Showing posts with label sok sek sok sek... Show all posts
Showing posts with label sok sek sok sek... Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Mar 5, 2012

Sembang Kosong

Hi all..

Saya baru lepas goreng nasi..yup, di kala orang lain dah mula nak tidur saya masih belum makan malam lagi *sebenarnya dah plan taknak makan, just masak untuk hubby*. Sambil2 tunggu cik abang balik so kita sembang2 la kat 'diary' ni kan. Nak tengok tv malas la pulak.

Malam ni anak2 sangat cemerlang..by 9 semua dah tumbang..haha. Bagus..bagus, lagi bagus kalau tiap hari macam ni. Mesti sebab pagi tadi bangun awal..diorang dah kena bangun awal, seawal 7.15 pagi..sebab mama kena masuk ofis before 8.30..Sian diorang (tapi bila fikir2 ada budak lain yang kena bangun lagi awal kan)

Dulu papa keje dekat boleh la diorang bangun lambat sikit sebab papa pun kuar rumah lambat. Sekarang ni papa dah keje kat kl, papa kena kuar awal so mama la yang ambil alih menguruskan persekolahan diorang. Nak gerak diorang bangun tu yang agak payah. Saya berperang dengan rasa kesian dan dalam masa yang sama kena kuatkan hati sebab kalau tak gerak diorang bangun mama la pula yang akan lambat masuk ofis. Hannan ok, dia memang pantang dengar kita kata "bangun..hari ni mama hantar hannan gi school"..memang pantas dia bangun, dia kan anak mak :)

Nuha agak susah sikit nak bangun, tambah pulak dengan sifat dia yang memang sensitif. Kena puji2..kena dibelai-belai..kena buat mood dia ceria. Or dia tak akan bangun langsung atau dia akan menangis, taknak mandi tapi taknak kena tinggal. Memang menguji kesabaran sikit menguruskan anak dara yang sorang ni.

Soooo..masa yang ada ni memang my 'me time' la..Legaaaaa.

p/s: Sebenarnya tadi nak sembang pasal benda lain, ada banyak cerita tapi dah tersembang bab lain lak. Takpe la..besok2 ada peluang saya share la di sini.
*Nunite all*

Mar 2, 2012

Petua Mendapat Anak Kembar



Rehat panjang hari ni..tadi kuar ngan Nida & Zarina g PK*S. Cari inner tudung dan ada benda lain lagi. Pastu terus balik ofis, makan (Nasi lemak bungkus pagi tadi tak makan lagi)
So, ada masa berbaki 10 minit ni kita sosek sosek kejap.

Nak share petua ni..hihi. Berusaha dan kemudian tawakkal kan. Tak salah.. Mak ni sebenarnya teringin nak beranak kembar.. Hahaha..jaga baby sorang pun rasa cam tak menang tangan, inikan pula nak jaga 2 orang sekaligus.. (DIA Maha Mengetahi kemampuan hambaNya kan..huhu)

Search punya search, ada banyak link and blog yang tulis pasal ni.. Lebih kurang jer isi kandungan or tips yang ada. So, saya pun nak share apa yang saya dapat. (Korang pun nak kembar kan..kan..kannnn) ;D

Yang biasa kita dengar macam makan pisang kembar tu tak tau di mana relevantnya..tapi try buat jugak..haha. Hari tu hubby beli pisang dan kebetulan ada yang kembar..sepantas kilat tangan ni amik dan terus makan..hahaha

Jom baca dan usaha sama-sama ;P

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Okeh..so sapa2 yang nak anak kembar tu boleh la cuba amalkan tips di atas ;) Good Luck..ahahaha..

Jan 18, 2012

Beli Br* Dapat Organiser Bag..

Last monday saja jenjalan g kompleks..terrrsinggah lak kat Avon. Belek2 katalog pastu minat lak ngan organiser bag dia..kaler hitam pink. Klu nak beli beg tu jer rm2+..tapi kalau beli br* dapat la beg tu free..

So saya pun beli la sehelai dan dapat la beg comel tu. Pasni boleh masuk dalam handbag so kemas la sikit handbag mak..takde bersepah. Dan senang la nak cari kunci keta or pen or lipbalm or apa2 la yng biasa disumbat dalam beg *biasa la orang perempuan kan* :)








Owh..untuk yang tak tahu,kualiti br* Avon sangat bagus tau. Pernah beli dari lepas bersalin nuha..sampai sekarang elok lagi..memang tahan (Sebab harga dia pun boleh tahan)



P/s: "Eh..ko pakai br* cap avon jerr? Takde klass sunggoh"..



(Gasak la apa orang nak cakap..)

Ok..nk sambung buat kerja!



Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 10, 2012

Nak Mengandung Sebab Tak Nak Gi Team building..

Tadi ada sorang mamat kat ofis ni datang jumpa saya. Dia kata dia dah plan nk buat team building kat MRSM Lenggong, Perak dalam bulan Mac nanti.

So tanya dia kalau tak nak pegi boleh tak pastu dia jawab tak boleh, semua kena pegi. So saya jawab la "Kalau macam tu akak nak peknen la.." Dia gelak pastu cakap "kalau akak nak peknen kena process sekarang, by the time bulan mac nanti dah 2 bulan..." Hahaha..keji jer rasanya bila buat plan macam tu.

Sebenarnya best gak kalau dapat gi..sekali sekala join aktiviti lasak kan. Rasanya tak pernah lagi join team building sebab masa kat ofis lama dulu diorang buat masa saya tengah peknen Auni.

Tak plan pun nak peknen awal, tapi kalau DIA nak bagi saya terima dengan hati yang terbuka luas. Mana ada ibu normal yang tak nak anak kan..

Ok la, selamat bekerja!!

Jan 9, 2012

DSAI Didapati Tidak Bersalah Dan Dibebaskan

Semua orang dah tahu..suka atau tak suka. Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan kerana didapati tidak bersalah oleh Mahkamah.

Kalau baca kat twitter, Fb and blog rata-rata bercakap pasal benda ni. So saya pun tak mau tinggal ;)
Saya tak nak kutuk or whatever sebab..saya memang tidak mengetahui fakta yang sebenarnya. Dia memang salah atau difitnah saya langsung tak tahu. Cuma mendengar dan membaca.. Tak sempat diproses dek otak saya * Erkk..malas nak serabutkan otak sebenarnya* huhuhu.

Outdate ker saya?Hihihi.. Tak kisah la kan. Janji saya dapat jalani kehidupan seperti biasa. Pegi kerja,berkhidmat untuk negara.. balik kerja, jumpa family..berkhidmat untuk family. Selagi hidup saya aman damai, syukur alhamdulillah..

P/s: Memilih untuk berdiam diri..Tapi bukan bermaksud menjadi katak di bawah tempurung yer.. :)

Nov 18, 2011

Perlawanan Malaysia menentang Indonesia*

Dah agak..mesti ramai kawan blogger yang akan update pasal result bola semalam..Harimau vs Garuda..Sure ramai yang tengok sebab dah tahu Indonesia memang anti Malaysia kan.

Sangat la teruk diorang tu..tak profesional, especially penyokong diorang. Masa lagu Negaraku dimainkan pun diorang saja tunjuk tak hormat.

Sebenarnya diorang pun goyang gak nak lawan Malaysia tu. Bila tak score lagi separuh masa kedua tu mula la guna taktik kotor..main kasar. Kalau saya jadi Ong Kim Swee pun mesti bengang jugak..sepatutnya bagi jer kad merah terus kat mamat tu. (Eceh..macam la haku ni terer sangat ;p)

So, bila menang memang saya puas hati sangat-sangat. Biarpun setakat 1-0..sudah cukup untuk menutup mulut-mulut busuk yang "booo" dan mengejek pemain-pemain malaysia semalam.

Hehe..cukup la ngomel sikit pasal bola. Yang penting, semua rakyat Malaysia hari ni tersenyum lebar dengan kemenangan semalam.

Seperti yang dikatakan dalam twitter semalam, kalau Malaysia menang saya akan pakai baju hitam-kuning gi ofis hari ni.. :)

P/s: Lunch nanti nak balik umah..nak masak untuk tetamus yang nak datang petang nanti.

Babai..

Aug 15, 2011

B for BONUS..

Dah kecoh kakitangan awam dapat bonus setengah bulan gaji untuk raya ni kan. So yang sebenar2 gomen dah dapat bonus tu ari ni. Kami-kami yang tak berapa nak gomen ni tunggu hari gaji nanti..hikhikhik


psst..psst..Nuzul Quran ni jom serbu sogo biar jalan jam kat kl. Hahahaha..mati la kena maki ngan orang keja situ ;D

Aug 11, 2011

Hantu Kak Limah In The House

Kak limah pun pakai jersi Harimau Malaya..kau ada??

Uhuk..uhuk..xde la sampai sama 100% tapi sipi2 tu ada la.

