Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Aug 27, 2012

Makcik Kayoooo!!!

Bukan saya..tapi makcik kedai makan kat PK*S tu.

Memandangkan food court kat Anggerik Mall ni tutup sebab nak buat renovation so kami2 kat opis ni terpaksa la keluar untuk cari sesuap nasik *melampau bunyinya kan*
Saya order nasi kerabu + daging goreng & nescafe tarik..RM7.30. Mungkin boleh terima lagi sbb ada daging kan. Pas abis makan saya nak bungkus kuih untuk makan kat ofis time lapar.

So tanya la adik yang jaga area kuih tu berapa sebijik. Dia kata 0.50..(kuih dia ada lah dalam 5 6 jenis) Saya teringin nak makan kuih keria dia so tanya la "yang ni pun sama"..dia jawab "yer..". Gulpppp..kecik gila ko. Besar sikit jer dari syiling 0.50. Seb baik la memang dah teringin kan..so saya ambik keria ser & cekmek molek ser. Dalam hati menyumpah gak la..huhuhu. Memang tak kan beli lagi kut kuih dia sebab memang tak masuk akal. Seb baik nasi kerabu dia sedapss.. :D

Ok..cukup la membebel sikit2. Dah kul 12.30, dalam bosan2 N ngantuk2 tu kan tak sedar masa berlalu ..






Kcik yo..tapak tangan den ni lagi bosar..nyampah!!





Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 30, 2012

Semalam..Hari Memasak.

Alhamdulillah..semalam start projek buat biskut yang ditempah oleh kawan2. Bajet2 boleh la dapat 4 balang tapi tak cukup..dapat 3 balang lebih sikit jer. Cadangnya nak start pas sahur tapi akibat malas maka kul 8 lebih baru terhegeh-hegeh masuk dapur.Disebabkan oven ada satu jer maka berjanggut gak nak bakar,dekat kul 12 baru siap.

Siap jer semua terus cepat2 gi beli barang basah lak. Nak masak sebab jemput mak mertua adik yang datang dari kampung berbuka kat umah. Hubby tanya nak masak apa, so mesti la kita masak yang senang2 jer kan..yang dah tau nak match dengan lauk apa :)


Cookies yang tengah tunggu turn nak masuk oven..


Nasi minyak..masak 2kg, makan untuk 13 orang. Saja masak lebih..jadi sahur dah tak perlu risau.


Ayam masak merah nan tak berapa nak indah rupa parasnya sebab guna cili boh segera. Tak teringat nak beli cili kering.


Dalca daging + sayur..


Kari udang


Acar timun..


Sup tulang..




Agar-agar santan + gula melaka..


Seri muka..adunan lebihan. Hari sabtu tu buat 2 loyang hantar ke surau so ada lagi boleh dapat 1 loyang. Sebelum jadi tak elok baik kita kukus jer kan.


Haaa..yang ni jer saya tak masak. Potong jer.. :)

Masa buat kerja-kerja tu tak penat. Bila dah malam baru terasa lenguh-lenguh pinggang. Penat tapi puas hati.

p/s: Hehe..orang yang jarang2 masak macam saya ni memang macam tuh. Bila dah masak semua nak tunjuk, nak tayang ;D Orang yang hari2 masak relax jer kan. Hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 26, 2012

Bersahur Dengan Kurma & Susu (Sesuai Untuk Ibu Hamil)



Salam..

Dah petang baru berkesempatan untuk update. Setengah hari kat KL hari ni..kul 3 baru sampai ofis.

First day puasa ari tu saya sembang2 ngan sorang jiran. Kakak tu tanya saya puasa ke tak so saya jawab la puasa. Then dia share menu sahur dia yang boleh buat dia rasa tak lapar malah rasa bertenaga sepanjang hari..walaupun dia peknen, macam saya :)
Dia kata tiap kali sahur dia hanya makan nasik sikit, kurma n susu. Perut akan rasa kenyang..kalau rasa lapar pun masih boleh tahan dan rasa lapar tu sikit jer.

Sooo..sahur tadi saya teringat tips yang kakak tu bagi so saya makan nasi suku dari saiz biasa saya makan. (Biasa saya makan banyak mana??? hahaha..biar la saya & hubby jer yang tahu..:D) Hampeh kan..macam ler orang lain nak tahu sangat..kihkihkih

Alhamdulillah..saya boleh kata saya still bertenaga sampai saat ni walaupun lepas habis miting kat KL tengahari tadi saya sempat tawaf Jalan TAR ngan kawan-kawan, dari hujung ke hujung..Phewwww..cam tak caya lak. ;P

So, kalau nak try tips ni (tips??) boleh la try esok pagi ;D


p/s: Teringat caller Johara pagi tadi..bangun kul 4.30 semata-mata nak try masak ikut resepi yang dia baru dapat..siap buat dessert sekali tau. Alih2 siap jer menghias dessert tu azan subuh berkumandang...hehehe...sian kat dia, frust jer sebab tak sempat makan apa yang dia dah masak tu.

p/s lagik: Petang ni nak buat nasik ayam untuk berbuka..anak2 makan bertambah kalau buat nasi ayam.. Menu korang apa pulekks?

