Showing posts with label harraz imtiyaz. Show all posts
Showing posts with label harraz imtiyaz. Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Mar 6, 2013

Cerita Kelahiran Harraz


Bilik saya malam itu..di hujung sana, tepi tingkap tu ada seat besar saiz single bed :) and bawah dia lak ada 'drawer' bed ;) sesuai sangat angkut 1 family..
Berzamannnn..Harraz pun dah dua bulan lebih baru terhegeh-hegeh nak update pasal kisah melahirkan dia :')

Even takde orang pun yang nak baca saya tetap nak tulis di blog ini sebagai kenang-kenangan suatu hari nanti. Kalau boleh saya tak nak lupa pengalaman melahirkan anak2..al maklum, usia kian meningkat bermakna keupayaan daya ingatan juga makin berkurang..huhuhu

Macam yang saya pernah bagitau sebelum ini..saya start bercuti 17hb disember..lebih kurang seminggu dari due date yang doktor bagi. Doktor panel tempat saya check up every month bagi tarikh 27hb and doktor kat UMRA bagi tarikh 28hb. Rasanya sebab saya tersilap cakap tarikh last period saya :') Tapi tak kisah sangat sebab beza sehari je pon.
Dalam masa bercuti tu saya memang saspen je menunggu tanda2..tapi takde jugak. So..memandangkan saya still kuat lagi saya selalu la bawak anak2 g jalan2 :) Kebetulan pulak cuti sekolah kan.. Alah, bukan ke mana pun just tawaf shopping mall..hihi.

Nak dijadikan cerita..pagi 27hb tu dalam kul 11 lebih saya turun tanda..kuar darah n sedikit lendir. Memandangkan takde rasa sakit langsung saya relax jer..whatsapp hubby, dan seperti biasa dia yang panik lebih ;) Saya kata tak perlu la balik awal sebab saya boleh rasa yang baby tak akan keluar dalam masa terdekat. Masa nak solat asar sekali lagi saya turun darah..dan still tak rasa sakit. Petang tu masih boleh bawak anak2 gi playground and lepak2 ngan jiran2 di padang tu. Kakak2 tu tanya bila la saya nak bersalin sebab dari awal bulan doblas kata menunggu hari. Haha..ye la, ikut pengalaman sebelum ni kan memang baby kuar awal beberapa minggu tu yang jangka bersalin awal.

Lepas maghrib gerak gi UMRA..saya dan hubby jer. Anak2 semua tinggal..syukur diorang tak meragam. Mula2 semua kata nak ikut tapi bila kata mama sakit perut sebab baby nak kuar terus jadi kesian kat mama dan setuju untuk duduk rumah ngan bibik.
Sebelum g hospital sempat gi tesco..beli air mussofa. Yer..itu jer la 'air selusuh' saya setiap kali nak bersalin..dari hannan sampai la ke harraz ni. Pastu baru gi UMRA.....

Sampai UMRA tak tunggu lama, terus gi buat CTG dan tunggu doktor datang buat VE. Doktor Ummul kata baru buka 1cm. Doktor tanya nak tunggu atau nak induce sebab baby dah matang. Lepas bincang dengan hubby kami setuju untuk induce.. So, doktor terus masukkan ubat kul 9 lebih. Pas masuk ubat terus check in.. kebetulan malam tu bilik sharing tak banyak yang kosong so hubby pilih executive room/vip room. Dia kata tak bising dan senang nanti bila anak2 nak tidur sama. Syukur sebab baru dapat tahu company tempat kerja hubby cover up to 1.5k.

Lepas check in sempat lagi turun gi beli makanan ngan hubby kat speed mart ;) then baru masuk bilik. Bincang2 ngan hubby..dia balik umah kejap tidurkan anak2 n amik barang dia sikit pastu teman saya tidur kat ward. Malam tu anak2 semua tidur kat bawah so senang bibik dengar kalau ada yang menangis nak susu.
*erk..gila panjang intro ko nih*

Malam tu saya tidur sejam lebih jer..sebab perut dah start sakit tapi lite2 gitu. Tambah pulak dengan nurse yang kejap2 masuk nak check. Kul 2 lebih doktor check lagi n masuk lagi 1 dose..saya boleh lak lupa nak tanya dah buka berapa cm masa tu. Doktor yang bertugas malam tu ialah doktor Karamjit (doktor perempuan)..doktor yang sambut kelahiran Nuha Umairah dulu.

Lepas beberapa jam masuk 2nd dose tuuuu...jeng..jeng..jeng..sakit datang. Masa tu dah nak subuh..B pn dah bangun, dia asyik tanya sakit ke? Boleh tahan ke? Dah sampai masa ke? Saya senyum je..x larat nak jawab.
28.12.12..jumaat. Kul 8 lebih B balik rumah kejap, nak mandi dan tengok anak2. Sebelum balik hubby cium dahi dan beri kata2 semangat. Saya betul2 rasa terharu dan terus menangis.. sebak. Bila dia pujuk makin lebat air mata ni jatuh. Sempat minta maaf kat dia. 

