Showing posts with label membebel/mengarut. Show all posts
Showing posts with label membebel/mengarut. Show all posts

Aug 27, 2012

Makcik Kayoooo!!!

Bukan saya..tapi makcik kedai makan kat PK*S tu.

Memandangkan food court kat Anggerik Mall ni tutup sebab nak buat renovation so kami2 kat opis ni terpaksa la keluar untuk cari sesuap nasik *melampau bunyinya kan*
Saya order nasi kerabu + daging goreng & nescafe tarik..RM7.30. Mungkin boleh terima lagi sbb ada daging kan. Pas abis makan saya nak bungkus kuih untuk makan kat ofis time lapar.

So tanya la adik yang jaga area kuih tu berapa sebijik. Dia kata 0.50..(kuih dia ada lah dalam 5 6 jenis) Saya teringin nak makan kuih keria dia so tanya la "yang ni pun sama"..dia jawab "yer..". Gulpppp..kecik gila ko. Besar sikit jer dari syiling 0.50. Seb baik la memang dah teringin kan..so saya ambik keria ser & cekmek molek ser. Dalam hati menyumpah gak la..huhuhu. Memang tak kan beli lagi kut kuih dia sebab memang tak masuk akal. Seb baik nasi kerabu dia sedapss.. :D

Ok..cukup la membebel sikit2. Dah kul 12.30, dalam bosan2 N ngantuk2 tu kan tak sedar masa berlalu ..






Kcik yo..tapak tangan den ni lagi bosar..nyampah!!





Published with Blogger-droid v2.0.6

Apr 26, 2010

Isnin yang L.E.M.A.U

Seriusss..hari ini sangat slow..boleh tak kalau saya cakap hari ni saya jobless??
Betul,..saya tak tipu. Sungguh lemau..(bukan limau,kalu limau tu sedap jugak)

Tapi lepas ni gerenti akan banyak kerja sbb my pembantu akan serahkan sebeban (mungkin berbeban-benan) baucer untuk disemak. So jangan pelik kerana kerajinan untuk update blog hari ini adalah lebih luarbiasa daripada biasa..

Ni sj nk post gambar anak2 tengah tidur..masa ni papa gi opis wat tender or sebutharga ntah mak tak hengat. Bila papa tkde maknanya katil akan dikonker oleh si isteri & anak2 (biasanya bila si papa tk g opis malam anak2 akan tidur kat bawah, katil dikonker oleh mak bapak mereka..hahaha)

Saksikan laaaaaa..


Si adik memeluk abang.. (time tidur berpeluk-pelukan, time jaga pantang duduk dekat..mesti ada yang menangis..Tak hannan usik nuha, nuha usik hannan :p)

Anak2 mak memang tak suka berselimut..entah di mana silapnya. Salah ibu mengandungkah atau apakah.. Try la selimutkan..otomatik kaki mereka akan menendang2 selimut tu (bak kijang melepaskan diri dari perangkap)..hahaha..perumpamaan adalah tak boleh blah sebab mak tak pernah tengok pun kijang yang terperangkap. (nampak sgt jarang tgk animal planet kan)
Ok la, tunggu jap lagi mak nak post satu lagi entry mengarut.. layankan jer la orang tengah tak center ni..ekekeke

Apr 5, 2010

Entry apakah ini?

Semalam,ahad..Nuha adalah sedikit demam.
So ajak hubby p klinik,takut2 kalau demam bertambah teruk tengah malam nanti.

On the way g klinik:

Me: Nuha,mana shoes?
Nuha: Igaaa..(entah apakah maksud igaa itu..mungkin tinggal or boleh jadi judak xde) ;P..(sambil buat gaya tangan dia yg comel tu)

So saya pun keluarkan kasut dia dr beg..hehe,sj jer tanya dia td tuh. Nuha memang pantang nampak kasut,mesti nak pakai. So;

Me: Ish..nuha ni,pantang nampak kasut dia..dan2 tu jugak nak pakai.
Mr.Hubby: Ermm..macam mama dia masa kecik2.
Me: Elehhh..macam la B kenal syg masa kecik dulu..
Mr.Hubby: Tk yah kenal dulu,skng ni pun dah tahu dulu macamana...
Me:..(Hwaaaaa..apakah????)
Then dia tambah lagi..
Mr.Hubby: Nanti dia dah besar mesti syg ajak dia p shopping kasut tiap bulan kan..ermm..
Me: Ishh..mesti la, kasut..handbag...kan nuha :)

Sebenarnya...bila hubby cakap mcm tu tiba2 saya tersedar.."eh,a'ah la..bestnya nanti gi shopping ngan anak pompuan sendiri"..(cuma berkata-kata dalam hati)..
Best kan,rasa tk sabar la pulak tunggu si kecik ni jd anak dara..


