Showing posts with label at work. Show all posts
Showing posts with label at work. Show all posts

Jul 23, 2012

Gambar-gambar Team Building

Nak amik masa sambung update blog sikit..sebab kalau simpan2 mesti akhirnya terperap terus sampai busuk ;D..tu pun dah dekat seminggu taip sikit2 pastu save.. pagi ni ingat nak siapkan terus.

Team building ni buat awal bulan hari tu 6hb hingga 8hb kat Genting View Resort..(View Genting jer..) Hotel dia ok la..just untuk bermalam kan. Makan pun ok gak..biasa-biasa jer, xde yang special. Sesuai la kut untuk program ni..hihi
Saya tak nak bebel..nak tempek gambar jer. Gambar ada banyak sangat tapi amik sikit jer..banyak sangat pun korang bosan gak kan..hihi

Lupa nak amik gambar masa mula2 sampai..tengok la, masing2 dengan keja masing2. Abang dengan tvnya..adik sibuk tekan itu ini..kakak call kawan dia bgtau dah sampai ;).. and papa tengah solat.

Hari kedua..
Gambar ramai-ramai sebelum bertolak ke tapak aktiviti..



Flying fox.. :)Tinggi gak..boleh tahan. Kalau saya tak peknen memang antara yang paling eksaited kut..




Abseiling..saya yang tengok ni pun gayat. Apatah lagi kawan2 yang buat tu :)


Orang lain sibuk panjat memanjat kita sibuk amik gambar ;p




Pokok tu adalah fokus utama..bukan mamat2 tuh :)


Antara geng2 saya..


Budak-budak ni pun sibuk gak..:)

Lepas aktiviti ni saya n family kuar cari makan kat luar. Kul 2.30 masuk kelas semula n kelas lak habis awal so bawak anak2 berendam kat pool..Masing2 tak tahan sebab sejuk gila air dia. Pagi tu pun sebenarnya masa saya kat tapak flying fox tu papa diorang dah bawak mandi pool, pastu baru join mama n kawan2. Tak banyak amik gamabr sebab masing2 tak nak berendam lama..:)


Hannan jer betul-betul masuk pool..yang kakak n adik main air kat tepi2 tangga jer..


Muka budak kesejukan..tu la, sapa suruh kurus sangat takde lemak memang la sejuk.. ;D


Hannan yang suka bab2 main air..



Anak dara ku yang makin membesar..Sangat la feminin tau..


Dua anak dara dari perut yang sama tapi personaliti yang sangat berbez.. Sorang agak pendiam dan sangat gegirl..sorang pulak lasak dan peramah :)




Susah betul la nak tangkap gambar yang sempurna..huhuhu. Sorang pandang camera sorang lak pandang tempat lain.. kadang2 semua takmau pandang camera..


Haaa..yang sorang ni konfem bagi kerjasama penuh bila nak amik gambar dia.. :D


Budak yang dah nak 'biru'..hihi

Tu jer kut gambar untuk hari kedua,banyak sebenarnya tapi xkuasa nak tempek semua..hari last cuma amik gambar view waktu pagi selepas hujan. View dari bilik..memang sejuk gila time ni. Hubby yang suh amik gambar ni..cantik katanya.


Ya..kami suka view macam ni.. awan dan kabus (awan nano..nano.. nano.. ;D)

Ok cukup!!! Sambung wat keja semula!!!!!!

Feb 20, 2012

Monday Blues Yang Melampau

Tak patut rasanya menyalahkan hari..huhu
Tapi mood saya hari ni hanyut ke laut, dah sampai ke tengh-tengah laut agaknya. Kalau bernasib baik jumpa la pulau..@#%^~%$+

Pagi2 lagi dah kena study fail..diskus ngan bos kecik. Begitu begini macam tu macam ni tetiba hangg..dah jam kepala ni. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan, tu baru 1 fail..(ish..tak baik mengeluh kan..huhu)

Dalam takde idea nak update tu jadi gak 1 entry ni.. Ada jugak ke yang senasib ngan saya hari ni?? :)

Feb 9, 2012

Melawan Mata

Hasihhh..mengantuk betul rasanya hari ni. Dari pagi tadi entah berapa ratus kali dah menguap..(over) Macam tu la gamaknya kalau hari bekerja kan, kalau time cuti mata ni segar bugar jer siang malam.

