Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Aug 30, 2012

Gotong Royong Mengecat Rumah

Orang lain cat rumah sebelum raya..saya dan hubby pas hampir 2 minggu Syawal baru terhegeh2 nak cat umah..hihi. itu pun sebab mata dah tak boleh tahan tengok mural anak2..penuh kat dinding hall.

Last ahad gi beli cat lepas amik bibik..since nak cat semula saya request nak kaler baru, dah bosan dengan kaler kelabu yang ada sekarang..kuikui. Hubby ok jer, saya tunjuk jer..dia bayarrr..*ok part ni memang best kan* ;P

Makaaa..selasa malam, kebetulan hari hubby takde kelas kitorang pun mula projek. Itu pun start lambat sebab tunggu dia balik dari surau. Dekat kul 10 gak baru start..memandangkan saya dah offer diri kata nak tolong so saya la yang bawak turun segala bagai frame yang ada (ecehhh..macam banyak jer frame kat umah ko tu kan) juga bersih2kan dinding dari segala kotoran & habuk2.

Eksyennya saya, cakap kat hubby "takpe..B tolong bukakan tong cat tu jer. Syg cat sorang pun takpe.." Hahahaha..berlagak kut..plus bersemangat nak tengok rumah berwajah baru gitewww. Tapi, hubby mesti la tolong..(eh..sapa tolong sapa sekarang ni??) ;D Kami buat sama2..sempat take 5 rehat jap makan bahulu cicah milo panas..;p
Kitorang cat ngan cat putih jer dulu..nak cover hasil contengan anak2 tu.

Dekat kul 2.30 am setel 95% dinding dicat..5% lagi tu celah2 bedah yang nak kena cat guna berus kecil..plus ada ruang yang nak kena buka bawak turun langsir baru boleh cat..(dah tengah2 malam tak kan mak nak cabut langsir rumah tu kan) Rupanya 7 liter cat tak cukup untuk hall..kena tambah 1 liter lagi untuk ruang2 yang tak setel tu. Dan nampak gaya cat untuk finishing (finishing??) yang dah beli 5 liter tu tak cukup gak la..huhu

Sempat ambil gambar sebelum dan selepas di cat..


Model tak berbayar..( salah seorang karyawan mural)


Sebelum dicat..nampak jelas dan nyata dalam keadaan gambar yang blur ni.


Gambar selepas..tu diaaa, sibuk tak kira masa


Terpengaruh dengan abang hannan yang obsess dengan Ultramen..(sampaikan Auni pun asek cakap "omen igeeee..")


Kul 3 lebih baru la kami somistri tidur lepas mengecat & mengemas semula perabot yang ada. Ok la, nanti dah cat wall cantik2 saya TAYANG lagi kat sini k..ahaks ;D


Published with Blogger-droid v2.0.7

Aug 27, 2012

Makcik Kayoooo!!!

Bukan saya..tapi makcik kedai makan kat PK*S tu.

Memandangkan food court kat Anggerik Mall ni tutup sebab nak buat renovation so kami2 kat opis ni terpaksa la keluar untuk cari sesuap nasik *melampau bunyinya kan*
Saya order nasi kerabu + daging goreng & nescafe tarik..RM7.30. Mungkin boleh terima lagi sbb ada daging kan. Pas abis makan saya nak bungkus kuih untuk makan kat ofis time lapar.

So tanya la adik yang jaga area kuih tu berapa sebijik. Dia kata 0.50..(kuih dia ada lah dalam 5 6 jenis) Saya teringin nak makan kuih keria dia so tanya la "yang ni pun sama"..dia jawab "yer..". Gulpppp..kecik gila ko. Besar sikit jer dari syiling 0.50. Seb baik la memang dah teringin kan..so saya ambik keria ser & cekmek molek ser. Dalam hati menyumpah gak la..huhuhu. Memang tak kan beli lagi kut kuih dia sebab memang tak masuk akal. Seb baik nasi kerabu dia sedapss.. :D

Ok..cukup la membebel sikit2. Dah kul 12.30, dalam bosan2 N ngantuk2 tu kan tak sedar masa berlalu ..






Kcik yo..tapak tangan den ni lagi bosar..nyampah!!





Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 30, 2012

Semalam..Hari Memasak.

Alhamdulillah..semalam start projek buat biskut yang ditempah oleh kawan2. Bajet2 boleh la dapat 4 balang tapi tak cukup..dapat 3 balang lebih sikit jer. Cadangnya nak start pas sahur tapi akibat malas maka kul 8 lebih baru terhegeh-hegeh masuk dapur.Disebabkan oven ada satu jer maka berjanggut gak nak bakar,dekat kul 12 baru siap.