Motif Entry:..entah,saya pun konfius..
(mungkin jugak untuk merelease tension sbb kerja adalah super duper banyak. Nk taip suratssss, nak buat pindaan bajet..seb baik report dh hantar)

Dec 4, 2009

Saya dalam dilema..Tolong saya!!


Saya betul-betul dalam dilema skng ni..

Lunch hour untuk hari jumaat adalah panjang (12.15 tghari - 2.45ptg) so saya tak tau sama ada nak g Midvalley (Ada pameran Interior Design) or KLCC (PC fair) ..kwang..kwang..kwang...

Sila jangan menyumpah seranah saya ok..
hampunkan kami penunggu gua..hampunkan kami penunggu gua...

(Tapi takde la dilemma sampai korek bijik mata cam dalam gambar tu)

Melampau


Melampau kan kalau peniaga letak harga makan mahal2 ni..


Kejadian berlaku pagi tadi, lepas hantar nuha saya terus bungkus breakfast. Singgah cafe kat bawah bangunan m*ra ni, tak tau nak makan apa so saya pun pesan la lontong..bungkus.
lepas kakak tu bungkus dia pun letak atas kaunter .."kak, ni lontong akak..RM6.00".. Dalam hati "What????? RM6????? ".. Gila mahallllll..

Seb baik la mood saya agak stabil pagi tadi kalau tak memang dengar jugak la dia ayat-ayat keramat dari mulut saya ni.

Kalau nak tau, nasik lemak biasa kat cafe tu RM4.00 ok.. Tapi yang saya pelik, cafe tu selalu penuh..tak pernah lak lengang. Sentiasa ada customer..

Mee udang dia lak RM6.00 and soto RM5.50..hah,mahal tak mahal makanan kat cafe tu?? Ari tu bukan main bangga tempek keratan akhbar yang kuar crita pasal cafe diorang tu..kononnya mee udang dia best..
Pehhh..tak sedap mana pun. Indah kabar dari rupa!
Air panas dia (e.g milo,nesc or teh) RM2.00 ..alahai laaa, cekik darah betul

Tau la cafe ko tu berekon (eleh..itu pun ekon centralized m*ra jugak) yang ko letak harga mahal-mahal tu tak tahu la pasal apa.

So, kawan-kawan kalau datang m*ra, tak payah la membazir makan kat cafe ni. Baik makan kat bistro kat luar tu. Murah & puas hati.. Sori la pemilik BC,rasanya start ari ni saya nk ban cafe awak tuh.


Motif gambar di atas?????? Tak tau..

Nov 16, 2009

Kekasih Yang Tak Dianggap

Best gila lagu ni..layan la cepat. Saya bg lirik jer..hehe
Try la cari sendiri kat Youtube..

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Nov 12, 2009

T.A.P.A.I


Saya bukan la seorang pemakan tapai yang giat tapi hari ini saya sangat bernafsu dan teringin nak makan tapai.. Apakah??????


Sumber gambar

Oct 29, 2009

Feeling

Setiap hari makin tak ada feeling nak datang ofis..
makin tak sabar untuk berhenti kerja makan gaji ni..pasni nak kerja dari rumah lak.

Soon..very..very soonnnn..




P/s: Entry terpendek setakat ini..

Oct 13, 2009

Semalam

Dialog di antara sepasang suami isteri beranak 2 di suatu petang pas sang suami balik dari opis...Sebelum tu harus la bagi segelas air dulu kan..

Ni dialognya ;p

Isteri: B..B tau tak apa yang sayang suka??

Suami: Hah? Yang sayang suka? (sambil tersengih2) Banyaaakkkk...

