Showing posts with label My Other Half. Show all posts
Showing posts with label My Other Half. Show all posts

Aug 30, 2012

Gotong Royong Mengecat Rumah

Orang lain cat rumah sebelum raya..saya dan hubby pas hampir 2 minggu Syawal baru terhegeh2 nak cat umah..hihi. itu pun sebab mata dah tak boleh tahan tengok mural anak2..penuh kat dinding hall.

Last ahad gi beli cat lepas amik bibik..since nak cat semula saya request nak kaler baru, dah bosan dengan kaler kelabu yang ada sekarang..kuikui. Hubby ok jer, saya tunjuk jer..dia bayarrr..*ok part ni memang best kan* ;P

Makaaa..selasa malam, kebetulan hari hubby takde kelas kitorang pun mula projek. Itu pun start lambat sebab tunggu dia balik dari surau. Dekat kul 10 gak baru start..memandangkan saya dah offer diri kata nak tolong so saya la yang bawak turun segala bagai frame yang ada (ecehhh..macam banyak jer frame kat umah ko tu kan) juga bersih2kan dinding dari segala kotoran & habuk2.

Eksyennya saya, cakap kat hubby "takpe..B tolong bukakan tong cat tu jer. Syg cat sorang pun takpe.." Hahahaha..berlagak kut..plus bersemangat nak tengok rumah berwajah baru gitewww. Tapi, hubby mesti la tolong..(eh..sapa tolong sapa sekarang ni??) ;D Kami buat sama2..sempat take 5 rehat jap makan bahulu cicah milo panas..;p
Kitorang cat ngan cat putih jer dulu..nak cover hasil contengan anak2 tu.

Dekat kul 2.30 am setel 95% dinding dicat..5% lagi tu celah2 bedah yang nak kena cat guna berus kecil..plus ada ruang yang nak kena buka bawak turun langsir baru boleh cat..(dah tengah2 malam tak kan mak nak cabut langsir rumah tu kan) Rupanya 7 liter cat tak cukup untuk hall..kena tambah 1 liter lagi untuk ruang2 yang tak setel tu. Dan nampak gaya cat untuk finishing (finishing??) yang dah beli 5 liter tu tak cukup gak la..huhu

Sempat ambil gambar sebelum dan selepas di cat..


Model tak berbayar..( salah seorang karyawan mural)


Sebelum dicat..nampak jelas dan nyata dalam keadaan gambar yang blur ni.


Gambar selepas..tu diaaa, sibuk tak kira masa


Terpengaruh dengan abang hannan yang obsess dengan Ultramen..(sampaikan Auni pun asek cakap "omen igeeee..")


Kul 3 lebih baru la kami somistri tidur lepas mengecat & mengemas semula perabot yang ada. Ok la, nanti dah cat wall cantik2 saya TAYANG lagi kat sini k..ahaks ;D


Published with Blogger-droid v2.0.7

Aug 9, 2012

Dah Tahu Jantina Baby???

Semalam..bawah perut saya sakit menyucuk-nyucuk. Rasa cam terturun jer baby ni (perasaan mak dia ler) So bila ngadu kat kakak kat division saya ni (kakak yang dah level mak2) dia suh gi klinik cek since ari tu pernah bagitau dia yang uri saya agak ke bawah sikit.

Ngadu kat hubby lak..(biasa la kan..mesti nak ngadu dhomba sana sini..ahaks) Dia pun suh gi klinik & tanya kalau perlu dia teman. Saya tak sampai hati nak suruh dia datang dari KL semata-mata nak teman saya gi check..entah2 takde apa yang serius pun.

So, kul 12 lebih semalam saya gi klinik panel kat PKNS..sorang2. Jalan slow jer sebab sakit bila jalan laju2, tambah pulak ngan kepala yang pening2. Doktor scan, dia kata uri saya banyak duduk kat tempat yang saya kata sakit tu. Memang agak ke bawah tapi still awal lagi..kalau dah 8 bulan uri masih duduk bawah then baru kita kena risau..kata dia. Legaaaaa...