Siap jer semua terus cepat2 gi beli barang basah lak. Nak masak sebab jemput mak mertua adik yang datang dari kampung berbuka kat umah. Hubby tanya nak masak apa, so mesti la kita masak yang senang2 jer kan..yang dah tau nak match dengan lauk apa :)


Cookies yang tengah tunggu turn nak masuk oven..


Nasi minyak..masak 2kg, makan untuk 13 orang. Saja masak lebih..jadi sahur dah tak perlu risau.


Ayam masak merah nan tak berapa nak indah rupa parasnya sebab guna cili boh segera. Tak teringat nak beli cili kering.


Dalca daging + sayur..


Kari udang


Acar timun..


Sup tulang..




Agar-agar santan + gula melaka..


Seri muka..adunan lebihan. Hari sabtu tu buat 2 loyang hantar ke surau so ada lagi boleh dapat 1 loyang. Sebelum jadi tak elok baik kita kukus jer kan.


Haaa..yang ni jer saya tak masak. Potong jer.. :)

Masa buat kerja-kerja tu tak penat. Bila dah malam baru terasa lenguh-lenguh pinggang. Penat tapi puas hati.

p/s: Hehe..orang yang jarang2 masak macam saya ni memang macam tuh. Bila dah masak semua nak tunjuk, nak tayang ;D Orang yang hari2 masak relax jer kan. Hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 24, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah..setakat ni dah terima tempahan 23 balang choc chip..semuanya dari kawan2 ofis.
Hubby kata nanti buat lebih boleh letak kat kedai ummi (My MIL). Hehe..dia tu sokong jer apa saya nak buat..Err..saya rasa harga saya still murah. Semalam niat nak beli biskut makmor kat pkns..bila tanya adik tu dia kata rm18 sebalang. Terbuntang bijik mata..bekas kecil jer ok..dia kata dalam tu ada lah dalam 30 lebih kurang..ye LEBIH KURANG. Bila hubby kira jatuh 60 sen sejibik!!!
Makaihhh..memang 2 or 3 jenis jer la biskut saya tahun ni nampak gayanya..

Korang prefer beli ker buat? Tp beli or buat masing2 ada pros n conts kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 18, 2012

Cari Makan.. :)

Hehehe..saja suka2 nak berniaga secara kecil-kecilan. Sekarang ni kat office saya jual Kuih cincin (from Sabah) dan biskut chip chocolate. Buat hebahan (hebah sangat -_-) ni pun sebab hubby yang suruh. Dia kata "upload gambar kat blog syg tu, kut ada yang nak beli.." Hihi..mak ok jer khannn..sekadar menurut perintah. Lagipun mak tukang jual jer..tukang kuar modal adalah En suami. (Best sebab dia kata untung saya amik..dia cuma nak modal dia semula ;p)


Biskut ni saya buat sendiri tau. Sedap sebab buat dengan penuh kasih dan sayang (walau pun rupa paras wajahnya tak berapa nak ado)..hahaha ;D


Hah..ni dia kuih cincin. Saya tak buat..beli dan jual semula. :)


Ok..kalau tak nak beli pun cuci mata jer tengok 2 keping gambar ni k ;D

Eh..ok la, kawan2 ramai yang dah balik. Jom kita balik jugak!!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 7, 2012

Semalam Di Tutti Frutti

Sebenarnya, balik kerja petang semalam saya letiiihhh sangat. Oh yep, saya ni sekarang mengalami morning & evening sickness..sebelah petang kepala start pening dan kul 5 ke atas saya akan muntah2 :')..redhaaa.

So, kebetulan semalam hari Rabu..hubby ada kelas so saya pun fikir nak relax kejap malam tu, masak lambat sikit pun takpe sebab hubby balik lambat kan. Masa tengah rehat2 tu hannan tiba2 bersuara;

Hannan: Mama..dah lama hannan tak makan aiskrim yang kat belakang pizza tu.. (Maksud dia tutti frutti belakang kedai Dominos)
Mama: Ooo..bila nak pegi?
Hannan: Takpeee..hari ni pun boleh..

Ammmmboi!!!..dia punya takpe tu ingatkan 'takpe..nanti2 pun boleh'..rupanya nak gi malam tu gak. Bertuah punya budak.. So, disebabkan mengenang yang diorang tengah cuti sekolah dan dah sepanjang hari duduk berkurung di rumah saya pun ikutkan jer la permintaan diorang tu. Kesian kan budak2 ni..diorang pun tau bosan kan.

