Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Aug 29, 2012

Dah Tahu Jantina Baby..



Hari ni checkp up day..berjanggut nak tunggu turn sebab kebetulan ramai lak mak2 buyung wat check up. Syukurlah dianugerahkan suami yang sangat penyabar..tk dengar sikit pun keluhan or rungutan keluar dari mulut dia. Alhamdulillah..
Procedure macam biasa, buat urine test..result semua clear. No high blood n no diabetic.. Cumanya tekanan darah agak rendah 88 dibawah 64. Ok..no wonder sehari dua ni asyik rasa nak pitam..nak tumbang bila berjalan.



Insyaallah..akan dapat 2 pasang..sepasang anak lelaki..dan sepasang anak perempuan. En suami la yang paling happy bila tengok scan screen tadi..sampai rumah pun masih nampak kegembiraan di muka dia yang memang mengharapkan baby boy untuk kandungan kali ini. Saya??? Semestinya gembira jugak.. Bersyukur dan berbangga dapat tunaikan impian suami..syukur alhamdulillah..
Disebabkan tekanan darah yang agak rendah..doktor bagi MC untuk hari ni. Lagipun dah dekat setengah hari kat klinik kan..huhuhu.



Saya sebenarnya dah pasang niat..dah minta hubby ingatkan selalu kalau peknen kali ni dapat boy saya bernazar nak puasa 3 hari.. *tp tak berturut* So..Allah dah bagi yang kita minta kita yang dah berjanji dengan DIA ni kena la tunaikan kan.



P/s: Masih dalam mood gembira..



Published with Blogger-droid v2.0.6

Aug 9, 2012

Dah Tahu Jantina Baby???

Semalam..bawah perut saya sakit menyucuk-nyucuk. Rasa cam terturun jer baby ni (perasaan mak dia ler) So bila ngadu kat kakak kat division saya ni (kakak yang dah level mak2) dia suh gi klinik cek since ari tu pernah bagitau dia yang uri saya agak ke bawah sikit.

Ngadu kat hubby lak..(biasa la kan..mesti nak ngadu dhomba sana sini..ahaks) Dia pun suh gi klinik & tanya kalau perlu dia teman. Saya tak sampai hati nak suruh dia datang dari KL semata-mata nak teman saya gi check..entah2 takde apa yang serius pun.

So, kul 12 lebih semalam saya gi klinik panel kat PKNS..sorang2. Jalan slow jer sebab sakit bila jalan laju2, tambah pulak ngan kepala yang pening2. Doktor scan, dia kata uri saya banyak duduk kat tempat yang saya kata sakit tu. Memang agak ke bawah tapi still awal lagi..kalau dah 8 bulan uri masih duduk bawah then baru kita kena risau..kata dia. Legaaaaa...

Sempat gak tanya doktor dah nampak gender ke belum..jenuh la doktor tu cari. Memang nampak..tapi oleh sebab masih awal, baru masuk 20 minggu so dia tak boleh nak confirm 100%.. Saya senyum jer la kan..terima dengan hati terbuka dan gembira apa pun jantina anak dalam rahim ni. Yang penting sihat sempurna sifat & akalnya. *Amin*

Bila dah nampak 'tuuuut' baby tu terus sms hubby..(walaupun tak confirm lagi..hihi)
Merajukkk lak dia...huhu. Sian pun ada gak, rasanya saya tak patut sms kat dia sebab tak seprais n sepatutnya biar dia tengok sendiri..huhuhu

Tengok apa dia reply bila saya sms.. :D



Tapi kannn...rasa cam nak gi scan hari-hari lah.. Boleh tak??? ;D

Jul 19, 2012

17 Minggu Sudah!



Semalam gi check up baby kat UMRA, tapi Dr. Ummul takde..so jumpa Dr Nadira.
Kejap jer rasanya dah masuk 17 minggu, alhamdulillah baby sihat dan membesar dengan sepatutnya. Teruja gak bila doktor bagi kita dengar heart beat baby, otometik tak sabar-sabar nak tunggu baby kuar..hahaha..tak agak2 kan.

