Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Jan 19, 2011
25 Random Things About Me...
Kali ni ditag oleh kak KasihRedha..tq sis :)
25..banyak gak ni..tak per, saya buat perlahan2 :)
1. Saya sudah berkahwin & ada sorang suami (LOL) dan 3 orang anak.
2. Saya dan suami adalah anak kedua dalam adik beradik.
3. Nama panggilan saya di rumah or di kampung (dan di sekolah jugak) adalah SARA..(panjang kisahnya)
4. Insyaallah 01.04.2011 ni genap 8 tahun kaya kerja dengan M*RA.
5. Saya sangat suka makan sayur..termasuk la sayur2 yg pahit spt peria ;p
6. Saya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu. Yupp..saya anak jati Sabah :)
7. Suami saya berasal dari Kelantan..(Asal usul jer dari kelantan tapi dia dan family dia dah 30 tahun lebih duduk kl) ;p
8. Pernah berangan-angan untuk sambung belajar di Nilam Puri tapi nampaknya rezeki di tempat lain.. (Rupanya nak bertemu jodoh di UiTM)
9. Oh yeap..tarikh lahir saya adalah 13.07.1981..kak kasihredha, sila prepare hadiah awal2 k..hahaha (kidding)
10. Saya adalah ibu yang garang...(garang????) hehehehe. Tapi sangat penyayang tauuu.. Erkk..tegas lebih tepat kot.
11. Berjiwa sensitif..sangat mudah tersentuh. Bak kata hubby.."biasa la, pompuan kan sensitif..mudah menangis"...
12. Sangat sukakan baby & budak2. Bagi saya semua baby & budak2 adalah syomellll
13. Mudah emo kalau dengar berita pasal kes dera & buang bayi nih.. Boleh rosak mood!
14. Lebih suka Dominos Pizza compare to Pizza Hut..hehe. Sorry sapa2 kerja pizza hut..
15. Sangaaaatt suka memasak even kurang terer. Tkpe kan, practise make perfect! :)
16. Kat ofis, saya kerja dalam unit kewangan & admin.. Saya suka kerja saya!! haha..
17. Saya ada sorang suami yang sangat suka buat lawak & gila kerja..(bab gila kerja ni kdg2 buat saya geram jer..tapi, tetap redha tauuu)
18. Saya suka tolong orang dan sebolehnya mengelak untuk tidak menyusahkan orang.
19. Suka dengar ceramah2 Ustaz Kazim (hehehe..ni pun boleh masuk sekali kan..kan..kan)
20. Suka makan kek, coklat & ais krim..siapa2 ada niat nak belanja tu sila inform awal2..haha
21. Ringtone saya dari dulu sampai skng adalah lagu Here Without You dari 3 Doors Down. Suka lagu ni..
22. Boleh terima teguran dengan hati terbuka..Insyaallah. Kalau ada sapa2 tak puas hati or tak suka dengan saya sila la terus terang.
23. Happy bila tengok kawan-kawan or orang tersayang happy.
24. Sangaaaatttt prihatin. Prihatin dan bizibodi adalah perkara yang berbeza.. ;D
25. Saya sangat susah utk tidur tapi sangat-sangat mudah terjaga. (Ni buat saya selalu tension)
Yeayyyy..habis jugak akhirnya. Tapi kalau nak ikutkan 25 ni tak cukup..hahaha
Syarat tag ni kena tag 25 orang. Alahaiii..banyak betol. Saya tag 10 jugak la, cam kak kasihredha..minta diskaun 50% ;)
1. Izwa
2. Kak sally
3. Hanna
4. Mummy Adam
5. Papakeechee (U,buat tau..jgn tak buat..;p)
6. Eliss
7. Noremy
8. Hani Chelat
9. As puan noel.. (my sabahan fren ;p)
10. MummY2Y (watiiiii..u rajin kan..kan..kan..)
Sapa2 yang tak termasuk dalam ni kalau rajin pun boleh buat. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta gitu kan...
