Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Aug 22, 2013

Raya Punya Cerita (WARNING: Hanya untuk reader yang rajin membaca jer sebab entry ni agak panjang)


Salam..

Nak stori mori pasal raya..kang lambat sangat basi pulak..(ada ke orang nak kisah basi ke tak..huhuhu :p)

Macam yang dah bagitau sebelum ni..kami bertolak malam raya. Dalam kul 10 lebih dari rumah..setelah siap pack segala mala barang yang nak dibawa. Sehingga nak berangkat tu masih lagi pack sikit2..huhuhu. Dari sekecil2 barang sampai la ke buaian Harraz (Penat je bawak..tak guna pun sebab dia boleh jer tidur tanpa buaian)

Kali ni tak saing ngan Ummi dan Baba (mertua ku)..hubby kata takut diorang lambat sebab nak tutup kedai lagi kan. Anak2 semua tidur..paling lena Harraz la..dari Shah Alam sampai Machang dia tido. Syukur alhamdulillah jugak sebab jalan tak jem, kul 5 kitorang sampai depan rumah arwah mok. Dan 5 minit kemudian ummi dan baba sampai walaupun diorang gerak lambat dari kami. (kami lambat sebab banyak kali berenti ;P)

Sampai jer terus punggah barang dari dalam keta..masa sampai tu Hannan & Nuha bangun..Cargas!! Dah setel bawak masuk barang dalam umah hubby dan mertua tidur..saya masih melayan anak2 yang dah bangun tu. Dan memang saya tak tidur pun sampai ke sudah walaupun budak berdua tu dah tidur balik.. :’)

Lepas subuh saya gerak semua orang..sebab baba kata kat situ kul 8.30 orang dah start solat sunat hari raya so kena bersiap awal walaupun balasoh (surau) dekat je ngan umah..jalan kaki jer.

Masa diorg gi surau anak2 masih tidur lagi..so saya gerak Auni dulu, siapkan dia kemudian Nuha, Harraz dan last sekali Hannan. Sambil tunggu diorang balik saya snap2 sikit gambar anak2. Syukur masa tu semua bagi kerjasama yang baik. Bila suami dan mertua balik dari surau saya masih tak siap..baru kelam kabut nak mandi :)



 

 



Masa tu baba dah ajak beraya gi umah saudara ummi..sebelah umah jer pun. Tapi kena la tunggu menantu dia ni mandi dan bersiap dulu. Alah..bersiap ala kadar je pun. Pakai lipstik tak..mekap apatah lagi :’) Saya suka jer beraya umah sebelah tu sebab tiap kali pagi raya diorg jamu nasi dagang. Memang superb nasi dagang ngan gulai ikan tongkol tu..dah orang kelantan sendiri yang masak kan. Anak2 pun berselera..hannan (dan mama) siap bertambah nasi..haha

Opss..sebelum tu, sebelum gerak gi umah sebelah tu amik gambar dulu. Saya la jadi tukang gambarnya. Nak tau tak sebab apa takde gambar kami sekeluarga 6 beranak???? Sebabbbb..hanya keluarga kecilku dan ummi & baba jer yang balik. So takde orang yang boleh disuruh amikkan gambar..tak sampai ati kut nak suruh baba or ummi yang snap..huhu. (Tapi hubby kata nanti amik gambar studio jer..yeahhh)  Adik2 ipar tak dapat balik sekali sebab cuti tak panjang..tak boleh ikut ummi dan baba. Biasa la kan, orang tua ni kalau balik kampung memang nak stay lama..lagi2 la jenis yang balik setahun sekali ni. So adik2 ipar ku semua beraya di Subang shj ;) Ipar semua lelaki.. orang lelaki ni kan bukannya nak kisah sangat pun pasal raya2 ni kan, lagi2 kalau bujang. Family abg ipar lak beraya ngan mertua dia.


Tok ayah memang malu bila kita amik gambar dia..tu yang senyum macam tu ;)..Gambar sebelum start beraya..
 
 
*Erkk..baru cerita hari pertama dah berjela-jela*


Raya Kedua
 

 
"Sementara tunggu papa masuk barang dalam kereta kita tangkap gambar dulu la mama.."

Dipendekkan cerita..raya kedua kami masih di Machang. Dalam tengahari baru kuar..gi ziarah kubur arwah mok & cik pastu gi rumah mok teh..sedara ummi , beraya sambil bincang pasal nak buat kenduri tahlil. Tapi kami takde la nak tunggu sampai habis perbincangan tu kan..terus la gerak gi Pasir Tumbuh. Umah poksu hubby..adik ummi. Dan dari situ terus gi homestay yang dah tempah awal2.. dekat senja baru nak sampai selepas mengharungi jem yang melampau :’).