Jul 18, 2012

Cari Makan.. :)

Hehehe..saja suka2 nak berniaga secara kecil-kecilan. Sekarang ni kat office saya jual Kuih cincin (from Sabah) dan biskut chip chocolate. Buat hebahan (hebah sangat -_-) ni pun sebab hubby yang suruh. Dia kata "upload gambar kat blog syg tu, kut ada yang nak beli.." Hihi..mak ok jer khannn..sekadar menurut perintah. Lagipun mak tukang jual jer..tukang kuar modal adalah En suami. (Best sebab dia kata untung saya amik..dia cuma nak modal dia semula ;p)


Biskut ni saya buat sendiri tau. Sedap sebab buat dengan penuh kasih dan sayang (walau pun rupa paras wajahnya tak berapa nak ado)..hahaha ;D


Hah..ni dia kuih cincin. Saya tak buat..beli dan jual semula. :)


Ok..kalau tak nak beli pun cuci mata jer tengok 2 keping gambar ni k ;D

Eh..ok la, kawan2 ramai yang dah balik. Jom kita balik jugak!!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 1, 2012

Tom Yam Kung..Apple + celery.. Milo Tabur dan Apam..

Jarang2 muncul..dan tiap kali muncul asek sembang pasal makanan..hihihi. Sabar dan redho jer la korang k.

Hari Jumaat..rehat panjang kan. Kul 12.15 tadi saya 'recharge' dulu. Kul 1 bangun tetiba tekak ni nak makan tom yam kung kat SR. Asalnya plan nak merayap ke Subang..tapi sebab mata ni berat sangat so plan tu terbatal dengan sendirinya.

So terkedek-kedek la saya ke SACC Mall..masuk SR, order dan makan. Mengada-ngada nak sangat rasa apple juice + celery kannn..hambekk..tak sedap langsung!!! Pada tekak saya la, tak tau selera korang. Menyesal gila order..dah la rm6 harga dia.

(Gambar air yang super tak best tu tak ambik lak..)

Memang tak abis la minumnya kan. Pas jer makan n bayar terus patah Anggerik Mall. Singgah food court cari air manis hilangkan rasa tak sedap celery kat tekak ni. Kebetulan kawan2 pn tengah lepak n baru order air saya pun join la sekali..order milo tabur. Perggg...legaaa n memang layan. Tapi cam tak cukup segelas ^_^...


Pastu naik atas ada lak orang bagi kuih apam dan karipap..erkk..tapi tak boleh makan lagi sebab perut dah sendat.


Itu jer nak sembang =D..bosan jer kan..hihihi

Psssttt..tak sabar nak tunggu hari esokkkk..weeheeeee...





Published with Blogger-droid v2.0.4

May 29, 2012

Island BBQ & Steamboat

Salam..lama blog tak berupdate. Mood xmenentu kononnya..hihi. Kalau rajin ada gak BW ke blog korang tapi secara senyap jer..x tinggal jejak.

Nak sembang pasal tempat makan lak hari ni. Jumaat malam sabtu baru ni gi makan kat Island BBQ & Steambot kat Kg Melayu Subang. Dekat jer ngan rumah..dalam 7km gitu. Dapat tau pasal tempat tu pun dari member sepejabat. So saya yang memang suka makan ni ajak la hubby gi situ.

Gambar tak amik banyak..amik pun ngan henfon yang gambar xde kualiti sangat ni ;)


Papa tengah pilih lauk untuk dibakar.. (kan dah cakap..gambar tak cantik..huhuhuhu)


Antara pilihan yang ada..banyaaakkk lagi sebenarnya tapi sebab nafsu ni dah tak sabar2 nak membaham so amik sikit2 sudahhh..


Nasi goreng..mee goreng..n pasta goreng..



Memang puas hati sangat sebab banyak sangat pilihan untuk steamboat..untuk grill juga. Udang n sotong dia pun besar2. Selain dari bbq n steamboat tu ada nasi goreng,pasta goreng n mee goreng..saya tak perasan sangat sebab hanya pandang 'mangsa' untuk bbq :')

Pasal apa saya kata puas hati??? Sebab dia charge RM21.90 jer per pax..makan la sampai kenyang..sampai muntah..hihihi. Minuman sejuk ada..kopi n tea panas pun ada..buffet begitu. Surau pun ada tau..senang nak solat.

