
Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Jun 22, 2010
Sogo Baby Fair

May 21, 2010
Tertangguh
Saya tk ada mood untuk update blog sekarang ini..insyaallah nti mood rajin dah datang saya upload. Entah2 sehari 3 or 4 entry..haha..ok, agak over kedengaran..
Jumpa lagi kawan2..
May 20, 2010
Site Visit
Kalau datang dengan niat baik & nak berkawan saya alu-alukan....
tapi kalau datang dgn hati yang BUSUK...... SILA BERAMBUS OK,SYUHHHH..SYYYUHHHH..
Ni setan kecik aku upah untuk halau orang2 yang busuk hati tu..
Syuuuhhhhhhh..syuhhhhhh...Blog ni untuk orang2 yang betul2 bergelar KAWAN/TEMAN/SAHABAT (atau yang berniat untuk jadi kawan/teman/sahabat) sahaja.. bukan untuk orang yang berniat jahat!!
(Entry sy lately agak 'indah' bahasanya kan..)
May 3, 2010
Feb 3, 2010
Kisah Anganku & maid...

Serius...saya MEMANG TERINGIN SANGAT NAK BERHENTI..lebih2 lagi hubby pun sokong 100%. Tapi bila suarakan niat saya ni pada kedua-dua belah pihak..both my parent and my in law membantah sekerasnya.
My mil kata, "fikir panjang-panjang..jangan fikir untuk masa sekarang shj. Buat masa sekarang ni memang la penat sebab anak-anak kecil lagi..nanti diorang dah besar ok la tu.." ..Ambik la pembantu,sekurang-kurangnya sara (nama panggilan saya dalam keluarga) balik kerja rumah dah kemas, tinggal masak jer..masak tak payah suruh dia buat. Ambik yg dah berumur sikit..kalau ambik yg muda ni kdg2 dia leka dgn telefon, tgk tv.."
Bila dah dengar ceramah macam tu saya mula rasa sedikit down.. :( sebab saya dah berangan nak berenti kerja paling lambat pun pertengahan tahun 2010..
So diskas ngan hubby.....fikir-fikir balik ada betulnya kata ummi tu.
Saya ada jugak terfikir untuk ambil cuti tanpa gaji..dalam 3 bulan sebagai permulaan. Tapi bila fikir status nuha kat taska nanti nampaknya plan utk unpaid leave jugak tak sesuai..sebabnya bila saya cuti TANPA GAJI maka tempat nuha akan digantikan dgn budak lain. Klu nk letak nuha kt taska tu di kena daftar dan tunggu turn semula.. sebab payment untuk taska adalah melalui potongan gaji. So kalau saya cuti tak bergaji dah tentu-tentunya tak bayar taska..bila tak bayar taska dah tentu pulak la nuha kira dah tk duduk taska dh.
Bila dah jadi macam ni, saya & hubby pun putuskan untuk amik maid bila dah pindah rumah..sekurang-kurangnya rumah baru tu luas la sikit dari rumah sekarang. Lagipun anak pun dah nak masuk 3 orang,so faham2 jer la keadaan rumah nanti :p . Tapi saya & hubby buat keputusan untuk tetap hantar anak2 ke taska..hannan insyaallah bulan depan dah masuk 3 tahun,dia dah kena g sekolah..belajar apa yang patut. Nuha & baby ni insyaallah saya angkut g taska M4R*..
Saya terpaksa berfikiran positif untuk ambik maid ni sebab fikirkan tanggungjawab dah makin besar. Tambahan pulak hubby kadang2 kena stay ofis wat tender and sekali sekala kena out station (walaupun jarang sgt out station). At least bila hubby tkde,ada jugak la orang yang temankan saya dan anak2..
Saya pulak terfikir untuk pasang cctv kt rumah tho maid tu tk jaga anak2 :)..
Kesimpulannya..impianku untuk berenti kerja musnah/punah...huhuhuhuhuhu
Jul 11, 2009
Anak Siapa????
bersungguh-sungguh dia nyanyi,siap boleh hafal lagu Bang Nuar kita tu..hikhikhik..
Syomell kan??
Lucu Banget - For more amazing video clips, click here
Jun 12, 2009
Bagaimana wuduk Zahir & Batin??

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya.
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Jun 10, 2009
Laskar Pelangi
Kawan2..lirik & melodi lagu ni best kan?!!
Nidji - Laskar Pelangi
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
laskar pelangi takkan terikat waktu
Jun 5, 2009
Good to be shared
Renungkanlah sedalam-dalamnya.............
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cubamendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
Jun 4, 2009
Vemmabuilder
Sapa kt sini yang pernah dengar pasal bisnes vemmabuilder (vb) ni angkat tangan?
korang nk join tak???..saya macam berminat tapi yang tak berapa nak minat tu bila kena cari orang join..saya ni tak ramai kenalan so lagi la tak rajin..
Yang saya tahu vb ni adalah bisnes jual barang (jus manggis) & promote website..dah nama bisnes kan, mesti la ada produknya.. Dan vb ni bukannya investment cepat kaya,bukan duduk diam2 dapat duit. Kena berusaha sikit baru dapat bonus..every week.
Kalau ada sesapa yang nak join cakap kt saya tau..boleh la kita together-gether (oleh pakai ker word ni??)
Seseorang yang ingin berjaya perlu berani mencuba..jangan cepat fikir negatif..
P/s: Skng ni otak asek fikir pasal busines..business..business..$$$$$$ :)
Cuba

May 8, 2009
Planning
Tak sabar nak tunggu hari esok..
C u there guys..
Mmmuuaaahhh..
May 6, 2009
Yeay..
Hari ni en hubby bagi $$$ untuk shopping, daku plan nak beli baju untuk nuha..sekarang kan musim panas, so kena la beli baju yang sesuai dipakai untuk musim panas.. =D
Jom kawan-kawan..kita g hantar duit kat mana-mana kedai yang patut..hehe
May 5, 2009
Bantuan diperlukan..
Simpati tengok keadaan kanak2 ni..
sedangkan anak kita terluka sikit pun kita dah risau apa lagi bila jadi macam ni..
hanya seorang ibu yang memahami perasaan ibu lain..
Sama-sama la kita membantu mana yang terdaya..

