Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Feb 24, 2014
Denggi
Nak sembang pasal denggi..
Eeee..seram jer sebenarnya. Ari tu masa bawa Harraz gi klinik, doctor yang kitorang jumpa tu bagitau di area tu (tak perlu kut nyatakan di kawasan mana) ada 30 kes denggi dengan 2 kes kematian melibatkan seorang baby berumur 8 bulan dan seorang lelaki berumur 50-an.
Ada kajian mengatakan nyamuk tu binatang pembunuh manusia no 1..haaa..dasyat tak dasyat..kalah ular..rimau segala.
Di taman rumah sy pun dah banyak kes..terbaru, anak jiran selang 2 umah baru 2 tahun lebih. Sekarang ni ada kat KPJ..dengar kata hospital2 kerajaan pun banyak wad yang penuh disebabkan kes denggi ni. 2 minggu lepas kes denggi berdarah..sebelum2 tu pun ada gak anak beranak kena..di taman kami. Sebab tu jugak la buat gotong royong perdana awal tahun ari tu. Pastu Sabtu baru ni pun wat gotong royong lagi..Fogging pun dah tak jalan dah..nyamuk2 sekarang dah kebal..dah educated agaknya. Tak kalah ngan asap fogging..kita ni pulak yang lemas. Last week dengar kat berita radio kes denggi seluruh Malaysia dah 13,900+/- kes..naik 70% dari tahun lepas untuk tempoh yang sama..
Nak share sikit pasal denggi ni. Nauzubilllahi min dzalik..moga kita semua dijauhkan dari wabak penyakit..aamiin..
Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia. Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu..
Info ni saya dapat dari Wikipedia.
Erkk..tapi sekarang ni fogging pun tak jalan..
Apa pun, sama2 la jaga persekitaran dan dalam rumah kita. RIsau budak2 ni jer..diorang suka main kat luar rumah time petang2..
Sep 18, 2012
10 Atlit Termahal Di Dunia
(Jumlah yang disenaraikan oleh FORBES juga belum ditolak untuk bayaran kepada agen dan juga cukai pendapatan tahunan)
Mari kita tengok siapakah manusia yang 10 orang tu..
Ke Sepuluh (10)
Lionel Messi
Sukan : Bolasepak
Pendapatan 32.3 juta USD
Umur: 23 tahun
Pemain bolasepak profesional Argentina ini telah menempa nama di arena sukan dengan portfolio yang amat memberangsangkan sehingga memikat penaja2 seperti Adidas, PepsiCo, konami, Audemars Piguet, Chery dan Air Europa. Err..muka dia pun comel gak kan..ahaks :D
Ke Sembilan (9)
M.Schumacher
Sukan: Lumba Kereta
Pendapatan : 34 juta USD
Umur : 42 tahun
Pelumba kereta No 1 yang pernah tersohor di dunia ini dulu telah kembali ke arena perlumbaan Formula One pada tahun 2010. Namun penampilannya kali ini agak tersasar dengan menamatkan perlumbaan di tangga ke 9. Walaupun begitu, rekod bersihnya selama ini dengan nama popularnya telah membuatkan ramai yang menaja beliau termasuk DVAG, Jet Set, Navy Boot, Audemars Piguet, Schuberth dan Rosbacher.
Ke Lapan (8)
Alex Rodriguez
Sukan: Baseball
Pendapatan: 35 juta USD
Umur : 35 thaun
Pada usia 35 tahun, beliau telah menjadi pemain baseball termuda yang membuat 'hit' sebanyak 600 home run. Beliau memperolehi lebih 31 juta USD gaji untuk setahun.
Ke Tujuh (7)
Cristiano Ronaldo
Sukan : Bolasepak
Pendapatan: 38 juta USD
Umur : 26 tahun
Pemain bolasepak dari Portugis, Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro atau amat dikenali sebagai Cristiano Ronaldo. Ronaldo amat popular di facebook dengan 26 juta peminat. Dua kali ganda lebih terkenal daripada pemain2 bolasepak lain.
Ke Enam (6)
David Beckham
Sukan : Bolasepak
Pendapatan : 40 juts USD
Umur : 36 tahun
Siapa tidak kenal David Beckham pemain bolasepak dunia terkemuka. Tahun 2011, beliau telah menandatangani kontrak bersama syarikat Samsung sebagai duta jenama global, khas buat Olympic Games 2012.