Sampai TF, masing2 bising nak yang itu, nak yang ini. Saya amikkan sikit2 jer..topping pilih sendiri ok..mama jangan sibuk :p sorang punya harga dalam RM7.++
mama share ngan Auni RM11.++ ;D. Fair kan sebab makan untuk 3 orang..muahaha..
Yang bestnya, diorang boleh makan habis semalam tu..selalunya amik 2 tak habis n mama yang jadi tukang perabis..

Ada gambar sikit..


Nuha punya Kiwi + Vanila


Hannan lak strawberry + vanila..tak perasan kolar baju dia macam tu sebab nk kuar rumah baru kelam kabut dia nak pakai baju :)


Auni yang sedikit serabai..hihihi


Sibuk nak tayang..


Mama..


Ok la..saya takde mood nak buat kerja hari ni. Pagi ni perut tak sedap lak..tekak pun dah meloya..huhuhu. Korang tu kerja la rajin2..

Jun 1, 2012

Tom Yam Kung..Apple + celery.. Milo Tabur dan Apam..

Jarang2 muncul..dan tiap kali muncul asek sembang pasal makanan..hihihi. Sabar dan redho jer la korang k.

Hari Jumaat..rehat panjang kan. Kul 12.15 tadi saya 'recharge' dulu. Kul 1 bangun tetiba tekak ni nak makan tom yam kung kat SR. Asalnya plan nak merayap ke Subang..tapi sebab mata ni berat sangat so plan tu terbatal dengan sendirinya.

So terkedek-kedek la saya ke SACC Mall..masuk SR, order dan makan. Mengada-ngada nak sangat rasa apple juice + celery kannn..hambekk..tak sedap langsung!!! Pada tekak saya la, tak tau selera korang. Menyesal gila order..dah la rm6 harga dia.

(Gambar air yang super tak best tu tak ambik lak..)

Memang tak abis la minumnya kan. Pas jer makan n bayar terus patah Anggerik Mall. Singgah food court cari air manis hilangkan rasa tak sedap celery kat tekak ni. Kebetulan kawan2 pn tengah lepak n baru order air saya pun join la sekali..order milo tabur. Perggg...legaaa n memang layan. Tapi cam tak cukup segelas ^_^...


Pastu naik atas ada lak orang bagi kuih apam dan karipap..erkk..tapi tak boleh makan lagi sebab perut dah sendat.


Itu jer nak sembang =D..bosan jer kan..hihihi

Psssttt..tak sabar nak tunggu hari esokkkk..weeheeeee...





Published with Blogger-droid v2.0.4

May 29, 2012

Island BBQ & Steamboat

Salam..lama blog tak berupdate. Mood xmenentu kononnya..hihi. Kalau rajin ada gak BW ke blog korang tapi secara senyap jer..x tinggal jejak.

Nak sembang pasal tempat makan lak hari ni. Jumaat malam sabtu baru ni gi makan kat Island BBQ & Steambot kat Kg Melayu Subang. Dekat jer ngan rumah..dalam 7km gitu. Dapat tau pasal tempat tu pun dari member sepejabat. So saya yang memang suka makan ni ajak la hubby gi situ.

Gambar tak amik banyak..amik pun ngan henfon yang gambar xde kualiti sangat ni ;)


Papa tengah pilih lauk untuk dibakar.. (kan dah cakap..gambar tak cantik..huhuhuhu)


Antara pilihan yang ada..banyaaakkk lagi sebenarnya tapi sebab nafsu ni dah tak sabar2 nak membaham so amik sikit2 sudahhh..


Nasi goreng..mee goreng..n pasta goreng..



Memang puas hati sangat sebab banyak sangat pilihan untuk steamboat..untuk grill juga. Udang n sotong dia pun besar2. Selain dari bbq n steamboat tu ada nasi goreng,pasta goreng n mee goreng..saya tak perasan sangat sebab hanya pandang 'mangsa' untuk bbq :')

Pasal apa saya kata puas hati??? Sebab dia charge RM21.90 jer per pax..makan la sampai kenyang..sampai muntah..hihihi. Minuman sejuk ada..kopi n tea panas pun ada..buffet begitu. Surau pun ada tau..senang nak solat.

