Showing posts with label Ramadhan al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan al-Mubarak. Show all posts

Jul 16, 2013

Pengalaman Hari Pertama Berpuasa Dalam Hidupnya

Muka budak yang tengah berpuasa untuk kali pertama..

Masak simple2 sudah..

Petang tadi nuha masuk je keta terus cakap "mamaaa..abang puasa ari ni" mama terus rasa cam speechless..dalam hati BIAR BETUL?? So bila Hannan masuk keta terus tanya betul ke dia puasa. Dia kata betul..dia tak minum dan tak makan sepanjang hari. Disahkan oleh Nuha. Gembiranya saya dengar..rasa terharu dan kesian sebab dia tak bangun makan sahur pun. Hari sebelumnya papa gerak jugak dia bangun tapi tak sedar..lagi kuat dengkur ada la :') so saya tak sangka dia puasa. Memang..memang saya tak pernah paksa dia berpuasa. Saya kata its ok kalau dia tak ready lagi nak puasa..tapi kalau nak try dia boleh try separuh hari dulu. Banyak kali pesan kat dia bila teacer tanya..kalau tak puasa cakap tak puasa..jangan berbohong. Tak nak disebabkan dia malu ngan kawan2 lain yang puasa sampai dia terpaksa menipu.

Harus la share berita gembira tu dengan hubby kan.. terus call hubby bagitau anak bujang dia berpuasa. Dengar suara papa dia pun excited. Saja bagi tepon kat hannan biar papa dia tanya sendiri.. bila hubby tanya nak makan apa masa berbuka nanti tau tak dia jawab apa??? "Nak makan nasi ngan kicap dan telur rebus" hahaha..saya gelak dalam hati jer..takut dia terasa. Entah betul dia nak makan apa yang dia cakap tu atau saja2 cakap. Tapi dalam masa yang sama rasa cam kesian lak kat dia. :')

Ambik diorg tadi kul 5 lebih..sempat lagi dia g padang. Asalnya tak bagi jugak sebab takut dia tak tahan. Tapi kawan2 dia siap datang rumah ajak bermain. So pegi la!

Balik rumah kejap2 masuk dapur..tanya mama masak apa.Tetiba dia kata nak makan maggi kari campur telur *hikhik..kes suka paw masa mama makan maggi* Dia kata lepas makan maggi nanti nak makan nasi pulak. Hehe..betul2 punya lapar sampai dah plan nak makan apa dulu.. ^_^ Saya suruh dia tidur kejap sementara tunggu waktu berbuka tapi tak tidur pulak. Kul 7 masuk dapur lagi..duduk depan meja makan menghadap pisang. Tetiba dia bersuara "mamaa..ari tu mama kata kalau hannan nak try puasa hannan boleh puasa separuh hari..hannan puasa separuh hari je la eh.." *sambil tangan dah pegang pisang* cepat2 tahan dia..kata lagi setengah jam jer lagi nak azan maghrib. Sambil tu saya saja bgtau dia yang ada org miskin tak boleh nak makan langsung sebab takde makanan. Sekurang2nya kita berpuasa pastu waktu berbuka kita boleh makan macam2. Dia diam..tengah berfikir agaknya.

Siap memasak saya tunaikan jugak permintaan dia. Tak nak la dia xboleh makan sebab panas sangat kalau masak dekat sangat ngan waktu berbuka kan. Bila dia tengok maggi dah masak terus la pulak kata nak makan. Saya pujuk lagi..kata tunggu jap je lagi azan. Boleh pulak dia kata "kalau tunggu nanti basi.." hahaha..tercuit hati melayan orang yang festaim berpuasa ni. (Perasaan bercampur baur..seronok..teruja..terharu. Macam ni la kot perasaan korang bila anak berpuasa buat kali pertama kan) Adik2 dia minum vitagen depan dia..cepat2 saya suruh gi depan tak nak dia tergugat..itu pun dia dah cakap kat adik dia nak rasa sikit..hihihi.