Sempat gak tanya doktor dah nampak gender ke belum..jenuh la doktor tu cari. Memang nampak..tapi oleh sebab masih awal, baru masuk 20 minggu so dia tak boleh nak confirm 100%.. Saya senyum jer la kan..terima dengan hati terbuka dan gembira apa pun jantina anak dalam rahim ni. Yang penting sihat sempurna sifat & akalnya. *Amin*

Bila dah nampak 'tuuuut' baby tu terus sms hubby..(walaupun tak confirm lagi..hihi)
Merajukkk lak dia...huhu. Sian pun ada gak, rasanya saya tak patut sms kat dia sebab tak seprais n sepatutnya biar dia tengok sendiri..huhuhu

Tengok apa dia reply bila saya sms.. :D



Tapi kannn...rasa cam nak gi scan hari-hari lah.. Boleh tak??? ;D

Jul 19, 2012

Saya Isteri Yang Suka Lawan Suami..sobs

Suami yang suka mulakan...so, saya mesti la tak nak kalah kan. Selalunya asyik dia jer menang..sekali sekala nak lawan gak. Tension!!!! Derhaka kah saya????


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Latest lawan game ni..dia dah level 100 saya baru level 61. Tapiiiii..dia dah main seminggu, tu pun kadang2 saya tolong mainkan beberapa level. Dan saya baru main 2 hari ;D





Psssttt..Korang suka tak lawan2 ngan husband? ;D





Published with Blogger-droid v2.0.6

Apr 2, 2012

Hannan..PSP & Steamboat

27.03.2012 yang lalu genap 5 tahun umur Hannan..Alhamdulillah. Kudoakan semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang baik, berjaya di dunia dan akhirat,dilindungi dari sebarang kejahatan & sifat-sifat keji.. jadi hamba yang beriman, dan semoga dia sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah. Amin

Saya awal2 bulan tu lagi dah bagitau hujung bulan nanti besday dia. So dia dah request nak hadiah apa @_@.. Kalau sebelum ni dia minta skate board, entah macamana tiba2 boleh berubah fikiran nak minta belikan PSP pulak. Haish..kids zaman sekarang kan.. Owh yup, pernah juga dia suarakan hasrat nak ada iPad. Terperanjat saya dan hubby sebab tak pernah pun cakap kat dia iPad tu apa..huhu. Tapi konfem la tak dapat kan..hihi. Dah ada tab kat rumah ni belasah la main game puas2..jangan nak mengada.

So, disebabkan papa dah janji nak belikan dia PSP..maka last Sunday gi la mencari kat Plaza Masalam, seksyen 9....(kalau ikutkan hati saya ni memang tak nak hubby layan..5rat tu boleh beli macam2..tambah sikit lagi dah lepas school fees untuk 2 bulan. Tapi sebab kesian.. Biar jer la..huhu)

Tengah pilih nak masukkan game apa..

Terkonfius kejap..sapa yang nak sebenarnya ni??? :D

Kak Wa yang kebosanan menunggu abang dia mentry test..

Akhirnya...dalam genggaman dia. Terbang 5 rat nakkk..(~_~)Sampai muncung2 mulut..

Dapat screen protector, dan casing ni free..owh ya, memory card pun dapat free. 4G jer..jadi la.

Dah beli tu terus gi cari makan..masing2 kebulur.

Mamat ni sure la berkepit jer dengan PSP dia kan..

Minah tu tengah main masak2..

Sesi mengorder..

Konfius sekali lagi..nampak cam papa yang terlebih sudahhh..hihi (Isi masa lapang sementara tunggu order sampai)

Hanya mampu memandang.... :)

Pak Long Kopitiam.. LG Floor, Plaza Masalam

Air longan saya & hubby..yang lain2 amik air laici..

