Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Feb 21, 2012
Hadith Berkaitan Umat Akhir Zaman
Saya tertarik dengan petikan ceramah UAI pagi tadi..ada 1 hadith yang menerangkan keadaan akhir zaman..
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]
Bukan la maksudnya macam umat zaman dulu yang diseksa bila menganut agama Islam tapi UAI bagi contoh lebih kurang macam ni.
Bangun pagi..kita semua nak cepat, nak hantar anak gi sekolah, nak cepat elak jam gi ofis dan dalam masa yang sama kita kena tunaikan solat subuh. Kalau kita 'kuat' maka kita akan solat subuh dulu tapi kalau tak kuat kerana takut lambat datang ofis..takut anak lambat masuk kelas maka lebur la solat subuh kita. Ibaratnya macam tu la..kesibukan kita tu kadang2 membuatkan kita lupa pada apa sebenarnya yang lebih penting..yang hakiki.
Tu ceramah UAI la, tapi ada terbaca 1 blog ni yang banyak sangat info/artikel menarik. Salah satu post dia pasal "42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman"
So saya share sikit, 42 tu banyak sangat untuk dikopipes..
1. Penyakit Umat-umat Zaman Dahulu
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? ” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasut dan sebagainya.
2. Islam Kembali Dagang (Asing)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
H.R. MUSLIM
Keterangan:
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
3. Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.
Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Cukup la kot 3 ni dulu..kalau nk baca lanjut boleh masuk BLOG INI Banyak info yang kita boleh baca.
Jan 6, 2012
Sedih dan sebak di hari Jumaat..

Hari ni rehat panjang..dah janji nak jumpa seorang kawan. Kawan sekelas masa belajar kat UiTM dulu. Sementara tunggu dia sampai ingat nak update sikit.
Selalunya hari2 biasa di ofis saya akan pasang alunan zikir di pc dan Jumaat pula bacaan Ayat-ayat Al-Quraan oleh ustz Sheikh Masyari Rashid Al-Afaasi. Suara Qari ni sedap dan merdu sangat..dalam banyak2 qari saya suka Sheikh ni. Kalau nak try dengar cuba cari dekat Youtube..rasanya ada.
Bila dengar alunan ayat2 suci tu tiba2 hati ini rasa sedih dah sebak :( Terasa kerdil dan kecilnya diri yang banyak berdosa ini. Ada beberapa surah dalam CD ni yang dulu pernah dihafaz ketika di sekolah menengah. Surah Yaasin, Surah As-Sajadah, Surah Al-Jum'ah dan beberapa surah lagi.
Itu la yang menyedihkan saya..ternyata dah lama sangat surah2 ni ditinggalkan..Alhamdulillah, so far Surah Yassin masih mampu dihafaz. Surah2 macam As-Sajadah & Al-Jum'ah tu boleh ikut baca sikit2 bila dengar di pc or di mana2 klu terdengar. Tapi kalau tak dengar memang tak ingat. Sedih dan rugi sangat rasanya..
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan impian saya. Serius, air mata nak menitik semasa entry ini ditulis. Saya rindu diri saya yang dulu..saya agak nakal semasa sekolah menengah dulu. Tapi dalam nakal2 itu saya mampu menghafaz beberapa surah yang panjang. Sekarang??? Sepatutnya semakin meningkatnya usia semakin banyak ayat2 suci yang lekat di kepala ni tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dan semoga Allah sentiasa memberi ruang dan lapangkan hati saya untuk mula mengamalkan semula apa yang pernah saya amalkan suatu ketika dulu. Insyaallah..
Allah itu sentiasa ingat dan dekat dengan kita..kita yang hamba ni sahaja yang selalu lupa diri.
Mungkin ada yang beranggapan entry kali ni seperti menunjuk-nunjuk..macam bagus sangat. tapi percayalah, apa yang terluah ini adalah lahir dari apa yang ada di hati kecil saya sekarang.
P/s: Akhirnya...air mata ini menitis jua... :'(
Jun 9, 2011
Seminar Semalam
Penceramah jemputan, Hj Hushim b Hj Salleh. pakar kaunselling dan motivasi tu. Tajuk memang pasal perniagaan tapi motivator ni banyak kaitkan dengan hal2 rumahtangga and masalah sosial sekarang. Kira ada kaitan jugak la..
Hj Hushim ni ada 'klinik' sendiri. Hanya dia yang ada 'klinik' ni di Malaysia. Tak silap saya kos kaunselling adalah RM100 sejam. Ni alamat dia..

Saya share sikit apa yang saya sempat catit semalam..bg point2 ok la kan ;)
Saya campur sekali pasal perniagaan and rumahtangga..senang. hehehe
* Dalam Surah Al-Balad, ayat 4. Manusia akan diberi 2 kesengsaraan iaitu jasmani dan jiwa/rohani.
* Lelaki adalah jenis introvert iaitu jenis yang suka pendam perasaan (maklum laa..lelaki kan ego..hiks)Katanya sebab tu ramai ibu tunggal..lelaki mati dulu sebab stress.. Hahaha
* Perempuan pulak jenis extrovert..suka meluahkan. Sebab tu perempuan suka membebel..bebel..dan bebel..(membebel adalah terapi yer kawan-kawan);)
* Hutang kena bayar..kalau tak bayar hutang nanti hidup tak berkat.(uhukkk..)
