Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sep 5, 2012

~WW~ K.A.W.A.N



Betul tu..tapi saya tak kisah kalau ada kawan yang perangai gila-gila ni. Jangan jadi kawan makan kawan or kawan jenis talam 2 muka sudah. Depan baik belakang tikam kita.. ;D

Jul 24, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah..setakat ni dah terima tempahan 23 balang choc chip..semuanya dari kawan2 ofis.
Hubby kata nanti buat lebih boleh letak kat kedai ummi (My MIL). Hehe..dia tu sokong jer apa saya nak buat..Err..saya rasa harga saya still murah. Semalam niat nak beli biskut makmor kat pkns..bila tanya adik tu dia kata rm18 sebalang. Terbuntang bijik mata..bekas kecil jer ok..dia kata dalam tu ada lah dalam 30 lebih kurang..ye LEBIH KURANG. Bila hubby kira jatuh 60 sen sejibik!!!
Makaihhh..memang 2 or 3 jenis jer la biskut saya tahun ni nampak gayanya..

Korang prefer beli ker buat? Tp beli or buat masing2 ada pros n conts kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 23, 2012

Gambar-gambar Team Building

Nak amik masa sambung update blog sikit..sebab kalau simpan2 mesti akhirnya terperap terus sampai busuk ;D..tu pun dah dekat seminggu taip sikit2 pastu save.. pagi ni ingat nak siapkan terus.

Team building ni buat awal bulan hari tu 6hb hingga 8hb kat Genting View Resort..(View Genting jer..) Hotel dia ok la..just untuk bermalam kan. Makan pun ok gak..biasa-biasa jer, xde yang special. Sesuai la kut untuk program ni..hihi
Saya tak nak bebel..nak tempek gambar jer. Gambar ada banyak sangat tapi amik sikit jer..banyak sangat pun korang bosan gak kan..hihi

Lupa nak amik gambar masa mula2 sampai..tengok la, masing2 dengan keja masing2. Abang dengan tvnya..adik sibuk tekan itu ini..kakak call kawan dia bgtau dah sampai ;).. and papa tengah solat.

Hari kedua..
Gambar ramai-ramai sebelum bertolak ke tapak aktiviti..



Flying fox.. :)Tinggi gak..boleh tahan. Kalau saya tak peknen memang antara yang paling eksaited kut..




Abseiling..saya yang tengok ni pun gayat. Apatah lagi kawan2 yang buat tu :)


Orang lain sibuk panjat memanjat kita sibuk amik gambar ;p




Pokok tu adalah fokus utama..bukan mamat2 tuh :)


Antara geng2 saya..


Budak-budak ni pun sibuk gak..:)

Lepas aktiviti ni saya n family kuar cari makan kat luar. Kul 2.30 masuk kelas semula n kelas lak habis awal so bawak anak2 berendam kat pool..Masing2 tak tahan sebab sejuk gila air dia. Pagi tu pun sebenarnya masa saya kat tapak flying fox tu papa diorang dah bawak mandi pool, pastu baru join mama n kawan2. Tak banyak amik gamabr sebab masing2 tak nak berendam lama..:)


Hannan jer betul-betul masuk pool..yang kakak n adik main air kat tepi2 tangga jer..


Muka budak kesejukan..tu la, sapa suruh kurus sangat takde lemak memang la sejuk.. ;D


Hannan yang suka bab2 main air..



Anak dara ku yang makin membesar..Sangat la feminin tau..


Dua anak dara dari perut yang sama tapi personaliti yang sangat berbez.. Sorang agak pendiam dan sangat gegirl..sorang pulak lasak dan peramah :)




Susah betul la nak tangkap gambar yang sempurna..huhuhu. Sorang pandang camera sorang lak pandang tempat lain.. kadang2 semua takmau pandang camera..


Haaa..yang sorang ni konfem bagi kerjasama penuh bila nak amik gambar dia.. :D


Budak yang dah nak 'biru'..hihi

Tu jer kut gambar untuk hari kedua,banyak sebenarnya tapi xkuasa nak tempek semua..hari last cuma amik gambar view waktu pagi selepas hujan. View dari bilik..memang sejuk gila time ni. Hubby yang suh amik gambar ni..cantik katanya.