Order steamboat..

Nampak cam banyak..tapi tak cukup :)

Yang bentuk bintang tu comel kan..

Masing2 dah tak sabar nak makan...laparrr

Okeh..dah boleh makannn..

Dah selamat menyental, cepat2 gi Giant beli groceries & terus balik umah. Nak cepat sebab bas adik kul 9. Dia nak balik Muar, umah kakak.

Besday boy yang puas hati..

Ok la..nak tidur awal. Besok kena gerak gi Kuala Selangor (again) seawal 6.30.
Tata titi tutu..

Mar 19, 2012

Bila Bosan..

Saya memang suka usik dia..dan dia memang tetap akan layan..

Tadi tiba2 teringat kat dia. So saja hantar sms kosong..dan dia tetap reply..hahaha


p/s: Banyak story tapi xsempat nak share..so baca la entry syok sendiri ni ;D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 4, 2012

Cedera la pula..



Baru semalam buat entry pasal hubby.. Pagi ni entry dia lagi...

Ankle B bengkak..gara-gara main futsal. Dia nak sepak bola datang orang lain gi tackle kaki dia..huhuhu

So..saya sekarang ni tengah tunggu turn dia berurut sebab nak jalan pun payah. Haihhh..mula la risau, macamana nak gi keje besok. Takkan nak MC..dia baru 2 hari join company baru.


Alahaiiii la suami...*doakan kaki hubbyku cepat sembuh..tq*




p/s: Mohon maaf banyak2 pada Pn Pijot sebab tak dapat datang majils aqiqah anak dia. Harap semuanya berjalan lancar tadi..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 3, 2012

Dari Mata Turun Ke Hati..

Ecehhh..tajuk. Penangan lepas tengok Walimatul Urus Lisa Surirumah Yusri tadi la ni.

Tetiba teringat kira-kira 12 tahun lalu..
Dulu kan saya pernah bagitau yang asalnya saya belajar kat UiTM Merbok (Sg.Petani) pastu transfer ke UiTM Kota Kinabalu kan?

So, nak dijadikan cerita..hari pertama nak gi kuliah tu saya ternampak sorang mamat jalan sorang2 nak gi kuliah juga. Tetiba hati berdebar..(serious, tak tipu) tak tahu kenapa. Pernah dengar tak dan percaya tak orang kata yang bila kita tengok seseorang tu kita tahu dia lah yang akan jadi pasangan hidup kita nanti??? Itulah yang saya rasa masa tu..hanya dengan sekali pandang (errr..over tak?) dan lebih menggembirakan (dalam diam) mamat tu sekelas dengan saya..

Masa tu saya masih belum ada teman istimewa.selepas beberapa bulan barulah tahu berkapel2, tapi bukan dengan mamat tadi tau. Dengan student UMS, berkenalan dari chat room..dolu-dolu kan femes chatting ni..;p

Kapel tak lama, putus thru public phone jer..hihihi. Sapa suruh dia memaksa sangat..kan dah kena bye bye dengan saya.. Ingat lagi masa tu, gaduh kat tepon dan saya tahu orang sebelah (which is budak lelaki kelas saya juga) curi2 dengar. Rupanya pergaduhan saya tu dia (budak sebelah public phone tu) sampaikan pada mamat yang jadi orang pertama saya jumpa tadi. Dia kata dah ada harapan..hehehe. Mana saya tahu? Mamat tu yang bagitahu..

Since daripada itu kawan2 sekelas kenen-kenenkan kami..dan kami mula rapat. Tapi masih malu-malu. Yer betul..dulu saya adalah seorang yang sangat pemalu (Doly,ko mesti setuju ni..hihi) berbeza sungguh dengan saya di sekolah menengah (di asrama,lebih tepat lagi..sebab di sekolah agak pemalu jugak ;p)


Masa ni belum kapel secara rasmi (??)


