Showing posts with label Thoughtful Thursday. Show all posts
Showing posts with label Thoughtful Thursday. Show all posts

Aug 9, 2012

~ TT ~ Sahabat Sejati



Setuju sangat..kalau sentiasa membenarkan kata2 kita tak tahu pulak sejauh mana kejujuran & keikhlasannya.

Jul 5, 2012

Apr 12, 2012

~ TT ~ Buatlah..Walaupun Terpaksa



Walaupun terpaksa bertudunglah... walaupun terpaksa solatlah... walaupun terpaksa puasalah... kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa .. dari terpaksa itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah.






Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 22, 2012

~ TT ~ Fadhilat Istighfar dan Tips Istighfar 70 Kali Sehari

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Rasulullah SAW juga bersabda: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Antara hikmah/fadhilat2 istighfar:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Saya rasa kalau nak buat sekali harung 70 kali tu agak susah kan (Kalau nak sebenarnya boleh jer buat) So, saya share sikit macamana nak buat 70 kali sehari. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus sebab share tips ni.

10 kali lepas bangun jer dari tidur.
10 kali lepas solat Subuh
10 kali lepas solat Zuhur
10 kali lepas solat Asar
10 kali lepas solat Maghrib
10 kali lepas solat Isyak
10 kali sebelum tidur..

Cukup 70..dan agak mudah kan macam ni.

Mari sama-sama amalkan..

Nov 17, 2011

Aug 4, 2011

~ TT ~ Mistakes



Pengajaran yang saya dapat hari ni. Bila 2 minggu lepas tersilap key in data tenant dalam sistem. Bila orang tu datang nak bayar baru perasan ada benda penting tak masuk. So call HQ minta bantuan. Terima kasih banyak kepada En Hussein On yang banyak membantu.

So, walaupun saya buat silap saya bersyukur sekurang-kurannya saya dapat tambah lagi ilmu hari ini ;)

Dah...itu jer. G sambung wat kijer semula..

Jul 7, 2011

~ TT ~

"Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

May 5, 2011

~ TT ~


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" -Wahab B Munabin