Isteri: Ye la, banyak tu apa dia??? (sambil duduk rapat2..haha)

Suami: Sayang suka yang jiwang2.. lagu2 jiwang (huh..dlm atiku), suka anak ramai..(hah..terus cam nak pengsan)..sayang suka internet..tak tidur pun takpe bila dah depan notebook..

Isteri: Lagi??

Suami: Sayang suka tangkap2 gambar..(sepantas kilat si isteri menjerit)

Isteri: Haaaaa..itu la yang paling sayang suka..(sambil tersenyum lebar..)

Suami: Sayang suka tangkap gambar, kalau boleh semua nak ambik..sikit2 tangkap gambar..

Isteri: Hahahaha... Tu la B, kan dari dulu sayang nak camera canggih..

Suami: Camera macamana lagi yang sayang nak?

Isteri: Sayang nak ada satu camera tu..nampak iklan dalam newspaper tengah sale..harganya RM2,400.00

Suami: Ok..B bagi camera tp tkde plaster siling..takde kitchen cabinet.. (sbb kitorg tgh plan nk buat renovation rumah)

Isteri: Hahahaa...(ketawa jer la yang termampu..huhuhu..dalam hati menangis air mata darah)

So..kawan2, pas baca entry ni ada tak rasa nk sedekah camera untuk saya? Tak pun rasa2 cam nak bagi duit tak banyak dalam RM2k gitu???
Hahahaha..sudah kukatakan..daku suka berangan..tp nekad suatu hari nanti mesti dapatkan juga camera tu...
(Sebenarnya kalau nak beli sendiri boleh jer tapi duit tu la nk guna bila masuk umah baru nanti :p)



Tapi..kalau dapat ni laaaaagiiiii best kan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok..ok..saya stop sekarang :)

Jul 11, 2009

Pengganti Handphone ku Yang Hilang

Ni la rupa enpon saya yang baru..
kualiti gambarnya sangat la tak cantik..sebab tu sangat2 berharap supaya sang suami bermurah hati belikan enpon baru yang lebih canggih kameranya..
(tapi kebarangkalian untuk dapat adalah sangat tipis..hehehe)

Ni la si purple baruku



Sekian entry merepek nyiang rapik saya untuk kali ini..

Jul 2, 2009

Birthday pressie


Huhu..tak lama lagi my 28th birthday..

nak cakap kt hubby tapi segan, nak hadiah handphone Sony Ericsson C905 ..kehkehkeh..
saya dah try handphone tu semalam..
fuiyooo..memang best. Video cam tengok life..seyies..

P/s:Nani, boleh tak ko tolong bagi hint kt laling aku tuh??? :D
(B,kalau B baca blog nih tolong la berbaik hati ok, harga baru RM1,4++. Hehehehe.. )

(ambooooiiiiiii...banyak cantik!!!.. :D )

Jun 17, 2009

Akhirnya

** Terima kasih kepada kawan2 yang baik hati bg pendapat ttg masalah sy ni..wlupun ada yg tk pernah bersua tp budi kalian tetap sy ingat***

Akhirnya..
selepasa beberapa lama tak menulis, ari ni rasa cam mood menulis tu datang menjengah.. (ni pun tak tau berapa lama jer boleh bertahan)
Saya perasan lately ni banyak entry yang dikopipes dari email or senang cakap entry yang menunjukkan kemalasan tuan rumah..

Sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku akhir2 ini..terlalu banyak tapi saya tidak berkesempatan untuk buat entry sebab keadaan tidak mengizinkan.
Kisah sedih...anak2 tak sihat.. Memula hannan demam, pastu pass kt mama dia..3 hari saya demam. Nasib baik demam tu datang kebetulan pada hujung minggu so tk la kena cuti lama-lama.

Lepas mama, nuha pulak..ermm,dugaan betul. Nuha demam 3 hari,suhu paling tinggi yang sempat dicatat ialah 39.7 degree. Alhamdulillah demam nuha dah ok, sambung pulak ngan hannan. Kali ni mulut hannan naik ulcer pastu sekali pakej ngan tonsil bengkak sampai hampir menutupi rongga tekak dia.. Seksa saya tengok seksa lagi dia yang merasa. Hannan tak boleh makan langsung, minum susu pun tak boleh hatta minum air masak sekalipun tak larat..saya syak tekak dia perit.