Kalau korang nak gi kelantan dan tak tau mana nak duduk boleh la try gugel homestay ni.. musafirguesthouse.blogspot.com. Rumah ni kat Pengkalan Chepa..dekat sangat ngan airport dan dalam 20 minit ke bandar Kota Bharu. Tapiii..kami sewa bilik jer. Even bilik jer tapi sangat puas hati.. bilik luas, ada 1 katil queen dan 1 katil single. Diorang provide tikar dan toto jugak so selesa sangat untuk kami 6 beranak.. Murah sangat..RM80 untuk 1 malam (tapi kautim dapat la RM77 semalam ;p) bilik dia ada ekon dan kipas. Tak jumpa kut hotel yang selesa dengan rate macam tu..siap ada dapur, tv, fridge semua. Mesin basuh jer takde..hihi. Lupa nak amik gambar rumah.. rumah banglo 7 bilik. Hall dia atas bawah luas gila..puas anak2 bermain..berlari2.


Gambar bilik yang disewa..tikar tu homestay punya, toto pun ada tapi tak bentang lagi masa ni..

Malam tu lepas berehat kejap kuar beraya umah makcik hubby di KB..makan berat lagi even dah tengah malam..(menangis perutku terseksa) Pastu hubby ada hati ajak gi PCB..saya rasa cam tak sesuai je sebab harraz dah merengek nak tidur. Dak kecik tu sepanjang jalan dari Machang ke KB bukan nak tidur, kita sibuk nak berjalan baru la nak tidur..haishhhh..

Dekat kul 1 pagi baru anak2 semua tidur..makpak diorang tdo lambat sebab layan CCS hahaha.

Hari ketiga.

Bangun pagi hubby kata takyah mandi sebab dia ajak gi mandi laut..Pengkalan Chepa dekat jer ngan laut. Tapi jalan punya jalan..cari punya cari..tak jumpa pantai yang sesuai untuk mandi. So hubby kata kita gi PCB..sampai PCB jer dah tengahari. Anak2 dah kata tak nak mandi..nak main layang2 lak bila nampak orang jual layang2. Main layan2 tangahari buta kau..mama surrender, join kejap pastu lepak kedai makan ngan Harraz. Sy memang sensitive dengan panas terik..nnti cepat dapat migrain


Diorang pun joint mama bila dah tak tahan sgt ngan panas :)


(Eh..malas la nk cerita detail. Kita pendekkan cerita)

Dari PCB balik homestay semula..mandi2 dan rehat kejap. Pastu plan nak gi kenduri kawen adik member kat KB. Ermmm..bila anak2 semua penat dan tak cukup tidur maka plan tinggal plan. Harraz dan Auni bantai tidur sampai kul 4 lebih. Memang tak gi la kan..

Petang tu hubby ajak gi Rantau Panjang..first time nak pegi ni. Agak malang sebab tak tercapai niat jejakkan kaki ke Rantau Panjang..jem maha dasyat..*tarik rambut* So saya kata kat hubby kita patah balik. Tak sanggup la nak meredah jem tu..dah la dah petang sangat kan, tak elok.

Bila dah patah balik pung jeng jugok..huh. Tabah je la kan, kalau keta ada kipas cam heli tu dah lama dah terbang. Memandangkan tak dapat gi Rantau Panjang, hubby ajak gi Wakaf Che Yeh..masa tu gerai2 tak banyak lagi yang buka. Gi kejap jer sebab langit hitam macam dah tak sabar2 turunkan hujan. Masuk keta terus gerak gi Machang semula..gi kenduri tahlil. Tu pun jeemmmmmm jugak. Hubby sampai dah fed up :P Kul 9 lebih baru sampai machang..jem ditambah dengan sesat barat mencari umah mok teh yang dua tahun sekali baru nak gi tu kan…:D Sudahnya kenduri hampir selesai baru kami terpacak depan rumah.

Haishh..dah panjang sangat ni. Saya yang menaip ni pun bosan, yang membaca apatah lagi kan :’)

Nanti-nanti la pulak sambung cerita seterusnya..hihihi

 

 

 


Aug 9, 2012

Gambar Raya

Hari ni bila dengar lagu raya perasan tiba2 jadi seronok sakan..hihi. Walhal tiap hari peniaga2 kat sini pasang lagu raya. Mungkin sebab tengahari tadi dok belek2 gambar lama kat fesbuk :))

Ni ada gambar2 raya yang ada dalam simpanan. Gambar masa berdua rasanya ada tapi tak jumpa & tak ingat save kat mana. Yang jumpa ni jer la..huhuhu



Raya tahun 2007..masa ni hannan baru 6 bulan.