Kitorang datang makan berlima tapi bayar untuk 3 orang dewasa jer sebab budak bawah 6 tahun adalah freeeee!! 6 hingga 12 tahun lak RM9.90

Lagi satu..kalau korang nak datang weekend kena call dulu..booking. Kang kempunan datang situ tapi xde meja..saya pun hari ari tu lg 2 jam nk g baru call, seb baik ada lagi meja kosong..rezeki mak budak ;)

Senang jer cari tempat makan ni..sapa2 yang datang dari arah Shah Alam kena masuk simpang belah kiri..selepas Petronas and selepas kedai makan Achik Corner tu ada traffik lite,amik susur simpang ke kiri. Dah masuk simpang tu jalan sikit jer nanti akan nampak restoran tu belah kanan korang.

Ni nombor tepon kalau nak buat tempahan.. 012-6800041. Pegi la try.. =)

Apr 10, 2012

Red Velvet Cupcakes

Buat juga..boleh la,menjadi. Nak kata sedap sangat tu tkde la pulak. Boleh makan laa :) Sebab atas dia tu ada cream cheese kot..hihihi











Tak ingat dah web mana satu punya resepi saya ceduk..sebab banyak sangat tengok. Cari yang paling simple punya.. ;D



Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 4, 2012

Mar 31, 2012

Home Made Cheese Cake

Salam..

Alhamdulillah menjadi *clap..clap*
Balik keja semalam terus bersinsing lengan bersilat kat dapur. Senang jer rupanya nak buat cheese cake yang satu ini.. (Berlagak kan..ahaks)

Malas la nak sembang panjang2..kita tengok gambar jela macam biasa ;D



Telur..pukul hingga kembang

Saya guna tepung ni..Tepung Optima. Tengok la address tu, dari jauh saya angkut gara2 malas nak cari kat sini ;) Expire bulan 9 ni. Dan saya telah mentamakkan diri beli sampai 2 bungkus rupanya sebungkus tu boleh dapat berbiji-biji. Semalam guna tak sampai suku pun ~_~

Sedia untuk dibakar..

Sementara tunggu kek masak, siapkan bahan untuk cream. (Cream cheese + susu pekat manis)

Kembang sudahhh..

Dah siapppp!! Lupa nak amik gambar sebelum topping..

Saya buat nipis jer..sebab lebih terasa cheese tu.

Sedap.. ;P

Resepi ni kalau korang google ada banyak kat blog2 dan kat web2 masakan..sila la rajinkan diri..hihihi (Tapi saya belajar ni dari adik perempuan saya, dia lak belajar dari adik lelaki saya)

Mar 30, 2012

Cheese Cake


Tak buat pun lagi..baru berangan-angan dan berniat nak buat........kalau diberi kerajinan :D

Resepi dah dapat, bahan-bahan pun dah beli. So, kalau menjadi nanti saya share. Tapi kalau tak menjadi pun saya share juga..hihi

Mar 12, 2012

Buat Pop Corn Sendiri

Dari Jumaat lepas nak buat tapi merata cari biji jagung tak jumpa. Sampai la saya google pastu dapat info ada jual kat Tesco..

So petang tadi pas balik keja gigih saya 'memasak'.. Si kenit Auni memang suka makan pop corn ni. Ada gambar..tapi tak cantik. Janji ado kan...hihihi



Ni la dia rupa biji jagung tu..RM2.10 kat Tesco

Marjerin + minyak + jagung

Marjerin + gula perang

Pop corn dah menjadi.."pop..pop..pop"..*sound efek*

Pop corn yang telah 'disira'


Nak resepi ker? Haha..macam hebat sangat. Takpe la, saya share jugak..kot2 korang teringin nak buat kan. Super simple babes!!

Bahan2..

1. Biji jagung..(Banyak mana?? ikut suka korang. Saya masak separuh jer..itu pun dah banyak)
2. 1 sudu besar marjerin
3. 2 sudu besar minyak masak
4. Sedikit garam (Anda adalah diingatkan bahawa jika guna salted marjerin takyah bubuh garam)

Untuk 'manis'kan:
1. 2 sudu besar marjerin (agak2 la ikut banyak mana pop corn yang korang buat)
2. 3 suda gula perang..nak guna gula pasir biasa pun voleh jer..

Cara-caranya:
- Panaskan minyak & marjerin di dalam periuk. Bila dah cair masukkan biji jagung tadi dan jangan lupa tutup periuk korang tu.
- korang akan dengar bunyi Pop..pop :). Tunggu sampai bunyi pop tu berhenti.
- Sesambil tunggu semua dah 'poped' korang boleh sediakan 'gula' dia.
- Panaskan marjerin hingga cair dan masukkan gula perang tadi. Kacau sampai gula dah cair dan masukkan pop corn yang dah kembang tadi n gaul rata.
- Dah..siap!

Senang tak? senang tak?