Rambut dah panjang..belum panjang sampai pinggang pun tapi dah rasa rimas. Memang sentiasa berikat jer la rambut ni.
Cuma biar lepas masa basah..so pagi tadi lepas sahur saja cuci rambut sebab kulit kepala gatal sangat. So bila dah cuci rambut tu sah2 la pakai tudung ngan rambut yang masih lembap kan. *Sangat tak suka*

Yang seronoknya bulan puasa ni sampai ofis memang awal sangat. So pas punch card terus laju-laju masuk surau..(no..no..bukan untuk solat dhuha) untuk keringkan rambut. Buka jer tudung..masyaallah, terus terbayang hantu kak limah. Seb baik rambut saya jenis halus-halus, kalau kak limah tu kembang sangat..saya kembang sikit..sikit jer..sikit jer tau.

Kalau ikutkan hati memang nak simpan rambut panjang sebab tak pernah lagi merasa rambut panjang. Tapi baru jer panjang sikit dah sakit kepala..kalau sakit jer kepala maksudnya rambut dah panjang la tuh. Dulu-dulu hubby pernah cakap dia suka kalau saya berambut pendek ;) Sooo..tunggu dan lihat la nanti macamana. Isu di sini ialah bila rambut basah pagi2 tak selesa nak pakai tudung. Rambut panjang bukan masalah rasanya :)

Errmm..beli blower ok kot...




May 20, 2011

Terima Kasih OLAY!!

Sebelum ni kan pernah buat entry pasal Olay..alah, yang tergedik-gedik beli 2 3 botol sekali tu..

Saya dah guna (x ingat dah berapa bulan)..dan saya memang puas hati dengan kesannya.. Buat entry ni pun sebab ada member request nak tau macamana lepas dah pakai (Doly..harap ko puas hati ;p)


dan ini adalah gambar sebelum dan selepas.. ;D



(Kalau nak lagi clear klik pada gambar)




Yang first tu gambar masa dalam pantang..yang tengah tu masa awal tahun dan yang tudung hitam tu baru snap semalam..hehehe

Nampak tak perbezannya??? (atau aku jer perasaan bintik tu dah blur ;p)




TERIMA KASIH OLAY!!!!!!!!

May 18, 2011

~ WW ~

~ Rasa tak sedap hati..lebih2 lagi bila mengenangkan semalam hubby kata nak gi KL ngan motor hari ni (Semoga Allah sentiasa melindungi orang tuaku..suamiku..anak2ku..keluargaku.. Amiiinnn)

~ Lupa nak doa untuk hubby subuh tadi..(dan sekarang rasa sangat..sangat..marah pada diri sendiri. Tapi tadi memang solat dan doa cepat2 sebab saya sesak nafas..sampai sekarang ni)

~ Lupa nak cium tangan hubby sebelum kluar pagi tadi (apa punya pelupa la aku sekarang ni


Kesimpulannya..permulaan minggu dan permulaan hari yang agak teruk!!

Jan 24, 2011

Bizibodi


Tak tau la sesuai atau tak tajuk dengan isi kandungan entry ni.
Ermmm..macamana nak mula ek?? Ada tak dalam ofis korang, orang yang sukaaaaaa sangat jaga tepi kain orang lain? mesti ada kan..kan..kan..
Kat ofis saya ni, ada sorang pompuan level makcik2 ni sukaaaa sangat menyibuk hal orang lain sampaikan yang peribadi pun dia sibuk nak tahu. Itu satu hal, satu hal yang paling BIKIN PANAS ialah suka menjaja cerita..suka memburuk-burukkan orang. Boleh katakan setiap orang kat ofis ni buruk..dia sorang jer yang baik.

Dia mengata A depan B pastu nanti mengata B depan A..pastu sampaikan pulak kat C. Macam tu la lebih kurang..and yang paling kritikal sekarang ni, dia dah mula masuk jarum..dah mula cucuk level bos2 untuk burukkan orang lain.

Dia ni sebenarnya baru lagi kat department saya ni..baru tak la baru sangat mungkin ada la 2 or 3 tahun lebih kurang. Before ni dia duduk department lain..
Dia sebenarnya tak puas hati tak dapat Anugerah Pekerja Cemerlang baru2 ni. Dia betul2 tak puas hati..kononnya dia kerja teruk-teruk tapi bos tak pandang..Alahaiii kak,siannya ko nih. Tu syok sendiri namanya!

Tapi kan..dia ni tau orang2 kat department ni tak suka dia. Dia pernah citer kat member saya yang orang department ni gelar dia MULUT LONGKANG.. Tahu pun kan... Tapiiiiiii..perangai masih tak berubah.