Yang bestnya..dia tau lak dah nak masuk waktu maghrib. Terus bangun masuk dapur dan duduk depan maggi kari telur permintaan dia tu.. Sepanjang makan tu dia senyaaapp jer..bersungguh2 makan sambil sulam air cincau kegemaran dia yang papa beli. Lapar sungguh nampaknya. Dah habis tu makan telur separuh masak lak..sebiji. Saya tanya nak makan nasi lagi ke tak..dia jawab "balik dari surau nanti baru hannan makan nasi.." hoh..siap plan ko ^_^ 

Adik lelaki saya kata pagi tadi hannan ada cakap dia puasa sebab mama xde sediakan bekal.. Tak sangka rupanya memang betul dia puasa. Haha..alasan dia tak puasa sebelum ni sebab mama bagi bekal so dia tak boleh puasa. Mungkin dia set kat fikiran dia bila ada bekal tak perlu puasa..so bila ari ni mama tak sempat sediakan bekal maknanya dia kena puasa..hehehe.

Dia kata esok nak puasa lagi..mama teruja dan tak sabar nak gerak dia bangun sahur esok. Mama so proud of u Hannan. Tak sangka dengan tak bersahur Hannan mampu bertahan sampai waktu berbuka...For The First Time!


Aug 8, 2012

~ WW ~ 20 Minggu (5 bulan)

Alhamdulillahhhh...sedar tak sedar dah masuk 5 bulan hari ni. Syukur dah tak mabuk tapi still muntah bila tiap kali gosok gigi or kumur2 masa amik wudhuk..huhuhu. Tapi takpe sebab tu lite2 ajer kan :)

Err..sebenarnya kan,nak tunjuk gambar mak yung posing ni. Sekali sekala jer..jangan muntah k..haha ;D


Slim tak? slim tak? hahaha..buweekk


Masih nampak slim lagi??


Haahhh..ambik, bila mak dugong mengepak..Nampak lebarannya. (Tudung magic kan..boleh bertukar-tukar..hikhik)

Hahaha..tak bleh blah kan. Alkisahnya, beli baju tu sebab dah plan nak kaler electric blue. Dah tu sekali sarung rasa cam ok lak, sesuai jer untuk orang yang berperut macam saya ni. Nanti dah bersalin pun boleh pakai gak.

Tapi masa shopping ngan hubby last 2 weeks, dia pilih kaler lain (Dia tak tau pun yang saya sebenarnya dah beli baju tu..and dah decide nak kaler biru) So, bila saya try sarung kat umah and tunjuk kata dia, dia tanya apasal tak bagitau dah beli..Saya suka komen dia pasal baju ni..ngeheeeee

Apa pun..baju kurung saya dan anak2 dara tu dah setel. Baju melayu hubby dan Hannan pun dah setel. Tinggal lagi nak cari tudung..itu pun kalau rajin. Tak kuasa nak bersesak2 time2 bulan puasa ni..dah la saya ni memang cepat jer sesak napass time peknen. Kang masuk newspaper makyung pitam sebab sakan bershopping.

Ok cukup..nama pun post WW..

p/s: Korang mesti dah buat preparation awal lagi kan..??

Aug 2, 2012

Khamis Yang Terkantoi..


Yer..saya tak puasa hari ni. Asalnya pagi tadi memang puasa tapi kul 9 lebih tadi saya muntah2. Sebelum gi keja tadi lagi saya dah rasa tak sedap badan..tak sedap perut, rasa lembik jer..huhuhu. Dan hubby kata kalau tak sihat & tak larat takyah la puasa. Tapi rasa cam boleh tahan kan so teruskan jugak.
Alih2 sampai ofis muntah pulak..bila ketuk perut bunyi kembung..angin dah masuk ke? Or silap makan? Maka..termasuk hari ini dah 4 hari saya tak puasa.. :( semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa pada hari esok hingga ke penghujung Ramadhan..2 minggu jer lagi..sobss


Ok la..syabas pada ibu2 hamil yang masih bertahan dan masih penuh puasanya hingga hari ni.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 30, 2012

Semalam..Hari Memasak.

Alhamdulillah..semalam start projek buat biskut yang ditempah oleh kawan2. Bajet2 boleh la dapat 4 balang tapi tak cukup..dapat 3 balang lebih sikit jer. Cadangnya nak start pas sahur tapi akibat malas maka kul 8 lebih baru terhegeh-hegeh masuk dapur.Disebabkan oven ada satu jer maka berjanggut gak nak bakar,dekat kul 12 baru siap.