Tadi dah plan kononnya nak tidur lunch hour..huh, tidur sangat la. Tetiba ngidam nak makan Mekdi, so terkocoh-kocoh la makcik ni sorang2 gi PKNS cari dabelcis bege. Bungkus..makan kat opis jer.

Dah setel makan, member ofis kecoh kata takde air. Aiyoo..boleh plak kan. Seb baik kat tandas tingkat 1 ada air so turun la kami dari tingkat 3 ke tingkat 1 mengambil wudhuk. Pas solat ok, kurang sikit ngantuknya..dan sekarang ni datang lagik. Mencik ah.

Hari ni relax sikit..(eh, yeke?) tak jugak sebenarnya sebab kejap2 orang audit datang masuk bilik tanya itu tanya ini. Seb baik boleh jawab...hehe
Ok la, cukup la melalut kejap.

p/s: Semalam saya 'check' dan macam tak percaya saya still ada BM..sedangkan Auni dah setahun stop BF..

Feb 3, 2012

Sorry..

Maaf sebab tak dapat nak update Day 3 hari ni..(ek elehhh..macam la ada yang tertunggu-tunggu..)

Hari ni Jumaat, masa singkat dan banyak sangat nak dikerjakan ari ni. Petang ni lak ada miting kat HQ, so rehat tengahari yang panjang ni saya dah kena keluar gi HQ. Hari ni jugak la segala mala report nak kena buat sebab next week cuti 2 hari kan.

Sooo...till then.

Salam.

Jan 19, 2012

Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu..

Betul kan, setiap apa yang terjadi tu telah dirancang dengan sebaiknya oleh Yang Maha Esa.

Minggu lepas, saya dapat surat jemputan mesyuarat dari KK*W untuk hadir mesyuarat 19.01.2012 (Khamis, hari ni la) Then ari selasa baru ni dapat call dari pihak diorang kata mesyuarat tu ditangguh ke petang kul 2.30.

Maha Besarnya DIA..saya bersyukur sebab mesyuarat tu ditunda. Pagi ini, Auni tak sihat dan terpaksa dibawa ke klinik. Lepas hantar sms kepada bos kecik and big bos saya terus bersiap. Seawal 8 pagi saya dan suami dah keluar bawa Auni ke klinik untuk ambik Nabulizer. Sian kat dia, semalaman tak boleh tidur disebabkan lelah.

Lepas amik Nab doktor periksa semula dan kata salah seorang kena amik cuti jaga baby sebab setiap 4 jam dia kena amik 'gas'.. Syukur hubby dengan rela hati sanggup tak datang ofis untuk jaga anak dia. Sebelum ke klinik lagi saya dah kata saya serba salah nak cuti sebab ada miting petang ni, lagi pun miting tu saya kena hadir dengan pengarah sekali.

So..lepas dari klinik balik rumah kejap hantar auni dan breakfast. Sementara tu bibik siapkan abang and kakak untuk ke sekolah. Sian diorang pun terpaksa masuk lewat pagi ni.. Lepas drop diorang kat sekolah (syukurrr sangat sekolah diorang hanya di belakang rumah) saya terus drive masuk ofis.

Sampai ofis terus mengadap big bos..bos tanya sama ada saya boleh joint miting tu atau tak. Kalau tak boleh dia kata dia kena study satu persatu benda yang nak kena present nanti. Saya kesian lak kat dia sebab this is his first time masuk miting tu..sebelum ni saya pegi sorang jer.So, saya kata saya ok.

