Showing posts with label bla..bla..bla... Show all posts
Showing posts with label bla..bla..bla... Show all posts

Aug 8, 2012

~ WW ~ 20 Minggu (5 bulan)

Alhamdulillahhhh...sedar tak sedar dah masuk 5 bulan hari ni. Syukur dah tak mabuk tapi still muntah bila tiap kali gosok gigi or kumur2 masa amik wudhuk..huhuhu. Tapi takpe sebab tu lite2 ajer kan :)

Err..sebenarnya kan,nak tunjuk gambar mak yung posing ni. Sekali sekala jer..jangan muntah k..haha ;D


Slim tak? slim tak? hahaha..buweekk


Masih nampak slim lagi??


Haahhh..ambik, bila mak dugong mengepak..Nampak lebarannya. (Tudung magic kan..boleh bertukar-tukar..hikhik)

Hahaha..tak bleh blah kan. Alkisahnya, beli baju tu sebab dah plan nak kaler electric blue. Dah tu sekali sarung rasa cam ok lak, sesuai jer untuk orang yang berperut macam saya ni. Nanti dah bersalin pun boleh pakai gak.

Tapi masa shopping ngan hubby last 2 weeks, dia pilih kaler lain (Dia tak tau pun yang saya sebenarnya dah beli baju tu..and dah decide nak kaler biru) So, bila saya try sarung kat umah and tunjuk kata dia, dia tanya apasal tak bagitau dah beli..Saya suka komen dia pasal baju ni..ngeheeeee

Apa pun..baju kurung saya dan anak2 dara tu dah setel. Baju melayu hubby dan Hannan pun dah setel. Tinggal lagi nak cari tudung..itu pun kalau rajin. Tak kuasa nak bersesak2 time2 bulan puasa ni..dah la saya ni memang cepat jer sesak napass time peknen. Kang masuk newspaper makyung pitam sebab sakan bershopping.

Ok cukup..nama pun post WW..

p/s: Korang mesti dah buat preparation awal lagi kan..??

Aug 7, 2012

Shila Amzah Dah Berhijab..

Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah dan berhijrah. Cantik..manis..ayu jer dia bertudung kan.




Gambar ihsan google


Memang betul..tuntutan agama (Allah) itu yang terbaik..tercantik..terindah!!!

p/s: Semoga lebih ramai artis/bukan artis yang diberi hidayah untuk menutup aurat. Amin..

May 17, 2012

Sindrom Ibu Mengandung :'D

Hi everyone!!

Nak sembang pasal ini..



Dan pasal ini...



Juga pasal skul trip HannaNuha last month..
Tapiiiiiiiii..tak ada kerajinan lagi. Duhai mood, ke manakah dikauuuu????


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 30, 2012

Cheese Cake


Tak buat pun lagi..baru berangan-angan dan berniat nak buat........kalau diberi kerajinan :D

Resepi dah dapat, bahan-bahan pun dah beli. So, kalau menjadi nanti saya share. Tapi kalau tak menjadi pun saya share juga..hihi

Feb 29, 2012

Serba Tak Kena

Hari ni..serba tak kena jer..Buat apa pun rasa tak best.

Taip entry pun kejap taip pastu padam...taip lagi, pastu padam balik. Yang ni dah tertaip tak padam2 ni kira dah bernasib baik la ni.

Pasal kije lak..serupa tak kije, pagi tadi kul 11 kuar kejap
cari hadiah untuk bos yang nak berpindah. Pastu kul 12 majlis perpisahan then makan2 sampai kul 1 lebih. Kul 2 start kije ala kadar, hantar email, buat surat sikit dan discussion jer. Bila dah blur and blank..sms, kacau hubby :)..

Kesimpulannya, hari ni memang tak best..adakah sebab tarikh pelik dan unik???? (boleh lak disalahkan tarikh) Kena pulak bila dapat tahu next meeting ngan KK*W PMNS kena jadi 'tuan rumah'..huwaaaaa..




Tengok la, apa dah jadi??...satu entry yang sangat 'kosong'..

p/s: Dia jer insan yang selalu menceriakan hariku..(termasuk anak2)





Feb 20, 2012

Monday Blues Yang Melampau

Tak patut rasanya menyalahkan hari..huhu
Tapi mood saya hari ni hanyut ke laut, dah sampai ke tengh-tengah laut agaknya. Kalau bernasib baik jumpa la pulau..@#%^~%$+

Pagi2 lagi dah kena study fail..diskus ngan bos kecik. Begitu begini macam tu macam ni tetiba hangg..dah jam kepala ni. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan, tu baru 1 fail..(ish..tak baik mengeluh kan..huhu)

Dalam takde idea nak update tu jadi gak 1 entry ni.. Ada jugak ke yang senasib ngan saya hari ni?? :)

Feb 19, 2012

Apa Jadi Bila Bosan & Tak Ada Idea Nak Buat Apa???

