Showing posts with label sukan.... Show all posts
Showing posts with label sukan.... Show all posts

Sep 18, 2012

10 Atlit Termahal Di Dunia

Artikel ni saya dapat dari majalah Inspirasi Kejayaan (IK) Irfan Khairi. Menurut dia info tu dari syarikat penerbitan Amerika yang terkenal, FORBES. Dari Mei 2010 hingga Mei 2011 telah dikira daripada jumlah keseluruhan bermula dari gaji, bonus, bayaran duta produk & lesen penjenamaan.

(Jumlah yang disenaraikan oleh FORBES juga belum ditolak untuk bayaran kepada agen dan juga cukai pendapatan tahunan)

Mari kita tengok siapakah manusia yang 10 orang tu..

Ke Sepuluh (10)
Lionel Messi
Sukan : Bolasepak
Pendapatan 32.3 juta USD
Umur: 23 tahun

Pemain bolasepak profesional Argentina ini telah menempa nama di arena sukan dengan portfolio yang amat memberangsangkan sehingga memikat penaja2 seperti Adidas, PepsiCo, konami, Audemars Piguet, Chery dan Air Europa. Err..muka dia pun comel gak kan..ahaks :D

Ke Sembilan (9)
M.Schumacher
Sukan: Lumba Kereta
Pendapatan : 34 juta USD
Umur : 42 tahun

Pelumba kereta No 1 yang pernah tersohor di dunia ini dulu telah kembali ke arena perlumbaan Formula One pada tahun 2010. Namun penampilannya kali ini agak tersasar dengan menamatkan perlumbaan di tangga ke 9. Walaupun begitu, rekod bersihnya selama ini dengan nama popularnya telah membuatkan ramai yang menaja beliau termasuk DVAG, Jet Set, Navy Boot, Audemars Piguet, Schuberth dan Rosbacher.

Ke Lapan (8)
Alex Rodriguez
Sukan: Baseball
Pendapatan: 35 juta USD
Umur : 35 thaun

Pada usia 35 tahun, beliau telah menjadi pemain baseball termuda yang membuat 'hit' sebanyak 600 home run. Beliau memperolehi lebih 31 juta USD gaji untuk setahun.

Ke Tujuh (7)
Cristiano Ronaldo
Sukan : Bolasepak
Pendapatan: 38 juta USD
Umur : 26 tahun

Pemain bolasepak dari Portugis, Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro atau amat dikenali sebagai Cristiano Ronaldo. Ronaldo amat popular di facebook dengan 26 juta peminat. Dua kali ganda lebih terkenal daripada pemain2 bolasepak lain.

Ke Enam (6)
David Beckham
Sukan : Bolasepak
Pendapatan : 40 juts USD
Umur : 36 tahun

Siapa tidak kenal David Beckham pemain bolasepak dunia terkemuka. Tahun 2011, beliau telah menandatangani kontrak bersama syarikat Samsung sebagai duta jenama global, khas buat Olympic Games 2012.

Ke Lima (5)
Phil Mickelson
Sukan: Golf
Pendapatan : 46.5 juta USD
Umur: 40 tahun

Jurucakap kepada Amgen and Pfizer sebuah syarikat yang mencipta ENBREL, satu rawatan ubat khas buat orang yang mengidap penyakit kulit yang dipanggil, Psoriatic Arthritis. Phil yang telah berjaya dengan Enbrel telah memperkenalkan rawatan ini kepada ramai masyarakat.

Ke empat (4)
Roger Federer
Sukan: Tennis
Pendapatan: 47 juta USD
Umur 29 tahun

Antara 10 penaja Roger Federer, atlit yang amat dihormati ini adalah Nike, Credit suisse, Rolex, Wilson dan berbagai-bagai nama besar dunia lagi. Ini kerana beliau dianggap sebagai atlit rekod bersih dan menjadi contoh yang cukup membanggakan.

Ke Tiga (3)
Le Bron James
Sukan: Basketball
Pendapatan: 48 juta USD
Umur : 26 tahun

'Nike LeBron' adalah jenama kasut basketball No 1 di pasaran. Dengan mendapat keuntungan dari penjualan kasut Nike itu serta merta Jersinya yang terlaris musim ini meletakkan LeBron James berada di tangga ke 3.

Ke Dua (2)
Kobe Bryant
Sukan : Basketball
Pendapatan53 juta USD
Umur : 32 tahun

Beliau adalah pemain baseball profesional Amerika di poisi Shooting Guard, mewakili Los Angeles Lakers di bawah National Basketball Association (NBA). Beliau adalah atlit yang sangat bernilai dengan gaji 24.8 juta USD setahun. Lebih 4 juta dari mana2 pemain NBA. Beliau juga mendapat penajaan, bonus kemenangan dan menjadi duta Mercedes Benz Smart Car brand.

