Hari ni 25.05.2010..insyaallah lagi 2 hari genap umur Hannan 3 tahun 2 bulan.
Entah kenapa hati mama tiba2 jadi rindu sangat pada Hannan.. Rindu senyuman Hannan, rindu gelak tawa Hannan & rindu dengar sembang2 Hannan.. Adakah kerana mama tengah mengandung adik Hannan so mama jadi emosional? Or adakah kerana kadangkala mama naik suara cakap dengan Hannan?
Maafkan mama sayang.. Kalau suatu hari nanti Hannan baca entry mama ni, mama nak Hannan tahu yang mama sayang Hannan sangat2, mama nak Hannan & adik2 jadi anak yang soleh & solehah. Mama nak Hannan jaga adik2 sebaik-baiknya, jadi contoh yang baik pada adik2. Jadi anak yang menjadi kebangaan papa & mama serta boleh memberi kebahagiaan kepada papa & mama dunia akhirat.
Doa mama semoga Hannan & adik2 sentiasa dilindungi olehNYA, sentiasa dijauhkan dari segala kemungkaran dan sifat2 keji. Semoga Hannan & adik2 sentiasa di jalan Allah.. Masa mama taip entry ni, air mata mama berguguran jatuh, mama tak boleh bayangkan kalau mama pergi dulu. Mama tak boleh bayangkan macamana keadaan anak2 mama. Nanti mesti mama sedih sebab mama tahu anak2 mama semuanya manja, terutamanya Hannan. Manja Hannan melebihi manja Nuha..
Tidur mesti nak sebelah mama, mesti nak peluk lengan mama. Bangun pagi mesti menangis bila mama tkde sebelah Hannan, tak macam Nuha. Hannan jadi bertambah manja bila mama mengandung lagi, adik kedua Hannan. Hannan jangan risau, berapa ramai pun anak mama..mama tetap sayang Hannan, sebab Hannan la yang terlebih dahulu beri title ibu kepada mama..
Hannan, mama minta maaf sekali lagi di atas segala kekasaran mama terhadap Hannan selama ini. Mama akui kadang-kadang kepenatan & keletihan mama buat mama jadi sangat sensetif..mudah marah, mudah melenting. Mama harap Hannan faham, mama betul2 letih..pagi2 mama dah kena angkut Nuha gi kl, jauh mama drive tiap hari tau. Sampai rumah memang separuh tenaga mama dah habis, mama kena masak lagi untuk papa, untuk Hannan & Nuha.. Sebab tu kadang-kadang terlepas kemarahan pada Hannan bila Hannan nakal sikit. Sepatutnya mama kena banyak bersabar, mama kena faham nakal budak macam Hannan kan. Sekali lagi, maafkan mama sayang..
Walau apa pun, mama nak Hannan ingat.. Mama tetap sayangkan Hannan dan adik2..sayang sangat2. Kalau boleh mama tak nak anak2 mama sakit,even terjatuh or terhantuk sikit pun. Kalau boleh biar la semua kesakitan tu mama yang tanggung. Mama tak sanggup tengok anak2 mama sakit.
Mama harap sangat Hannan baca entry mama ni suatu hari nanti. Semoga Hannan & adik2 tahu yang kasih sayang mama pada anak2 mama tidak ternilai harganya. Semoga anak2 mama jadi insan yang berguna dan semoga anak2 mama tak lupa jasa mama & papa pada kalian semua.
Akhir kata, mama saaaaaaaaaaayang sangat2 pada keluarga kita. Semoga Allah panjangkan umur kita semua & semoga kita diberikan kesihatan yang baik2. Dan semoga Allah menjaga hubungan keluarga kita hingga akhir hayat kita. Aminn