Sekarang ni, ada member yang dulu sporting dah jadi semacam dek hasutan dia. Dia sibuk la sangat kalau orang lain masuk lambat..report kat bos orang tu masuk lambat..orang ni masuk lambat. Sibuk dok canang orang ni tak buat kerja, orang ni begitu, orang tu begitu. Alahaiiii (lagi)

Susah kan kalau orang macam ni ada dalam kelompok masyarakat..boleh gaduh..boleh porak peranda kerana mulut dia ni. Kalau orang2 lama memang dah faham sangat dengan perangai dia ni. Masalahnya dia dok hasut orang2 baru yang belum berapa nak kenal perangai dia tu. Dia nak burukkan orang untuk tunjukkan dia tu bagus.. Nyampah kan! Gila desperate nak naik pangkat.. Yer, dia memang nak sangat naik pangkat. Pernah satu tahap dia sorokkan punch card orang sebab minah sorang ni selalu tak datang ofis. Betul2 tak bleh pakai punya perangai. Dulu department saya ni ok jer..tapi sejak dia masuk memang jadi haru biru. Pernah sekali tu, dengar2 berita ada orang dari department lain nak masuk dept kami. Orang tu tak masuk lagi tapi makcik ni dah kata macam2 pasal orang baru ni. Kalau kata yang baik2 takpe la jugak tapi ni memburuk-burukkan orang tuh. Haihhh..kenapakah???

Dia ni kan, kalau kita gi meja member yang dekat ngan meja dia..dia akan buat2 bizi, muka/kepala tunduk tapi mata menjeling-jeling nak tengok kita. Suka pasang teling..

Saya pelik, apa yang dia dapat dengan buat macam tu. Kalau betul pun nak naik pangkat tapi tak perlu la jatuhkan orang lain. Usaha betul2 baru orang nak pandang. Kadang2 kita ni kalau asek cakap pasal keburukan orang, diri kita yang akan nampak buruk kan. Saya dah terkena dengan dia..tapi setakat ni boleh bersabar lagi..walaupun angin jugak sebab dia report kat bos yang saya datang lambat. Dia tau ker yang saya lambat sebab nak kena hantar anak g sekolah sebab hubby tkde? Tau nak mengata jer tanpa tau apa masalah orang. Yang dia tu, balik kul 4.30 tapi kul 4 dah marah-marah kalau orang nak minta tolong apa2..

Kesimpulannya..jaga la perihal diri sendiri sebelum sibuk nak ambik tahu hal orang. Lagi PENTING, jaga rumahtangga sendiri dulu sebelum masuk campur urusan rumahtangga orang!!
Tapi saya tahu, korang tak macam tu kan..kan..kan????

Ok, la..chow chin chow.....

Jan 18, 2011

Hidup Umpama Roda

Saya sangat setuju dengan pepatah pepatih orang dulu-dulu ni.

Straight to the point la...
Bagi saya, kalau seseorang tu datang nak minta pertolongan dan saya tak boleh tolong, insyaallah saya akan cakap elok2 kat orang tu. Saya percaya, orang yang minta pertolongan tu tak akan datang kalau dia tak terdesak or mungkin jugak dia datang kat saya sebab dia rasa saya boleh tolong dia..
Saya sangat tak gemar pada orang yang sombong..bongkak. Kalau sekali pun tak boleh tolong, please la cakap elok2 dan yang paling penting jangan jatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai.

Bukan apa, hidup ni kan umpama roda..hari ni mungkin kita di atas and orang tu di bawah..suatu hari nanti sapa tau tiba2 tiba kita jatuh tersungkur menyembah bumi sedangkan orang tu pulak di atas. Masa tu kita nak minta dia tolong pun segan sebab suatu masa dulu kita pernah berlagak dengan dia kan???

Lagi satu, dalam kerja ni biar la profesional..bukan emosional. Lebih-lebih lagi kalau kita ni ada pangkat yang tinggi sikit dari orang lain. Kalau boleh tolong, tolong la dengan ikhlas tapi kalau tak boleh tolong..cakap la dengan baik & ikhlas. Jangan sampai orang yang minta tolong tu tersinggung dengan kita sebab nanti kita sendiri yang susah. Mana pegi pun orang menyampah nak pandang.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Nov 24, 2010

Update jangan tak update..

Ye la..update sangat la ni. Orang lain ada blog, ko pun sibuk nak ada blog..sudahnya blog ko 'mati'..

Rasanya kali ni tempoh menyepi paling lama..nak kata takde masa, ada jer. Nak kata internet problem..tak jugak. So apa lagi alasanya kalau bukann MALAS kannn..Entah la tak tau pasal apa bila nak update jer, terbantut niat..idea banyak, story banyak tapi..m.a.l.a.s.. Ditambah lagi ngan perebutan lappy ngan anak2.
Mama baru start lappy diorang dah sibuk2 nak main game itu la, game ini la..geram betul!!

Ok la..ni pun curi2 update dari ofis..dah lama tau tak update blog dari ofis nih. Ada orang yang bermulut busuk!!!

I'm looking forward for this coming friday.. *wink..wink*