May 13, 2009
Tag - Perihal purse
So untuk isi masa lapang saya amik kesempatan untuk buat tag dari kawan2..
Tag ni dari farah dan pn sally..hehe..bagus jugak senang keja saya nak menjawab..
Jom tengok hasilnya..
A. Snap the picture of both inner and outer of your purse
B. Introduce your purse brand, price & where you buy.
Brand : Balenciaga
Price: Tak ingat..beli masa sogo tengah buat sale
Where: Sogo
C. Take out whatever its inside your purse.
Mari kita intai apa yang ada:
1. My IC,Mykid Hannan & Nuha
2. Gambar saya & hubby masa berchenta & gambar passport hubby
3. Kupon Cosway
4. Kad appointment Hannan,Nuha & mama..
5. Kad library MARA
6. Kad Bonuslink
7. Kad Kredit
8. Kad Jusco
9. Member card Body Shop
10. Kad Sogo
11. Kad East Wear
12. Kad Padini
13. Kad Atm cimb
14. Business card
15. Sedikit duit
(semasa gambar diambik, lesen memandu tiada pada saya..hubby tengah uruskan untuk renew)
Itu la apa yang ada dalam purse saya..yang selalu saya bawak ke hulu dan ke hilir
Ok la, ari ni saya berbaik hati tak nak mention nama2 yang menjadi mangsa tapi sapa2 yang nak buat tu silakan...
May 9, 2009
Banyak Hutang
Pada sesiapa yang dah mengetag mak, mak minta maaf sebab belum berkesempatan untuk buat.. rasanya setakat ni 3 orang dah tag mak, Lyn mummy irfan , yati & farah (2 tag).. "Ampunkan kami penunggu gua..ampunkan kami penunggu gua..".
Insyaallah nanti bila ada masa yang yang berlebih-lebih mak buat yer..
Buat masa ni masa mak memang cukup2 jer untuk bernafas..anak2 masih tecik macam ni la..
Tapi seyies..mak pasti akan buat.
May 5, 2009
Mari menjawab tag
Ada 2 tag yang dia bagi tapi biar la daku jawab yang ini dulu ye farah..
Soalannya berbunyik:
TAG CABARAN LANGSING
1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
berat : 49.5kg (suka..suka..) tinggi : 156cm (Rendang jer kan..)
2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
Paling berat adalah 62kg iaitu sewaktu bulan2 terakhir mengandungkan hannan. Usia? Ermm..2007-1981 = 26 tahun..
3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
Makan..makan...makan..takde pantang2..hahaha..
4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
Berat paling ringan ialah 44kg..memang rasa sangat kurus dan sekeping..sampai terfikir nak beli susu weighgain..hehe.. Masa itu daku masih muda remaja lagi..berat menten macam tu sampai la di awal perkahwinan..
5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda..
Tak pernah terfikir pun..lagipun hubby terima aku seadanya. ;p
6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
Tak pernah ada istilah diet dalam hidupku..:D
7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?1
Sebab mengandung..pas dah bersalin tu banyak makan gak sebab menyusukan anak..kejap-kejap lapar..sebab tu asyik makan, makan, dan makan...
8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
Kalau boleh nak kurang lagi 1.5kg tapi kalau terus menten berat skng ni pun dah cukup ok rasanya untuk ibu 2 anak kan...arkkptuiii..
9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?
Gambar dulu ni gambar masa gemuk ker kurus? nanti kugodek2 dulu..
10) sila upload ok?
Ok..ok..