Legaaa..kalau miting tu tak ditangguh dah tentu kepala saya berserabut dan dalam dilemma..
Kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku tu simple or kecik jer kan. Tapi disebaliknya ada rahmat yang kita selalu terlepas pandang.

Jan 11, 2012

Salah 1 Keistimewaan Malaysia Yang Tiada Di Negara Lain

Belek-belek kalender..pastu baru perasan yang awal Februari nanti cuti panjang lagi. Maulidurrasul 5hb jatuh pada hari Ahad so Isnin cuti la kan...pastu sambung pulak hari Selasa..cuti Thaipusam.

Huh...hebat tak hebat Malaysia ni. Macam2 perayaan ada..dan tiap kali perayaan tu mesti cuti. Kalau tarikh tu kebetulan kena pada hari Ahad comfirm hari isnin cuti ;D

(Iklan kejap..promote Prudential ;p)


Kalender pemberian Prudential


Kalender kali ni best sikit sebab dia bagi sticker..senang nak tempek kat tarikh2 penting..




Tengok tu..dah tanda dah tarikh nak gi bercuti. So tolong doakan tarikh task force ditunda..hihihi



Soooo..yang banyak sangat komplen begitu begini sila la tukar kewarganegaraan...hikhik





Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 10, 2012

Suami Nak Pergi Bercuti Tak Bawa Isteri...


*Kli = klu


Huwaaaa...Kijam kannnn...

Huhuhuhu..harap sangat tarikh task force tu dipinda ke tarikh lain... Orang dah booking tempat penginapan dah ni... :')




Published with Blogger-droid v2.0.2

Nak Mengandung Sebab Tak Nak Gi Team building..

Tadi ada sorang mamat kat ofis ni datang jumpa saya. Dia kata dia dah plan nk buat team building kat MRSM Lenggong, Perak dalam bulan Mac nanti.

So tanya dia kalau tak nak pegi boleh tak pastu dia jawab tak boleh, semua kena pegi. So saya jawab la "Kalau macam tu akak nak peknen la.." Dia gelak pastu cakap "kalau akak nak peknen kena process sekarang, by the time bulan mac nanti dah 2 bulan..." Hahaha..keji jer rasanya bila buat plan macam tu.

Sebenarnya best gak kalau dapat gi..sekali sekala join aktiviti lasak kan. Rasanya tak pernah lagi join team building sebab masa kat ofis lama dulu diorang buat masa saya tengah peknen Auni.

Tak plan pun nak peknen awal, tapi kalau DIA nak bagi saya terima dengan hati yang terbuka luas. Mana ada ibu normal yang tak nak anak kan..

Ok la, selamat bekerja!!

Dec 27, 2011

Makanan tambahan..

Petang ni saya tak berapa sihat..semput dan nafas pendek-pendek. Nak balik umah rasa cam alang-alang jer sebab dah kul 3.

So saya just duduk berehat kat tempat and search sedikit info pasal supplement. Dari hari tu kata nak amik supplement tak amik2 jugak. So nekad petang ni nak singgah farmasi beli supplement *Beli tapi tak makan tak guna jugak sarah woi*

Mula2 ingat nak try Evening Primrose oil sebab bila baca info ni cam ok jer..

Jom baca..saya copy n paste dari SINI:

Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku
.

Pastu bila baca blog ni pulak terus rasa cam nk try yang lebih kepada sunnah nabi..

1) Air zam-zam
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.

Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”


2) Khasiat buah kurma
Firman Allah s.w.t:
"Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)

Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium.

Protein: 2%
Serat: 4%
Gula: 50% – 57%
Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar. Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan. Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

3) Khasiat Habbatus sauda’:
Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
Memperbanyakkan susu ibu.

4) Khasiat madu lebah
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”

Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.

Dec 19, 2011

Borang opsyen Skim Baru Penjawat Awam (SBPA)


Borang dah terima..gaji baru pun dah tahu.