Ke Lima (5)
Phil Mickelson
Sukan: Golf
Pendapatan : 46.5 juta USD
Umur: 40 tahun
Jurucakap kepada Amgen and Pfizer sebuah syarikat yang mencipta ENBREL, satu rawatan ubat khas buat orang yang mengidap penyakit kulit yang dipanggil, Psoriatic Arthritis. Phil yang telah berjaya dengan Enbrel telah memperkenalkan rawatan ini kepada ramai masyarakat.
Ke empat (4)
Roger Federer
Sukan: Tennis
Pendapatan: 47 juta USD
Umur 29 tahun
Antara 10 penaja Roger Federer, atlit yang amat dihormati ini adalah Nike, Credit suisse, Rolex, Wilson dan berbagai-bagai nama besar dunia lagi. Ini kerana beliau dianggap sebagai atlit rekod bersih dan menjadi contoh yang cukup membanggakan.
Ke Tiga (3)
Le Bron James
Sukan: Basketball
Pendapatan: 48 juta USD
Umur : 26 tahun
'Nike LeBron' adalah jenama kasut basketball No 1 di pasaran. Dengan mendapat keuntungan dari penjualan kasut Nike itu serta merta Jersinya yang terlaris musim ini meletakkan LeBron James berada di tangga ke 3.
Ke Dua (2)
Kobe Bryant
Sukan : Basketball
Pendapatan53 juta USD
Umur : 32 tahun
Beliau adalah pemain baseball profesional Amerika di poisi Shooting Guard, mewakili Los Angeles Lakers di bawah National Basketball Association (NBA). Beliau adalah atlit yang sangat bernilai dengan gaji 24.8 juta USD setahun. Lebih 4 juta dari mana2 pemain NBA. Beliau juga mendapat penajaan, bonus kemenangan dan menjadi duta Mercedes Benz Smart Car brand.
Pertama (1)
Tiger Woods
Sukan : Golf
Pendapatan: 75 juta USD
Umur : 35 tahun
Walaupun Tiger Woods gagal memenangi apa2 kejuaraan sejak November 2009 namun beliau tetap menjadi atlit yang mendapat bayaran termahal dunia. Beliau juga gagal mendapat sebarang penajaan semenjak krisis skandal kecurangan rumahtangganya. Woods boleh berterima kasih kepada Nike yang telah mengikat 5 tahun kontrak 40 juta USD. bersama Nike dan Electronic Arts, yang mengeluarkan video game beliau "Tiger Woods PGA Tour" beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak 75 juta USD untuk 12 bulan 2011. Kini, kedudukan Woods dalam golf telah jatuh, beliau hanyalah pemain no 13 dunia.
Itu lah dia 10 senarai atlit yang mendapat pendapatan temahal di dunia. amat memberangsangkan sehingga membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana seorang atlit boleh mendapat pendapatan yang begitu mahal dan amat tinggi sekali, kan?
Perkara ini juga membawa kita untuk berfikir, bagaimana pula dengan atlit negara Malaysia kita? Berapakah pendapatan mereka? Begitu jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan atlit2 dunia ini, namun kita berharap, siapa tahu suatu hari nanti atlit2 di Malaysia juga akan turut mendapat peluang untuk berada setaraf dan semahal atlit dunia.
Sep 7, 2012
Adab-Adab Menegur
Apa motif duk perli2 kat fesbuk or blog pun tak tau.. Adakah untuk melihat seramai mana yang LIKE atau komen :) Tak pasal2 jer kita dapat dosa kering bila orang lain ikut mengutuk sama. Lagi teruk kut orang yang memburukkan orang lain dari cerita keburukan diri ;D
Ok..Jom baca...
10 Syaaban 1432 Hijriah. Alhamdulillah.... dah masuk suku pertama bulan Syaaban kita sekarang. Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi pendapat tentang cara dan adab menegur yang mana aku tengok sekarang ini dah agak ramai yang tidak tahu dan faham akan adab menegur secara berhikmah.