Siap jer semua terus cepat2 gi beli barang basah lak. Nak masak sebab jemput mak mertua adik yang datang dari kampung berbuka kat umah. Hubby tanya nak masak apa, so mesti la kita masak yang senang2 jer kan..yang dah tau nak match dengan lauk apa :)


Cookies yang tengah tunggu turn nak masuk oven..


Nasi minyak..masak 2kg, makan untuk 13 orang. Saja masak lebih..jadi sahur dah tak perlu risau.


Ayam masak merah nan tak berapa nak indah rupa parasnya sebab guna cili boh segera. Tak teringat nak beli cili kering.


Dalca daging + sayur..


Kari udang


Acar timun..


Sup tulang..




Agar-agar santan + gula melaka..


Seri muka..adunan lebihan. Hari sabtu tu buat 2 loyang hantar ke surau so ada lagi boleh dapat 1 loyang. Sebelum jadi tak elok baik kita kukus jer kan.


Haaa..yang ni jer saya tak masak. Potong jer.. :)

Masa buat kerja-kerja tu tak penat. Bila dah malam baru terasa lenguh-lenguh pinggang. Penat tapi puas hati.

p/s: Hehe..orang yang jarang2 masak macam saya ni memang macam tuh. Bila dah masak semua nak tunjuk, nak tayang ;D Orang yang hari2 masak relax jer kan. Hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 26, 2012

Bersahur Dengan Kurma & Susu (Sesuai Untuk Ibu Hamil)



Salam..

Dah petang baru berkesempatan untuk update. Setengah hari kat KL hari ni..kul 3 baru sampai ofis.

First day puasa ari tu saya sembang2 ngan sorang jiran. Kakak tu tanya saya puasa ke tak so saya jawab la puasa. Then dia share menu sahur dia yang boleh buat dia rasa tak lapar malah rasa bertenaga sepanjang hari..walaupun dia peknen, macam saya :)
Dia kata tiap kali sahur dia hanya makan nasik sikit, kurma n susu. Perut akan rasa kenyang..kalau rasa lapar pun masih boleh tahan dan rasa lapar tu sikit jer.

Sooo..sahur tadi saya teringat tips yang kakak tu bagi so saya makan nasi suku dari saiz biasa saya makan. (Biasa saya makan banyak mana??? hahaha..biar la saya & hubby jer yang tahu..:D) Hampeh kan..macam ler orang lain nak tahu sangat..kihkihkih

Alhamdulillah..saya boleh kata saya still bertenaga sampai saat ni walaupun lepas habis miting kat KL tengahari tadi saya sempat tawaf Jalan TAR ngan kawan-kawan, dari hujung ke hujung..Phewwww..cam tak caya lak. ;P

So, kalau nak try tips ni (tips??) boleh la try esok pagi ;D


p/s: Teringat caller Johara pagi tadi..bangun kul 4.30 semata-mata nak try masak ikut resepi yang dia baru dapat..siap buat dessert sekali tau. Alih2 siap jer menghias dessert tu azan subuh berkumandang...hehehe...sian kat dia, frust jer sebab tak sempat makan apa yang dia dah masak tu.

p/s lagik: Petang ni nak buat nasik ayam untuk berbuka..anak2 makan bertambah kalau buat nasi ayam.. Menu korang apa pulekks?

Jul 24, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah..setakat ni dah terima tempahan 23 balang choc chip..semuanya dari kawan2 ofis.
Hubby kata nanti buat lebih boleh letak kat kedai ummi (My MIL). Hehe..dia tu sokong jer apa saya nak buat..Err..saya rasa harga saya still murah. Semalam niat nak beli biskut makmor kat pkns..bila tanya adik tu dia kata rm18 sebalang. Terbuntang bijik mata..bekas kecil jer ok..dia kata dalam tu ada lah dalam 30 lebih kurang..ye LEBIH KURANG. Bila hubby kira jatuh 60 sen sejibik!!!
Makaihhh..memang 2 or 3 jenis jer la biskut saya tahun ni nampak gayanya..