Tapiiiiiii....tak tau nak sign ke tak. *Sigh*




Published with Blogger-droid v2.0.2

Nov 24, 2011

Cerita ceriti..

Ari ni agak free..weheee.. :)

Sebab semua orang sibuk dengan event..saya bertugas di bawah jawatankuasa makanan..hahaha, memang sangat sesuai kan. :) Tapi hari ni tak banyak sangat yang nak kena buat sebab perasmiannya esok. Selain dari bertugas untuk 'jaga' makan, esok kena jadi penyambut tetamu and kena standby bertugas atas stage untuk majlis penyampaian hadiah..Gigil jugak, mak dah la jenis cepat nevesss.. Tapi, itu besok punya cerita..so kita follow the flow jer la kan.

Disebabkan event tu jugak ari ni minta my hero hantar gi ofis. Parking area semua dah pacak khemah untuk booth pameran. Malas nak bawak keta sebab nanti kena cari tempat parking luar dari area office ;) *Dasar pemalas berjalan kaki*
Event sampai isnin..tapi isnin cuti kan?! Syukur la saya tak perlu datang hari cuti, sabtu..ahad and isnin tu ;) Sian kat kawan2 lain yang kena datang bertugas. Chiayok..chiayok untuk kawan2 ku..hihihi

Erkk..baru perasan dah lama tak buat entry panjang2. Tapi selalunya entry panjang tu membebel or melalut jer pun :) Al-maklum la, sekarang ni semua orang online guna henfon jer so tu yang buat entry ala-ala update status kat fesbuk tu. Guna henfon lagi senang dari guna PC. Tapi kalau guna PC best sikit sebab luas mata memandang..:)

Oh yep..minggu ni saya rasa sangat seronot sebab parents and kakak ada kat rumah. Best jer rasanya bila dapat berkumpul ramai2. Lagi best bila balik kerja dah ada orang yang tolong masak untuk dinner..huhuhu...sorgaaaaa...

Eh..cukup la dulu. Diri sendiri pun dah bosan membaca apa yang ditulis apatah lagi korang yang membaca kan. Entry kosong..tanpa isi. Hahaha..


Sebelum tu, dengan segala hormatnya nak share gambar pokok tomato ku yang dah membuahkan hasil..tadaaa.. ;P



P/s: Banyak kali fikir nk publish ker tak entry ni. Nak publish segan sebab takde mesej..kalau tak publish lak buat penat jer taip pastu delete balik..hihihihi..

Sep 12, 2011

Hari ini..bermulalah kisah tragis..

Hua..hua..hua..tragis la sangat.


Baru nak kena tinggal ngan bos sebulan dah gelabah..hehehe

Gelabah la kan, kita baru lagi masuk sini tup tup kena buat kerja bos pulak..kerja sendiri pun belum semua boleh catch up..

Bila tengok list kerja yang dia tinggalkan memang rasa nak menangis and rasa nak lari jer dari ofis ni sampai dia masuk 24.10.2011 nanti. Banyak....berderet-deret :')

Nanti kalau ada masa sikit boleh la curik-curik update kan. Hari ni pun sepagian takde kat ofis. Nak upload gambar pun dah takde mood!!


Ok, babai..nak sambung wat kijer..

Sep 6, 2011

Teringin Baldu Merah (Red Velvet)

Haihhh..tadi masa driving g ofis teringin roti cicah kuah kari..pastu tengah2 wat keja tadi teringin Red Velvet pulak..Mencik ah.
Nak buat tapi tiada kepakaran dan yang paling penting tiada kerajinan..



(Gambar google)







P/s: Cuti boss dah approve..maknanya saya kena menjalankan tugas dia.. 40 hari okay??!!! *Nangis air mata darah*

Jun 9, 2011

Seminar Semalam

Macam entry WW semalam saya ikut Seminar Kecemerlangan Perniagaan Dari Perspektif Islam. Anjuran unit saya sendiri..buat kat dewan Anggerik Mall ni (Hahaha..ingatkan buat kat hotel kan)

Penceramah jemputan, Hj Hushim b Hj Salleh. pakar kaunselling dan motivasi tu. Tajuk memang pasal perniagaan tapi motivator ni banyak kaitkan dengan hal2 rumahtangga and masalah sosial sekarang. Kira ada kaitan jugak la..

