Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Aug 1, 2011

Resepi Kek Strawberry..

Sabtu dan ahad baru ni gi Cameron Highland..kakak yang ajak, dia jugak yang sponsor tempat penginapan..*suka..suka*

So, kalau dah sampai sana cam tak lengkap la pulak kalau tak beli dan bawak balik strawberry kan. Tak beli banyak sebab tau anak2 tak makan, so beli 2 pek (free 1 pek kecik) Balik semalam saya makan 2 bijik..pastu dari semalam sampai sekarang ni fikir nak buat apa ngan strawberry yang ada tu. Dulu, saya beli pastu frozen. Bila dah keras tu blend sekali ngan susu pekat n susu cair.. Jadi strawberry smoothies.

Kali ni nak try buat kek lak..eceh, rajin sangat nih nak membuat...(konon la)
Jom kita zass resepi ni..

Bahan-bahan ( saiz 18 cm)

3 biji telur (I used grade A)
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil strawberi paste

Cara:

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah.

2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.

3. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk

4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.

5. Masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.

6. Masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila dan strawberi paste during/after baking). Kaup balik hingga sebati.

7. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

8. Hias ikut suka

Jun 21, 2011

Nasi Ayam..

Semalam dan ari ni EL sebab Auni demam..letih, dah la malam banyak kali bangun. Bila dah bangun asyik nak dukung jer..tu pun nangis jugak. *Sabarrrr*
Kebetulan semalam puasa so teringin nak buka puasa dengan nasi ayam.. Seb baik bahan2 dah ada so apa lagiii..ke dapur la kita..

Seronok jer bila hubby buka periuk kata 'Ermm..pandai mama buat nasi ayam..kelass". Hubby kata sedap..boleh jual, boleh buka kedai..hehehe *mau saya tak kembang semangkuk*

Jangan tak tau ini baru kali kedua saya buat nasi ayam..sadis kan. First time ari tu untuk jamu kawan datang umah. Hihihi..berani kan, gamble jer.


Ayam sedang direbus


Tumis bawang & halia untuk nasi..
Lepas rebus perap kejap..
Lebihan air yang dah ambik untuk nasi..yang ni nak buat sup..
Cili..


Sementara tunggu nasi masak tu boleh la potong apa yang patut.



Ayam yang dah siapppp.. ;)




Jan 16, 2011

Saya Suka Memasak

Walaupun saya tidak terer memasak tapi saya saaaaangat suka masak..esp untuk somi & anak2 la kan. Sekarang ni boleh dikatakan setiap malam saya akan masak untuk dinner..(menyambut seruan azam 2011 untuk menjaga pemakanan ;p)


Lagi best memasak mesti la bila hujung minggu kan, sebab tak payah rushing. Boleh prepare awal2 bahan untuk memasak tu. Saya ni masak main campak2 jer..erk, tapi sedap. Wahahaha..


Yang ni menu dinner malam tadi..saya buat dalam masa tak sampai sejam setengah (elehhh..orang lain lagi cekap tak kecoh punnnn)

Jom menjamu mata ;)



Sambal 'kolestrol' + petai..(seafood allowed once a month) ;p

Daging kicap yang tak berapa nak hitam (saya buh sikit serbuk kurma)

Sayur campur goreng

Even nampak simple tapi semuanya ni disediakan & dimasak dengan penuh kasih sayang ok..
(Gerammm..bibik buang ulam daun selom yang saya rendam nak bagi fresh balik )
P/s: Ahad sudah..besok sila masuk ofis dengan gigih cam biasa.

Jul 27, 2010

Chocolate Cake

Hollaaaa..

Semalam duduk rumah jaga Nuha, entah kenapa tiba-tiba teringin nak mengasah bakat nak membaking..serius sejak berkahwin ni saya tak pernah pun wat kek2 ni (selain kek batik). Semalam tu buang tebiat agaknya..
Dulu2 masa bujang pernah la beberapa kali wat kek coklat ni,tapi cara masaknya ialah kukus. Kali ni bakarrrrrrr sama dia..

Menurut ajaran Nek guru, untuk lebih selamat better guna cara kukus.. Ye la, takde la nanti kes kek hangus or tk cukup masak. Aiseyyy..cam pro lak..hikhik

Jom la kita intai2..(cittt....blah laaa,cam pandai sangat ;p)

ni di antara bahan2nya..ada yang tak termasuk :) (esen vanila..butter..tepung..soda bikarbonat..gula & susu tkde dalam gambar)

Mak tkde mixer (sila la derma sebijik)

Guna tangan pun boleh...manual daaa..

Proses pembakaran

tadaaaa....



Rasa????? just nice..tak manis sangat and tak tawar. Pastu kurang moist..tkpe la kan, 1st time after 5 years :) Next time boleh la try lagi..