Dah bawak dia g jumpa paed and paed tu bagi surat suruh refer pakar sakit tekak..minta pandangan pakar sebab hannan ni kerap sgt kena tonsil.
Ermm..disebabkan perkara2 ini la mood saya untuk menulis tenggelam timbul..

Okeh..tukar topik, semalam hingga jumaat encik suami out station ke Sibu..Hwaaaa. Siapa boleh bayangkan macamana saya handle budak2 tu,especially tengah2 malam sorang2? Haruuuu..
Pastu pagi hari ni adalah 1st day tanpa mr hubs..bangun kul 6 macam biasa,mandi & buat semua yg patut..masa tengah bersiap dua2 budak tu menangis. Nuha biasa la,nangis nk susu..hannan pulak macam dah jadi habit bila bangun tidur tengok saya tkde kt sebelah automatik akan menangis.

Saya terpaksa pujuk dia kejap then gi uruskan nuha pulak. Hannan still nangis pastu masuk bilik,naik katil & sambung tidur semula..hehehe..
Bila dah siap pakai tudung semua, saya pun dukung nuha & gerak hannan bangun. Hermmm..dia nangis lagi,lebih2 lagi bila saya cakap dia kena gi taska awal ari ni. Nak tak nak saya kena dukung dua2 sekali.. Bayangkan.. Nasib baik diorang dapat supermama macam saya..hikhik..

Ok, tukar topik lagi..adeh..tarik napas jap.
Ni adalah berita baik untuk diri saya sendiri..masa gi kinik ari tu saya pun try la ambik berat tengok ada perubahan ker tak.. dannnnnn..yay,berat saya dah turun kepada 48.5kg yer kawan-kawan.. nampaknya lagi 0.5kg untuk sampai target.. alhamdulillah..berkat breastfeed & penat lelah saya ulang alik dari opis ke taska :o)

Topik last untuk hari ini..
dua malam lepas..masa tu rasa tension sangat2..(tak baik sebenarnya tension2 ni)
saya menangis-nangis mengadu pada hubby yg badan saya ni rasa macam tk dapat lagi menanggung kepenatan..rasanya mental & fizikal saya penat. Biasa la,penat seharian bekerja pun tak hilang sampai rumah ada pulak dugaan lain menunggu. (Saya tak pernah menyesal dengan hidup saya ok..cuma saya rasa kadang2 tak cukup kuat)
So bila dah mengadu macam tu..tau tak hubby jawab apa????????
Hubby kata..dia pun rasa dah sampai masa untuk saya berhenti kerja. Insyaallah di boleh tanggung family,pastu dia suruh fikir..kalau saya betul2 serius nak berhenti, bulan ni adalah bulan last saya berkerja.. (hah??? awalnya...kata saya dalam hati)

Hubby cakap lagi, gaji saya pun tak boleh nak buat simpanan sebab habis untuk bayar hutang2 and bayar duit tol, parking & minyak keta jer tiap bulan..
Memang betul kawan-kawan, almost RM600 hanya untuk tol,parking & minyak..tk tolak hutang2 lagi.
Saya rasa kalau saya berhenti kerja pun tak akan efek apa2 sebab selama ini pun semuanya hubby yang tanggung.. Daripada sewa rumah (pasni installment rumah) bil api, bil astro, diapers anak, susu anak, taska hannan, belanja dapur, semua hubby yang sediakan..( kadang2 bg saya duit poket lagi). Saya tak bayar apa pun melainkan taska nuha RM140 sebulan..

So,kalau saya berhenti kerja sama jer dengan saya berkerja..sebab duit tak boleh simpan. Tapi saya berhenti ni saya try buat bisnes kecik2..cari jugak duit poket sendiri..Yang paling seronok saya dapat jaga anak2 saya sendiri..saya tak perlu nak fikir pasal cuti bila anak2 tak sihat..tak payah susah2 nk ambik cuti & minta permision bos kalau nk balik kampung..(yay)

Tapi kan kawan2..saya perlukan pendapat kawan2 jugak..hubby kata dia nk tolong bayarkan semua hutang2 saya..banyak tau.. Dan dia sanggup tolong bayarkan installment keta tiap bulan. Huhhh..tak sampai hati nak susahkan dia.. Bila cakap macam tu, dia jawab..Duit kan boleh cari,jangan risau la. Rezeki di tangan Allah..insyaallah tahu la B nk cari duit.
Aduhhh..terharunya dengar ayat2 sang suami..

