Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Apr 5, 2012

Mode Malas

Kemalasan melanda..

Nak story pasal ini..

Bersama Pengarah Urusan Bina Paint, Bina Integrated Industries Sdn Bhd..(erkkk..kenapakah pakcik botak tu rapat sangatttttt??? ~_~')

Bersama Dato' Hj Samuri,Founder Sate Hj Samuri..

Bersama Dekan UniKL MFI..


Dan nak share pasal ini juga..

Pose adalah ilham dia sendiri..terkujat mak tengok dia buat aksi macam tu.

*Like*




Tapiiiii...MAKSANGATMALASMALAMNI!!

kthxbye..

May 1, 2011

Apa yang saya suka tentang kenduri..

Saya ni, dah lamaaa rasanya tak g majlis kenduri kawen. Last sekali pegi 2 bulan lepas kot..kenduri member ofis hubby.

Selain makanan yang best :p..yang paling saya suka pasal kenduri ni bila dapat jumpa kawan2 or saudara mara especially yang dah lama tak jumpa. Best kan..ala2 jejak kasih gitu.

Baru2 ni (erkk..tak baru sangat pun) ex-classmate saya masa sekolah rendah hantar msg kat fesbuk, invite besday's makan2 anak dia :) Rasa seronok bukan main lagi saya..bukan sebab dapat makan free tapi sebab nak g jumpa kawan lama..lebih2 lagi saya yang di perantauan ni..(ecehhh) mesti la happy dapat jumpa kawan sekampung kan ;)..dia ni pun dah berhijrah ke sini..duduk klang. Sebelah kawasan jer rupanya..hehe

Tak ada kerajinan nak upload gambar banyak2..heee..



Ni la dia..Siti Hajariah. Muka cam chinese kan..putih melepak. (dalam gambar ni dah tak nampak putih sebab saya dah edit)


Gambar ngan hubby..kalau hubby tak kata 'OK' maknanya tak jumpa la saya ngan CT ni kan..so sebagai penghargaan saya upload gambar ni..ehehe



Ok cukup ngan besday anak CT..yang ni pulak masa attend kenduri aqiqah anak member..(hubby dia bestfren hubby)..Pssstt..pssstt..maaf lyn, saya cilok gambar kamu ;D


Gambar ngan Lyn..cantik kan dia, tak nampak macam dalam pantang. Gojesss!!


Dua orang budak kat depan tu adalah 'ekor' saya..

Cantik kaaaannnn...


Hurrmmm...ok la, dah pukul 2 pagi. Besok cuti kannn..apa barang tidur awal ni. Hehehe..walhal dah banyak kali menguap ni. Nak intai hubby kat bawah jap, tengah tengok tv or tv tengah tengok dia tuh..


Tataaa...



May 6, 2010

Pssstt..psssttt....

Pssstt...psssttt...bukan ngumpat, tapi nak ajak kawan2 mengintai.
Sila la click di sini..cam nk gila jer tengok..


Sekian, Sharing is caring.. :)

Apr 29, 2010

MBP Family Day..WOWWW!!!!!


Yeehawwww....

Lagi nak cakap pasal MBP Family Day yang insyaallah akan dibuat on 9hb ni..
Pergghhhh..pas baca update dari mommy lyna tu saya jadi makin tak sabar nak join. Macam-macam aktiviti bukan saja untuk anak2 & mak2 tapi untuk golongan bapa2 pun ada tau..

Tk nak citer lanjut..biar saspen (hahaha..saspen ker??) Ianya ada kaitan dengan gambar di atas.. Biar la korang click sendiri entry pasal ni..SILA KLIK :)

Wokeh..sila la join..(hahaha..promote baik punya cam mak pulak the organizer kan...) =D

Apr 27, 2010

MBP Family Day


Yeayy..ada Family day. (Hehehe..overnya mak)

Saya suka join event macam ni, walaupun gerenti ramai yang saya tak kenal tapi masa ni la kita nak kenal-kenal, nak merapatkan hubungan kan..(bak kata orang..yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Itu orang yang kata la...)