Ok, aku sedar bahawa dalam setiap orang ada keinginan untuk menegur apabila melihat sesuatu yang tidak betul atau melihat maksiat berleluasa. Firstly, tahniah aku ucapkan kepada orang-orang itu kerana niat untuk menegur itu masih wujud dalam hati mereka (kalau takde niat untuk menegur, lagi teruk). Namun demikian, dorongan nafsu dan emosi menjadikan seseorang itu melampaui batas-batas mereka dalam menegur sekaligus tidak berjaya menyampaikan niat sebenar teguran itu.
Sesetengahnya pula aku dapati suka menegur menggunakan FB yana mana teguran itu direct ke wall pihak tersebut dan ini turut mendedahkan teguran yang dibuat itu kepada pengetahuan umum. Islam sudah menggariskan beberapa cara untk memberi teguran dan cara-cara itu juga berbeza mengikut level seseorang.
Jika mampu, tegurlah dengan tangan, jika kurang mampu tegurlah dengan lisan dan jika benar-benar tidak mampu, tegurlah dengan hati. Menegur seseorang pemimpin, tidak sama dengan menegur kawan kita. Menegur pemimpin dikatakan mesti dibelakang, tarik tangannya dahulu dan bercakap elok-elok kepadanya, jika pemimpin tidak mahu mendengar, itu terpulang kepadanya, tugasan kita sudah selesai.
So, bila aku amati lagi, trend menegur dan sindir menyindir dalam FB semakin berleluasa. Sudahlah ditegur, malahan ada kawan-kawan FB siap like dan tumpang kutuk lagi bagi menambah perisa sindiran itu. Bukan aku kata tak boleh tegur dalam FB atau mana-mana medan alam maya tetapi biarlah secara betul dan berhikmah.
Boleh menegur dalam FB tetapi biarlah dalam inbox message ataupun chatting terus dengan orang tersebut. Hal ini bagi mengelakkan teguran tadi membuka aib orang yang ditegur. Amat berdosa sekiranya kita membuka aaib seseorang. Yes, boleh buka aib orang itu tetapi bukalah kepada pihak yang berhak sahaja.
Tulis dan post di wall orang itu bukan sahaja membuka aib orang tersebut kepada umum, membuka aib kepada orang yang bukan hak malahan membuka ruang kepada orang lain untuk menambah lagi keaiban tersebut. Ini bukan cara yang diajar dalam Islam. Sebaik-baiknya tegurlah dalam inbox message atau chat ataupun berjumpa direct dan tegur dalam perjumpaan tersebut.
Itu untuk teguran dalam FB sesama kawan-kawan kita. Bagaimana untuk menegur pemimpin atau sekurang-kurangnya menegur orang yang lebih tinggi kedudukan daripada kita? Nabi Musa A.S diminta menegur Firaun secara baik dan berhikmah. Salman Al-Farisi juga menegur Saidina Umar R.A dengan bijaksana. Allah SWT juga ada menegur Nabi Daud A.S melalui ulat dan sebagainya.
Tegurlah pemimpin dengan tangan jika berkemampuan (aku berpendapat yang ini teramat susah untuk dilakukan), tegurlah pemimpin dengan lisan (yang ini boleh dilakukan dan amat sesuai) ataupun tegurlah pemimpin dengan hati (ini adalah selemah-lemah iman). So, aku rasa, cara terbaik untuk menegur pemimpin adalah secara lisan, cakap elok-elok dengannya, Insyaallah... dia akan menerimanya dengan baik.
Bagaimana pula dengan orang/pemimpin yang tidak boleh menerima teguran kita? Ok, bab itu aku ingin bincangkan pada the next post. Untuk post kali ini, aku suka juga ingatkan kepada semua dan juga kepada diriku sendiri agar tuntutan menegur mestilah dibuat jika kita melihat kemungkaran berlaku. Jika ada kawan-kawanku yang melihat aku melakukan kesilapan/kesalahan/ maksiat, tegurlah aku juga, aku pun banyak buat silap jugak.
Jangan disebabkan kita suka dan sayang seseorang itu, kita segan dan takut untuk menegur kesilapannya. Jangan disebabkan kita tak suka dan benci seseorang itu, kita membuka aib dan melempar kata-kata nista kepadanya. Jangan disebabkan seseorang itu membuat suatu kesilapan, kita terus melupakan segala jasa baiknya dan jangan disebabkan dia baik dengan kita, kita pertahan kesilapannya....