Hj Hushim ni ada 'klinik' sendiri. Hanya dia yang ada 'klinik' ni di Malaysia. Tak silap saya kos kaunselling adalah RM100 sejam. Ni alamat dia..






















Saya share sikit apa yang saya sempat catit semalam..bg point2 ok la kan ;)
Saya campur sekali pasal perniagaan and rumahtangga..senang. hehehe

* Dalam Surah Al-Balad, ayat 4. Manusia akan diberi 2 kesengsaraan iaitu jasmani dan jiwa/rohani.

* Lelaki adalah jenis introvert iaitu jenis yang suka pendam perasaan (maklum laa..lelaki kan ego..hiks)Katanya sebab tu ramai ibu tunggal..lelaki mati dulu sebab stress.. Hahaha

* Perempuan pulak jenis extrovert..suka meluahkan. Sebab tu perempuan suka membebel..bebel..dan bebel..(membebel adalah terapi yer kawan-kawan);)

* Hutang kena bayar..kalau tak bayar hutang nanti hidup tak berkat.(uhukkk..)

* Sifat orang Melayu..suka berkira dan suka benda free. (Dia kata bukan saya kata)

* Orang yang buat bisnes makan (yang halalan toiyiban) dan pakaian (untuk menutup aurat) dapat pahala yang besar (Fardhu Kifayah)

* Motivator share kisah benar. Seorang peniaga makan yang g Mekah tak nampak Ka'abah. Dia hanya nampak ular besar di mana-mana. Bila dtanya banyak kali akhirnya dia bgtau yang dia gunakan ular sebagai pelaris. Ular tu disimpan di dalam baldi. Air minuman Dan masakan semua guna air (rendaman) ular tu.. Kedai dia memang larisss.. Yuck!!!!!

* Kita kena perbaiki hubungan bukan sahaja dengan Allah bahkan sesama manusia.

* Jangan kedekut keluar zakat, derma & sedekah. Kalau orang tu menipu, biarkan..itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita kena ikhlaskan hati (Contoh kes, orang mintak derma untuk sekolah tahfiz or rumah anak yatim)

* Orang Melayu suka berpecah belah dan tak bersatu hati. Suka iri hati terutama dalam bidang perniagaan..tak macam bangsa lain.

* PELUK ANAK ANDA SELALU. Komunikasi kurang dalam keluarga boleh menyebabkan anak2 bermasalah.

* Umur anak 0 hingga 12 tahun masih senang dikawan. Anak2 akan mula bermasalah bila umur 13 tahun hingga 22 tahun.

* Dalam hidup kita kena belajar REDHA dan kuatkan iman.

* Ilmu parenting tidak diajar di universiti. Sebab tu ramai ibu bapa gagal jadi ibu bapa yang cemerlang even berpendidikan tinggi.

* Keberkatan tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dilihat pada perubahan hidup. Dari susah kepada senang.

* Ibu bapa yang dah meninggal nampak anak-anaknya yang masih hidup. (Yang ni wa'allahualam. Saya just share apa yang motivator tu kata)

* Bila rezeki datang dari hasil/punca yang tak betul dan masuk ke dalam badan akan membentuk emosi, hati, kepercayaan dan tingkah laku yang rosak (Na'uzubillah)

* Kita sendiri boleh rasa sama ada hati dan jiwa kita tenang atau tidak.

* Kejujuran adalah sangat penting..banyak masalah timbul akibat tiada kejujuran.

* Allah melaknat orang yang memberi, menerima dan membuka jalan untuk RASUAH.