Dah kapel..


Siang hari sebelum jumpa parents dia malam tuh..(Gigil lutut masa tu..syukur jadi kawin kalau tak memang frust jer..kikiki)

Terjalin ikatan..bukti cinta..


Indahnya bila dikenang-kenang semula masa tu :) Owh..malam ni nak mimpi semula kenangan 12 tahun lepas, boleh??..hihiihihi.

p/s: Maaf la korang dah terlayan entry layan jiwa ni..saya nak abadikan dalam blog sebab andaikata ingatan dah kurang masa tua nanti boleh gak saya ingat2 semula bila baca blog ni (entah wujud lagi ker tak blog ni masa tu eh?? haha)
Dan mamat yang jadi orang pertama saya nampak tu dah pun jadi suami saya sekarang ni.

*B..kalau B baca entry ni, syg nak B tahu yang perasaan syg terhadap B tetap sama macam 12 tahun lepas..semoga kekal macam ni hingga ke penghujung hayat..Amiiinnn*

Ni gambar motivasi untuk kembalikan badan seperti dulu..suka jer tengok gambar masa anak dara dulu kan..huhuhuhu (Tak terima kenyataankah???) :'D




Jan 12, 2012

Syukur Alhamdulillah..

Yang ditunggu dah pun ada dalam tangan. Dengan gembiranya dia tunjuk surat ni pada saya balik kerja tadi. Syukur yang teramat di atas rezeki dariNya. Semoga lepas ni rezeki kami akan lebih murah lagi. Aminnn


P/s: B..tahniah Yang!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 10, 2012

Nak Mengandung Sebab Tak Nak Gi Team building..

Tadi ada sorang mamat kat ofis ni datang jumpa saya. Dia kata dia dah plan nk buat team building kat MRSM Lenggong, Perak dalam bulan Mac nanti.

So tanya dia kalau tak nak pegi boleh tak pastu dia jawab tak boleh, semua kena pegi. So saya jawab la "Kalau macam tu akak nak peknen la.." Dia gelak pastu cakap "kalau akak nak peknen kena process sekarang, by the time bulan mac nanti dah 2 bulan..." Hahaha..keji jer rasanya bila buat plan macam tu.

Sebenarnya best gak kalau dapat gi..sekali sekala join aktiviti lasak kan. Rasanya tak pernah lagi join team building sebab masa kat ofis lama dulu diorang buat masa saya tengah peknen Auni.

Tak plan pun nak peknen awal, tapi kalau DIA nak bagi saya terima dengan hati yang terbuka luas. Mana ada ibu normal yang tak nak anak kan..

Ok la, selamat bekerja!!

Jan 2, 2012

Sudah pun 02.01.2012..

Orang lain semua dah buat post pasal new year..pasal azam baru dan ada juga cerita pasal azam tahun lepas.

Tahun ni saya tak nak share apa azam saya..biar saya sorang jer yang tahu...hahaha *poyo jer kan* macam korang heran and nak tau sangat ;D

Mengenang kembali kenangan 2011..ada suka..ada duka. Yang pastinya lebih banyak yang menggembirakan. Salah satunya meati la kejayaan saya berpindah ke branch yang dekat dengan rumah. Dan yang paling mengembirakan saya (dan hubby semestinya) ialah bila dia dapat bertukar kerja di tuuutttt.. Kat mana? Takyah la saya bgtau, bukan korang nak tau pun kan..muahahaha.. Syukur rezeki dia sentiasa murah.. Sebagai isteri saya akan tetap memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Penutup tahun yang menggembirakan. Dan saya berdoa agar 2012 ini akan ada lagi berita gembira buat kami. Insyaallah.




Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 28, 2011

Mahalnyaaa...

Apa yang mahal tu?? hehe..

