Showing posts with label wish list. Show all posts
Showing posts with label wish list. Show all posts

May 24, 2011

Kira-kira..

~ Tengah berkira-kira untuk beli sesuatu..yang pasti bukan untuk diri sendiri.
Berhempas pulas ni memikir..alahaaaaiiii ~






Jan 21, 2011

Dah ku'list'kan..

Gambar dicilok dengan gigih dari blog Nurul


Macam yang saya dah cakap dalam 25 random things about me..saya adalah sabahan. Tapi..tapi..tapi..banyak tempat lagi yang saya tak pegi di negeri tumpahnya darahku itu. (Owh...sungguh kasihan kamoo ni)

Malam tadi saya jalan2 baca blog orang, pastu terrrmasuk satu blog ni. Rupanya blog adik kepada kawan saya masa sekolah menengah dulu. Bila baca2 entry dia tu terbaca 1 entry pasal tempat2 cantik di negeri di bawah bayu. Cuba la klik kat sini kalau nak tengok serba sedikit keindahan di negeriku..(ewahhhh..peromot nampak!!!!)

Saya memang dah tahu kewujudan tempat tu tapi tak berkesempatan lagi untuk pegi..tapi..tapi..tapi..pulau Manukan dah pegi..yeay!! Memang cantikkk,tambahan lagi saya ni memang pecinta laut..tak kisah la laut dalam ker laut tak dalam.. (erk..saya ni fobia dengan air sebab pernah lemas suatu ketika dulu) Walau bagaimanapun...walaupun saya fobia, keindahan pantai & kesyomelan ikan2 di situ buat saya lupa pasal fobia tu. Serius!!! ingin saya tekankan sekali..SANGAT CANTIK!!!!

Bulan 3 nanti..insyaallah saya akan balik kampung (tiket dah beli yahuuuu)..saya dah nekad, akan ajak inchik suami pegi Pulau Manukan lagi..mesti hannan & nuha seronot. Pastu..pastu..pastu nak bawak gi Kundasang lagi..nak tengok lembu2 cam dalam belog dak Nurul tu. Sebelum ni pun pernah tengok gambar2 cam ni dalam blog Zubye, di sini, di sini , di sini dan di sini.


Kundasang tu dah banyak kali dah pegi tapi tempat2 yang cantik ni tak pegi..entah mcmana boleh tak pegi kan..

So..so..so..saya dengan penuh yakin telah listkan dan akan minta incik suami bawak gi tempat2 ni bila balik bulan 3 nanti..


p/s: As..jom!!!!

Nov 21, 2009

Apakah???
















******************************Edited***************************
Setelah dicadangkan oleh has maka saya pun bubuh watermark..hehe..thanks has

Muahaha..ni la hasilnya. Alhamdulillah, hajat untuk memiliki sebuah dslr akhirnya tertunai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada en suami kerana berbaik hati menghadiahkan saya camera ni. Kata hubby "Anniversary's present in advance" :) Whatever la kan, dah dapat ni cukup bersyukur..

Aug 26, 2009

Hendpon Baru

Alhamdulillah.

Akhirnya dapt jugak handphone baru yang ada camera canggih..huahuahua..
Dulu aim C905 tapi saya dengar banyak komplen yang hp tu selalu hang (bukan hang tuah or hang org utara tu tau), so bila dah dengar komen2 tak best maka cinta saya pun beralih arah ke W995, pun sony ericsson jugak.. Hp ni ekceli sangat seswaiii untuk orang yg suka dengar lagu2 namun bukan walkman itu yang jadi idaman tapi camera yang 8.1 mega pixel iteww.. Puas hati!!

So lepas ni baru la bersemangat balik nak upload blog/gambar :)
Yahoooo...

(kalau nak tahu macamana handpone W995 ni sila la tanya pakcik google yer.. =D )

Jul 2, 2009

Birthday pressie


Huhu..tak lama lagi my 28th birthday..

nak cakap kt hubby tapi segan, nak hadiah handphone Sony Ericsson C905 ..kehkehkeh..
saya dah try handphone tu semalam..
fuiyooo..memang best. Video cam tengok life..seyies..

P/s:Nani, boleh tak ko tolong bagi hint kt laling aku tuh??? :D
(B,kalau B baca blog nih tolong la berbaik hati ok, harga baru RM1,4++. Hehehehe.. )

(ambooooiiiiiii...banyak cantik!!!.. :D )

May 19, 2009

Wish list

Ada tak sesiapa yang baik hati nk bagi ini???

Sony T900


Tak pun ini?? hehe

Ni hp model baru keluaran sony ericsson C905..camera 8 mega pixel..huhu



Gambar cilok kt sini & sini

Terima kasih in advance ..hahaha..
Siapakah orang yang berhati mulia itu???? ngehehe