Sebenarnya saya buat check up bulanan kat klinik panel..jimat sikit. Tapi sekali sekala gi check up gak kat UMRA sebab nanti nak bersalin kat situ kan..insyaallah. First time jumpa doktor Nadira dan saya rasa dia ok..sporting. Masa tengah scan siap cari posisi baby paling cantik and suruh hubby snap gambar..:p Walhal sebelum tu saya dah pesan siap2 kat hubby tolong amikkan gambar..Tapi baby lak malu, elok jer papa nak snap dia paling kepala. Malu nak tunjuk muka dia..(Ni mesti pemalu cam mama ni kan baby ;D)

Semoga baby terus membesar sihat kat dalam peyut mama..amin



Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 18, 2012

~ WW ~ My Baby's Food


Tiap pagi kena sarapan ngan 4 butir vitamin ni..demi si comel dalam rahim mama.. Semoga kamu sihat2 di dalam, sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Apr 30, 2012

Kali Ini...


Tak nampak baby pun lagi..hanya nampak kantung jer.

Mengandung kali ni.....


~ boleh memasak dengan jayanya tanpa alah pada bau2an..kalau dulu paling tak suka dengan bau tumis2 ni.

~ suka sangat makan pedas..klu order makan siap request nak pedas..walhal sebenarnya saya jenis yang tak tahan pedas..

~ tak mabuk..alhamdulillah syukur sangat2. Setakat mual dan loya2 sikit2 tu memang ada la.

~ kerap sakit kepala sampai tahap nak buka mata pun payah..sama macam masa mengandung hannan dulu.

~ mengantuk lebih..pantang ada masa terluang mesti nak tidur. Yang ni agak mencabar sikit sebab time kritikal adalah kul 10 ke atas. Kalau kat ofis x boleh la nak tidur..huhu. Malam pulak pukul 9 dah start ngantuk..


Tapi..tapi..tapi..simptom2 di atas tu apa yang saya alami setakat ni la. Tak tau la pulak besok2 macamana kan :) Harapnya biar la dipermudahkan hingga bersalin nanti..insyaallah.





Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 25, 2012

Saya Pregnant Lagi..

Yer betul..;D

Alhamdulillah..kalau ikut kiraan baru 5 minggu,awal sangat kan. Ok kut sebab Auni minggu depan setahun 8 bulan :) Cadangnya nak tunggu 2 tahun, tapi tak menyabar2..and geram tengok new born punya pasal maka dipercepatkan la perancangan untuk nak tambah anak tu..hihihi

So, terjawab la persoalan kenapa saya tak sihat jer baru-baru ni. Sebenarnya masa saya taip entry YANG INI saya dah buat UPT tapi -ve. Yela kan, due period sepatutnya 25hb April, try buat test awal2 sangat ofcuz la tak nampak kan :)

Ni tanda-tanda yang buat saya syak saya pregnant:

1. Loya & Muntah
Memang seminggu dua kebelakangan ini saya kerap rasa loya & mual. Muntah jugak tapi tak kuar apa. Mual tu tak kira waktu..kerapnya waktu pagi la. Pastu mulut rasa penuh jer, air liur banyak dan mulut rasa pahit.

2. Mengantuk.
Yang ni memang susah nak elak, saya memang jaaarang sangat tidur siang (melainkan tak sihat) walaupun malam sebelum tu tidur lewat or bangun awal sangat. Bila dah perasan saya asyik mengantuk sampaikan kat ofis pun boleh layan mata so perasaan tu agak kuat la jugak.

3. Kerap sakit kepala & Pening.
Minyak angin memang jadi teman setia, bawak ke hulu ke hilir..sentiasa ada minyak cap kapak kat dalam purse coin saya.