Caj panggilan telefon lorr.. Hubby sekarang kat Jakarta (Insyaallah besok khamis malam jemaat dia balik ;p) Tiap hari dia call..siang sekali, malam adakalanya sekali dan pernah gak call 2 kali. Dah beberapa hari ni tak pernah pun tau berapa dia kena bayar untuk cakap ngan saya di sini. Hubby beli simpack situ, katanya murah sikit kalau nak banding roaming.

So petang semalam dia call kejap..kejap jer sebab dia kata malam nanti nak call semula. Lepas cakap tu tetiba masuk msg dari dia, kata cakap 4 minit habis dalam 40ribu rupiah. Kalau convert duit malaysia dalam RM18..Perghhhh..mahal gila!!! Tapi dia kata gasak la janji dapat dengar suara isteri & anak2 dia.

Saya tanya bibik kalau dia call indon mahal tak..dia jawab tak mahal, RM10 tu boleh cakap lama tapi kena tunggu kul 12 malam ke atas. Huhuhu..

Kul 12 lebih hubby call lagi, masa tu nuha masih berjaga. Dia sibuk nak cakap dengan papa dia.. Mak sebak bila dia cakap kat papa dia dalam tepon "papaaa...nuha rindu papa. Nuha rindu kat papa.." sambil mulut dia cebik2 nak nangis. Sayu ok..mak yang nak nangis. Tu pun papa call kejap jer sebab auni lak bangun..tapi seb baik dia tidur semula.

Pastu saya cakap kat hubby kita sms jer sampai tertidur *Macam masa bercinta dulu..ihiks* Hubby kata dia rasa nak menangis bila dengar anak dia kata rindu kat dia. Papa hairan macamana dia tahu apa itu rindu. *Hellooo papa..ur dotter is big enaf ok..* Dah besar, dah faham banyak benda. And semalam saya tahu dia memang rindu sangat kat papa dia sebab kejap2 tanya mana papa.
Ok cukup bab papa n anak dara dia.

Agak2 kalau nombor kita ni call Indonesia mahal tak? Ada tak cara macamana nak bagi caj tu tak mahal? :)

Dec 11, 2011

Ombak Rindu dengan hubby..

**update**

Macam yang saya update semalam..saya dan hubby gi tengok Ombak Rindu. Merempit..anak2 tinggal sebab diorang tidur (saja bagi diorang tidur sebenarnya..hihi.

Hurmm..komen saya??? Ok la..tapi sedikit menjengkelkan sebab ada babak2 yang saya rasa tak sesuai. Contohnya adegan2 atas katil. Serius..malu saya tengok. Memang la ada part yang boleh mengalirkan air mata tapi...entah la. Saya rasa nak bagi 1.5 bintang jer. Lagi best baca novel dia. Lain orang lain pandangan dan komen kan.

Lepas abis movie tu saya tak rasa enjoy pun. Nur Kasih The Movie lebih sesuai untuk tontonan umum dan lebih sopan. Memang la Ombak Rindu ni lebih kepada love story dan NKTM tu lebih kepada kekeluargaan tapiii..entah la. Tak rasa berbaloi. No wonder ada komen yang negatif pasal OR ni.

Apapun..macam yang saya cakap tadi. Lain orang lain selera..lain pandangan. So ini pandangan saya..

Baru nak tengokkk.. :)
Nanti storimori kemudian k..

Created with PicSay on my GT-I9003

Nov 25, 2011

From me to U...



Lunch hour tadi gi cari gift untuk hubby sempena enibeseri besok..
Harap2 B suka..

Nov 23, 2011

~ WW ~ Bila sesekali terkenang...



Dua-dua pun montel masa ni kan..hihi



Hehehe..best kan bila terkenang then terus belek2 gambar lama ;) Teringat kisah silam..

Terjumpa gambar ni..masa bercuti kat Langkawi. Masa ni belum ada anak lagi..tapi tak sure dah 'berisi' or belum.

