Showing posts with label problemas. Show all posts
Showing posts with label problemas. Show all posts

Dec 7, 2010

DIA Maha Mendengar.

Syukur..syukur..syukur..

Alhamdulillah, DIA sentiasa permudahkan urusanku..
DIA mendengar doa saya..alhamdulillah ada insan berhati mulia sukarela menawarkan diri untuk jaga Auni. Kawan sekelas saya masa belajar di UiTM KK dulu..sebak, terharu, gembira..perasaan bercampur-campur.

Mulanya saya rasa berat hati, bukan jual mahal tapi saya kesiankan dia sebab dia pun ada baby sorang yang baru berumur 6 bulan. Tapi bila memikirkan saya dah tak ada pilihan lain saya & hubby setuju untuk bagi dia jaga Auni. Walaupun agak jauh dari rumah tapi saya redha, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sanggup nak jaga Auni. Nampaknya saya kena keluar rumah lagi awal..jauh jugak tu dari shah alam ke kota damansara.. :)

Saya kagum dengan kawan saya ni, dia ganggup berhenti kerja semata-mata untuk jaga anak.. Best kan..

Saya sangat berterima kasih pada dia..kalau dia tak offer nak jaga saya tak tahu pada siapa nak hantar Auni.. Saya doakan dia sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup dia sekeluarga.

Yati pun ada offer nak bagi mak dia jaga, terima kasih banyak2 beb..

Semoga Allah balas jasa baik korang..(terharu rasanya)


Dec 5, 2010

Al-kisahnya B.I.B.I.K..(Entry penuh EMOSI)

Macam yang saya pernah bagitau dulu..saya terpaksa hire maid sebab tak tahu nak hantar Auni ke mana..kan..kan..kan.. Ingat tak?? Motif utama amik maid adalah untuk jaga Auni, tapi kalau maid tu dapat buat kerja-kerja rumah sekali itu adalah bonus..kan..kan..kan...

So, dah 2 bulan la saya ni ada maid..boleh la berehat lebih masa sikit dari sebelum ada maid dulu.

Nak dijadikan cerita (cerita panassssss)..rabu baru2 ni Auni demam, saya tengok dia asyik merengek tapi saya tak assume apa2 just fikir mungkin dia tak selesa sebab demam kan. So disebabkan cuti saya ni dah habis, saya ikhtiar p dapatkan mc kat mana2 klinik yang sudi bagi mc untuk jaga anak yang sakit...ni bukan mc suka suki tak mau p kerja ok.

Dalam kul 11 saya bawak nuha sekali temankan saya p klinik..ambik ubat demam untuk Auni sekali. Pas dapat mc tu terus balik umah. Sampai2 tu harus la tengok Auni dulu kan, nak tahu macamana keadaan dia. Demam makin tinggi..saya tengok mata dia nampak cam baru lepas menangis lama (erkkk..faham ker istilah ni??) Maksud saya..cam menangis yang agak teruk.
Saya tetap fikir dia mungkin menangis sebab tak sedap badan. So ok la kan...

Then petang tu masa saya mandikan saya perasan punggung Auni belah kanan cam merah sikit. Saya tanya bibik kenapa, dia tanya saya balik..."tapi sebelah aja kan dik, sebelah tak kan? "..saya jawab la "Ya".. Saya tetap tak syak apa2 lagi.

Petang sikit dalam kul 5 lebih tu saya main2 dengan Auni..pastu terperasan kepala dia bela kanan ada benjol yang agak besar. Saya cepat2 tanya bibik.."Bik, Auni ni ada jatuh ker? terhantuk ker? "..Dia replied " Eh,tak ada dik, dengan saya tak ada jatuh..tak ada terhantuk"..Dengan suara yang tinggi ya kawan2..

Start dari tu saya dah tak sedap hati..dalam hati saya memang tak percaya cakap bibik yang auni takde jatuh atau terhantuk. Saya terus terfikir entah2 Auni demam sebab tu..sebab tiba2 jer demam, kalau lepas injection tu logik la jugak kan.

