Showing posts with label new issue. Show all posts
Showing posts with label new issue. Show all posts

Jan 9, 2012

DSAI Didapati Tidak Bersalah Dan Dibebaskan

Semua orang dah tahu..suka atau tak suka. Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan kerana didapati tidak bersalah oleh Mahkamah.

Kalau baca kat twitter, Fb and blog rata-rata bercakap pasal benda ni. So saya pun tak mau tinggal ;)
Saya tak nak kutuk or whatever sebab..saya memang tidak mengetahui fakta yang sebenarnya. Dia memang salah atau difitnah saya langsung tak tahu. Cuma mendengar dan membaca.. Tak sempat diproses dek otak saya * Erkk..malas nak serabutkan otak sebenarnya* huhuhu.

Outdate ker saya?Hihihi.. Tak kisah la kan. Janji saya dapat jalani kehidupan seperti biasa. Pegi kerja,berkhidmat untuk negara.. balik kerja, jumpa family..berkhidmat untuk family. Selagi hidup saya aman damai, syukur alhamdulillah..

P/s: Memilih untuk berdiam diri..Tapi bukan bermaksud menjadi katak di bawah tempurung yer.. :)

Jan 3, 2012

Nur Amalina Che Bakri

Sure semua dah tahu pasal kes ni kan.

Saya pun baru tahu semalam lepas baca di twitter seorang kawan.

PENDAPAT SAYA;

Tak kisah la page dia tu betul or orang nak sabotaj dia. Siapa kita untuk mencaci dia? Kalau baca komen2 kat fesbuk & sesetengah blog tu saya rasa cam orang yang bagi komen tu lagi teruk. Hinggakan makbapak budak tu dipersalahkan kerana tak tahu nak bagi didikan pada anak. Takde ibubapa yang normal yang mahukan anak2nya jadi macam tu.

Bukan saya nak menyokong apa yang dia buat. Tapi, manusia berubah..Dan kita jangan fikir diri kita baik sangat. Ingat!! yang salah satu kuasa Allah tu ialah Membolak balikkan hati. Dengan kehendakNYA sekelip mata jer kita oleh berubah.
Yang baik jadi jahat...dan yang jahat jadi baik. Tapi...Baik sangatkah kita???

Ada yang komen dia tu terkena kejutan budaya, tak tau macamana nak tutup aurat. Saya nak tergelak jer baca. Tak payah gi tengok orang kita yang duduk di barat sana. Kat Malaysia ni pun berlambak-lambak orang yang 'tak betul'. Tu artis yang dibanggakan sangat tu, bukan ker ramai jer yang dedah sana dedah sini. Dah terang-terangan duduk kat negara yang agama rasminya Islam pun boleh hanyut. *Nauzubillah*

Pada saya, cukup la kita jaga diri kita sendiri. Jaga keluarga, jaga anak2 kita.. Kalau kita sibuk nak cari dan perbetulkan kesilapan kita insyaallah kita tak akan ada masa untuk fikir pasal silap orang lain.

May 5, 2009

Bantuan diperlukan..

Dapat email ni dari seorang kawan lama..email ni email baru atau lama daku pun tak pasti..

Simpati tengok keadaan kanak2 ni..
sedangkan anak kita terluka sikit pun kita dah risau apa lagi bila jadi macam ni..
hanya seorang ibu yang memahami perasaan ibu lain..

Sama-sama la kita membantu mana yang terdaya..



Keperihatinan anda diperlukan.. ....

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL


Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik

Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan

tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba
sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....

Apr 28, 2009

Selamatkah anak kita di bawah jagaan MAID?

Sekarang ni macam2 cerita kita dengar pasal perihal maid & pengasuh kan.

Terbaru kisah macam dalam 360 tu sangat mengerikan.
Sungguh maid tu macam HANJENG kan..Seb baik la parents budak tu pasang CCTV so boleh la dapat tau perangai sebenar maid yang gila tu.
Ada ker patut budak sekecik tu diterajang & dipijak..berdiri atas badan budan tu sebenarnya..

Aku sangat2 anti pada manusia yang semacam itu..
Ni tengah sakit hati ni..sampai tak tahu nak taip apa lagi..
Cuma pesanku kepada kawan2 yang ada maid, pantau2 sikit dia tu..sekali sekala buat kejutan cam balik umah secara mengejut tanpa bgtau dia awal2. Kalau boleh perhati terlebih dahulu, tengok dari jarak jauh apa yang dia tengah buat.

Aku berharap semoga MAID SEWEL tu dihukum sekeras-kerasnya.