Sikap manusia sememangnya tidak sempurna dan ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki dengan teguran yang dibuat secara baik dan berhikmah. Tegurlah dengan niat bagi memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan atau sekurang-kurangnya mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali. Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit....
P/s: Yeay..Jumaat tiba jua..
Sep 5, 2012
~WW~ K.A.W.A.N
Aug 10, 2012
Jul 26, 2012
Bersahur Dengan Kurma & Susu (Sesuai Untuk Ibu Hamil)

Salam..
Dah petang baru berkesempatan untuk update. Setengah hari kat KL hari ni..kul 3 baru sampai ofis.
First day puasa ari tu saya sembang2 ngan sorang jiran. Kakak tu tanya saya puasa ke tak so saya jawab la puasa. Then dia share menu sahur dia yang boleh buat dia rasa tak lapar malah rasa bertenaga sepanjang hari..walaupun dia peknen, macam saya :)
Dia kata tiap kali sahur dia hanya makan nasik sikit, kurma n susu. Perut akan rasa kenyang..kalau rasa lapar pun masih boleh tahan dan rasa lapar tu sikit jer.
Sooo..sahur tadi saya teringat tips yang kakak tu bagi so saya makan nasi suku dari saiz biasa saya makan. (Biasa saya makan banyak mana??? hahaha..biar la saya & hubby jer yang tahu..:D) Hampeh kan..macam ler orang lain nak tahu sangat..kihkihkih
Alhamdulillah..saya boleh kata saya still bertenaga sampai saat ni walaupun lepas habis miting kat KL tengahari tadi saya sempat tawaf Jalan TAR ngan kawan-kawan, dari hujung ke hujung..Phewwww..cam tak caya lak. ;P
So, kalau nak try tips ni (tips??) boleh la try esok pagi ;D
p/s: Teringat caller Johara pagi tadi..bangun kul 4.30 semata-mata nak try masak ikut resepi yang dia baru dapat..siap buat dessert sekali tau. Alih2 siap jer menghias dessert tu azan subuh berkumandang...hehehe...sian kat dia, frust jer sebab tak sempat makan apa yang dia dah masak tu.
p/s lagik: Petang ni nak buat nasik ayam untuk berbuka..anak2 makan bertambah kalau buat nasi ayam.. Menu korang apa pulekks?
Jul 23, 2012
Tips Dari Dr Fazley
Hari ni alhamdulillah..bangun awal, panaskan ayam dan sempat masak sayur campur buat tambah sikit..semoga dipermudahkan dan semoga bertahan sampai waktu berbuka nanti,insyaallah. Lain bila berpuasa kat umah ngan kat ofis ni. Kalau kat ofis tak terasa masa berlalu. Sedar2 dah kul 11 lebih :)
Eh..cukup dulu intro panjang berjela..
Tadi on the way gi ofis saja tukar channel..layan Johara. Kebetulan lak hari ni tetamu jemputan diorang Juara MasterChef Selebriti yang pertama..Dato Dr Fazley.
Sempat la dengar tips2 yang Dr Fazley share..tak banyak tapi saya rasa boleh gunapakai :)
1. Masa bersahur elakkan minum minuman yang bersusu untuk elak mulut lebih berbau.
2. Makan dengan banyak tapi jangan melampau sebab makan lebih boleh buat kita jadi lembab.
3. Akhiri sahur kita dengan memakan pisang sebab pisang bekalkan tenaga yang boleh bertahan beberapa jam..
4.Masa berbuka elakkan minum air manis sebab perut akan proses gula tu dan menyebabkan kita rasa kenyang..akibatnya kita hanya banyak minum air dan kurang makan nasi/makanan lain. Sebaiknya makan kurma dan minum air suam sebelum makan nasi..air manis boleh ambik selepas itu.
5. Sebaiknya jangan berbuka dengan fast food dan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi kerana makanan tersebut akan buat badan kita letih dan seterusnya malas bangun pagi & takde selera untuk bersahur.