Lepas hubby keluar saya ingat nak tidur sebab malam tidur kejap je kan. Tap mata tak boleh tutup sebab tengah berperang dengan sakit.
Saya bangun bawak berjalan sambil cuba baca yasin. Bacaan banyak kali terhenti tapi alhamdulillah saya dapat habiskan dan ulang semula. Setiap kali sakit datang saya duduk kejap..memang kali ni sakit lain macam. Tubuh rasa macam dah tak kuat nak tahan sakit. Mungkin sebab usia dan mungkin juga sebab jarak kehamilan yang rapat diantara seorang2 anak.

Pukul 9 doktor datang check bila midwife bagitau saya dah start sakit sekejap2. Doktor kata dah buka 4cm..dan dah boleh masuk labour room (LR). Saya cepat2 call hubby kat rumah bagitau saya kat LR nombor berapa. Masa masuk LR tu sempat tengok jam kat dinding..9.20 am. Tak lama pastu hubby masuk..terkejut gak sebab dalam masa berapa minit jer dia dah sampai :) Dalam labour room doktor Ummul pecahkan air ketuban..kejap jer dah basah dengan air ketuban plus sedikit darah.

Midwife start cucuk tangan untuk drip. Saya request painkiller since memang sakit sangat..dah amik painkiller pun tetap tak tertanggung sakitnya. Sakit bersalin kan..sapa yang boleh tahan :') Kul 10 lebih doktor Ummul check bukaan lagi dan dia kata dah buka 6cm.. saya kalau boleh nak cepat2 jer bersalin masa tu sebab dia punya sakit memang x boleh nak cakap lah..phewwww...

Hubby tetap setia disebelah bagi semangat..saya tau mesti dia rasa sakit tiap kali saya genggam tangan dia ;)
Bila tengok saya dalam kesakitan sangat midwife tanya saya nak amik gas tak..saya tak ingat apa nama gas tu (laughing gas tak silap) Tapi saya tak boleh nak laugh pun..lol ;D Sakit tetap terasa..

Dalam masa saya berperang dengan sakit tu, midwife turut sama bagi semangat. Midwife saya seorang chinese yang agak berumur. And u know what??? Dia bagi semangat dan baca doa syifa' :O Awalnya saya pun tertanya apa yang dia baca dan bila dah banyak kali dengar baru saya perasan dia baca laaailaha illaanta hingga habis..walau sebutan dia tak berapa betul tapi saya yakin dia baca doa syifa'.. saya rasa kagum sekejap (dalam sakit2 tu sempat lagi kan ;p)

Bila rasa sakit cam nak ber*k cepat2 bagitau kat midwife..dan dia call doktor yang da kat bawah. Masa tu lebih kurang kul 11 am. Tak lama doktor pun masuk.. maka bermula la sesi meneran. Sekali teran then doktor suruh tahan dan tarik nafas dalam2. Kali kedua push..alhamdulillah lahirlah Muhammad Harraz Imtiyaz tepat pukul 11.19 pagi.

Doktor terus bagi Harraz kat hubby untuk diazan dan diiqamatkan. Lepas tu hubby hulur Harraz untuk saya cium..memang rasa lega dan gembira yang teramat masa tu. Midwife tanya samaada saya nak bagi fully bf atau nak campur. Bila kata nak fully bf dia terus note dalam file..dan kata akan bgtau nurse supaya x bagi fm.

Masa tu saya memang dah high kesan laughing gas tu..rasa cam separuh sedar sampai nak buka mata pun tak larat dan sayup2 jer dengar suara hubby dan midwife.. Sempat terlelap sekejap dalam LR. Pastu hubby gerak suruh duduk atas wheelchair untuk masuk wad. Siyes saya sangat2 tak larat..masuk wad terus tidur. Sedar kejap bila hubby gerak bgtau dia nak gi solat jumaat dan balik rumah kejap. Saya sempat update kawan2 & update insta kejap ;) (kemain kannn)

Tak ingat kul berapa saya terjaga.. yang pasti dah petang sangat dan hubby dh otw ke UMRA. Bila B sampai saya minta dia pimpin ke tandas sebab saya masih rasa seperti di awangan. Sian kat hubby, dia la yang tukarkan baju dan bersihkan darah saya (dah suami kan..klu bukan dia siapa lagi) Mujur la dia tak geli ngan darah..huhuhu..

Bila dah makan..malam tu rasa kuat sikit. Hubby balik kejap ambik HannaNuhAuni. So malam tu memang meriah la ward dengan gelagat dan suara diorang yang seronok & excited dapat adik baru.. :)

Sekiannnn...
(Panjang betul entry kali ni)
Published with Blogger-droid v2.0.10