4. Pitam
Ini yang terjadi minggu lepas, sampai saya El tak masuk ofis. Masa ni la dapat tau tekanan darah rendah. Tapi masa tu sebenarnya dah boleh agak diri ni pregnant sebab rasa pelik, tak kan kurang minum air masak boleh buat saya pitam, tekanan darah rendah. Sebab saya rasa proses nyahtinjaan saya normal jer, 3 kali sehari..ngheeee..

5. Cepat penat
Memang cepat penat & mengah. Solat pun saya boleh mengah..kalau boleh nak baring guling2 atas katil jer..huhu

Itu jer kut yang saya rasa..kalau google memang ada banyak tanda pada setiap orang tapi lain orang lain simptomnya kan. Bre**t memang tak sakit pun cam kebanyakan orang.

Macam saya ni, cycle adalah 35 hari..panjang sangat kan? :) Period bulan Januari adalah pada 7hb, pastu 15hb Februari dan last sekali 20hb Mac. Nampak tak?? lewat semingu2 kan. Kalau kira hari subur saya yang the latest adalah pada 11hb April. Dah memang plan nak peknen kan, so minggu subur tu kami memang agak 'aktif' ;D Syukur alhamdulillah, lekat.

Saya ingat lagi, 12hb tu perut saya sakit sangat, krem macam senggugut sampaikan saya cir*t bir*t hari tu. Lagi satu, saya perasan ada kuar darah (sikit sangat) yang agak cair hari yang sama tapi petang dan malam hingga la hari seterusnya dah tkde kuar darah.

Minggu depannya tu la saya start tak sihat..pitam & kena tekanan darah rendah. So untuk memuaskan hati yang berteka teki tu, 21hb baru ni (3 hari sebelum tarikh period sepatutnya) saya pun memberanikan diri untuk buat UPT. Masa tu terbangun kul 5 lebih sebab Auni nak susu. Mula2 dip tu naik satu line jer..tunggu kejap tak naik pun lagi 1 line. Bila baca kotak UPT tu rupanya kena tunggu dalam masa 5 minit. Alhamdulillah tak sampai 5 minit line T tu naik, sangat samar. Tapi mengikut pengalaman sebelum ni kalau samar pun memang dah ada cuma hormon HCG tu tak pekat lagi. Maklum la, tak penyabar kan..tak tunggu pun period delay ke apa terus nak buat ;D ofcuz la samar.

Masa dapat dua line tu rasa cam nak lompat bintang sampai ke siling.. kuar bilik air senyum2 sorang sambil tunggu azan Subuh. Pastu bila dah azan cepat2 gerak hubby bangun dan terus cakap kat dia yang saya dah buat test..*sambil senyum-senyum* Dia dalam mamai2 tu tanya "so macamana?". Saya tak jawab tapi tersipu-sipu senyum..haha. Dia tanya lagi "macamana?" Saya still tak jawab, tapi suruh dia bangun gi bilik air sebab saya letak kit UPT tu tepi sinki.

Lepas solat saya tanya dia; B dah tengok? Dia jawab, Dah!. Disebabkan line 1 tu samar saya tanya kat dia "Positif ke tu Yang? sebab line yang 1 lagi tu tak terang..blur".. Dia dengan konfidennya jawab.."Ada la tu..ada kit yang dia naik 2 line, ada yang dia tulis PREGNANT, pastu ada jugak yang dia tulis YEEHAAAAAA..haa macam tu" (^_^)... hahaha..ok buat lawak di waktu subuh sangat refreshing..

So, untuk nak pastikan result tu betul. Pagi tadi (25hb) saya try buat UPT lagi sekali. Alhamdulillah, seperti yang korang tengok kat bawah ni. T line dah makin jelas compared dengan test yang buat 21hb.