Pegi mandi kat tasik dayang bunting..mak tak reti berenang so berpaut jer pada hubby..hihihi. Konon2 mandi tasik tu sebab orang kata kalau nak preggy kena mandi situ..huhuhu. Mitosss!!!

Eh..kata WW tapi banyak lak bebel.. ;)

P/s: Banyak story nak share tapi masa dan keadaan belum mengizinkan.


Created with PicSay on my GT-I9003

Aug 3, 2011

Ketupat Sotong..

Ahlamdulillah, hari ini dah 3 Ramadhan. Sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadat puasa (Walau saya belum puasa sehari pun namun saya tetap umat Islam ok)

Semalam, saya temankan hubby gi bazar ramadhan stadium..dia teringin nak makan ketupat sotong or ada orang panggil sotong pulut. Kebetulan saya pulak nak makan lompat tikam. Alhamdulillah, dapat jugak lompat tikam idaman hati..banyak booth yang jual.

Tapi...sian kat hubby, dah puas kitorang tawaf bazar tu namun tak ketemu ketupat sotong. Seingat saya, tahun-tahun sebelum ni ada jer orang yang jual. Agaknya makcik yang jual tu dah jadi jutawan and dah tak buat bisnes jual ketupat sotong. Dia jual bot candat sotong lak.

So, saya dah nekad..petang ni nak gi cari sotong yang besar2 sikit nak buatkan dia ketupat sotong (tapi mana nak cari sotong yang besar2 ni?? selalu jumpa semua yang anak dara sunti lagi). Semoga niat suci murni saya tu termakbul..dengan tak pernah buatnya. Jangan ketupat sotong jadi sotong kangkung sudah.


Gambar ihsan google



P/s: Pagi tadi sian hubby sahur sorang2..dia gerak saya bangun kul 5 tapi bila tengok saya ngantuk yang teramat (sebab tk cukup tidur nuha tak sihat) so dia kata takpe la kalau ngantuk B makan sorang jer. Dan saya tanpa melengahkan masa terus kebabooom..sambung tidur semula. Dan disebabkan kekejaman saya biar suami makan sorang2. hari ni saya dah terbabas tidur and lambat masuk ofis ari ni..padan muka!

Jul 14, 2011

De Palma Bistro..

Tengahari tadi lunch date ngan hubby..besday semalam tak lunch sama sebab saya gi 'menyepa' kat Tini Spa ;)
Bukan makan kat hotel De Palma pun..bistro ni nama dia camtuh. Rasanya De Palma punya kot. Seronok jer sekarang sebab hubby selalu teman saya makan, kalau tak breakfast..lunch. Kalau tak lunch balik kerja lepak minum kejap pastu baru balik umah. :)




Saya order Mamak Mia..rasa so so jek, ala-ala mee goreng mamak githu



Nasi goreng apa ntah..B punya.




Hubby cum tukang bayar ;)..thank you Yang..




(Motip entry: Saja nak lawan mata yang berat gila ni...)

Jun 29, 2011

Opppsss...


Omaigod..omaigod..omaigod..en somi sudah baca ini blog!!!!!
Tetiba rasa kurang best untuk membebel-bebel dalam ni.. ;D




P/S: B..jangan la baca, buat2 tak tau sudahhh laaa.. ;p


Jun 4, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Heheh..buh tajuk cam pakar..chaittt.

Alhamdulillah..tercapai jugak niat nak tengok NKTM ni..terhutang budi pada hubby yang sudi temankan saya Jumaat minggu lepas (ecehhh..)

Sebenarnya tak plan dari awal pun nak hari tu..dalam kul 10 macam tu saya sms hubby kata nak tengok NKTM..then hubby reply dia kata dia ok jer. So sebelum dia tiba-tiba berubah fikiran saya pun terus cepat2 beli tiket online (^_^)

Kul 12 lebih saya keluar..g tesco seksyen 13 sementara tunggu B abis solat Jumaat. Lepas tu terus g Sunway Pyramid ngan keta B..keta saya parking kt tesco.