Tolong saya ya kawan2..i need ur advices too.

Ermm..cukup la kot untuk kali ini.. Next entry baru ingat nk upload gambar2 di sekitar kejadian sepanjang 'kehilangan'ku..
nanti banyak sgt gambar jangan bosan pulak ok..

May 13, 2009

Apa tajuk yang sesuai untuk entry ini?

Sahabatku....Jangan la bermegah-megah dengan amalan atau kebaikan yang kau lakukan. Dan janganlah memandang rendah pada diri seseorang kerana mungkin dia tidak sepertimu yang menganggap diri sudah cukup sempurna dengan amalan & kekayaan yang sedang kau miliki..

Ingat la..
hidup ini ibarat roda..sekejap kita di atas dan suatu masa nanti kita akan berada di bawah..

Sekian

May 9, 2009

Banyak Hutang

Kawan-kawan,

Pada sesiapa yang dah mengetag mak, mak minta maaf sebab belum berkesempatan untuk buat.. rasanya setakat ni 3 orang dah tag mak, Lyn mummy irfan , yati & farah (2 tag).. "Ampunkan kami penunggu gua..ampunkan kami penunggu gua..".

Insyaallah nanti bila ada masa yang yang berlebih-lebih mak buat yer..
Buat masa ni masa mak memang cukup2 jer untuk bernafas..anak2 masih tecik macam ni la..

Tapi seyies..mak pasti akan buat.

May 7, 2009

Menghantar duit

Tadi lunch hour pas menyusukan nuha mak pun isi masa yang ada ngan round2 Maju Junction tu..
bila tengok Esprit ada buat sale so mak pun masuk la..woahhh,50% discount gitu..
So mak pun rembat 1 henbeg.. (so B,syg dah guna duit yang B bg tu dengan berhemah..;p)

Lagi best kalau ada citibank credit card, dapat 75% discount..tapi memandangkan mak tkde credit card citibank tu maka dapat harga selepas potongan 50% jer la..

Top pun best2 gak tapi yang best tu tkde discount..so mak pun tak la beli baju yang mak suka tu sebab harganya adalah RM99.90 ya kawan2..tak berbaloi..hehehe..

so, nampaknya pasni mak kena puasa sebab duit dah hantar ke kedai..NO REFUND kata cashier tu..
(hehehe..misti la no refund, barang nak pastu duit pun nak balik..Banyak CHENTEK muka mak)

Lagu ku..Lagu mu

hihihi..

Jangan menyampah saya gelak sebelum apa2 ok...hihi (sekarang ni tukar dari 'aku' kepada 'saya' pulak ;p)

Masa browse internet tiba2 terdengar lagu Endless Love dari pc saya.. So automatically teringat detik2 semasa bercinta dulu..

Saya dan B (panggilan untuk hubby..masa bercinta dah start panggil B tau..hehe. ) sama-sama suka layan lagu-lagu oldies.. Tapi 1 lagu favourite saya dan dia masa tu ialah lagu 'When I Need You'.. Maklum la cinta kami kan cinta jarak jauh.. So setiap kali dengar lagu tu saya mesti akan menangis, sampai la di awal perkahwinan pun bila dengar lagu tu jer mesti akan nangis.. Lagu itu sungguh touching ok..

Saya & B sama-sama ada kaset untuk album compilations lagu2 oldies..semua lagu-lagu tu memang best.. Dulu2 kan kaset jer, kalau ada cd masa tu kira dah advance la ;p

Meh sini saya listkan antara lagu-lagu yang ada dalam album tu...

1. Unchained Melody
2. When I Need You
3. Hello
4. Arthut Theme ( The Best You Can Do)
5. Just The Way You Are
6. I Don't Wanna Talk About It (Lagu ni pun sangat best wahai kawan2ku)
7. Tears in Heaven
8. Sailor
9. Killing Me Softly With His Song
10. Three Times A Lady
11. Sometimes When We Touch
12. Vincent
13. Waiting For A Girl Like You
14. You Light Up My Life
15. Right Here Waiting
16. Tonight I Celebrate My Life For You..