Ya..kami suka view macam ni.. awan dan kabus (awan nano..nano.. nano.. ;D)

Ok cukup!!! Sambung wat keja semula!!!!!!

Jul 9, 2012

Team Building



Join team building tapi tak dapat join aktiviti luar..masin mulut kan. Ingat tak ari tu pernah buat entry pasal Nak Mengandung Sebab Taknak G Team Building??? Tu la..betul2 Allah kabulkan kata2 saya tu. :') Thank you, Allah...

Sudahnya jadi tukang amik gambar sahaja..huhu.. Share sekeping dulu...ada banyaaaakkk sangat gambar tp itu nanti2 ujung minggu or malam hari baru nak share story.



Sekarang kita sambung wat keja semula... *menguap kali ke namploh*




Published with Blogger-droid v2.0.4

Jun 3, 2012

Kalumpang Resort


Nak sembang pasal trip ke Kalumpang Resort. Gi ramai2 dengan penduduk setaman..best. Kalau rajin saya story mory..diulang KALAU RAJIN ;D (sebab mood sekarang lebih kepada tak rajin..hihi)

p/s: Selamat berhari minggu.. (dah nak masuk isnin dah pung..-_- )

(Ada kisah cemas disebalik trip ni..nti sy share ;p)

May 7, 2012

BFF Papa Dah Kawennn

Sabtu baru ni gi majlis nikah BFF papa..alhamdulillah, sekali lafaz sah bergelar suami orang.

Sanee ni memang seorang lelaki yang baik..suka melayan budak2. Kenal dia dah lama, since saya dan hubby kapel. Ingat lagi, dia antara kawan pertama yang hubby kenalkan masa tu..
Dulu dia pernah bertunang, tapi takdir Allah pertunangan tu terputus..*Hanya Allah yang lebih mengetahui kan*

Jodoh dia adalah jiran sebelah umah jer :) Senang kalau nak balik beraya kan..hehe.

Saya tak berpeluang amik gambar ngan pengantin, sebab Auni tidur dan Nuha lak mengantuk, minah tu kalau mengantuk macam orang meroyan. So sebagai ibu yang mithali *ehem* maka saya la yang kena bawak anak2 dara tu masuk keta, tidurkan diorang. Tapi Auni jer yang tido..yang kakak tu taknak tidur lak.

Minta tolong papa jer snapkan gambar, tapi masa nikah tu papa kata tk boleh nak masuk sebab ramai sangat orang. So dia amik dari pintu jer...hehe..sian papa.


Gambar mama & Auni dalam keta ;P (Headband Auni tu mama buat sendiri tau *promote* hahaha)


Papa dukung Auni dan nampak sipi2 jer saya tengah dukung Nuha :)


Pemandangan dari luar..


Papa & hannan bergambar ngan pengantin..


Ni pulak gambar yang saya cilok dari FB adik pengantin lelaki *Sori yer Neesa, kak cilok gambar kamu* :)

Majlis Sanee ni la yang jadi majlis penutup geng hubby..maksud saya, dalam 6 orang kawan2 rapat hubby dia ni la yang last kawen. Dulu kalau lepak umah dia, abah dia selalu perli2 dia bila kami ni dah ada 2 3 anak..hehe. Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak jodoh dia. Wife dia ni adalah pilihan keluarga tau, baik kan..zaman sekarang ni susah dah nak cari anak yang kawen ngan pilihan makpak..majoriti pilihan sendiri.

Ok la, nanti sembang lagi.

Semoga jodoh diorang kekal ke akhir hayat..

Mar 1, 2012

Luncheon @ Bouquet Garni Restaurant

Hehehe..menunaikan kata2 siang tadi.

Gi lunch dengan kawan2 ofis..g 2 keta. Asalnya nak gi makan kat tempat lain, last minute tukar plan lak. So gi la kami ke Bouquet Garni Restaurant kat Seksyen 9. Dapat tau tempat ni pun sebab last 3 mths kalau tak silap saya ada meeting kat RISDA dengan KK*W, kebetulan masa tu lauk pauk dia memang superb. Dah 3 kali pegi situ dan tiga kali tu menu lain2..(kalau asek sama bosan la pulak kan..)