Tu jer kut yang saya ingat (ingat2 lupa gak ni)
Bubyeee...
p/s: Best la majikan hubby, bagi pelepasan sejam awal..kul 4 dah boleh balik. Tak sangka gak MNC company boleh berbaik hati macam tu kan? err..tapi orang melayu pun 5 orang jer dalam tu..hehehe. Itu pasal la kut..
Jul 17, 2012
Air Mata Menitik Bila Tengok Gambar Ni :'(
Serius..hati saya sangat tersentuh. Automatik terbayang hannan yang ada kat situ.. (suka fikir yang bukan2 kan) Menitik-nitik air mata jatuh bila tengok n tunjuk gambar ni kat anak2.
Alhamdulillah..syukur kita ada makanan yang cukup (malah berlebihan) dan ada tempat tinggal yang selesa walaupun tak mewah.
Terima kasih Allah..semoga Kau jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak mudah lupa diri..Amin.. ;'(
Jun 22, 2012
Renungan Jumaat
Jun 21, 2012
Jun 20, 2012
Jun 18, 2012
Jun 8, 2012
Renungan Pagi Jumaat
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " - Heba El-Haddad
Apr 13, 2012
Bagaimana Benih Tercantum/ Bagaimana Terjadinya Manusia..
*Tahniah lagi sekali kak*
So, jom kita tambah pengetahuan pasal bab2 kehamilan ni. Macamana telur dan sperma boleh bercantum dan seterusnya membentuk 'buah hati' di dalam rahim kita.
Sperma / Air Mani Lelaki
Pengeluaran sperma atau airmani ditentukan oleh 2 biji batu pelir atau testis. Jika btau pelir tersebut berukuran baik dan sempurna, maka satu pancutan dari air mani ini kebiasaan berjumlah 100 juta benih. Malah ada lelaki yang memancut lebih dari 150 juta benih. Paling minima ialah 60 juta. Kalau kurang dari 40 juta, kemungkinan besar akan menjadi masalah kesuburan pada lelaki.
Ovum / Telur Wanita
Nucleus sel telur atau ovum mengandungi 23 kromosom. Nucleus dan persekitaran cytoplasm sel telur dikelilingi oleh lapisan sel yang tebal iaitu zon pellucida.
Sewaktu permulaan haid, hormon pengalak - Follicle Stimulating Hormone (FSH) rembesan dari kelenjar pituari telah mengerakkan follicle ovari untuk membesar.
Pada kira-kira hari ke 12 putaran haid, kelenjar pituari mengandakan pengeluaran hormon Luteining atau Luteining Hormone (LH) Dengan itu bilamana hormon FSH dan LH telah keluar dengan normal dan seimbang, maka salah satu dari saluran follicles pecah dan membiarkan telur atau ovum masuk ke rahim melalui fallopian tube.
Follicle dimana telur tersebut dibebaskan akan ditukarkan menjadi 'corpus luteum' yang merembeskan hormon ' progestrone' yang amat penting untuk perbentukan telur yang berjaya. Jika telur tersebut tidak disenyawakan didalam masa 1 hingga 2 hari dalam tempuh penetasan atau 'ovulation' . Telur tersebut akan mati dan luput, ini akan dususli denga kedatangan haid atau menses.
Perubahan Di Dalam Rahim / Uterus
Semasa pembentukan follicle, ' hormon 'estrogen' dibebaskan oleh ovari. Selepas ovulasi ' hormon 'progestrone' turut dibebaskan oleh 'Corpus Luteum'. Kedua-dua hormon ini merangsang penebalan dinding rahim atau endometrium ( uterine lining) dan bilangan sel sebagai persediaan untuk membekalkan zakt-zakat kepada telur yang bakal disenyawakan. Seandainya pensenyawaan tidak berlaku, lapisan dinding rahim akan terburai dan darah haid akan keluar dengan sendirinya.
Persenyawaan / Fertilization
Sewaktu ovulasi berlaku laluan dari permukaan follicle ke rahim melalui tube fallopian akan merembeskan ceair mukusa yang kaya dengan zat sebagai pelincir untuk perjalanan sel-sel sperma menuju ke uterus.
Sewaktu persetubuhan berjuta-juta sperma dipancutkan kedalam faraj, dekat dengan persekiataran servik yang beralkali. Kebanyakan sperma 'berenang' pada arah yang salah, lain-lainnya terbunuh oleh keadaan berasid dalam faraj / vagina. Manakala yang lainnya terperangkap dalam lipatan dinding-dinding faraj.