* Di Selangor sahaja ada 280 ribu anak luar nikah. (Ramai gila)

* Ada 1.4 juta penagih dadah di Malaysia.

* Ada 40 ribu ibu tunggal di Malaysia.


And last part..motivator share 5 UBAT HATI:

1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat Malam
3. Berkumpulan (berkawan) dengan orang solleh.
4. Banyakkan berpuasa
5. Zikir malam


Semoga ada manafaat untuk kita bersama.




Apr 21, 2011

new place..new task..

Alhamdulillah..last monday sy start di tempat baru. 3 hari sy x buat apa sbb bos g kursus. Sy just belajar sikit2 daripada staff yang sedia ada.

Nak cerita panjang tapi masa & keadaan x mengizinkan. Tapi yang pasti saya seronok sangat sebab dah tak berkejar pagi2. Kuar kul 7.30 pun still sempat sampai sebelum kul 8. Memang x boleh buat masa kerja kt h ;)
Dan rasa heppy sebab dah boleh hantar hannan g skul..alhamdulllahhhhh. Syukur!!!!

Hurmm...ok la,rasanya tak sempat nk story panjang2. Ni pun bersiaran guna henpon jek..x puas.

Jumpa lagi... (buat masa ni tak berpeluang lg nk jalan2 umah korang..insyaallah hujung minggu nanti sy datang menziarah..

Babaiiiiiiii.....

Apr 12, 2011

Mood berubah..

Tadi...rasa hepi2 servey tempat lunch besok ngan kawan2 unit saya.
Pas dah confirm tempat tiba-tiba saya teringat yang lunch besok adalah sempena perpindahan saya..maka mood yang happy & gembira tadi automatik bertukar jadi sedih.. ;(

Serius saya sedih..sedih nak tinggalkan kawan2 yang best kat BKT ni. 5 tahun lebih..macam2 kenangan. Walaupun kawan2 ada yang silih berganti tapi diorang semua tetap THE BEST!!!!.. sob..sob..

Takde mood nak teruskan entry..insyaallah lagi 3 hari saya di sini. Kalau boleh saya nak happy sampai hari jumaat nanti.

Jumpa lagi nanti..

(Story ada banyaaakkk tapi kesempatan tkde utk update blog..ditambah pula dengan servis celcom yang macam *&@!$@%#.. till then..c u guys!!!

Jan 18, 2011

Hidup Umpama Roda

Saya sangat setuju dengan pepatah pepatih orang dulu-dulu ni.

Straight to the point la...
Bagi saya, kalau seseorang tu datang nak minta pertolongan dan saya tak boleh tolong, insyaallah saya akan cakap elok2 kat orang tu. Saya percaya, orang yang minta pertolongan tu tak akan datang kalau dia tak terdesak or mungkin jugak dia datang kat saya sebab dia rasa saya boleh tolong dia..
Saya sangat tak gemar pada orang yang sombong..bongkak. Kalau sekali pun tak boleh tolong, please la cakap elok2 dan yang paling penting jangan jatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai.

Bukan apa, hidup ni kan umpama roda..hari ni mungkin kita di atas and orang tu di bawah..suatu hari nanti sapa tau tiba2 tiba kita jatuh tersungkur menyembah bumi sedangkan orang tu pulak di atas. Masa tu kita nak minta dia tolong pun segan sebab suatu masa dulu kita pernah berlagak dengan dia kan???

Lagi satu, dalam kerja ni biar la profesional..bukan emosional. Lebih-lebih lagi kalau kita ni ada pangkat yang tinggi sikit dari orang lain. Kalau boleh tolong, tolong la dengan ikhlas tapi kalau tak boleh tolong..cakap la dengan baik & ikhlas. Jangan sampai orang yang minta tolong tu tersinggung dengan kita sebab nanti kita sendiri yang susah. Mana pegi pun orang menyampah nak pandang.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

May 3, 2010

Sibuk atau buat-buat sibuk??