Test yang saya buat pada 21.04.2012 (Ahad)



25.04.2012 (Hari ini, Rabu..hari sepatutnya saya period)



Beza sikit but still samar kan.. (Atas:21.04.2012, Bawah25.04.2012)


Satu sebab juga saya buat UPT ni nak pastikan saya positif or negatif sebelum join tournament badminton awal bulan depan. Persatuan kaum hawa taman yang buat..sebelum tu saya memang dah bagi hint2 tapi diorang pujuk gak suh main. So bila dah ada keputusan positif ni kuat la sikit alasan kan, tak boleh la diorang nak memujuk rayu lagi..(ecehhh) Kebetulan hari tournament tu pulak BFF hubby nikah..awal pagi lak tu. So bila dah tak join badminton boleh la gi tengok dia tu nikah kan..hihi

Ok la, sekian dulu cerita peknen saya kali ni. Mohon doa kawan2 agar kandungan saya selamat hingga melahirkan k. Semoga semuanya dipermudahkan..Amin Saya berharap sangat semoga morning/evening sickness tak teruk cam Hannan dulu..

p/s: Yang paling menggembirakan ialah 2 orang adik saya juga pregnant. Dah la 2010 kami bertiga bersalin selang seminggu, tahun ni nampaknya anak kami sebaya jugak :) Dan still adik saya yg ke-3 insyaAllah akan bersalin dulu, then saya pastu adik saya yang kat Sepang tu.. Meriahhhhh...insyaallah 12 orang la cucu atok & nenek nanti..hihi

Aug 29, 2010

Last entry

Erkkk..betul la kot. Ini entry/post sebelum bersalin..tapi kalau ada lagi entry pas ni maknanya saya belum bersalin lagi..haha.

Or kalau ada tajuk entry yang berbunyi ala-ala dah bersalin tu maknanya memang dah betul2 bersalin la tu :)

Hari ni saya 37 minggu 4 hari..ikut pengalaman2 sebelum ni, 37 minggu 5 hari dah selamat :) So, kawan2 tolong doakan saya k.

Jumpa lagi nanti..tataaaaaa

Aug 25, 2010

Petua Cepat Bersalin

No..no..no..bukan nak bagi petua tapi saya yang nakkan petua dari korang yang mana ada info mcmana nak bagi cepat sikit bersalin.

Alhamdulillah hari ni saya dah genap 37 minggu..kalau ikut hannan & nuha dulu dua2nya kluar 37 minggu beberapa hari. So kali ni pun saya harap biar la lebih kurang jer ngan abang and kakak dia. Saya bukannya tak sabar or what tapi ada masanya rasa cam tak larat sangat nak mengusung perut ni, walaupun tak besar tapi sakit2 pinggang, lenguh2 kaki tu yang buat saya nak baby ni kuar cepat2.

Lagi 1, tiket balik kampung dah beli..insyaallah fly on 09.09.2010, a day before raya. So kalau baby ni kuar awal, by the time saya balik tu nanti dah kuat sikit kan. Kadang2 saya rasa cam dah dekat nak bersalin, kadang2 rasa cam lambat lagi..ish, pressure jugak cam nih.

Ermm..disebabkn saya pandai2 konfemkan sendiri yang saya ni akan bersalin bulan ogos ni jugak, maka saya telah gagahkan diri untuk bershopping baju suami & anak2 last friday :) Punya la gigih, dari Maju Junction sampai la ke Jalan TAR..gi sorang2 pulak tu. Syukur la saya tak terbersalin masa tu, kalau tak entah apa yang jadi..heheh

Baju melayu hubby, baju melayu melayu, t-shirt2 & sluar hannan dan setel. Baju nuha pun dah setel..baju kurung 2 pasang..dress 3 pasang, skirt & t-shirt sehelai..kasut lak dah beli dua minggu lepas. Saya baru beli sepasang baju kurung untuk diri sendiri. Nanti la kalau tak bersalin lagi besok2 saya beli lagi sepasang dua. Barang2 baby pun alhamdulillah semua dah setel. Andaikata bersalin minggu ni pun saya dah tak perlu fikir pasal persediaan raya :)

So kawan2..tolong la share sikit info yang korang tahu untuk percepatkan bersalin ok. TQVM in advance..