Maka tercipta la entry ini..haha..
Jangan bosan naaa..:D

Menyahut seruan kerajaan untuk menanam sendiri (Ada ke kerajaan seru macam tu??)
Jom cuci mata tengok 'kebun' ku..Kebun belakang umah.

Pokok cili belakang rumah..dah selamat pecahkan dalam budu ;)

Pokok labu..belum pernah rasa hasilnya..baru tumbuh. (Sebelum ni ada gak dah yang tumbuh tapi jadi mangsa budak2 yang main kat belakng umah..huhu. Sabarrrr.. :')

Kenal tak apa ni?? haaa..ni generasi kedua, sebelum ni dah pernah tuai hasilnya tau. Kejap sangat tumbuh putik baru. Tak percaya kalu..cuba try test tanam sendiri..

Pokok limau purut..sekarang ni dah tinggi sikit compared dengan masa mula2 beli dulu. (ish..terang sangat la pulak flash dia)

Ni namanya pokok-daun-kari-hidup-segan-mati-tak-mahu.. huhuhu (Baru jer amik dari umah MIL nih)

Ni anak pokok tomato. Mak dia berjasa kat kami, banyak gak buah dia ari tu. Lebih kot 10 bijik..puas hati sangat. Tapi mak dia dah mati and dah selamat saya cantas..tinggal la waris dia yang satu ni.

Pokok daun kesom..beli kat pasar tani RM4..seb baik menjadi :)

Pandan..haa, ni pun amik dari umah MIL..hihihi

Yang berikut ni pulak gambar suka suki..saja isi masa lapang petang2 balik dari keja :)



Gambar lalang kat umah kosong sebelah umah. Tinggi sangat, lebih tinggi dari mak yang 'tinggi' ni. Tengok tu, tinggi sampai dah lepas bumbung kan??? Hahaha..over (-_-)



Tak tau ni bunga apa..nampak cam bunga matahari..cam kekwa kan. Main beli jer..hihi. 'Bulu2' dia tu tajam tau, cam miang rebung tu..haish. Masa beli tak rasa tajam lak.



Bila layu jadi macam ni..cam strawberry pun ada kan..hehe



Dua gambar kat bawah ni pula gambar bunga2 yang tumbuh liar kat 'anak bukit' depan umah..kalau time dia berbunga cantik jer tengok..kaler purple & kuning banyak-banyak. (Lupa lak nak amik gambar 'pemandangan' tu)





Yang ni pula gambar 'bunga' yang ada di halaman rumah mak :) Sibuk enterframe tiap kali kita pegang camera. Dan sekarang itu adalah style or gaya paling hebat yang dia boleh buat depan camera..kembungkan pipi..muncungkan mulut dan kembangkan hidung..Hebat kan!!??



Sekian..

p/s: Bosan..kul 1 baru hubby habis main futsal. Nak tidur, mata tak ngantuk pula..besok nak bangun awal. Hubby ajak g beli nasi dagang kat pasar tani yang saya suka tu..nyum..nyumm..

Feb 16, 2012

Pepahat...


Gambar cilok dari Google..terima kasih kepada tuan punya blog yang upload gambar tu.

Jap tadi sembang2 ngan kawan2 ofis pasal sorang lagi member yang sekarang ada kat sepang. Bukan mengumpat ok..saya yang tanya dulu bos dia mana so dia jawab la ada kursus kat Sepang. Biasa la kan, bila dah sembang tu memang meleret-leret..*lagha*

Tetiba kuar cita pasal pepahat..Ari tu tengok kat JJCM nampak macam sedap sangat. Teringin la pulak kan..(haishhh..tak peknen tapi manjang teringin)
Korang pernah makan tak? Sedap ke?