Sperma yang berjaya melalui terus servik dibawa kearah tube fallopio secara alami melalui tindakan otot-otot pada uterus.
Persenyawaan berlaku dalam tube fallopio. Sperma pertama yang berjaya menembusi telur membebaskan satu bahan kimia yang memusnahkan semua sperma-sperma lain yang melekat disekitar zona pellucida.
Sebaik sahaja telur itu ditembusi oleh satu sperma, dengan serentak tindak balas kimia menghalang sperma lain daripada memasuki telur itu.
Sewaktu telur dan sperma bercantum dan disenyawakan bergerak melalui tuba fallopio menuju kearah rahim, mereka bersatu membentuk satu nukleus dengan 46 kromosom.
Kromosom ini membiak dan membahagi dua. Proses pembahagian ini berterusan sehingga telur yang disenyawakan membentuk sekelompok sel-sel halus yang setiap satunya mengandungi 46 kromosom.
Lemak dan zat-zat yang tersedia membekalkan telur yang senyawa tadi selama 3 hari semasa ia bergerak menuju kearah uterus. Telur pada peringkat persenyawaan ini dinamakan blastosista ( blastocycst )
Penempelan / Implantation
Selama 2 hingga 3 hari blastoista tadi terapung-apung secara bebas didalam ruangan rahim ( uterine). Lebih kurang 6 hari selepas persenyawaan, blastosista menempelkan dirinya kepada endometrium, dan melekatkannya secara alami / semulajadi dan menyerapkan sebahagian kecil tisu endometrial.
Darah mengelilingi blastosista itu dan mendapatkan zat-zat. Penempelan lengkap pada minggu ke 12 selepas persenyawaan. Beberapa sel dari blastosista kemudiannya membentuk janin -'embryo', yang lainnya membentuk struktur-struktur berzat seperti tembuni atau placenta.
Penentuan Kehamilan / Determination of Pregnancy
Kebiasaannya seorang wanita mengesyaki kehamilan apabila, kitaran haid telah terlewat dari jadual asal. Jangkas masa kehamilan dikira menggunakan hari pertama daripada hari terakhir kedatangan haid seseorang wanita.
Ujian-ujian kehamilan boleh dilakukan dengan menguji air kencing sebaik sahaja kedatangan haid lewat selama 7 hari ini berdasarkan kehadiran hormon ' Human Chorionic Gonadotrophin ( HCG) pada air kencing.
Pada minggu ke 6 kehamilan, tembuni 'placenta' merembeskan jumlah HCG yang berlipat ganda dalam air kencing setiap wanita yang mengandung.
Kadang-kala ujian kehamilan melalui air kencing atau HCG tidaklah begitu tepat pada peringkat awal kehamilan.
Adalah lebih tepat jika ujian-ujian kehamilan dilakukan selepas 6 minggu kehamilan.
Mual dan Muntah Tanda Hamil
Pada sesetegah wanita tanda-tanda kehamilan boleh dikenal pasti dengan jelas melalui tanda-tanda awal seperti mual, loya, pening, keletihan, muntah-muntah, bau busuk, bertambah air liur, kerap kencing dan lain-lain.
Bagi doktor-doktor pakar kehamilan dapat dikenal pasti menerusi pemeriksaan dalaman seperti warna yang lebih gelap pada vulva dan faraj, kelembutan pada servik, ukuran rahim, buah dada yang berisi padat, terutamanya selepas minggu ke 6 kehamilan.
SUMBER..
Try baca SINI jugak ..Very interesting..Perjalanan dan pertemuan Telur & Sperm :)
p/s: Selamat merancang keluarga ;D
Apr 12, 2012
~ TT ~ Buatlah..Walaupun Terpaksa
Walaupun terpaksa bertudunglah... walaupun terpaksa solatlah... walaupun terpaksa puasalah... kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa .. dari terpaksa itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah.
Apr 2, 2012
Motivasi Pagi Isnin
Mar 22, 2012
~ TT ~ Fadhilat Istighfar dan Tips Istighfar 70 Kali Sehari
Rasulullah SAW juga bersabda: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
Antara hikmah/fadhilat2 istighfar:
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Saya rasa kalau nak buat sekali harung 70 kali tu agak susah kan (Kalau nak sebenarnya boleh jer buat) So, saya share sikit macamana nak buat 70 kali sehari. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus sebab share tips ni.
