Ada apa dengan tarikh ini????
Takde apa-apa makna pun sebenarnya. Cuma hari ni saya tak kerja, EL kot (eh..boleh lak kot2 kan) Nk gi klinik amik MC sangat tak larat. So, berkurang lagi la baki cuti kita untuk tahun ini..huhuhuhu. Takpe la kan, nak buat cemana..
Dah beberapa hari saya rasa tak sedap badan..pening2, perut mual2..dan rasa sejukkk jer.Eh, jangan speku ok. Saya belum peknen lagi...(setakat ini).. Semalam pun setengah hari jer kerja, kul 12 lebih..saya masuk surau,tidur (bertuah punya staff kan). Saya tak tahan sejuk sangat, walhal ekon takde la kuat sangat. Kul 1 lebih sikit saya bangun dan terus masuk bilik bos, minta nak half day. Bila dah isi form terus chow gi klinik..
Sampai klinik An-Nisa' Alam Budiman, mujur tak ramai orang. Kena tunggu kejap jer pastu terus dapat masuk. Masa tu saya still kesejukan lagi, blazer yang saya pakai tak cukup tebal agaknya. Bila doktor pandang muka saya terus tanya "puan jarang minum air masak yer?" So saya pun mengaku jer la dah memang malas nak minum kan. Bila cek blood pressure, baru la tau pasal apa yang asyik pening2 tu.. Blood pressure adalah rendah..97/71.. tak pernah lagi serendah ini rasannya. Last week masa lemah2 gi klinik cek blood pressure gak tapi 130/73. Minggu ni terus down.. huhuhu.
Kat ofis tu memang ada jer water dispenser tapi saya tak lalu nak minum, air dia rasa payau. Nak beli pulak asyik la terlupa, bila dah naik atas memang dah malas sangat2 nak turun bawah semata2 nak beli 1 benda tu kan. So, tahan la sampai lunch hour..macam tu la selalunya. Semalam pun dah kena tarbiah dengan hubby, suh bawak bekal air masak dari umah..huhuhu. Baik lah suami..
Eh, ok la..entah apa2 jer yang makcik ni rapikkan. Korang yang kat ofis tu keja rajin2 tau.. :D
Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts
Apr 17, 2012
Apr 16, 2012
Betul2 Punya Sayang..
Salam Isnin eberiwan..
Tersampai awal lak ke ofis ari ni.
Pemberian hubby..hubby belikan henbeg lepas bersalinkan Nuha hampir 4 tahun lepas..coin purse ni dapat sekali dengan beg tu. Sayang sangat tu yang pakai sampai lunyai..pernah hilang sekejap..terlupa letak mana sebenarnya. Syukur xlama jumpa semula..hihi
Purse ni saya bawak g mana2..especially kalau kuar g makan. Bubuh rm sikit..gula2 n minyak angin..senang!
Kalau dah betul2 tak boleh guna nanti baru beli lain kan..

Published with Blogger-droid v2.0.4
Apr 2, 2012
Motivasi Pagi Isnin
Dec 23, 2011
Benih Yang Baik Kalau di Tanam Akan Baik La hasilnya..
Begitu juga sebaliknya..kalau benih buruk yang disemai maka buruk la jadinya.
Alhamdulillah..hari ni berpeluang dengar ceramah dari penceramah jemputan Dr. Azhar bin Yaakub sempena sambutan Hari Inovasi ofis (Dulunya dipanggil Hari Kualiti)
Tajuk ceramah adalah Transformasi Hijrah Menuju Peningkatan Profesional. Banyak juga ilmu yang telah disampaikan. Saya nak kongsi sikit apa yang disampaikan tadi. Tapi tak perlu la saya huraikan sebab point yang dikongsikan ini ringkas dan jelas.
Jom tengok benih yang baik dulu:
1. Kejujuran = Akan bercambahnya Keberuntungan
2. Kebajikan = Sokongan
3. Kerendahan hati = Kemuliaan
4. Ketekunan + Keselarasan
5. Pertimbangan = Kesedaran
6. Kerja keras = Kejayaan
7. Pengampunan = Kedamaian
8. Keterbukaan = Keakraban
9. Kesabaran = Kemajuan
10. Iman = Keberkatan/keajaiban
Manakala benih yang tidak baik pula:
1. Ketidakjujuran = Ketidakpercayaan
2. Ego = Keseorangan/sendirian
3. Kebanggaan = Kebinasaan
4. Dengki = Permasalahan
5. Kemalasan = Penyesalan
6. Kebencian = Pengasingan
7. Ketamakan = Kerugian
8. Fitnah = Musuh
9. Kesusahan = Tekanan Hidup
10. Dosa = Keseksaan
" Pada jasad seorang insan itu ada segumpal darah. Apabila baik darah itu maka baik la seluruh jasad yang lain dan apabila buruk darah itu buruk la seluruh jasad. Dan darah itu adalah HATI"
Kebanyakan masalah yang wujud sekarang berpunca daripada hati. Dan sebab masalah hati hanya ada 1..Kurangnya keimanan kepada Allah.
Sekian, Allahualam.

Aug 13, 2010
Macam-macam
Salam ramadhan kawan2ku..
Setelah sekian lama blog ini menyepi, ari ni terniat nak update sikit. Sebenarnya banyak cerita yang nak saya kongsikan..terlalu banyak sebenarnya tapi keadaan tidak mengizinkan.
Macam yang saya cakap dalam entry sebelum ni, Nuha kena chicken pox..
Then sambung Hannan pulak..pastu story pasal bawak hannan gi Hospital Sg. Buloh...story pasal saya 2 hari muntah2 (ada orang kisah????).. macamm-macammmm.. Lately hari-hari saya memang agak kelam kabut. Dugaan sempena ramadhan tahun ni :).. *Redha*
Cukup la entry pendek untuk pagi ni. Kalau diizinkan nanti saya update lagi..tapi bila tu tak tau la pulak.
Sebelum tu, selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu utk korang semua.
XOXO...

Subscribe to:
Posts (Atom)