So saya pun saja gatal mulut ajak diorang gi Jeram. Tapi biasa la, saya cakap jer nak pegi tapi tak cakap pun lagi kat hubby..haha *Berangan namanya nih* Budak tu ajak gi hujung minggu depan sebab minggu depan gaji dah masuk kan.. :)

Kalau pegi hujung minggu memang 'sesuaaaiii' la sangat sebab saya nak kena angkut tentera batalion yang ada kat rumah tu. Kang ada yang makan pepahat tu dengan kulit-kulit sekali. Nak gi hari jumaat rasa2 tak sempat jugak walaupun rehat panjang. Hari2 biasa lagi la, jangan harappp. Soooo...impian jadi angan2..Hahaha..

Hurmm..tak kuar rehat ni jom la kita berangan.. ;D

Feb 5, 2012

Salam Maulidurrasul

'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'..itu adalah tema untuk Sambutan Maulidurrasul tahun ini.

Teringat masa sekolah dulu..saya memang suka join perarakan, kebetulan pulak pakcik and kazen2 saya memang aktif join aktiviti2 macam ni so saya pun ikut jer la kan. Tapi itu peringat kampung la :D..peringkat sekolah pegi ngan kawan2 sekolah dan cikgu cikgi.. Best..tapi penat. Maklum la, budak2 kan..hihi

Sejak masuk U lebih2 lagi dah kawen ni memang tak pernah join perarakan..kalau ada pun join perarakan masa sukan MARA..haha. itu pun dulu laaaaa.. Last aktif sukan masa mengandungkan hannan. Semangat kau, mengandung pun boleh join main boling lagi.. kat Kuantan, tahun 2006 ;) Seb baik la hannan 'kuat'..

Ok la..saja nak ngomel sikit sementara menunggu cik abe bangun nak gi pasar. Harap2 ada la pasar tani pagi ni since ada perarakan juga kat Stadium Melawati..

Keranamumu Pop Corn..

Maghrib tadi..masa tengah solat..diulang, masa tengah solat tiba2 teringat pop corn kat MBO..tsk..tskkk.. kuat betul godaan dan gangguan syaitonirrojim. Tambah pulak budak dua orang tu pun ikut solat sekali (solat sangat la kan) maka memang tak khusyuk la solat saya.. Haishh..salahkan orang lak kan. ( Di akhir zaman memang ramai yang tak khusyuk dalam solat..pernah terbaca pasal ni)

So habis jer solat terus cakap kat hubby nak bawak budak2 gi Space U8..nak beli pop corn. Hubby izinkan..so dia ke surau saya dan anak2 gi MBO..angkut auni n bibik sekali.
Sampai sana terus tuju ke cinema..beli pop corn :-) pastu turun bawah bawak diorang lepak tepi air pancut. Masa saya tengah Q nak beli Cool Blog tetiba Auni muntah..habis basah atas ke bawah termasuk la mama dia sekali. Huhuhu.. Syukur kat flea market tu ada jual baju2 budak. Mulanya ingat taknak beli sebab dah nak balik kan tapi kesian lak tengok dia yang dah basah n busyuk so beli jugak la..pyjama paling murah pun RM25..walhal kalau beli online boleh jer dapat less than RM20. Silap saya jugak..sebab biar dia pakai short sleeve, dah la dia tak berapa sihat..batuk n selesema. Tapi sebab ingat nak kuar kejap jer kan tu yang tak tukar baju,semua orang kuar pakai serabai :) tambah pulak dekat dengan tempat tu..

Ni la dia yang diidam tu..tak la special mana pun kan..

sampai umah panaskan balik..masuk dalam microwave, fresh semula ;)

Lepas tukarkan baju auni n beli cool blog (yer..beli jugak) terus blah..on the way balik auni dah tido. Sian dia..

Ni la baju emergency tu..(sian budak tak sihat ni)

Ok la..besok free saya tunaikan janji untuk Day 3 k. Nak teman hubby tengok tv.. entah kul brapa la nak g pasar tani besok ni..

Jan 16, 2012

Kejam..

Betul la kata ex-lawyer yang pernah bagi talk dulu. Bank ni lebih kejam dari Ah Long. Disebabkan itu jugak la dia resign dari jadi lawyer. Dia tak sanggup nak 'bunuh' orang.