* Sifat orang Melayu..suka berkira dan suka benda free. (Dia kata bukan saya kata)
* Orang yang buat bisnes makan (yang halalan toiyiban) dan pakaian (untuk menutup aurat) dapat pahala yang besar (Fardhu Kifayah)
* Motivator share kisah benar. Seorang peniaga makan yang g Mekah tak nampak Ka'abah. Dia hanya nampak ular besar di mana-mana. Bila dtanya banyak kali akhirnya dia bgtau yang dia gunakan ular sebagai pelaris. Ular tu disimpan di dalam baldi. Air minuman Dan masakan semua guna air (rendaman) ular tu.. Kedai dia memang larisss.. Yuck!!!!!
* Kita kena perbaiki hubungan bukan sahaja dengan Allah bahkan sesama manusia.
* Jangan kedekut keluar zakat, derma & sedekah. Kalau orang tu menipu, biarkan..itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita kena ikhlaskan hati (Contoh kes, orang mintak derma untuk sekolah tahfiz or rumah anak yatim)
* Orang Melayu suka berpecah belah dan tak bersatu hati. Suka iri hati terutama dalam bidang perniagaan..tak macam bangsa lain.
* PELUK ANAK ANDA SELALU. Komunikasi kurang dalam keluarga boleh menyebabkan anak2 bermasalah.
* Umur anak 0 hingga 12 tahun masih senang dikawan. Anak2 akan mula bermasalah bila umur 13 tahun hingga 22 tahun.
* Dalam hidup kita kena belajar REDHA dan kuatkan iman.
* Ilmu parenting tidak diajar di universiti. Sebab tu ramai ibu bapa gagal jadi ibu bapa yang cemerlang even berpendidikan tinggi.
* Keberkatan tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dilihat pada perubahan hidup. Dari susah kepada senang.
* Ibu bapa yang dah meninggal nampak anak-anaknya yang masih hidup. (Yang ni wa'allahualam. Saya just share apa yang motivator tu kata)
* Bila rezeki datang dari hasil/punca yang tak betul dan masuk ke dalam badan akan membentuk emosi, hati, kepercayaan dan tingkah laku yang rosak (Na'uzubillah)
* Kita sendiri boleh rasa sama ada hati dan jiwa kita tenang atau tidak.
* Kejujuran adalah sangat penting..banyak masalah timbul akibat tiada kejujuran.
* Allah melaknat orang yang memberi, menerima dan membuka jalan untuk RASUAH.
* Di Selangor sahaja ada 280 ribu anak luar nikah. (Ramai gila)
* Ada 1.4 juta penagih dadah di Malaysia.
* Ada 40 ribu ibu tunggal di Malaysia.
And last part..motivator share 5 UBAT HATI:
1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat Malam
3. Berkumpulan (berkawan) dengan orang solleh.
4. Banyakkan berpuasa
5. Zikir malam
Semoga ada manafaat untuk kita bersama.
Mar 18, 2011
Kenapa??
Tadi belek2 mykid anak2..sebenarnya dari dulu saya dah perasan yang disebelah belakang mykid tu tertulis AGAMA IBU/BAPA..*sigh*
Kenapa tak tulis terus agama budak tu?? Kalau dah ibu bapanya Islam tulis jer la agama baby tu pun Islam kan. Pelik sungguh rasanya..
MUNGKIN pernah ada orang yang komplen bila dia tukar agama, agama di Mykad tak berubah.. *Nauzubillah*
Sedih kan..kenapa la kita tak bertegas pasal ni? Rasanya tak patut buat undang2 bila anak2 dah 18 or 21 tahun(tak pasti yang mana satu) diorang boleh tentukan sendiri agama apa yang diorang nak anuti :(
Peringatan untuk diri saya sendiri, anak2 ni dari kecil perlu diberi pengenalan or pendedahan pasal bab2 agama/akidah. Tak perlu nak eksplen yang komplikated..eksplen ikut umur diorang la kan..
Semoga diberi kekuatan & kesabaran dalam mendidik anak2..Aminn
Insyaallah..
Mar 10, 2011
Entry ringkas tapi boleh sentappp..
Semalam, breakfast kat kedai makan area ofis ni jugak..dalam building,malas nk kuar jalan jauh2.
Pakcik kedai makan ni suka pasang cd ceramah ustaz Kazim tau..tiap pagi pasang tuuu. So sambil2 menjamu selera tu boleh la dengar ceramah sekali kan.
Semalam punya tajuk ceramah saya tak tau tapi isi ceramah yang saya ingat dan yang menusuk qolbu lebih kurang berbunyi macam ni (kawan2 fesbuk dah baca ni..;p)
" Salah satu golongan yang solatnya tidak diterima Allah ialah solat ISTERI yang bermasam muka pada suami..dan kalau isteri tu berkata "abg langsung tak pernah fikir pasal saya" maka semua amalannya ditolak..."
Perghhhhhh..sentap!!!! Ko tengok, tu baru masam muka..belum bab membebel lagik. Saya dan kawan masa tu memang terus insafff. Rasa cam tak guna kita buat amal kebajikan kalau banyak buat dosa kat suami kan. Ada gak kawan yang tanya "abis tu kalau hubby buat kita marah,mcmana?"..Hehehe..tu saya pun tak boleh jawab..tapi bak kata seorang kawan.. "kita dicipta dari tulang rusuk diorang".. (hoh..lagi satu ayat bikin sentap)
Lepas tu, bila dah masuk ofis terus sms hubby minta maaf dengan penuh keinsafan. Mak menangis ok masa taip sms tu..(Nampak sangat mak banyak dosa kat laki mak)
Pada pendapat saya : HAK SUAMI ADALAH UNTUK DIHORMATI..HAK ISTERI PULA ADALAH UNTUK DISAYANGI... Setuju?????




