tanya apa maksud hannan.

Bila tengok hasil kraf dia atas meja..ada tulis banyak nama Hannan..ala2 bookmark. So..faham la saya yang teacher dia tanya apa maksud di sebalik nama Hannan ;)

Apa la mama dia ni..soalang lagu tu pung dok pahang.. ;D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jan 10, 2012

Nak Mengandung Sebab Tak Nak Gi Team building..

Tadi ada sorang mamat kat ofis ni datang jumpa saya. Dia kata dia dah plan nk buat team building kat MRSM Lenggong, Perak dalam bulan Mac nanti.

So tanya dia kalau tak nak pegi boleh tak pastu dia jawab tak boleh, semua kena pegi. So saya jawab la "Kalau macam tu akak nak peknen la.." Dia gelak pastu cakap "kalau akak nak peknen kena process sekarang, by the time bulan mac nanti dah 2 bulan..." Hahaha..keji jer rasanya bila buat plan macam tu.

Sebenarnya best gak kalau dapat gi..sekali sekala join aktiviti lasak kan. Rasanya tak pernah lagi join team building sebab masa kat ofis lama dulu diorang buat masa saya tengah peknen Auni.

Tak plan pun nak peknen awal, tapi kalau DIA nak bagi saya terima dengan hati yang terbuka luas. Mana ada ibu normal yang tak nak anak kan..

Ok la, selamat bekerja!!

Jul 14, 2011

De Palma Bistro..

Tengahari tadi lunch date ngan hubby..besday semalam tak lunch sama sebab saya gi 'menyepa' kat Tini Spa ;)
Bukan makan kat hotel De Palma pun..bistro ni nama dia camtuh. Rasanya De Palma punya kot. Seronok jer sekarang sebab hubby selalu teman saya makan, kalau tak breakfast..lunch. Kalau tak lunch balik kerja lepak minum kejap pastu baru balik umah. :)




Saya order Mamak Mia..rasa so so jek, ala-ala mee goreng mamak githu



Nasi goreng apa ntah..B punya.




Hubby cum tukang bayar ;)..thank you Yang..




(Motip entry: Saja nak lawan mata yang berat gila ni...)

Jun 7, 2011

Period Pain



Setelah sebulan 'dia' tak datang..sekarang dia datang dan menghadiahkan saya kesakitan ini...
Sakit wooo... (-_-)

p/s: Datang bawak sakit..kalau datang bawak ipad2 ok gak kan..(^_^)

Jun 4, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Heheh..buh tajuk cam pakar..chaittt.

Alhamdulillah..tercapai jugak niat nak tengok NKTM ni..terhutang budi pada hubby yang sudi temankan saya Jumaat minggu lepas (ecehhh..)

Sebenarnya tak plan dari awal pun nak hari tu..dalam kul 10 macam tu saya sms hubby kata nak tengok NKTM..then hubby reply dia kata dia ok jer. So sebelum dia tiba-tiba berubah fikiran saya pun terus cepat2 beli tiket online (^_^)

Kul 12 lebih saya keluar..g tesco seksyen 13 sementara tunggu B abis solat Jumaat. Lepas tu terus g Sunway Pyramid ngan keta B..keta saya parking kt tesco.

Memandangkan show kul 3.30 dan kitorg sampai dalam kul 2.40 mcm tu, so g la makan dulu..kebetulan belum lunch lagi. Lunch kat A&W..saya teringin nak makan Moza Burger dia.

Sambil tengok gambar kita story ok.. ;P



Hubby kata ni mesti nak update kat blog ni..;p..kuikuikui


Sebelum masuk ambik gambar dulu...

Masa ni saya dah start sedih sebenarnya..Nur pujuk Aidil, Aidil asyik sedih di atas kematian wife dia. Ingat tak, kan dia kawen ngan liya. Liya tu dah meninggal..nak tau kenapa? tengok NKTM ni. Tak boleh story habis kang korang yang nak tengok tak saspen.


Masa ni Adam sakit.. Masa dia and Nur g bercuti kat Jordan Adam hilang masa ribut pasir. Sedih tau, dia keluar dari hotel semata-mata nak cari semula cincin kahwin Nur. Cincin tu hilang masa diorang kemalangan train. Tapi dia sakit ni bukan sebab kemalangan tapi sebab kesan lama masa dia terlibat dengan serangan kat mana ntah..macam dalam drama NK kat tv dulu.
(story sikit) Anak Aidil..dia masih tak boleh lupakan mak dia.. Sedih tau, pandai budak ni berlakon.
Ni lagi sedih..masa ni Adam cam dah rasa dia tak hidup lama..tiba2 Nur bagitau yang dia peknen (selepas 3 kali keguguran)

Ni pun sedih..(semua sedih..ngehehe)




Siapa orang tua ni??? Nak tau?? Ni la Nur bila dah tua (rasa cam tak seswaiii jer)..

Saya menangis tak tau berapa kali..sampai bila dah balik pun B asyik gelakkan saya sebab banyak kali nangis..Sedih woo. Tapi boleh tahan gak B sebab ada babak yang saya tak ingat kaitan dengan yang dalam drama dulu dia yang ingatkan balik..hehe (yup..hubby saya akan layan cerita apa yang saya layan..suwit kan?? haha)

Jangan tak tau, masa tengok ni..orang india pun ada tau. Saya rasa diorang ni mesti layan drama Nur Kasih dulu. Tu pasal nak tengok..hehe. Dan orang lelaki yang datang tengok boleh dibilang dengan jari..nisbah 1:7 kut..;p

Pandangan saya..NKTM ni banyak berkisar tentang kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Tapi bagi saya yang lebihnya ialah kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya..(tetiba teringat balik babak2 dalam NKTM..sob..sob..)Seorang isteri yang terlalu sayangkan suami even suami dia dah meninggal hinggakan dia macam dah hilang ingatan di waktu tua. ;(

Ada jugak watak2 sampingan lain..saya kesian sangat dengan budak yang dermakan organ dia untuk Adam. Budak tu kira cam murid Adam ni, dari seorang budak yang nakal/jahat jadi budak yang baik yang sanggup berkorban untuk orang lain. (Sedih lagi..tragis betul kematian budak nih..hwaaaa)

Overall..walaupun cerita ni sedih dan banyak buat saya menangis, saya bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Kenapa? Mungkin sebab kejap sangat kot..sejam setengah, mana puas..hehe. Apa pun, tahniah pada pengarah movie ni sebab berjaya buat beratus penonton nangis..

Ok..cukup cerita pasal NKTM. Pas abis movie tu terus g tesco semula nak amik keta saya..Tapi sebelum tu singgah beli bunga kat luar tesco tu. Happy gila saya bila hubby beli bunga2 ni..hehehe
Orkid ni tak beli..:)
Beli yang pink ni..

Dan yang purple









Yang hubby pegang ni dan 2 jenis lagi..lupa nak snap gambar.


Sudahhhhh...dah beli tu drive balik sendirik!!