Korang prefer beli ker buat? Tp beli or buat masing2 ada pros n conts kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 23, 2012

Tips Dari Dr Fazley

Dah masuk 3 Ramadhan..alhamdulillah. Macamana puasa korang? saya lak first day tu puasa tapi semalam terbabas tidur, azan subuh berkumandang baru kami laki bini terjaga. Try gak puasa tapi memang tak larat :( kalau tak peknen ok jer tak sahur tapi peknen ni memang lapar sampai tahap nak pitam & gigil2..sakit kepala jangan cakap la. Tu sakit yang memang akan menyerang tiap kali perut saya kosong..huhuhu

Hari ni alhamdulillah..bangun awal, panaskan ayam dan sempat masak sayur campur buat tambah sikit..semoga dipermudahkan dan semoga bertahan sampai waktu berbuka nanti,insyaallah. Lain bila berpuasa kat umah ngan kat ofis ni. Kalau kat ofis tak terasa masa berlalu. Sedar2 dah kul 11 lebih :)

Eh..cukup dulu intro panjang berjela..

Tadi on the way gi ofis saja tukar channel..layan Johara. Kebetulan lak hari ni tetamu jemputan diorang Juara MasterChef Selebriti yang pertama..Dato Dr Fazley.

Sempat la dengar tips2 yang Dr Fazley share..tak banyak tapi saya rasa boleh gunapakai :)

1. Masa bersahur elakkan minum minuman yang bersusu untuk elak mulut lebih berbau.
2. Makan dengan banyak tapi jangan melampau sebab makan lebih boleh buat kita jadi lembab.
3. Akhiri sahur kita dengan memakan pisang sebab pisang bekalkan tenaga yang boleh bertahan beberapa jam..
4.Masa berbuka elakkan minum air manis sebab perut akan proses gula tu dan menyebabkan kita rasa kenyang..akibatnya kita hanya banyak minum air dan kurang makan nasi/makanan lain. Sebaiknya makan kurma dan minum air suam sebelum makan nasi..air manis boleh ambik selepas itu.
5. Sebaiknya jangan berbuka dengan fast food dan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi kerana makanan tersebut akan buat badan kita letih dan seterusnya malas bangun pagi & takde selera untuk bersahur.

Tu jer kut yang saya ingat (ingat2 lupa gak ni)
Bubyeee...


p/s: Best la majikan hubby, bagi pelepasan sejam awal..kul 4 dah boleh balik. Tak sangka gak MNC company boleh berbaik hati macam tu kan? err..tapi orang melayu pun 5 orang jer dalam tu..hehehe. Itu pasal la kut..

Jul 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Rata-rata entry kawan-kawan hari ni pasal nak sambut Ramadhan. Saya pun nak jugekkkk..hehe

Semalam tak dengar and tak tengok pun pengumuman puasa kat tv. Sebab memang dah lamaaaa sangat tak tengok Buletin Utama tu..biasanya time2 macam tu buka Indahnya Iman tak pun channel Ceriaaaaa.. Tapi tau ramai jer yang akan post kat fesbuk kan, so saya buka jer fesbuk..Insyaallah 21hb ni kita akan menyambut Ramadhan..

Insyaallah tahun ni berpeluang solat tarawih di surau di kawasan taman perumahan..surau (rumah semi D yang dijadikan surau) dekat jer so tak perlu fikir pasal parking..jalan kaki jer :) Mesti meriah..malam ni lepas solat tarawih dah start rewang untuk majlis berbuka puasa esok. Orang perempuan just potong2 and orang lelaki yang akan masak :)

Ok la, sebelum nak sambut puasa ni..saya ambil kesempatan untuk minta maaf salah dan silap saya..Dan anda semua telah saya dimaafkan..insyaallah.

P/s: Perasaan seronok lain macam setiap kali tiba bulan puasa.

Jul 15, 2012

Harapan Ramadhan..




Insyaallah lagi 5 hari kita akan menyambut bulan penuh barokah..kemungkinan besar 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu..
Best kan..tak sabar rasanya. Perasaan tiap kali datangnya bulan puasa memang tak boleh digambarkan.
Apapun..semoga semua urusan kita dalam mencari pahala lebih dalam Ramadhan tahun ini dipermudahkan. Insyaallah..




Published with Blogger-droid v2.0.6

Aug 22, 2011

Azam.Nekad.Betul ke?