Raya kat kampung saya...*ikut turn khennn* Nuha ada tu kat dalam perut. Ada hati gak mak dia sarung baju kurung even sendat tang perut..haha. Nak raya sangat tuh.. ;P.. err..gambar tak syantek la pulak..


Raya 2009..Nuha dah besar sikit..behave jer depan camera. Tapi Nuha dulu tak macam Nuha sekarang. Dulu dia susah nak senyum dan sekarang ni tersangat la friendly..


Raya 2010..Auni baru 2 bulan. Muka makpak pun dah jauh berbeza dari jaman muda2..hihihi

Eh..baru perasan yang tahun lepas tak amik gambar raya macam ni..huhuhu. Tapi tahun lepas (dan tahun ini) masih berlima. Insyaallah next raya baru bertambah lagi sorang..Baru balance kut..;D

Ok..nak titun..selamat malam.......jumaat!

Aug 2, 2011

Tema Raya Tahun Ni..

Puasa baru 2 hari (Itu pun ko tak puasa) sibuk nak cakap pasal tema-tema bagai..huhuhu

Tak tau lagi nak pakai kaler apa tahun ni..jeng..jeng..jeng. Masih memilih sama ada nk kaler..


Brown..Ni my fav kaler..(most) Dari dulu, kini dan selamanya. Hubby pun dah faham sangat sebab dari awal2 kapel dulu saya dah cakap apa yg saya suka & apa yang saya tak suka. Sampaikan dia pun dah suka kaler ni juga.. :)


Gray atau silver..yang ini pun fav color jugak selain purple..(Tapi purple dah pakai tahun 2008)


Turquoise..Kaler ni tak suka sangat tapi belum pernah pakai lagi..hurrmmm..


Pink..sweet jer. Pun tak pernah lagi, tak tau nak ker tak hubby pakai kaler ni. Tapi ok kot..hehe (Kalau pink pun tanak la pink 'menyengat' cam nih..huhu)

Cukup la 4 pilihan..kang kalau banyak sangat laaagi susah nak decide. Ni kaler2 yang dah pernah pakai..


Maroon..tahun 2006. (Masa ngandungkan hannan..)


Merah..tahun 2007 (Raya kat Kelantan..lebih kurang jer ngan tahun sebelumnya kan ;P)


Purple..tahun 2008(Ngandungkan nuha pulak)


Olive green..2009


Peach..tahun lepas..


Ok, mari kita terus memimikir dan memilih kaler untuk tahun ini pulak (walau kau belum start berpuasa cam orang lain)

Aug 25, 2010

Petua Cepat Bersalin

No..no..no..bukan nak bagi petua tapi saya yang nakkan petua dari korang yang mana ada info mcmana nak bagi cepat sikit bersalin.

Alhamdulillah hari ni saya dah genap 37 minggu..kalau ikut hannan & nuha dulu dua2nya kluar 37 minggu beberapa hari. So kali ni pun saya harap biar la lebih kurang jer ngan abang and kakak dia. Saya bukannya tak sabar or what tapi ada masanya rasa cam tak larat sangat nak mengusung perut ni, walaupun tak besar tapi sakit2 pinggang, lenguh2 kaki tu yang buat saya nak baby ni kuar cepat2.

Lagi 1, tiket balik kampung dah beli..insyaallah fly on 09.09.2010, a day before raya. So kalau baby ni kuar awal, by the time saya balik tu nanti dah kuat sikit kan. Kadang2 saya rasa cam dah dekat nak bersalin, kadang2 rasa cam lambat lagi..ish, pressure jugak cam nih.

Ermm..disebabkn saya pandai2 konfemkan sendiri yang saya ni akan bersalin bulan ogos ni jugak, maka saya telah gagahkan diri untuk bershopping baju suami & anak2 last friday :) Punya la gigih, dari Maju Junction sampai la ke Jalan TAR..gi sorang2 pulak tu. Syukur la saya tak terbersalin masa tu, kalau tak entah apa yang jadi..heheh

Baju melayu hubby, baju melayu melayu, t-shirt2 & sluar hannan dan setel. Baju nuha pun dah setel..baju kurung 2 pasang..dress 3 pasang, skirt & t-shirt sehelai..kasut lak dah beli dua minggu lepas. Saya baru beli sepasang baju kurung untuk diri sendiri. Nanti la kalau tak bersalin lagi besok2 saya beli lagi sepasang dua. Barang2 baby pun alhamdulillah semua dah setel. Andaikata bersalin minggu ni pun saya dah tak perlu fikir pasal persediaan raya :)

So kawan2..tolong la share sikit info yang korang tahu untuk percepatkan bersalin ok. TQVM in advance..


Psssstttt: Apa tema raya korang tahun ni??? :)