Dia pernah ada kes yang kena 'kejar' peminjam sampai tinggal sehelai sepinggang. Yang buat dia tak sampai hati, masa dia nak gi sita umah orang tu dia nampak orang tu ada anak yang masih bayi. Tapi dia tak boleh buat apa sebab dia dah terima file dari bank. *Minta maaf banyak2 yer kalau ada antara kawan2 readers yang keja ngan bank. Saya tau korang pun ikut procedure*

Semalam..saya dan hubby semak penyata baki pinjaman perumahan yang bank **** hantar. Perghhhh..nak menangis tengok. Bayangkan, start bayar since 2008 hingga 2011 hanya kurang almost 10k jer. Sedangkan sebulan bayar RM9++. Kata la RM930 darab 12 bulan,darab ngan 4 tahun..sepatutnya dah RM44,+++..kan. Huishhh..patut la bank2 ni kaya raya.

So tadi, daya dah call HQ. Tanya berapa kelayakan saya untuk pinjaman perumahan staff. Dengan gaji yang tak seberapa dan umur yang dah mula nak meningkat saya hanya layak RM2++k. Nanti nak bincang dengan hubby, nak convert loan bank tu ke loan perumahan staff MARA. At least murah sikit nak bayar tiap bulan.

P/s: Zaman makin maju..kos hidup juga makin meningkat :(

(Sekali lagi..minta maaf yer pada kawan2 yang terasa tempias kegeraman saya ni)

Dec 19, 2011

De Palma Bistro





Nampak tak gulai ikan tongkol dia tu..Pergghhhh..





Kedai ni di Ground Floor, SACC.

Kalau datang SACC ni memang xakan jumpa foodcourt. So kalau rasa2 nak makan nasi dagang, nasi kerabu, ayam percik..*banyak lagi menu sebenarnya* boleh la singgah De Palma Bistro ni (ewahh..dah macam jadi jurucakap pulak)



Tadi saya order nasi dagang n air asam boi. Memang sedap!! Tapi harga boleh tahan..huhuhu.

Sebelum ni try western food n nasi kerabu dia..not bad jugak. Owh yep..ubi kayu rebus n sambal pun ada tau. Tapi tak pernah try lagi. Next time..insyaallah


P/s: Dah minta resepi nasik dagang kat mek klate kat ofis ni. Nanti nak try buat..


P/s lagi: Mak pun tak tau apa motif entry no. Hahaha..sian korang dah terbaca.. =D





Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 14, 2011

testing

Testing 1 2 3 ;)


Baru install blog app dr market..

Klu sebelum ni update guna email pasni boleh la guna blogger-droid ni..senang dan cepat.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Nov 24, 2011

Cerita ceriti..

Ari ni agak free..weheee.. :)

Sebab semua orang sibuk dengan event..saya bertugas di bawah jawatankuasa makanan..hahaha, memang sangat sesuai kan. :) Tapi hari ni tak banyak sangat yang nak kena buat sebab perasmiannya esok. Selain dari bertugas untuk 'jaga' makan, esok kena jadi penyambut tetamu and kena standby bertugas atas stage untuk majlis penyampaian hadiah..Gigil jugak, mak dah la jenis cepat nevesss.. Tapi, itu besok punya cerita..so kita follow the flow jer la kan.

Disebabkan event tu jugak ari ni minta my hero hantar gi ofis. Parking area semua dah pacak khemah untuk booth pameran. Malas nak bawak keta sebab nanti kena cari tempat parking luar dari area office ;) *Dasar pemalas berjalan kaki*
Event sampai isnin..tapi isnin cuti kan?! Syukur la saya tak perlu datang hari cuti, sabtu..ahad and isnin tu ;) Sian kat kawan2 lain yang kena datang bertugas. Chiayok..chiayok untuk kawan2 ku..hihihi

Erkk..baru perasan dah lama tak buat entry panjang2. Tapi selalunya entry panjang tu membebel or melalut jer pun :) Al-maklum la, sekarang ni semua orang online guna henfon jer so tu yang buat entry ala-ala update status kat fesbuk tu. Guna henfon lagi senang dari guna PC. Tapi kalau guna PC best sikit sebab luas mata memandang..:)

Oh yep..minggu ni saya rasa sangat seronot sebab parents and kakak ada kat rumah. Best jer rasanya bila dapat berkumpul ramai2. Lagi best bila balik kerja dah ada orang yang tolong masak untuk dinner..huhuhu...sorgaaaaa...

Eh..cukup la dulu. Diri sendiri pun dah bosan membaca apa yang ditulis apatah lagi korang yang membaca kan. Entry kosong..tanpa isi. Hahaha..


Sebelum tu, dengan segala hormatnya nak share gambar pokok tomato ku yang dah membuahkan hasil..tadaaa.. ;P



P/s: Banyak kali fikir nk publish ker tak entry ni. Nak publish segan sebab takde mesej..kalau tak publish lak buat penat jer taip pastu delete balik..hihihihi..