Memandangkan show kul 3.30 dan kitorg sampai dalam kul 2.40 mcm tu, so g la makan dulu..kebetulan belum lunch lagi. Lunch kat A&W..saya teringin nak makan Moza Burger dia.

Sambil tengok gambar kita story ok.. ;P



Hubby kata ni mesti nak update kat blog ni..;p..kuikuikui


Sebelum masuk ambik gambar dulu...

Masa ni saya dah start sedih sebenarnya..Nur pujuk Aidil, Aidil asyik sedih di atas kematian wife dia. Ingat tak, kan dia kawen ngan liya. Liya tu dah meninggal..nak tau kenapa? tengok NKTM ni. Tak boleh story habis kang korang yang nak tengok tak saspen.


Masa ni Adam sakit.. Masa dia and Nur g bercuti kat Jordan Adam hilang masa ribut pasir. Sedih tau, dia keluar dari hotel semata-mata nak cari semula cincin kahwin Nur. Cincin tu hilang masa diorang kemalangan train. Tapi dia sakit ni bukan sebab kemalangan tapi sebab kesan lama masa dia terlibat dengan serangan kat mana ntah..macam dalam drama NK kat tv dulu.
(story sikit) Anak Aidil..dia masih tak boleh lupakan mak dia.. Sedih tau, pandai budak ni berlakon.
Ni lagi sedih..masa ni Adam cam dah rasa dia tak hidup lama..tiba2 Nur bagitau yang dia peknen (selepas 3 kali keguguran)

Ni pun sedih..(semua sedih..ngehehe)




Siapa orang tua ni??? Nak tau?? Ni la Nur bila dah tua (rasa cam tak seswaiii jer)..

Saya menangis tak tau berapa kali..sampai bila dah balik pun B asyik gelakkan saya sebab banyak kali nangis..Sedih woo. Tapi boleh tahan gak B sebab ada babak yang saya tak ingat kaitan dengan yang dalam drama dulu dia yang ingatkan balik..hehe (yup..hubby saya akan layan cerita apa yang saya layan..suwit kan?? haha)

Jangan tak tau, masa tengok ni..orang india pun ada tau. Saya rasa diorang ni mesti layan drama Nur Kasih dulu. Tu pasal nak tengok..hehe. Dan orang lelaki yang datang tengok boleh dibilang dengan jari..nisbah 1:7 kut..;p

Pandangan saya..NKTM ni banyak berkisar tentang kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Tapi bagi saya yang lebihnya ialah kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya..(tetiba teringat balik babak2 dalam NKTM..sob..sob..)Seorang isteri yang terlalu sayangkan suami even suami dia dah meninggal hinggakan dia macam dah hilang ingatan di waktu tua. ;(

Ada jugak watak2 sampingan lain..saya kesian sangat dengan budak yang dermakan organ dia untuk Adam. Budak tu kira cam murid Adam ni, dari seorang budak yang nakal/jahat jadi budak yang baik yang sanggup berkorban untuk orang lain. (Sedih lagi..tragis betul kematian budak nih..hwaaaa)

Overall..walaupun cerita ni sedih dan banyak buat saya menangis, saya bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Kenapa? Mungkin sebab kejap sangat kot..sejam setengah, mana puas..hehe. Apa pun, tahniah pada pengarah movie ni sebab berjaya buat beratus penonton nangis..

Ok..cukup cerita pasal NKTM. Pas abis movie tu terus g tesco semula nak amik keta saya..Tapi sebelum tu singgah beli bunga kat luar tesco tu. Happy gila saya bila hubby beli bunga2 ni..hehehe
Orkid ni tak beli..:)
Beli yang pink ni..

Dan yang purple









Yang hubby pegang ni dan 2 jenis lagi..lupa nak snap gambar.


Sudahhhhh...dah beli tu drive balik sendirik!!