Kitorang datang makan berlima tapi bayar untuk 3 orang dewasa jer sebab budak bawah 6 tahun adalah freeeee!! 6 hingga 12 tahun lak RM9.90

Lagi satu..kalau korang nak datang weekend kena call dulu..booking. Kang kempunan datang situ tapi xde meja..saya pun hari ari tu lg 2 jam nk g baru call, seb baik ada lagi meja kosong..rezeki mak budak ;)

Senang jer cari tempat makan ni..sapa2 yang datang dari arah Shah Alam kena masuk simpang belah kiri..selepas Petronas and selepas kedai makan Achik Corner tu ada traffik lite,amik susur simpang ke kiri. Dah masuk simpang tu jalan sikit jer nanti akan nampak restoran tu belah kanan korang.

Ni nombor tepon kalau nak buat tempahan.. 012-6800041. Pegi la try.. =)

Apr 2, 2012

Hannan..PSP & Steamboat

27.03.2012 yang lalu genap 5 tahun umur Hannan..Alhamdulillah. Kudoakan semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang baik, berjaya di dunia dan akhirat,dilindungi dari sebarang kejahatan & sifat-sifat keji.. jadi hamba yang beriman, dan semoga dia sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah. Amin

Saya awal2 bulan tu lagi dah bagitau hujung bulan nanti besday dia. So dia dah request nak hadiah apa @_@.. Kalau sebelum ni dia minta skate board, entah macamana tiba2 boleh berubah fikiran nak minta belikan PSP pulak. Haish..kids zaman sekarang kan.. Owh yup, pernah juga dia suarakan hasrat nak ada iPad. Terperanjat saya dan hubby sebab tak pernah pun cakap kat dia iPad tu apa..huhu. Tapi konfem la tak dapat kan..hihi. Dah ada tab kat rumah ni belasah la main game puas2..jangan nak mengada.

So, disebabkan papa dah janji nak belikan dia PSP..maka last Sunday gi la mencari kat Plaza Masalam, seksyen 9....(kalau ikutkan hati saya ni memang tak nak hubby layan..5rat tu boleh beli macam2..tambah sikit lagi dah lepas school fees untuk 2 bulan. Tapi sebab kesian.. Biar jer la..huhu)

Tengah pilih nak masukkan game apa..

Terkonfius kejap..sapa yang nak sebenarnya ni??? :D

Kak Wa yang kebosanan menunggu abang dia mentry test..

Akhirnya...dalam genggaman dia. Terbang 5 rat nakkk..(~_~)Sampai muncung2 mulut..

Dapat screen protector, dan casing ni free..owh ya, memory card pun dapat free. 4G jer..jadi la.

Dah beli tu terus gi cari makan..masing2 kebulur.

Mamat ni sure la berkepit jer dengan PSP dia kan..

Minah tu tengah main masak2..

Sesi mengorder..

Konfius sekali lagi..nampak cam papa yang terlebih sudahhh..hihi (Isi masa lapang sementara tunggu order sampai)

Hanya mampu memandang.... :)

Pak Long Kopitiam.. LG Floor, Plaza Masalam

Air longan saya & hubby..yang lain2 amik air laici..

Order steamboat..

Nampak cam banyak..tapi tak cukup :)

Yang bentuk bintang tu comel kan..

Masing2 dah tak sabar nak makan...laparrr

Okeh..dah boleh makannn..

Dah selamat menyental, cepat2 gi Giant beli groceries & terus balik umah. Nak cepat sebab bas adik kul 9. Dia nak balik Muar, umah kakak.

Besday boy yang puas hati..

Ok la..nak tidur awal. Besok kena gerak gi Kuala Selangor (again) seawal 6.30.
Tata titi tutu..

Mar 16, 2012

Kedai Nasi Arab Di TTDI Jaya, Shah Alam

Alhamdulillah..tercapai niat nak makan nasi arab. Lepas jer saya update entry sebelum ni terus call hubby. Curi2 guna fon ofis..sebab henfon tertinggal kat umah. Tapi kejap jer tau, tak sampai seminit pun) hihihi.. Cam biasa, hubby ok jer kalau ajak makan mana2. Sekali-sekala cuti memasak apa salahnya kan.

Tadi tk amik gambar banyak, sebab berperang dengan anak2 dan yang paling haru berperang dengan perut yang lapar melampau. Tengahari tak lunch gara2 dah bedal mee rebus yang sedap tu. So menggigil la kelaparan tu yang snap sikit2 terus Allahumma bariklana...

Tok lebai tengah pimpin anak masuk kedai..Kedai ni cawangan baru rasanya..Alaa, sama dengan kedai nasi arab kat Seksyen 7 tu, dekat dengan Unisel dan restoran Bisik Bisik. Dan kat TTDI ni saya tak sure bila buka sebab dah lama tak masuk area tu.