ni gambar terkini..nampak ker? sengaja bagi gambar yang kecik supaya daku nampak kecik..haha
Sekarang, izinkan patik tag insan-insan bertuah seperti di bawah:
1. Mummy irfan..lyn apa lagi,cepat jawab tag ni..hehe
2. Kak Sally..kak, buat jangan tak buat
3. Mummy zara..yat,rasanya ko blm buat lagi tag ni kan..
4. mummYaeesh..Ada berani nak buat ini tag? hehe
5. QueeninMurni..dah buat ker? kalau blm buat sila buat tanpa rasa malu ok..
6. CT noramiza..selamat berkenalan..ni first tag saya untuk awak..jawab la yer..hehe
7. Nak tag semua insan bertuah yang rajin singgah blog ini..rajin-rajinkan tangan..eksesais jari ni
Ngehehehe..jangan marah haa
Apr 4, 2009
Tag from mummy irfan
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Alamak..nk invite 6 orang kawan ni yg lemah ni..hehe
rasanya ramai kwn2 blogger yg da buat tag ni kan..tapi kepada sesiapa yg belum buat sila la ambil tanpa rasa bersalah..hokay?..
Feb 26, 2009
Lagi-lagi Tag =P
Hannan 1st day
1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
ermm..yup,memang berharap sangat peknen awal.
2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Humaira
3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Happy + Blur..
4. HOW OLD WERE YOU?
25 yrs
5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Demam + batuk yang agak worst
6. WHO DID YOU TELL FIRST?
my mak..hubby ada sekali masa gi klinik so dia dah tau)
7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
off course..
8. DUE DATE?
15 April 2007
9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Owh…yup of course..so terrible….( Pinjam jer ayat pn sally sebab sama mcm yang aku alami)
10. WHAT DID YOU CRAVE?
cheese cake, ice cream & durian
11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
lagu2 band indonesia..terutama dealova..(tiap kali dengar mesti rasa mual & nak muntah)
12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
a boy
13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Yah..sebab adik beradik hubby semuanya lelaki so nk bagi baby girl pada in law... =p
14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
62 - 48 = 14kg
15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
nope…
no. 16 takde terus ke no. 17 je lah ..
17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
alhamdulillah, nope!
18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Klinik Pakar UMRA
19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
about 1 1/2 hours
20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
En Haris fitri
21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
En Haris, doctor & mid wife
22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal, alhamdulillah..
23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
tk ambik apa2 ubat/drug at all..
24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.46 kg….
25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
27th March 2007
26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Hannan Najwan
27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
1 yrs + 11 mth
28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Dah dapat da pun sorang..hehe (she's nuha umairah)
Aku nak tag semua mommies yang baca entry ni..terutama kwn2 blogku yang belum dapat tag ni.. =p
Selamat la menjawab..
Feb 10, 2009
Tagged Again
kali ni dari pn sally lagi sekali..
Aku ingat nk hutang dulu tag ni tapi memandangkan aku tengah bosan disebabkan hero dan heroinku tengah sedap tidur,so aku pun try perah otak untuk ingat kembali filem romantik yang pernah aku tengok..
Soalan tag:
Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
No.1 - Titanic
Movie ni tak silap aku famous masa tahun 1998 (kalau silap tolong betulkan). Masa ni aku form 5..Movie yang paling best aku rasa time tu sampai SA aku (SA ker?? haha..rasanya tk secret sbb aku tau siapa dia) bagi poskad gambar Kate Winslet & Leonardo Dicaprio. Hehe..harap2 en hubby tak baca blog aku ni.
No.2 - Nothing Hill
Movie ni aku tengok ngan kawan2 aku masa study kt sg.petani dulu. Ngan farah,marina & mieza (eh,tk ingat ngan sapa lagi) Memang romantic sampai aku suka lagi tema dia tu.."When you say nothindg at all"
No.3 - Ayat-ayat Cinta
Bukan copy tau pn sally..cerita ni memang best. Sampai sanggup beli novel walaupun dah tengok movie dia.
No.4 - The Holiday
Tengok movie ni ngan hubby kt rumah..DVD jer..hehe
No.5 - A lot like love
Aku dh tak ingat jalan cerita ni,tp hero dia handsome..hehe
Movie ni pun tgk kt rumah jer ngan hubby..dulu sebelum ada anak memang gila tengok DVD. Setiap jumaat lepas balik keja mesti gi cari DVD.