10 kali lepas bangun jer dari tidur.
10 kali lepas solat Subuh
10 kali lepas solat Zuhur
10 kali lepas solat Asar
10 kali lepas solat Maghrib
10 kali lepas solat Isyak
10 kali sebelum tidur..
Cukup 70..dan agak mudah kan macam ni.
Mari sama-sama amalkan..
Mar 18, 2012
Tips Terbaik Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

Artikel Dari SINI..
Jom kita baca sama-sama..(TQ Wonderfil Life.my)
1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?
Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda….
Encik-encik suami sekalian, tahukah anda, sakit melahirkan pernah disenaraikan sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya dicabut nyawa.....Berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tidak akan dapat menebus semula kesakitan melahirkan itu. Jadi, tidak salah sekiranya anda menunaikan permintaan isteri anda jika isteri anda meminta bantuan.Lebih baik sekiranya, anda bertindak dahulu sebelum diminta atau disuruh oleh isteri anda.. .Ingatlah…Isteri anda telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda….
Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai…
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah…Jika ada para suami yang berkecil hati dengan artikel ini, saya mohon maaf..Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kea rah yang lebih baik…InsyaAllah…
Mar 9, 2012
Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Selasa baru ni saya dan 2 orang pegawai dari Unit Teknikal ada lawatan kerja kat Puchong. Dah alang2 sampai Puchong tu terus la singgah ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas kat Pulau Meranti,Puchong. Singgah sebab nak bincang tentang lawatan yang ofis saya akan adakan pada 17hb nanti. (Insyaallah..)
Sampai jer situ mata saya jadi panas..air mata menunggu masa untuk mengalir. Memang tak boleh menahan sebak bila melihat orang2 tua kat situ. Terus teringat pada orang tua saya yang jauh :(..dan terfikir pula apakah nasib saya bila tua nanti. Semoga anak2 saya akan menjaga saya dan suami dengan penuh kasih sayang.
Menurut pemilik rumah orang tua ni, 90% orang tua yang ada di situ adalah dibuang keluarga dan kebanyakan yang masuk situ ada masalah kesihatan.. *Sedih*
Pemilik rumah ni adalah bekas jururawat, baru bersara dalam 4 or 5 bulan. Tapi rumah ni dia dah wujudkan nak masuk 9 tahun. Dia kata dia suka buat kerja-kerja kebajikan. Sungguh saya kagum dengan dia, seorang wanita yang begitu sabar melayan karenah orang-orang tua di situ.
Dia sendiri yang menyediakan makanan untuk orang2 tua tu. Dia mengaku dia agak cerewet dan tak mau orang2 tua di situ diberi makanan yang silap sebab ada orang tua yang tak makan ayam, ada yang tak makan ikan. So dia akn pastikan menu yang betul untuk orang2 tua berkenaan.
Kebetulan masa kami sampai, ada pelawat lain dari kolej apa saya tak pasti tapi saya puji budak2 tu. Rajin melayan orang2 tua tu bersembang..ada yang tolong suapkan makan, ada yang melayan diorang main dam. Pemilik rumah tu kata (Sigh..saya betul2 lupa nama puan tu..so saya panggil puan A shj k) orang2 tua di sini sangat suka kalau ada orang yang nak melayan diorang bersembang. Itu pun dah buat diorang happy..kesiankan. (Ada jugak diantara diorang ni yang sedikit bertuah kerana anak2 or kaum keluarga masih datang melawat)
Puan A kata dia tak pernah bertanya latar belakang penghuni2 kat situ. Tak tau sebab apa, mungkin dia ada alasan sendiri kan.
Ni ada gambar sikit..







Kalau korang dan family nak datang sini boleh datang anytime sebab 'Puan A' sentiasa ada dan penghuni di situ pun suka kalau ada orang ziarah mereka (sebab nak harapkan anak sendiri melawat memang agak susah)
Elok gak bawak anak2 kita datang tengok kan..supaya diorang hargai kita bila dah tua nanti..Insyaallah..