Malam tu kebetulan hubby balik lambat sikit, kul 9 baru sampai umah..nak ajak gi jumpa paed pun dah tak sempat so hubby kata besok pagi baru gi. Malam tu Auni banyak menangis, kita nak angkat dia lagi kuar dia jerit..(cam kesakitan)..lagi kuat perasaan saya kata Auni ni terjatuh..
Dah dukung pun still nangis, lebih2 lagi kalau kita bergerak sikit. Pastu dia sangat cepat terperanjat & gayat kalau kita angkat..tak macam sebelum2 ni. Lagi la saya fikir yang bukan2 kan.

So pagi khamis tu saya & hubby bawak Auni gi UMRA..jumpa paed yang rawat dia since dia lahir.,Dr Jessie. Doktor cuma masukkan ubat ikut bontot sebab panas Auni agak tinggi..38.7 degree. Pastu dia bagi surat untuk refer Hospital Sg. Buloh (The nearest hospital). Pas dari klinik tu terus pecut gi hospital pulak..tapi tau2 jer la kan hospital kerajaan ni. Lebih sejam baru dapat jumpa doktor.. saya pun cerita serba sedikit pasal apa yang saya syak. Then doktor kata dia bukan tak nak buat scan tapi takut ada kesan jangka masa panjang pada otak Auni sebab dia kecik lagi..baru 3 bulan. Dia just suruh saya amik cuti untuk monitor keadaan Auni 2 3 hari..

Auni ok jer masa tu..then petang tu dia asyik menangis..menangis..dan menangis. Tak nak menyusu, tak nak tidur.. Menangis yang sangat kuat sampai saya jadi takut.. Bibik pulak bila dah dengar Auni nangis kuat dia cam panik & takut..Dia kata "bagi t*t*k dik.." Bila saya jawab Auni tak nak dia kata "orang kata kalau bagi t*t*k tapi baby tak nak, dalam dada kita ada benda"

Hari jumaat tu (saya cuti lagi..dah hari ke3) kitorang hantar bibik tu balik umah anak dia kat Pudu.. (Sebulan sekali saya & suami bg bibik cuti & hantar dia ke rumah anak dia)
Tau tak..yang sangat menyakitkan hati, sebelum kuar dari keta dia kata "Dik, saya nak cakap sikit pasal Auni..cari la orang lain jaga, saya nak berenti".. Saya rasa masa tu cam nak tampar jer muka dia..lantak la dia tua ker tak. Dia kata kerja ni macam tak sesuai dengan dia..Dah 2 bulan kerja baru nak kata tak sesuai??? ker kau takut sebab kau dah buat anak aku?????

Dah tak terkata apa2 sebab terkejut gila. Hubby jer yang cakap.."takpe la bik, kalau kami paksa bibik terus kerja pun tak sedap jugak..(biasa la orang lelaki ni kan cool sikit).. Tapi tak patut la sekarang ni baru bibik nak cakap, mana saya nak cari orang jaga Auni"..
Pastu baru saya bersuara "tak kan sebab saya tanya kenapa dengan Auni bibik nak berenti? saya pun pelik la kenapa kepala Auni bengkak? kenapa Auni nangis tak macam selalu?"
Tau tak dia reply, "tak apa la dik..pekerjaan ni tak sesuai dengan saya"..Dia nak cakap seolah2 kami ni tak percayakan dia boleh jaga Auni.. (Hey, tu anak aku la..tak kan aku tak boleh tanya apa yang dah jadi?????)

Memang %^$@#&* betul..nampak sangat dia takut kan. Memang sah la dia yang buat Auni, kalau tak tak kan dia nak berenti secara mengejut macam tu.. Memang dasar indon tak sedar diuntung. Selama ni saya & suami tak pernah pun marah dia, kami dah anggap dia macam ahli keluarga sendiri. Tapi saya pelik jugak, lately ni Nuha takut sangat kalau dia yang nak mandikan or basuh berak Nuha. Gerenti budak kecik tu nangis gila2 punya. Bukan nangis protes tau..nangis ketakutan. Bukan saya jer tau yang rasa pelik, hubby pun hairan jugak. Ye la, kadang2 tu saya tengah memasak or tengah susukan Auni kan so sebab tu la minta bibik yang tolong basuhkan berak Nuha or mandikan dia. Masa tu pun saya dah rasa semacam..Oh yup, fyi..Nuha masih saya bawak gi taska M*RA kalau dia bangun awal pagi tu..tapi kalau dia tidur lagi memang saya tak bawak sebab tak sampai hati kacau dia tidur..