Restoran ni betul2 kat wisma RISDA Cawangan Selangor. Tau kut..sebaris dengan Hotel Concorde..Enterence berhadapan dengan Shell tepi jalan tu (tadi saje jer poyo check in fb konon lunch kat Concorde walhal makan kat sebelah building tu..kakakaka)

Konsep adalah ala-carte dan buffet..buffet dia RM8.80 per pax. Macam biasa, ada nasi putih, 5 0r 6 jenis lauk termasuk sayuran, ulam-ulaman, sambal belacan, dessert macam bubur chacha, bubur pulut hitam, buah, kuih muih & pastri. Berbaloi kan makan banyak (banyak mana perut korang boleh larat ;p) dan hanya bayar RM8.80. Lupa nak amik gambar makanan buffet tu..diorang serve ala-ala kat hotel tau.

Tapi tadi kitorang makan ala-carte..gi 8 orang dan order lain2. Dua orang jer order yang sama :)
Taknak cakap banyak..kita tengok gambar jer boleh kan..Cam biasa :')

Nida & kak Erma

Azila & Ayuni

Saya & Wati

Zarina & Khaty

Drinks..

Chef's Special kut nama dia..memang sedaps sangat. Suka cream dia.. Ayuni yang order.

Nasi Goreng Ikan Masin..Nida yang order.

Dori Fish With Steam Rice..saya yang order.

Nasi Goreng Seafood, Special sebab seafood dia tak gaul dalam nasi tapi serve asing..Khaty & Wati punya :)

Fish & Chips..Kak Erma.

Yang ni pulak, Azila yang order. Tak tau apa nama dia tapi memang sedap.

Harga?? Masih dalam kategori 'mampu milik'..hehehe. Takde la mahal sangat..Cam saya makan set ikan dori & nasi pastu air ribena+longan total RM12.90.. Semua pun belas-belas hengget jer tadi.

So, kalau turun Shah Alam gi la try. Hehe..buffet sampai kul 3 petang dan restoran ni buka pada Sabtu & Ahad.

Chow cin chow...

Lunch Ramai-ramai..



Tengahari tadi lunch ngan kawan2 ofis. Kat mana? Malam nanti kalau ada masa saya update lagi (hehehe..macam special sangat la)

Stay tune!!!!!! Ecehh..

Posted via Blogaway by CikPuan HaLia with Love :)

Feb 29, 2012

~ WW ~ Perpisahan


Bos saya tengah beri ucapan..(ex-bos dah sebenarnya)..tu la dia Tn Haji yang sporting yang baik hati dan suka buat lawak tu..


Hari ni ada majlis meraikan kenaikan pangkat 2 orang staff PMNS..salah sorangnya tu bos saya..
Agak tacing jugak tadi..al-maklum la, dia sumber rujukan saya..mesti la saya akan rasa kehilangan lepas ni.

WW kan..tak boleh cakap banyak..


Posted via Blogaway by Cik Puan HaLia



Feb 28, 2012

My First LINE Friend..



Yeayyy...

Thank As sbb add aku.. Berchat la kita puas2..hihi

Best..background blh tukar..ada banyak pilihan. Icon pun ada baaaanyaaaakkk sangat. Comel2 pulak tu..hihihi




Posted via Blogaway by Cik Puan HaLia

Feb 18, 2012

Jalan-jalan dan Macaron

Rehat panjang semalam kawan2 ofis ajak gi Empire Gallery. So M.O.J la kan..lagi pun tak tau nak buat apa kat ofis 2 jam tuh.

Adik praktikal sorang tu nak cari kasut untuk event dia..so kami2 ni jadi la peneman ;P..(sememangnya kaki jalan pun kannnn) Pusing2..dia tak beli pun sebab confuse nk beli kaler apa. Abg dia suh beli kaler hitam, tapi dia berkenan kaler lain. Sudahnya dia kata malam nanti dia g ngan abg dia..takut abg dia komen kata tak cantik..hihi. Wateva la kan..janji dapat kuar.