Maaf la selalu tag korang tapi nak buat camana, dah korang jer kawan blog aku..hehehe
Sila la, jangan malu-malu..
1. Mummy zahra (aku rajin tag ko sbb ko rajin berblog..hehe)
2. Mummy Irfan
3. Mama Nuha..ni lagi sorg,pun suka blogging =p
4. Ibu Adam..
Tag oleh Lyn
Meh aku try buat sehabis baik..hehe
1. Do you think that you are hot?
Hot?? Haha..mungkin ya di mata suamiku..
2. Upload a pic of that you like.

3. Why do you like this picture?
Banyak gambar yang aku suka sebenarnya.. tapi aku pilih yg ini..hehe. Aku pun tk pasti kenapa aku suka gambar ni.. Tp nampak ala-ala loving couple gitu kan..hwa..hwa..hwa..
4. When was the last time you eat pizza?
Last week,2hb malam.. lepas balik dari klinik (Nuha ambik injection)
5. The last song you listen to?
Lagu Jujur..daripada kumpulan Radja
6. What are you doing rite now beside doing this?
Watching tv..(tgh cuti)
7. What name you prefer besides yours?
None..
8. People to tagged?
Who's no 1?
Pn Sally..(ampun kak, selalu tag akak..hehe)
Who's no 2?
Mummy zahra..x-ofismate hubby aku..(ni pun selalu jadi mangsa tag aku..Ampun!!)
Who's no 3?
Mama Nuha..rakan mayaku yang suka blogging & nama puteri kami serupa tapi tak sama..
Who's no 4?
Doly..mybestfren..mula rapat lepas repeat paper Law masa study dulu..hahaha
Who's no 5?
Semua kawan blog aku yang tidak dapat dinyatakan di atas..
Sila luangkan masa ya kawan2..
Jan 23, 2009
Award
Dia bagi aku award ni..thanks kak.
1. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:

2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:
Pn Sally ni kakak angkat aku masa d uitm sg petani dulu. Seorang yg baik & patuh pada setiap peraturan..hehe
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya: (lebih kurang jer mcm tag sblm ni..senang cerita aku ambik hasil kajian dr Fadzilah kamsah ni sbb memang banyak yang betul)
Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja
Seterusnya..aku nak mengenakan kawan-kawan aku spt berikut:
1. Mummy irfan
2. Mummy zara
3. Marazlin
4. Elissmie
Nah..terima la anugerah dariku untukmu..hehe
Dec 31, 2008
TAG dari sayangibu
Okay..16 perkara rawak tentang diriku yang sayangibu nk taww:
1. Aku seorang yang sangat mementingkan keluarga..sangup buat apa sj untuk family. (tk boleh berjauhan dr family)
2. Seorang yang sangat penyayang terutama kepada keluarga & jugak kanak2.
3. Suka/banyak bercakap dan suka berkawan
4. Sangat sensitif, mudah tersentuh & menangis (ewah..)
5. Suka bershopping..wahhh
6. Suka buat koleksi handbag, kasut, kosmetik (kdg2 beli jer, tp tak pakai..membazir)
7. Sangat tak suka ngan orang yang suka menipu.."berkata la benar walaupun ada kalanya kebenaran itu terlalu pahit untuk diterima"..ewah
8. Aku ni agak kuat cemburu..(tak caya tanya hubby aku..hahhah)
9. Hobi aku..memasak (wlupun kdg2 tk berkesempatan), bowling (tp dh lama tk main sbb keadaan tk mengizinkan..hwaa), makan..(hahaha)
10. Selalu berangan nk jadi surirumah yang berjaya (???)
11. Suka berfikir..sebab tu selalu sakit kepala
12. Aku agak suka tolong orang & buat kwn2 hepi..(aku hepi kalau kwn aku hepi)
13. Owh yep..aku salah seorang penggemar coklat & makanan bercheese
14. Seorang yang mudah terjaga ketika tidur.. (tidurku selalu tk cukup)
15. Cepat/mudah marah (sikap aku yang aku tk gemar..biasa la, da sensitif mcm tu la)
16. Sukakan kebersihan & kekemasan (tp rumah aku selalu mcm tongkang pecah..kejap jer kemas pastu dh tunggang langgang balik..anak aku (hannan) punya keja)
Banyak lagi nk taip ni tp sayangibu minta 16 jer so cukup la kan..