Keperihatinan anda diperlukan.. ....
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!
Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL
Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...
Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik
Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan
tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba
sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!
Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....
May 4, 2009
Ambil Iktibar
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikananda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir ; MANAR ISLAM
Mar 6, 2009
Kongsi kesedihan*** EDITED
Takziah kepada keluarga En Fajar di atas kembalinya putera mereka,Amir Yusuf ke rahmatullah pada Jumaat lepas.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Hanya insan yang benar2 LAYAK diberi ujian sehebat itu..ingat lah bahawa sesungguhnya DIA lebih mengetahui tetang apa yang terjadi.
Semoga En Fajar sekeluarga terus tabah dan REDHA.
*************************************************************************************
Bukan cerita sedih aku, tapi cerita seorang insan bergelar bapa yang aku tk kenal.
Tk kenal? betulll..aku tk kenal.
Member aku suh aku try buka blok ini.
this bapa pun join forum dalam Susuibu.com
Luahan hati seorang bapa yang anaknya menghidapi penyakit/komplikasi sejak lahir.
Cuba la baca..bait2 perkataan dan susunan ayat yang begitu indah mengusik hati sesiapa yang membaca. Sedih..
Semoga lepas baca blog ni kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada..maksudku anak2 yang telah DIA kurniakan kepada kita.
Untuk ayah & ibu Amir Yusuf, semoga terus tabah dan redha dengan dugaan yang telah Allah berikan. (Aku tau dia tk baca blog aku ni tapi aku dari kejauhan mendoakan dia sekeluarga)
Mar 5, 2009
Prenatal Depression
Jom share info ni..
We often hear talk of postpartum depression or the baby blues, which occurs shortly after the birth of a baby. Though we rarely discuss depression that occurs during pregnancy or prenatal depression. There are estimates that as many as 70 of women will experience symptoms of depression during pregnancy, making it a wide spread concern. However, these depressive symptoms are often more minor than a full flown diagnostic depression which is typically only seen in about 10-15 of pregnant women.
While hormones are often blamed for many of the mood swings and other emotional and psychological happenings in pregnancy they are only one part of the picture when it comes to pregnancy and depression. Sometimes the stress of pregnancy brings on depressive symptoms, even when the pregnancy was planned. These feeling might intensify if the pregnancy is complicated or unplanned or if life itself is stressful.
Other know stress causing factors are sometimes brought on simply because of the changes that pregnancy potentially brings like moving to a new house or apartment to increase space or to have a more baby-friendly environment. Sometimes this might mean career changes for one or both parents. These things typically cause stress and potentially depression and are frequent occurrences in pregnancy.
The real problem with depression in pregnancy can have a negative impact on good prenatal care, particularly in the areas of nutrition, sleep habits, exercise and following care instructions from the doctor or midwife. Substance abuse, including alcohol and cigarette smoking, also tends to be higher in pregnant women who report depression. There are also the factors that we commonly think of as risks for prenatal depression such as a higher risk of suicide.
Women report that the most troubling problem for them is often the feeling of disassociation with the baby.
"I simply feel detached," reports one depressed mom-to-be. "We planned this pregnancy and I'm so confused, I expected to be happy. But it's this awful cycle of depression. I feel depressed because I'm depressed."
Many of the signs of depression mimic pregnancy symptoms. It can be hard to determine what is normal fatigue in pregnancy and what is depression. This can lead to an underreporting of the problem. There is also a tendency of people to ignore depression in pregnancy simply because this is supposed to be a happy time in life, this includes the pregnant woman herself.
Signs of Depression
Problems concentrating
Problems with sleeping
Fatigue
Changes in eating habits
Feeling anxious
Irritability
Feeling blue
Treatment during pregnancy involves several avenues. Developing your support network is extremely valuable. Having yourself surrounded by supportive individuals that you know can be beneficial, particularly if they have experienced the same feelings. Talking to a professional or psychotherapy can be very beneficial, particularly since there are major changes going on during pregnancy. Medications can also be used during pregnancy under the care of a practitioner who has experience with using antidepressants and other medications during the course of pregnancy and breastfeeding.
The key to preventing problems that stem from depression in pregnancy, which may also increase the likelihood of postpartum depression, is getting the support and help you need as soon as you realize that you are experiencing a problem. With more than two out of three pregnant women having depressive symptoms it's important to recognize that you are not alone and that help is available. Talk to your doctor or midwife if you are in need of help or reach out to other organizations.
Promotion!!
Ekin forward email pasal promosi hotel ni. Jom kita buat gathering kt sini..
Yati..apa lagi?? hehehe
(click pic to enlarge..)
Mar 4, 2009
Lirik Nasyid / Doa
Bait2 yang indah dan sangat menyentuh hati..
Doa Seorang Kekasih
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Amiiiinn...
Mar 2, 2009
5 Perkara
Sama-sama la kita menghayatinya..
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda nabi s.a.w
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor
tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية




