Showing posts with label MACAM-MACAM HALLLLL.... Show all posts
Showing posts with label MACAM-MACAM HALLLLL.... Show all posts

Sep 7, 2012

Adab-Adab Menegur

Saya ceduk post ni sebijik dari SINI Kita boleh tau kalau orang tu ikhlas untuk menegur silap kita kan. Betul sangat kata penulis blog tu..boleh je PM kat fesbuk..apatah lagi KALAU ADA NO TELEFON orang yang kita nak tegur tu.

Apa motif duk perli2 kat fesbuk or blog pun tak tau.. Adakah untuk melihat seramai mana yang LIKE atau komen :) Tak pasal2 jer kita dapat dosa kering bila orang lain ikut mengutuk sama. Lagi teruk kut orang yang memburukkan orang lain dari cerita keburukan diri ;D

Ok..Jom baca...

10 Syaaban 1432 Hijriah. Alhamdulillah.... dah masuk suku pertama bulan Syaaban kita sekarang. Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi pendapat tentang cara dan adab menegur yang mana aku tengok sekarang ini dah agak ramai yang tidak tahu dan faham akan adab menegur secara berhikmah.

Ok, aku sedar bahawa dalam setiap orang ada keinginan untuk menegur apabila melihat sesuatu yang tidak betul atau melihat maksiat berleluasa. Firstly, tahniah aku ucapkan kepada orang-orang itu kerana niat untuk menegur itu masih wujud dalam hati mereka (kalau takde niat untuk menegur, lagi teruk). Namun demikian, dorongan nafsu dan emosi menjadikan seseorang itu melampaui batas-batas mereka dalam menegur sekaligus tidak berjaya menyampaikan niat sebenar teguran itu.

Sesetengahnya pula aku dapati suka menegur menggunakan FB yana mana teguran itu direct ke wall pihak tersebut dan ini turut mendedahkan teguran yang dibuat itu kepada pengetahuan umum. Islam sudah menggariskan beberapa cara untk memberi teguran dan cara-cara itu juga berbeza mengikut level seseorang.

Jika mampu, tegurlah dengan tangan, jika kurang mampu tegurlah dengan lisan dan jika benar-benar tidak mampu, tegurlah dengan hati. Menegur seseorang pemimpin, tidak sama dengan menegur kawan kita. Menegur pemimpin dikatakan mesti dibelakang, tarik tangannya dahulu dan bercakap elok-elok kepadanya, jika pemimpin tidak mahu mendengar, itu terpulang kepadanya, tugasan kita sudah selesai.

So, bila aku amati lagi, trend menegur dan sindir menyindir dalam FB semakin berleluasa. Sudahlah ditegur, malahan ada kawan-kawan FB siap like dan tumpang kutuk lagi bagi menambah perisa sindiran itu. Bukan aku kata tak boleh tegur dalam FB atau mana-mana medan alam maya tetapi biarlah secara betul dan berhikmah.

Boleh menegur dalam FB tetapi biarlah dalam inbox message ataupun chatting terus dengan orang tersebut. Hal ini bagi mengelakkan teguran tadi membuka aib orang yang ditegur. Amat berdosa sekiranya kita membuka aaib seseorang. Yes, boleh buka aib orang itu tetapi bukalah kepada pihak yang berhak sahaja.

Tulis dan post di wall orang itu bukan sahaja membuka aib orang tersebut kepada umum, membuka aib kepada orang yang bukan hak malahan membuka ruang kepada orang lain untuk menambah lagi keaiban tersebut. Ini bukan cara yang diajar dalam Islam. Sebaik-baiknya tegurlah dalam inbox message atau chat ataupun berjumpa direct dan tegur dalam perjumpaan tersebut.

Itu untuk teguran dalam FB sesama kawan-kawan kita. Bagaimana untuk menegur pemimpin atau sekurang-kurangnya menegur orang yang lebih tinggi kedudukan daripada kita? Nabi Musa A.S diminta menegur Firaun secara baik dan berhikmah. Salman Al-Farisi juga menegur Saidina Umar R.A dengan bijaksana. Allah SWT juga ada menegur Nabi Daud A.S melalui ulat dan sebagainya.

Tegurlah pemimpin dengan tangan jika berkemampuan (aku berpendapat yang ini teramat susah untuk dilakukan), tegurlah pemimpin dengan lisan (yang ini boleh dilakukan dan amat sesuai) ataupun tegurlah pemimpin dengan hati (ini adalah selemah-lemah iman). So, aku rasa, cara terbaik untuk menegur pemimpin adalah secara lisan, cakap elok-elok dengannya, Insyaallah... dia akan menerimanya dengan baik.

Bagaimana pula dengan orang/pemimpin yang tidak boleh menerima teguran kita? Ok, bab itu aku ingin bincangkan pada the next post. Untuk post kali ini, aku suka juga ingatkan kepada semua dan juga kepada diriku sendiri agar tuntutan menegur mestilah dibuat jika kita melihat kemungkaran berlaku. Jika ada kawan-kawanku yang melihat aku melakukan kesilapan/kesalahan/ maksiat, tegurlah aku juga, aku pun banyak buat silap jugak.

Jangan disebabkan kita suka dan sayang seseorang itu, kita segan dan takut untuk menegur kesilapannya. Jangan disebabkan kita tak suka dan benci seseorang itu, kita membuka aib dan melempar kata-kata nista kepadanya. Jangan disebabkan seseorang itu membuat suatu kesilapan, kita terus melupakan segala jasa baiknya dan jangan disebabkan dia baik dengan kita, kita pertahan kesilapannya....

Sikap manusia sememangnya tidak sempurna dan ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki dengan teguran yang dibuat secara baik dan berhikmah. Tegurlah dengan niat bagi memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan atau sekurang-kurangnya mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali. Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit....

P/s: Yeay..Jumaat tiba jua..

Jan 31, 2011

Emosi!!!

Geram....geram...gerammmmmm!!!!!!!

Aku sangat geram petang ni sampai menggigil, dada ni rasa nak pecah menahan sabar. Seb baik hubby tolong tenangkan..(tapi tetap rasa tak tenang jiwa ni)

Menyusahkan betul la ind*n2 ni....

Jan 24, 2011

Bizibodi


Tak tau la sesuai atau tak tajuk dengan isi kandungan entry ni.
Ermmm..macamana nak mula ek?? Ada tak dalam ofis korang, orang yang sukaaaaaa sangat jaga tepi kain orang lain? mesti ada kan..kan..kan..
Kat ofis saya ni, ada sorang pompuan level makcik2 ni sukaaaa sangat menyibuk hal orang lain sampaikan yang peribadi pun dia sibuk nak tahu. Itu satu hal, satu hal yang paling BIKIN PANAS ialah suka menjaja cerita..suka memburuk-burukkan orang. Boleh katakan setiap orang kat ofis ni buruk..dia sorang jer yang baik.

Dia mengata A depan B pastu nanti mengata B depan A..pastu sampaikan pulak kat C. Macam tu la lebih kurang..and yang paling kritikal sekarang ni, dia dah mula masuk jarum..dah mula cucuk level bos2 untuk burukkan orang lain.

Dia ni sebenarnya baru lagi kat department saya ni..baru tak la baru sangat mungkin ada la 2 or 3 tahun lebih kurang. Before ni dia duduk department lain..
Dia sebenarnya tak puas hati tak dapat Anugerah Pekerja Cemerlang baru2 ni. Dia betul2 tak puas hati..kononnya dia kerja teruk-teruk tapi bos tak pandang..Alahaiii kak,siannya ko nih. Tu syok sendiri namanya!

Tapi kan..dia ni tau orang2 kat department ni tak suka dia. Dia pernah citer kat member saya yang orang department ni gelar dia MULUT LONGKANG.. Tahu pun kan... Tapiiiiiii..perangai masih tak berubah.

Sekarang ni, ada member yang dulu sporting dah jadi semacam dek hasutan dia. Dia sibuk la sangat kalau orang lain masuk lambat..report kat bos orang tu masuk lambat..orang ni masuk lambat. Sibuk dok canang orang ni tak buat kerja, orang ni begitu, orang tu begitu. Alahaiiii (lagi)

Susah kan kalau orang macam ni ada dalam kelompok masyarakat..boleh gaduh..boleh porak peranda kerana mulut dia ni. Kalau orang2 lama memang dah faham sangat dengan perangai dia ni. Masalahnya dia dok hasut orang2 baru yang belum berapa nak kenal perangai dia tu. Dia nak burukkan orang untuk tunjukkan dia tu bagus.. Nyampah kan! Gila desperate nak naik pangkat.. Yer, dia memang nak sangat naik pangkat. Pernah satu tahap dia sorokkan punch card orang sebab minah sorang ni selalu tak datang ofis. Betul2 tak bleh pakai punya perangai. Dulu department saya ni ok jer..tapi sejak dia masuk memang jadi haru biru. Pernah sekali tu, dengar2 berita ada orang dari department lain nak masuk dept kami. Orang tu tak masuk lagi tapi makcik ni dah kata macam2 pasal orang baru ni. Kalau kata yang baik2 takpe la jugak tapi ni memburuk-burukkan orang tuh. Haihhh..kenapakah???

Dia ni kan, kalau kita gi meja member yang dekat ngan meja dia..dia akan buat2 bizi, muka/kepala tunduk tapi mata menjeling-jeling nak tengok kita. Suka pasang teling..

Saya pelik, apa yang dia dapat dengan buat macam tu. Kalau betul pun nak naik pangkat tapi tak perlu la jatuhkan orang lain. Usaha betul2 baru orang nak pandang. Kadang2 kita ni kalau asek cakap pasal keburukan orang, diri kita yang akan nampak buruk kan. Saya dah terkena dengan dia..tapi setakat ni boleh bersabar lagi..walaupun angin jugak sebab dia report kat bos yang saya datang lambat. Dia tau ker yang saya lambat sebab nak kena hantar anak g sekolah sebab hubby tkde? Tau nak mengata jer tanpa tau apa masalah orang. Yang dia tu, balik kul 4.30 tapi kul 4 dah marah-marah kalau orang nak minta tolong apa2..

Kesimpulannya..jaga la perihal diri sendiri sebelum sibuk nak ambik tahu hal orang. Lagi PENTING, jaga rumahtangga sendiri dulu sebelum masuk campur urusan rumahtangga orang!!
Tapi saya tahu, korang tak macam tu kan..kan..kan????

Ok, la..chow chin chow.....

Jul 1, 2010

Fasha Sendat


Alah..baru jer tadi kata suka share info kan..ekekeke


Baca muka depan papar tttuuuuutt tadi. Si artis tu dah ngaku lak bercinta ngan ex suami orang tuh.. Dulu tanak ngaku langsung. Bila si jantanz tu keluar ngan minah nur kasih tu baru nak ngaku..jeles ker???

Tau pulak melenting orang nak amik boipren dia kan..abis tu yang ko rampas LAKI orang tu ingat bini dia tkde perasaan ker? Yeppadaaaaaaaa...

Ermmmm..komen saya "Biasa laaaa...dunia artiss"..hehe

Ramai yang melenting bila Wardina kata artis malaysia tak boleh jadi icon tapi hakikatnya korang nilai la sendiri..


P/s: Terasa cam wartawan hiburan (ruangan gossip) lak...ngeheeeee..
Mak memang langsung tak pernah minat minah ni...never ever.. Whopppsssss..terlebey sudah!!!