Ish..blur la pula. Antara menu yang ada..

Nahhh..cepat salin alamat & nombor tepon ni. :D

Papa punya, nasi arab & roasted chicken..RM12.++

Ana yang punya..Lamb Kabsah (RM16.++) Tak nampak lamb disebalik nasi. Lamb dia sangat besar ok, dah share ngan hubby pun tetap ada baki lagi. Tapi nasi saya...licinnn. (Saya dan hubby memang suka order lain2 sebab boleh tukar2 hidangan..kedek tak? :p)

Bukti saya makan licin.. Kenapa tiba2 ada bawal??? Bibik tak makan kambing..and tak makan ayam juga so order ikan untuk dia. Sekali datang ikan bawalll. Dia memang tak makan bawal (Semua benda tak makan bibik haku ni..haish) so makan la nasi jer sebab dia tak nak bila hubby suh beli ikan dari restoran sebelah. (Dia memang jenis yang tak suka membazir..itu yang baiknya)Owh yup, set nasi arab dengan bawal goreng tu RM12.++

Air tadi order orange juice..1 jug. Sedap, tak cair dan rasa manis buah

Kepada yang nak pegi tu, senang jer nak cari. Kalau datang dari arah traffic light Giant Stadium tu, jalan terus sampai jumpa first traffic light, belok kiri. Pastu belok kanan, korang akan nampak Restoran Nasi Kandar Makbul.. Kedai nasi arab ni betul2 sebelah restoran nasi kandar ni..

p/s: Dah plan nanti nak try nasi kandar lak..ahaks..

Mee Rebus


Dah lama tak makan mee rebus. Hari ni alhamdulillah dapat makan..sedap pulak tuuu..bertambah sedap bila perah limau lebih sikit. Haishhh..

Ada makan2 sikit hati ni sebab ada member naik pangkat dan transfer ke PMN Melaka..



Ok..jumpa nanti.





Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 1, 2012

Luncheon @ Bouquet Garni Restaurant

Hehehe..menunaikan kata2 siang tadi.

Gi lunch dengan kawan2 ofis..g 2 keta. Asalnya nak gi makan kat tempat lain, last minute tukar plan lak. So gi la kami ke Bouquet Garni Restaurant kat Seksyen 9. Dapat tau tempat ni pun sebab last 3 mths kalau tak silap saya ada meeting kat RISDA dengan KK*W, kebetulan masa tu lauk pauk dia memang superb. Dah 3 kali pegi situ dan tiga kali tu menu lain2..(kalau asek sama bosan la pulak kan..)

Restoran ni betul2 kat wisma RISDA Cawangan Selangor. Tau kut..sebaris dengan Hotel Concorde..Enterence berhadapan dengan Shell tepi jalan tu (tadi saje jer poyo check in fb konon lunch kat Concorde walhal makan kat sebelah building tu..kakakaka)

Konsep adalah ala-carte dan buffet..buffet dia RM8.80 per pax. Macam biasa, ada nasi putih, 5 0r 6 jenis lauk termasuk sayuran, ulam-ulaman, sambal belacan, dessert macam bubur chacha, bubur pulut hitam, buah, kuih muih & pastri. Berbaloi kan makan banyak (banyak mana perut korang boleh larat ;p) dan hanya bayar RM8.80. Lupa nak amik gambar makanan buffet tu..diorang serve ala-ala kat hotel tau.

Tapi tadi kitorang makan ala-carte..gi 8 orang dan order lain2. Dua orang jer order yang sama :)
Taknak cakap banyak..kita tengok gambar jer boleh kan..Cam biasa :')

Nida & kak Erma

Azila & Ayuni

Saya & Wati

Zarina & Khaty

Drinks..

Chef's Special kut nama dia..memang sedaps sangat. Suka cream dia.. Ayuni yang order.

Nasi Goreng Ikan Masin..Nida yang order.

Dori Fish With Steam Rice..saya yang order.

Nasi Goreng Seafood, Special sebab seafood dia tak gaul dalam nasi tapi serve asing..Khaty & Wati punya :)

Fish & Chips..Kak Erma.

Yang ni pulak, Azila yang order. Tak tau apa nama dia tapi memang sedap.

Harga?? Masih dalam kategori 'mampu milik'..hehehe. Takde la mahal sangat..Cam saya makan set ikan dori & nasi pastu air ribena+longan total RM12.90.. Semua pun belas-belas hengget jer tadi.

So, kalau turun Shah Alam gi la try. Hehe..buffet sampai kul 3 petang dan restoran ni buka pada Sabtu & Ahad.

Chow cin chow...