Psssstttt: Apa tema raya korang tahun ni??? :)

Jul 18, 2010

Saya tak sabar nak jumpa abg hannan & kak nuha

baby

Lebih kurang sebulan lagi saya akan tengok dunia..insyaallah. Rasa tak sabar ;-)
Doakan urusan kelahiran saya dipermudahkan ok..

Jul 15, 2010

Baby N.... A... - 31 weeks

Alhamdulillah dah tak lama lagi nak kluar baby ni..insyaallah. Semoga semuanya selamat & dipermudahkan. Amiinnn.

Tadi gi check up..doktor cakap sekali lagi, girl insyaallah. Dan pagi ni rasanya sangat bertuah sebab dia tunjuk muka dia kat mama & doktor..walaupun tak berapa clear tapi masih boleh nampak sikit2 kan.. Clear sikit dari NUHA dulu..Baby NA tengah tidur..


Ok la kawan2..terima kasih sekali lagi kepada semua yang wish birthday sama ada dlm blog, sms, or fb. Semoga doa2 korang dimakbulkan olehNya. Amiiinn...

Happy working!!!

Jun 23, 2010

Apa itu Kontraksi Braxton's Hicks (BH) ??


Sedakar berkongsi..untuk peringatan diri sendiri jugak. Dapat artikel ni dari SINI


Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.


Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.


Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.


Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

1. Bayi bergerak dengan aktif

2. Semasa senaman atau membawa barang berat

3. Mengurut perut

4. Semasa hubungan seks

5. Dehidrasi


Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin.

2. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

3. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

4. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin


Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH:
Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
1. Rehat lebih lama.

2. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Semoga memberi manfaat :)

Jun 17, 2010

Kelahiran Pra Matang

Entah kenapa, sejak dari petang semalam hati saya tiba2 terdetik..macamana kalau kali ni diuji dgn kelahiran pra matang??? Serius saya jadi seram, baru la teringat satu persiapan pun tak buat lagi. Baju2 tu mungkin boleh pakai baju kakak dia sebelum ni, so tk perlu beli banyak. Tp persiapan dari segi mental dan fizikal memang belum ada lagi.. *Minta-minta la dijauhkan*

Risau saya ni seolah-olah ini adalah kali pertama preggy :) Peknenkan hannan dulu pun tak terfikir pasal ni.. Pastu lagi terfikir macamana kalau kali ni kena ceaser..huh, sungguh la daku berfikir yang bukan-bukan..

So saya try la gugel info pasal kelahiran pra matang ni. Jom kita share sikit..

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang
Uri yang tidak normal
Masalah pangkal rahim yang longgar
Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
Masalah pada bayi dalam kandungan


Risiko
Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
Merokok
Minum alkohol
Menagih dadah
Badan terlalu kurus
Kekurangan zat makanan yang keterlaluan

Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) .

Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
Gusi berkuman
Jangkitan kuman
Hormon tak seimbang
Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
Rahim terlalu sensitif
Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
Tekanan emosi yang keterlaluan
Umur dibawah 17 tahun
Umur melebihi 35 tahun
Fibroid
Kandungan kembar
Bayi yang tidak normal
Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang
Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.

Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
Rasa tekanan dan berat pada pelvis
Sakit belakang
Bengkak pada muka dan mata
Pedih semasa kencing
Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang
Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan
Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
Hindari dari hubungan seks
Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan


Pas baca artikel ni baru rasa lega sikit..tanda2 tu so far tkde lagi :) Alhamdulillah..
Kalau kawan2 nk tahu banyak benda pasal kesuburan, or kandungan baik klik sini. Sangat banyak info yang kita boleh dapat.