Belum masuk tahun baru dah pasang niat ;)

Bila dah merasa agak susah nak cari baju kurung untuk my girls yang sedap kainnya, yang cantik dipandang, maka dah pasang niat and azam nak belajar menjahit..uhuks
(Moga-moga tercapai la niat..takut azam tinggal azam jek..hikhik)Sekurang-kurangnya kalau tahu menjahit save sikit bajet untuk baju kurung/melayu anak2 kan.. kena berjinak-jinak ngan jarum benang segal pas ni..


Hujung minggu baru ni gi cari baju Kak Wa n Amoi..alahaaaiii, baju papa, baju mama, baju abg hann dah setel..baju diorang yang paling mencabar nak cari. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Tapi ada sedikit frust bila corak polka dot tu takde saiz kak wa..sobs. So amik la corak lain, sama sikit-sikit ngan kaler tema pun jadi laaa..papa kata takut nanti tk jumpa langsung baik beli jer. Soooo..dah setel sepasang sorang. (Walaupun papa agak terkejut bila harga baju kurung saiz kecik tu RM55 sepasang ;p)hehehe..terkejut la sebab tiap tahun mama gi shopping sendiri, papa kuarkn duhet jer.

Jap lagi nak tawaf pkns lagi..bila tawaf akan berakhir tak tau la..hehe.



Aug 3, 2011

Ketupat Sotong..

Ahlamdulillah, hari ini dah 3 Ramadhan. Sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadat puasa (Walau saya belum puasa sehari pun namun saya tetap umat Islam ok)

Semalam, saya temankan hubby gi bazar ramadhan stadium..dia teringin nak makan ketupat sotong or ada orang panggil sotong pulut. Kebetulan saya pulak nak makan lompat tikam. Alhamdulillah, dapat jugak lompat tikam idaman hati..banyak booth yang jual.

Tapi...sian kat hubby, dah puas kitorang tawaf bazar tu namun tak ketemu ketupat sotong. Seingat saya, tahun-tahun sebelum ni ada jer orang yang jual. Agaknya makcik yang jual tu dah jadi jutawan and dah tak buat bisnes jual ketupat sotong. Dia jual bot candat sotong lak.

So, saya dah nekad..petang ni nak gi cari sotong yang besar2 sikit nak buatkan dia ketupat sotong (tapi mana nak cari sotong yang besar2 ni?? selalu jumpa semua yang anak dara sunti lagi). Semoga niat suci murni saya tu termakbul..dengan tak pernah buatnya. Jangan ketupat sotong jadi sotong kangkung sudah.


Gambar ihsan google



P/s: Pagi tadi sian hubby sahur sorang2..dia gerak saya bangun kul 5 tapi bila tengok saya ngantuk yang teramat (sebab tk cukup tidur nuha tak sihat) so dia kata takpe la kalau ngantuk B makan sorang jer. Dan saya tanpa melengahkan masa terus kebabooom..sambung tidur semula. Dan disebabkan kekejaman saya biar suami makan sorang2. hari ni saya dah terbabas tidur and lambat masuk ofis ari ni..padan muka!

Jul 31, 2011

Awal Ramadhan dan mimpi..

Alhamdulillah..ramadhan tiba lagi. Tapi nampaknya tahun ini saya diberi cuti awal..huhuhu. Nanti orang lain dah puasa 4 or 5 hari saya baru nk start. Malam ni terlepas malam pertama solat tarawih..klu x boleh join hubby merempit g surau..

Apapun..mimpi cam tajuk di atas tiada kena mengena dengan bulan puasa. Semalam..entah apa jadah mimpi kapel ngan Kaer AF..dalam masa yang sama kapel lagi ngan orang lain pulak. Haishhh..ni tak cakap lagi kat hubby pasal mimpi ni. Klu saya cakap kat dia mau dia bagi ayat baeekk punya nanti..hihi.

Ok la..saja nak isi masa sementara tunggu hubby balik. Ni dah pukul 10.25..makan malam pun belum lg ni..silap2 nanti dah makan pastu sahur nanti dah malas nak bangkit.

Niat nk tdo awal sebab bulan puasa ni saya masuk keja kul 7.30...so boleh balik kul 4.30.. Hehehe..sibuk nak balik awal macam la rajin sangat nak masak utk berbuka.

Hurrmmm..akhir kata, saya berharap semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam menambah amalan di bulan ramadhan ini dan semoga amalan kita diterima. Amin..