Hehehehe...

Tak tipu..ini betul2 punya sibuk..bukan buat2 sibuk. Saya akan sibuk hari ini sebab besok ada bajet pre-council. So hari ni saya akan bz key in data dan prepare apa yang patut untuk besok..tapi bz2 pun tetap luangkan masa untuk update blog kejap :)..ngeheeeeee (senyum kerang busuk)

So sebab tu la entry ni rupa cam tak berapa nak siap. Doakan kejayaanku untuk esok hari..ewaahhhh.

Muah..muahh..

May 1, 2010

Bengkel..

Bukan...bukan bengkel motor or bengkel keta, tapi bengkel blog. Bunyi cam pelik kan, tapi sebenarnya tak pelik mana pun :)
Pengarah bahagian tempat saya kerja ni nak semua staff dia ada blog.. Best tak best??hehehe

So dia arahkan untuk buat kelas or bengkel untuk ajar basic2 tentang pembinaan blog (boleh kot guna word 'pembinaan').. Kenapa dia nak semua orang ada blog sila jangan tanya sebab saya pun tak tau apa motif dia. Tapi saya agak dia nak staff dia promote produk kami kot dalam blog masing2..hehehe..nanti2 la yer haji, ada masa nanti saya promote pasal fungsi bahagian kita,ok. (Erkk..baru saya perasan, saya langsung tak pernah buat entry pasal peluang-peluang yang bahagian saya tawarkan. How bad kan

Ok, berbalik kepada tajuk.. So bila tn haji pengarah dah arahkan maka kena la buat kan..buat 2 sesi, buat pun kejap jer tak sampai sekerat hari. Tapi bukan saya yang buat tau, asya just assist apa yang patut dan senang jer sebab diorang semua pun kebanyakan dah ramai yang tahu, cuma tunjuk cara nak tambah 'aksesori' jer.

Ni gambar2 semasa bengkel tu..sikit jer. Itu pun saya cilok dari blog kawan lain..ekekeke

Cikgu of the day..

Saya, Lyn, Aike & kak Phai

Ok la, macam ni la rupa entry ujung minggu. Entry yang so so jer :) asalkan berapdet katanya..

Apr 5, 2010

Entry apakah ini?

Semalam,ahad..Nuha adalah sedikit demam.
So ajak hubby p klinik,takut2 kalau demam bertambah teruk tengah malam nanti.

On the way g klinik:

Me: Nuha,mana shoes?
Nuha: Igaaa..(entah apakah maksud igaa itu..mungkin tinggal or boleh jadi judak xde) ;P..(sambil buat gaya tangan dia yg comel tu)

So saya pun keluarkan kasut dia dr beg..hehe,sj jer tanya dia td tuh. Nuha memang pantang nampak kasut,mesti nak pakai. So;

Me: Ish..nuha ni,pantang nampak kasut dia..dan2 tu jugak nak pakai.
Mr.Hubby: Ermm..macam mama dia masa kecik2.
Me: Elehhh..macam la B kenal syg masa kecik dulu..
Mr.Hubby: Tk yah kenal dulu,skng ni pun dah tahu dulu macamana...
Me:..(Hwaaaaa..apakah????)
Then dia tambah lagi..
Mr.Hubby: Nanti dia dah besar mesti syg ajak dia p shopping kasut tiap bulan kan..ermm..
Me: Ishh..mesti la, kasut..handbag...kan nuha :)

Sebenarnya...bila hubby cakap mcm tu tiba2 saya tersedar.."eh,a'ah la..bestnya nanti gi shopping ngan anak pompuan sendiri"..(cuma berkata-kata dalam hati)..
Best kan,rasa tk sabar la pulak tunggu si kecik ni jd anak dara..


Motif Entry:..entah,saya pun konfius..
(mungkin jugak untuk merelease tension sbb kerja adalah super duper banyak. Nk taip suratssss, nak buat pindaan bajet..seb baik report dh hantar)