Pertama (1)
Tiger Woods
Sukan : Golf
Pendapatan: 75 juta USD
Umur : 35 tahun

Walaupun Tiger Woods gagal memenangi apa2 kejuaraan sejak November 2009 namun beliau tetap menjadi atlit yang mendapat bayaran termahal dunia. Beliau juga gagal mendapat sebarang penajaan semenjak krisis skandal kecurangan rumahtangganya. Woods boleh berterima kasih kepada Nike yang telah mengikat 5 tahun kontrak 40 juta USD. bersama Nike dan Electronic Arts, yang mengeluarkan video game beliau "Tiger Woods PGA Tour" beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak 75 juta USD untuk 12 bulan 2011. Kini, kedudukan Woods dalam golf telah jatuh, beliau hanyalah pemain no 13 dunia.



Itu lah dia 10 senarai atlit yang mendapat pendapatan temahal di dunia. amat memberangsangkan sehingga membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana seorang atlit boleh mendapat pendapatan yang begitu mahal dan amat tinggi sekali, kan?

Perkara ini juga membawa kita untuk berfikir, bagaimana pula dengan atlit negara Malaysia kita? Berapakah pendapatan mereka? Begitu jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan atlit2 dunia ini, namun kita berharap, siapa tahu suatu hari nanti atlit2 di Malaysia juga akan turut mendapat peluang untuk berada setaraf dan semahal atlit dunia.









Nov 18, 2011

Perlawanan Malaysia menentang Indonesia*

Dah agak..mesti ramai kawan blogger yang akan update pasal result bola semalam..Harimau vs Garuda..Sure ramai yang tengok sebab dah tahu Indonesia memang anti Malaysia kan.

Sangat la teruk diorang tu..tak profesional, especially penyokong diorang. Masa lagu Negaraku dimainkan pun diorang saja tunjuk tak hormat.

Sebenarnya diorang pun goyang gak nak lawan Malaysia tu. Bila tak score lagi separuh masa kedua tu mula la guna taktik kotor..main kasar. Kalau saya jadi Ong Kim Swee pun mesti bengang jugak..sepatutnya bagi jer kad merah terus kat mamat tu. (Eceh..macam la haku ni terer sangat ;p)

So, bila menang memang saya puas hati sangat-sangat. Biarpun setakat 1-0..sudah cukup untuk menutup mulut-mulut busuk yang "booo" dan mengejek pemain-pemain malaysia semalam.

Hehe..cukup la ngomel sikit pasal bola. Yang penting, semua rakyat Malaysia hari ni tersenyum lebar dengan kemenangan semalam.

Seperti yang dikatakan dalam twitter semalam, kalau Malaysia menang saya akan pakai baju hitam-kuning gi ofis hari ni.. :)

P/s: Lunch nanti nak balik umah..nak masak untuk tetamus yang nak datang petang nanti.

Babai..

Jul 29, 2011

Dan..pagi in langit pun turut sama menangis..

menangisi kekalahan Harimau Malaya di tangan Singapoooodaahhh malam tadi..

Tak tau nak cakap macamana, tapi berikut adalah pendapat saya (yang bukan fanatik bola) pasal match malam tadi:

1. Keeper adalah sangat handal..*wave*. Tabik spring toing toing kat KFCM..(Dia boleh pegi jauh.. Eceh, komen macam pro)

2. Safee sali nampak bermati-matian nak score. Dan orang lain bila dah nampak safee ke depan bawak bola maka diorang pun biarkan dia sorang diri meneruskan perjuangan (sedih saya tengok)

3. Pemain lain esp defender n barisan hadapan sangat mengecewakan. Seolah-olah menunggu bola sampai ke kaki masing-masing baru nak agresif.

4. Singapooodaaahhh memang layak menang sebab main bagus (main wayang punnn bagus gak diorang).

5. Walaupun kita kalah tapi bangga sebab semua pemain Malaysia adalah anak tempatan dan bukan macam pihak lawan..(suka tengok banner semalam tu..'100% local, no foreigner'...hikhikhik)

6. Saya rasa silap kita adalah menurunkan keeper yang kurang handalnya (saya tak cakap tak handal langsung ok) masa jumpa kat tempat lawan ari tu. Tapi kita main lagi bagus masa tu.

Ok la, cukup la kot.