And ada lagi la yang saya tak ingat..mungkin ada di antara kawan-kawan yang tau lagu-lagu kat atas tu.. Best kan.. (jiwang gila..haha)

Tapi seriously, sampai sekarang Hubby saya jadikan lagu 'When I Need You' sebagai ringtone khas untuk saya. So setiap kali saya call maka lagu itu yang akan berkumandang dari henpon dia. Owh..so sweet bagi saya. Hubby kata lagu tu lagu TEMA.. terharunya..

Jom la share apa lagu febret korang masa bercinta.. tak pun lagu yang memberi impak pada diri korang..hehe..gila bahasa,impak gitu..

Tapi kan, bila ingat2 balik masa bercinta best kan..hihihihihi
Tapi sekarang lagi best bercinta bersama anak2.. =D

May 5, 2009

Entry pendek yang....

Allo kawan-kawan..

Dah lama rasanya tak main bowling..
Jom kita gi bowling ramai-ramai..ada berani????
hehe

Apr 28, 2009

Selamatkah anak kita di bawah jagaan MAID?

Sekarang ni macam2 cerita kita dengar pasal perihal maid & pengasuh kan.

Terbaru kisah macam dalam 360 tu sangat mengerikan.
Sungguh maid tu macam HANJENG kan..Seb baik la parents budak tu pasang CCTV so boleh la dapat tau perangai sebenar maid yang gila tu.
Ada ker patut budak sekecik tu diterajang & dipijak..berdiri atas badan budan tu sebenarnya..

Aku sangat2 anti pada manusia yang semacam itu..
Ni tengah sakit hati ni..sampai tak tahu nak taip apa lagi..
Cuma pesanku kepada kawan2 yang ada maid, pantau2 sikit dia tu..sekali sekala buat kejutan cam balik umah secara mengejut tanpa bgtau dia awal2. Kalau boleh perhati terlebih dahulu, tengok dari jarak jauh apa yang dia tengah buat.

Aku berharap semoga MAID SEWEL tu dihukum sekeras-kerasnya.

Apr 15, 2009

Entry ringkas..

Salam kawan2ku..

Lamanya tak update blog..bukan niat untuk menyepi tapi masa & keadaan tak mengizinkan.
Waktu tidur anak daraku skng amat la tidak menentu..terutamanya waktu malam..asyik 'menyanyi' dan 'berdondang sayang'..

Update blog ni pun selepas di'request' oleh seorang kawan. Kalau nak tahu, sekarang ni taip sambil menyusukan Nuha..dia tengah demam ni,maka bertambah manja la dia..nk berdukung selalu.

Dipendekkan cerita, besok kami sekeluarga akan fly balik sabah..buat kenduri cukur jambul & akikah nuha. Mak mertuaku yang suggest buat kat kampung aku (walaupun rumah mak mertua aku lagi dekat ngan rumah..shah alam - USJ). Bukan apa, kalau buat kat rumah mak mertua aku tu susah sikit sebab tak ada orang yang boleh datang tolong memandangkan jiran2 lebih ramai chinese & indian..

So,kena la balik kampung aku (hubby aku kan dah beli flight peribadi..hahahaha)

Adehh..apa yang aku melalut ni?? So sebelum aku mengarut/merapu entah apa2 lagi baik aku berhenti sekarang.

So sekian la entry sampah aku untuk kali ini..
(maaf la kak sally kalau story ini tak seindah yang diharapkan.. :P)

Mar 29, 2009

Aku & Berhenti kerja

Baru jer buat entry pasal nak rehat berblog, tapi.........

Petang ni..masa tenung muka hannan yang tengah tidur keinginan aku untuk berhenti kerja jadi semakin membuak-buak.. Lebih2 lagi bila anak2 tak sihat :(

Aku sebenarnya sangat-sangat kesiankan dia sbb terpaksa ditinggalkan setiap hari..aku tahu dia tk suka duduk taska but what can i do? Kalau ikutkan hati memang dah lama aku resign,duduk rumah jaga anak2..

Wajah2 innocent..Hati aku tersentuh setiap kali tenung muka anak2 tengah tidur :(

Kena solat istikharah ni..

Ya Allah, berilah aku petunjuk..