Tak tau nak makan apa kat situ sebab semua kata nak makan nasi..banyak jer tempat makan best2 kat situ..Serai, Belanga, Ole-Ole Bali, Kenny Rogers, Nonya Colors, Madams Kwan..tapi tetap nak makan kat Anggerik Mall jugak (Sayang dan suka sangat kat Anggerik Mall...hihi)

So sebelum balik beli macaron..ada member yang first time nak try. So beli la 10..free sejibik :) Sampai Anggerik Mall kul 2.15 terus g fudkot makan nasik. Haishh..jauh2 pegi kat ofis jugak makannya.. :)

Mana lagi 5 biji???

Eh..apasal saya nampak cam orang ngandung??? haha...*Lagi mau tanya..(-_-) *

Ok..happy weekends uolls..

Jan 8, 2012

Kawan,Rakan,Sahabat..Teman

Ada beza tak makna perkataan diatas?? Apa pun maknanya,bagi saya..yang penting dalam perhubungan di antara seseorang sahabat itu adalah kejujuran.


Jujur..yup,jujur dengan kata-kata..jujur dengan perbuatan. Saya ada seorang sahabat karib..yang sangat rapat. Berkawan dengan dia dari sekolah menengah sampai la ke UiTM. Dan walaupun telah terpisah jauh tapi kami masih saling berhubung.


Dengan dia, saya boleh cakap or luah apa sahaja...termasuk mengkritik dengan sejujurnya. Bagi diri saya (Diulang..DIRI SAYA) seorang sahabat or teman yang baik tidak semestinya menyokong semua tindakan temannya.


Begiti juga,saya memerlukan seorang sahabat yang boleh memberi pendapat, kritikan dan komen tentang diri saya sejujurnya. Apa guna menjadi sahabat kalau hanya mengiyakan semua perbuatan saya demi menjaga hati? Kalau sahabat kita menyayangi diri kita tentu la dia akan jujur mengatakan yang salah itu salah dan yang betul itu betul.


Begitu la juga dengan diri ini..saya menyayangi semua sahabat saya. Seikhlas hati ini memberi komen, pandangan atau kritikan. Kerana apa? Kerana saya sayangkan dia..tak suka untuk jadi hipokrit. Bermuka-muka kononnya menyokong dirinya namun di belakang saya tikam dia bermatian.


Dan saya tahu..tak semua pendapat or komen sahabat saya sama dengan apa yang saya fikir. Terpulang la untuk saya sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Apapun, saya tahu dia ikhlas..dia komen kerana dia sayangkan saya. Nobody is perfect..atau perfect is nobody! Sama2 menegur kesilapan itu kan elok?! Yang menegur tak semestinya sempurna dan yang ditegur tak semestinya 'cacat'. Yang penting kita berfikiran positif.


Alhamdulillah..saya jumpa seorang insan bergelar sahabat seperti itu. Kalau kita betul2 dah kenal hati budi sahabat kita tu tentu kita tak mudah terasa hati kan. Dia boleh kritik saya dan saya boleh kritik dia.. *and i miss her so much* Tiap kali balik kampung tak pernah saya tak jumpa dia..mesti jumpa even sekejap.


Hurmmm..masa mengubah segalanya. Insyaallah hubungan dan kemesraan kami tak akan berubah. Amin.

Dan saya berdoa semoga semakin meningkatnya usia saya diberi lebih kesabaran dan ketenangan hati. Cuba belajar untuk bertenang dalam setiap keadaan.. Cukup2 la melayan darah muda sebab saya dah kurang muda sekarang ni.
Mohon maaf kalau ada di antara kawan-kawan yang terasa hati dengan teguran or kata-kata saya. Itu semua kerana saya tak mahu hipokrit dan kerana..........aku sayang kamu.
Wallahualam..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Nov 11, 2011

Jumpa dia...

2.35 a.m dan masih belum tidur..sedangkan tadi mata pedih dan berat disebabkan mengantuk yang teramat. Bila berada di kampung memang sentiasa bangun awal..tanpa gagal!!