Ingin saya tegaskan di sini, semua di atas adalah pendapat individu saya ok. Kang ada pulak yang kata "Narrow minded..asyek nak condemn negara sendiri..bila nak maju".. tak pun ada yang kata "Kau tak main senang la cakap macam tu".. Wateva, masing-masing ada pendapat masing-masing.





Sebelum menutup tirai bulan Sya'aban ni..saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 (+10) ajri memohon maaf di atas segala salah silap. Kot la ada tergurau kasar ada lak yang terasa kan. 0 - 0 yer..

Selamat menjalani ibadah puasa!!

P/s: Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita. Amin..

Jul 20, 2011

Sukan Playschool Hannan

Cerita dah basi..tapi baru nak buat post.
9hb ari tu playschool hannan ada buat sukan, alaa sukan suka-suka jer. Takde la lari 400 meter berganti-ganti, rejam lembing, lontar peluru bagai.. Sukan yang sesuai dengan tahap umur diorang la..4,5 dan 6 tahun.. (Hannan 4 tahun)Buat pun kat playgorund jer..hihihi,beberapa tapak jer dari rumah. Hannan dalam team Sea Horse..(biru)

Gambar ada banyak tapi tak larat nak upload semua..ni pun taip sikit dulu nanti besok ada masa baru post.

Kita layan gambar jer la..


Nampak tak mana hannan?..ni ketibaan diorang, parents dah tunggu siap2 kat padang (playground) :)


Masa ni teacher diorang panggil suh ke depan and hannan adalah orang yang first datang ke depan..(Clapss utk hannan). Tengok la muka dia (dalam gambar atas belah kiri) tu..happy betul.


Budak2 4 years ni ada 12 orang jer tapi teacher dia kata even 12 orang diorang la yang paling mencabar..hehehehe


Ni acara 1st..and team hannan johan untuk acara ni.. Yeayyy!!!


Haishh..dahaga sangat ni..(walhal baru 1 acara..hehehe)


Acara kedua..team diorang champion jugak..


Acara untuk kaum bapa..semua orang gelak tgk guni tu..pendek & kecik macamana mau lari???? Mama terlepas acara kaum ibu sebab balik rumah kejap, auni yak-yak..:)


Dapat beloon dari clown..gigi hannan dah rosakkk..geram, susah betul nak suruh gosok gigi.


Clown tengah buat magic show..


Muka budak yang kepenatan..


"Hannan punya banyak..yeaayyy"..Hannan bersorak sebab ada 3 medal..mama laaaagi seronok. 2 maddle game bersam team and 1 lagi sebab hannan johan sprint..laju anak mama lari..


Dapat goodies bag..


Auni pun turun padang tawww..support abg hannan.


Pom-pom girl ari itu..


Papa dan anak bujangnya..Horayy..hannan sorang jer yang dapat 3 gold ari tu..Tahniah nak..:)

Gambar mama???? Yillekkk..macam biasa mama tukang tangkap gambar..sob..sob..

Dec 30, 2010

Piala Suzuki AFF..

Dah agak dahhh..mesti ramai yang blog pasal bola semalam.. Saya ni bukan kaki bola or bukan peminat gila2 bola sepak ni, layan macam tu jer..selalunya akan layan bila team2 best or final jer. So semalam dan minggu lepas memang tengok sebab Malaysia yang lawan kan. Tak kan tak sokong negara sendiri..but still masih terkawal perilakunya setiap kali bola masuk gawang..takde sampai terjerit-jerit. (Suami mak pun tak terjerit-jerit gol, tak khaaaan la mak nak over khan..khan..khan..)


Petang semalam dah sms hubby awal2 kata taknak masak untuk dinner and dia pun kata ok jer. Tapi bila tengok first half tu cam boring jer saya pun masuk dapur..masakkkk. Sempat la masak 2 lauk & pastu suap anak2 makan.

Second half baru bersemangat sikit pas tengok gol cantek & terbaek dari safee sali..hehehe.

First time after 14 yrs..sapa tak bangga kan? Nak2 pulak menang di tempat lawan,memang ada kelebihan. Terima kasih la kepada PM kita yang berbesar hati bagi public holiday untuk semua rakyat malaysia Jumaat ni =).. Baru la dikatakan 1 Malaysia gitu..ahakss.

Okeh..okeh..selamat bercuti untuk semua, yang nak balik kampung tu bawak keta elok2. Yang nak gi bercuti-cuti 1 Malaysia tu jaga diri baik2, jangan lupa minggu depan dah masuk tahun baru. Kena mula semuanya dengan azam dan semangat baru. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini..insyaallah...


Masa amik gambar ni hubby kata "Nak letak kat fesbuk la tu"..hehehe,salah sama sekali suamiku..

Yeayyyy!!!!!!