Bila dah rasa cam ada yang tak kena saya dan hubby dah plan nak pasang cctv dan orang tu pun nak datang install sabtu ni..tapi nampaknya dah tak guna nak pasang sebab bibik ^%$*# tu dah berhenti ari jumaat..

Sabtu pagi tu saya hantar sms kat bibik *%^$&# tu..walaupun dia BUTA HURUF tapi saya tahu dia mesti minta anak dia tolong bacakan. Saya cakap la dalam msg tu, saya tak sangka dia buat kami mcm ni sedangkan kami dah anggap dia macam keluarga sendiri..saya dah sakit hati sangat sampai saya kata saya tak halalkan gaji dia KALAU dia tak berterus terang pasal Auni & Nuha. Then malam tu baru dapat reply dari dia (anak dia la ofkos..dia kan buta huruf)..kononnya dah lama dia nak berenti, kami bayar gaji sikit (RM500 sikit ker????) pastu kononnya rumah besar sangat dia tak larat nak buat kerja..selepas dah berenti baru ko nak cakap macam ni???? Terus terang la sebab kau buat Auni..kau takut kami ambik tindakan kat kau kan.. Memang betul2 ^&%$@# indon ni. Lagi pun besar mana la sangat rumah kami ni..sapa2 yang pernah datang tau la, bukan banglo..bukan semi D.

Pastu saya reply, saya nak tahu apa yang dia buat kat Nuha sampai Nuha takut sangat kat dia. Tau tak, kadang2 Nuha tu sampai menyorok dibelakang saya, sampai tutup mata kalau bibik tu nak ambik dia. So dari situ pun kita dah boleh agak kan..lagi pun naluri seorang ibu tu tak akan silap.. Dia reply kononnya demi Allah dia tak buat apa kat Nuha.. tak kan la dah 2 bulan budak tu tak mesra malah makin takut kat kau.

Pastu lagi dia kata saya ni hati busuk, tak ikhlas kat dia sebab mengungkit pasal makan minum & gaji.. Memang la kau ni indon tak faham bahasa. Aku kata KALAU tak ceritakan hal yang sebenar so jadi tak halal. Abis kau tu baik sangat ker??? Masuk cara baik, keluar lak tetiba jer..baik sgt ke macam tu? Then kata lagi, alhamdulillah dia dah berhenti..

Oh yer..balik dari hantar bibik *&#$%@ tu, saya masuk bilik dia & jumpa air dalam botol kat tepi bantal dia. Tak tau la air apa..Tau jer la kan indon ni macam2 ilmu. Entah2 kat umah majikan lama dulu pun dia buat hal..that's why bila kita tanya kenapa berhenti dari majikan tu dia kata kononnya majikan tu pindah rumah & dia tak nak ikut. Bila tanya pindah g mana dia cuma cakap "jauh"..itu jer alasan dia tiap kali ditanya..Mustahil la kau tak tahu!!!!

So sekarang.....saya dah takde maid. Saya tak kisah sangat bab-bab kerja rumah ni sebab sebelum ni pun saya & hubby yang buat semua kerja. Tapi Auni...Siapa yang nak jaga Auni? Taska kat belakang umah ni dah tak terima baby sebab dah ramai sangat..taska M*RA pulak berzaman baru sampai turn.

Sekarang ni saya dah tak tahu nak buat apa...hubby sekali lagi cakap.."The best way,sayang berhenti kerja. Habis cerita".. Gulppp!!!!!!!!

Saya dalam dilema..

* Owh yupp..semalam masa sms tu saya bagi 1 sms cakap saya dah halalkan semuanya dan biar Allah jer yang balas semuanya sebab hanya DIA yang melihat apa yg telah berlaku..
(Saya bukannya kejam sangat)

Jul 6, 2010

Masalah Problem

Tulun..tulun..

Saya tak tahu apakah yang telah berlaku tapi yang pasti komen2 dari saudara-saudari cikabum..cikabum tk appear. Bila saya try approve kat email..dia kuar menatang nih..

bX-o3qgph
Kejadian malang ni hanya menimpa saya sorang ataupun ada gak di antara korang yang senasib ngan saya?? Festaim jadi macam ni..
Macamana nak buat ni?????????
Tolong la please help!!!!!