Aku tk berniat nk tag sapa2 sbb baru jer lepas mengetag org..
So sesapa yang nk buat, sangat dialu-alukan.
Dec 30, 2008
TAG : Cerita Sepanjang 2008
Jom kita imbas semula peristiwa2 penting/menarik/sedih dalam hidup yang telah berlaku sepanjang 2008..(nk tengok sejauh mana ingatan aku ni ;p)
Jom mula ikut bulan ke bulan:
Januari : Errm..rasanya tkde yang menarik (^_^) sebab bulan januari biasanya aku bz ngan keja. BUAT ANGGARAN BELANJAWAN (ABM)..*sigh*
Februari : Bulan ni pun still bz ngan ABM..counting, editing, typing, printing, discussing, meeting, EVERYTHING.. hehe
Mac : Hannan genap setahun bulan ni. Kebetulan balik kampung so buat birthday party hannan (buat kecik2 jer) kt Mc'D. Bulan ni jugak aku g BTN, 1st time tinggal anak ngan hubby lama2..(tak lama sgt pun, just 5 hari 4 malam :p)
April : Haaahh..bulan ni yang paling mengujakan, aku dapat tahu yang aku PREGNANT!! Aku still ingat reaksi hubby subuh tu..hehe
Mei : Errmm..haduh, macam ni la bila dah kurang muda..pelupa sikit. Rasanya bulan ni pun nothing special melainkan still berperasaan gembira sebab preggy. Lagi satu, hepi sbb family aku datang melawat dari kampung..yeyy
Jun : Aku start rasa sedih sebab dapat surat tawaran kena g kursus lagi bulan depan. Lama okayy..3 minggu.
Julai : Aku terpaksa tinggal hubby & hannan lagi..kursus kali ni lagi lama & lagi jauh,kt cherating..(jauh ker????) Lagi sedih bila tarikh birthday aku jatuh masa kursus tu..huhu. Tapi yang bestnya hubby dh sediakan hadiah untuk aku. :p
Ogos : Bulan ni bulan kelahiran hubby..tapi aku tak bagi apa pun kat dia, TERUKSSSS.
Bulan ni jugak aku balik kampung.
September : The sweet september. Selain seronok menyambut ramadhan, aku & hubby dah berjaya beli rumah so bulan ni bz menguruskan semua dokumen/prosedur untuk rumah. oh yep..aku dapat hadiah lagi dari hubby, jam guess..hehe. Best!
Oktober : Hari Raya..kali ni turn beraya kt kampung aku..lagi best & meriah bila kakak aku pun balik sekali..
November : Bulan ni hubby hadiahkan aku kereta baru..weee. Bulan ni jugak 1st time hubby aku PENGSAN. Harap2 tak akan ada 2nd time or 3rd time.. Memang banyak perkara berlaku bulan ni..yang paling memeningkan bila dapat tahu 1 perkara yang akan menyusahkan aku yang akan berlaku pertengahan bulan januari depan..*sigh*
Disember : Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari menyambut kelahiran puteri kami, NUHA UMAIRAH.
Insan2 bertuah yang aku nak tag:
1. Puan Yati :p
2. Puan Sally
3. Puan Marazlin (lin..aku tau ko selalu bz, so kalau ko ada masa terluang ko buat la tag aku ni..hehe)
4. Mummy Irfan (Ni pun selalu bz gak..maybe org nama 'lin' ni selalu bz..hehehe. Jgn marah, nanti kena jual)
5. Mama 3D (the vouge mama)
So puan2 sekelian, sila la luangkan masa anda untuk buat tag saya ini okay.. ;p
Salam Tahun Baru Untuk Semua..Muuaaahh..