So para blogger (walaupun bukan blogger tegar cam saya) jom la join, meramaikan family day ni. Grand tak grand tak tau la nak cakap tapi kalau sampai tahap covered by Harian Metro, Mingguan Wanita, Pa & Ma dan tv station tu sendiri mau ingat la kan.. Hahaha, saya bukan nak enteprem ok..cuma saja nak berkongsi info :)

Saya baca dia punya aktiviti-aktiviti pun dah rasa seronok. Ada outdoor & indoor event, ada aktiviti untuk budak2 (yang ini la selalunya menggamatkan suasana), ada bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR (hah..nak belajar ikat mengikat masa ni la..;P).. uishh..nak tulis panjang2 pun rasanya baik kawan2 klik jer link MBP ni.. Gerenti tertarik..

Uppss..lupa lak nak mention, insyaallah event akan berlangsung seperti di bawah;

Tarikh : Ahad, 9 Mei 2010 (Hari Ibu youuuuu)

Masa : 2 - 6 petang

Tempat : Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Yuran : PERCUMA!!!! (Betul, tak tipu)


Meh tengok map kalau2 takut tersesat..








Ok la kawan-kawan..kalau ada sapa2 yang nak pegi tu inform la saya.. Boleh la g sama-sama nanti..kan..kan..kan..

Mar 18, 2010

Checklistsss

Ermm..lagi seminggu lebih jer masa yang tinggal untuk buat peparation..

Goyang gak ni..first time wat event jemput ramai orang..(satu opis saya jemput tau..termasuk la kawan2 blogger)
Nak semak apa yang perlu dibuat..seriessaya neves nih.

1. Menu.. (mmg betul saya fikir nak tempah dari mak mertua tapi apa menunya still tak tau apa)
2. Canopy - checked (mr hubby punya urusan)
3. Invitation - checked (tp ada yang tak bg confirmation lagi..terutamanya kawan2 dalam fb)
4. Party packs - checked (saya & adik lelaki bertungkus lumus)
5. Decoration - Tak beli apa pun lagi
6. Photographer - Tak confirm ngan sesapa lagi tp dah terfikir seseorang..toing..toing.. =D
(wlupun saya ada dslr yg bulky tu tp tak kan la saya pulak yang sibuk nak
tangkap gambar kan?? )
7. Mengemas rumah - Haaaahhh..yg ini saya nak cari sesiapa yang volunteer nak tolong..hehe
8. Beli meja banquet - Yang ini saya ingat nak curi2 beli sebab kalau minta kt hubby rasanya dia tk setuju..

Please kawan-kawan, ada lagi tak yang tertinggal..maklum la,pes taim nih..
tolong sajes..

tengsss...

Dec 31, 2009

Wedding Adik Perempuanku

Entry after entry..haha,gasakkk..

Rasanya ari tu saya pernah bagitau yang saya nak balik kampung bulan disember kan. Alhamdulillah dah selamat kembali semula ke kl. Wedding adik ni is on 20th dec, belah lelaki pun buat hari yang sama sebab dekat (sebelah kampung sahaja ;p)Jom kita tengok gambar2 yang telah diambik oleh seorang photographer amatur..haha. Sikit2 dulu jadi la..nanti boleh jadi pro kan.

(Anda adalah dinasihatkan agar bersiap siaga untuk menyaksikan gambar-gambar yang maha banyak di bawah ini..hahaha)

*******************************************************************************************

Hari Akad Nikah






*************************************************************************************************


Malam Berinai






******************************************************************************************


Hari Bersanding


Dup dap..dup dap..tunggu penganti lelaki..







The pengapit perempuan adalah adik bongsu saya..



Majlis sebelah pengantin lelaki (buat sekali ngan abang kepada adik iparku)





Makan beradap diapit oleh my parent













The pelamin


*****************************************************************************************
Dah tengok pengantin jom tengok kita tengok pula para penyeri suasana yang meramaikan majlis.


My niece & my cousin



Ni di antara kaki2 sibuk sepanjang majlis


My parent



Family kakak




Family adik



Family kecik saya..masa ni hannan & nuha dah tukar baju. Mama pun dah tanggal tudung ;p





Saudara mara







Datuk & nenek sebelah bapa






Papa sedang menyumbangkan lagu..
Fuhhh..kalau korang letih tengok saya lagi letih nak upload seb baik jer la server sangat2 ok hari ni..lajuuuuuu..


Ok la, nanti-nanti ada masa saya update lagi.. tapi bila tu tak tau la pulak kan..hikhik