Nov 15, 2011

Random entry..sementara tunggu anak2 yang tak berapa mengantuk tidur

Bapak panjang tajuk entry kali ni..

Saya tidurkan amoi dalam buaian kat bawah..papa lak tidurkan abang n kakak kat atas (entah2 lepas tu dia tidurkan diri..or entah2 anak2 yang tidurkan dia..huhu)

Tak tau nak sembang apa tapi tangan ni gatal nak menulis..hihi. Takde bahan so kita tempek gambar boleh kan.. :D
Nasib korang la dah terklik entry ni..muahaha..




Sudah ada hobi baru..best eh dapat gubah-gubah ni..



Amoi yang tak cukup 1..patung nak 2..puting pun nak dua sedangkan mulut ada satu..tsk..tsk..tsk..



Belek2 gambar lama..terjumpa gambar ni. Gambar masa buat first besday hannan kat mekdi KK. Slim jer masa anak 1 dulu..harap2 gambar ni boleh jadi pembakar semangat..Hahaha..hampess..kalau mulut asyik mengunyah jangan pasang angan2 tinggi sangat woi :')

Aug 15, 2011

Nak Masak Apa Hari Ini?

Macam-macam menu yang ada dalam kepala hotak ni..

1. nak buat sambal tumis...
2. ayam goreng kunyit..
3. masak lemak udang..
4. Ikan 3 rasa..
5. kacang botol tumis...

Haishh..time puasa memang macam2 idea. Cuba time bukan bulan puasa..sikit punya susah idea nak mari.

Menu di atas hanya la impian semata..masak atau tidak bergantung pada kerajinan tuan tanah kedaung..

Sekian, dah kul 4.30, jom kita cha alip bot..

May 23, 2011

Tolong Kawan...

Mood agak suam-suam kuku ari ni. Kepala pening!!

Lunch hour ni pun kuar kejap semata-mata nak beli Big Apple..tekak ni teringin nak makan manis-manis la pulak. Pas jer beli terus masuk opis balik..15 minit jer.

Oh yep..nawaitu sebenar update blog ni adalah untuk tolong promote blog member. Dia baru berjinak-jinak ngan business online ni. Jual shawl..gi la terjah. Cantik2 tau. Kalau korang yang jenis malas nak gi bersesak kat Jalan TAR semata-mata nak beli shawl tu gi la cuci mata (dan jangan lupa order) kat sini. Kalau kuar gi Jalan TAR tu kang ada jer sampingan-sampingan nak dirembat kan. ;) So untuk penjimatan baik la klik BLOG DIA ni.

Blog mummy of 2 boys..gojes tak macam dah anak 2..*daku jeless* (-_-)



Ni salah 1 koleksi dia..saya suka gila tengok shawl yg ni. santeek kan...


(maaf lin, i cilok u punya gambar..;p)



Haaah..apa lagi..klik jer link kat atas tuh cepat...



May 10, 2011

Entry awal pagi buta..

******** Kebetulan tadi keja saya & hubby setel sama so hubby ambik saya kt HQ and hantar gi ofis kat Shah Alam. Memang best naik motor tapi bila dah sampai ofis muka rasa cam kebas. Cepat2 ambik wet tisu lap muka..pastuuuuu, takyah cakap la kan dia punya kotor. Hitam cam saya duduk blakang bontot lori *****************


Sempat bloggin lagi pagi ni..heeehee

Dah kul 7 tapi masih bersenang lenang..hatta belum mandi pun lagi. (hebat kan..kan..kan)

Hari ni insyaallah saya g HQ kejap..ada benda nak submit. Kebetulan hubby cakap dia pun ada hal kat KL so kitorang plan g sekali. Tapiiiiiiii..bukan ngan kete tau..ngan motor. Hahaha...festaim nih nak naik motor g KL, or festaim naik motor jauh2 *Jauh ker? (-_-) *

Soooo..mari kita merempiiiitttt. (haha..merempit sangat la ngan skirt kau tuh)

May 6, 2011

Best sangat ke blogging???



Gila tak best??!!..(Ni bagi diri saya la..jangan nak compare2 pulak k)
Mesti la best..boleh bebel sorang-sorang dalam ni. Suka hati kita nak taip apa pun kan. Cuma kesian kat orang yang baca jer la..hehe. Tapi kalau rasa2 macam malas nak singgah tu takde pun orang yang nak marah atau nak paksa kan.

Blogging best sebab boleh dapat ramai kawan..(ni la part yang paaaaling best saya rasa) So far saya dah pernah jumpa ngan Sis Dee..Sis Rasp..Ratna..Ayu..Murni..Farah.. Eliss.. Wati.. Wahida.. As.. errmmm.. sapa lagi, oh yep..Yati..Tapi Yati sebelum terjebak ngan blog lagi dah pernah jumpa cuma masing2 malu nak tegur..hehe (betul ke yati?) :) lagi best bila join event yang blogger buat..boleh la jumpa laaagi ramai kawan kan.

Pastu..pastu..dengan blogging jugak kita boleh dapat banyak info. Masing2 suka nak share. Tak kisah la bab apa sekali pun..tempat makan yang best (ko tengok..ko tengok..makan jer yang dia fikit dulu)..tips berguna untuk anak..tips untuk para isteri..tips sebagai hambaNya.. maaacam2.

Lagi 1 kan..tak tau l a korang tapi saya yang selalu ketandusan idea nak masak apa untuk dinner ni kan, suka bila ada kawan2 publish pasal makanan/resepi (makanan lagi)..bukan apa, daripada situ saya boleh la dapat idea nak masak nanti kan. Sebab tu la saya ni pun suka jugak upload gambar menu..kot2 ada kawan2 yang terdetik (mak aihh..word) nak masak menu cam dalam gambar yang saya upload tu kan..hahaha (Ayat ko tak boleh blah dikkkk.. Cam bagusss jer) Pening kan tiap2 hari fikir nak masa apa...
Jangan ingat senang kerja kaum isteri ni. Semua benda dia nak fikir.. Dari yang sekecik-keciknya sampai la yang sebesar-besarnya. Bila dah banyak sangat fikir macamana muka tak cepat sangat berkedut. So bila dah berkedut mesti la isteri ni nak kena beli kosmetik nak bagi kurang sikit kedut tu kan..(hah..dah melencong dah makcik ni)

Haaa..nampak??..nampak??? best tak best blogging ni???!!

Ok la..hari ni Jumaat rehat awal..kul 12.15. Jap lagi saya nak balik umah sebab dah janji ngan budak Asteruk. Nak suruh diorang tengok-tengokkan sikit penyakit decorder kitorang. Dah 2 malam tak tengok tv ni. Malam ni lak ada Maharaja Lawak kan..mau tak senang duduk big boss saya kat rumah tu malam karang.

P/s: Kepada nama2 yang saya sebut di atas, minta maaf sebab tak sempat nak link'kan..malam kang saya buat ok.. Sudah pukul 12.40 ni, hubby pun dah msg, remind saya..saya permisi dulu ya ibuk2..sampai ketemu lagi.

Jan 25, 2011

Dialog Mama & Hannan

On the way ke Subang ngan Hannan..

mama: Hannan, hannan tau tak..Allah tu Tuhan yang bagi hannan mata, bg hidung, bg mulut..bla bla bla..

Hannan: Ooo..

Mama: Hannan, Allah tu sape?

Hannan: Awwah (read Allah) tu Tuhan..

Mama: Dia bg hannan apa?

Hannan: Bagi mata, bagi hidung..

Mama: Pandainya anak mama. Allah tu jadikan mama, jadikan papa, jadikan hannan, Nuha, Auni..

Hannan: Mama Awwah tu jadi momok?

Mama: (sedaya upaya tahan gelak)..eh, takkk. Momok pun Allah yang buat.

Hannan: Ooo..Allah tu buat momok? Momok nangis tak mama?

Mama: Hahahahahah..(hanya mampu ketawa)

Word 'buat' mengikut fahaman hannan is..erk, mcmana nk cakap ek?..
contoh gini, kalau dia buat adik dia nangis or pukul adik dia kita akan cakap "hannannn..jangan buat adik"..
Hah..gitu la lebih kurang fahaman dia ;)


Malam tu sebelum tidur dia lak ajar nuha apa yang saya dah ajar..

Hannan: Dik,Awwah tu Tuhan. Cakap tuuu haaaan.

Nuha: tuu haann..

Hannan: Aaa..pandaii. Dia bg adik mata..bagi hidung..bagi mulut..haaa

Nuha: ata?? ulut???

Saya hanya terkekek-kekek dengar diorang berdua bersembang ;D