Hubby xde..gi memancing ngan adik and bro in law. Tu aktiviti wajib dia tiap kali balik kampung. Mungkin sebab tu la dia rajin check website AA..boleh buat apa yang dia suka kat kampung. Tapiii..siannya dia tu cuti serupa tak cuti.. Handphone tak berenti ringing..haish...mungkin betul kata seorang kawan, lelaki yang berambut ikal ni memang workaholic!! ;)

Tadi (or semalam lebih tepat) hubby ajak g satu restoran yang kuar kat JJCM last 2 weeks kalau tak silap. Tapi nampaknya takde rezeki..restoran tu tutup sementara waktu sebab tengah arrange wedding. Yupp..wedding d restoran itu. Cantik pelaminnya..
Bila dah frust tu hubby ajak singgah gerai tepi jalan, layan lokan bakar..jelly kelapa and kelapa bakar. Nyum..nyumm..jadi la sebagai pengubat kekecewaan.

Lepas balik dari jalan2 cari makan versi Haris's & Co kami singgah di Suria Sabah. Dah janji dengan MyBFF...gembira bukan main dapat jumpa dia and lovelhy dotter dia tu.
Memang hapPENING melayan anak2ku..sorang nak bebas berlari, sorang nak ke tandas dan sorang lagi sibuk minta disuapkan makanan :) Itu la dia penyeri yang memeriahkan suasana..hihi

Jumpa n sembang2 kejap pastu balik..anak2 dah penat. Syukur mama diorang bawak bekal 'susu mentah' so singgah reatoran mamak beli air panas & air mineral. Thanks to papa..tolong buatkan susu tiap kali travel memang tugas dia..tanpa dipinta.

Sooooo..cukup la dulu. Nak cuba untuk tidur. Si leceh ni sms papa mengadu tak boleh tidur (knowing me...semua perkara nak ngadu :p) dan dia reply "rindu la tu"..huhuhu. Tunggu jugak dia hantar sms dapat hasil or tak. Besok pagi la..tunggu dan lihat sendiri :)

Ok la..kalau dah start menulis tu memang suka nak meleret-leret. Gudbai!!!




MyBFF..


Aug 23, 2011

Eliss..buat daku terharu..

Terharu..

Pagi ni dapat kad raya dari orang jauh..dari Eliss (jauh sangat eh eliss :p)

Bukan setakat kad raya tau..dapat penanda buku and yang paling mengharukan (ada ker word mengharukan??) dia siap bagi duit raya untuk anak2 mak..sobs..Thanks Eliss..seb baik selamat sampai duit tu.


Nak balas takut tak sempat sampai la pulak..takpe la, nanti jemput datang umah tau Eliss..(eh..eh..kawan lain pun dijemput datang jugak..tapi saya hidang apa yang ada jer la..hehe)





Ok la..selamat bekerja..(Hari ni Selasa..a.k.a Hari Yang Panjang)





May 23, 2011

Tolong Kawan...

Mood agak suam-suam kuku ari ni. Kepala pening!!

Lunch hour ni pun kuar kejap semata-mata nak beli Big Apple..tekak ni teringin nak makan manis-manis la pulak. Pas jer beli terus masuk opis balik..15 minit jer.

Oh yep..nawaitu sebenar update blog ni adalah untuk tolong promote blog member. Dia baru berjinak-jinak ngan business online ni. Jual shawl..gi la terjah. Cantik2 tau. Kalau korang yang jenis malas nak gi bersesak kat Jalan TAR semata-mata nak beli shawl tu gi la cuci mata (dan jangan lupa order) kat sini. Kalau kuar gi Jalan TAR tu kang ada jer sampingan-sampingan nak dirembat kan. ;) So untuk penjimatan baik la klik BLOG DIA ni.

Blog mummy of 2 boys..gojes tak macam dah anak 2..*daku jeless* (-_-)



Ni salah 1 koleksi dia..saya suka gila tengok shawl yg ni. santeek kan...


(maaf lin, i cilok u punya gambar..;p)



Haaah..apa lagi..klik jer link kat atas tuh cepat...