Showing posts with label perihal kerjaaa... Show all posts
Showing posts with label perihal kerjaaa... Show all posts

Mar 19, 2012

Cuti Semua Staff DIBEKUKAN!!

4hb nanti ada event agak besar kat Sabak Bernam. So..dalam perhimpunan singkat dengan pengarah tadi dia umumkan yang start hari ni semua orang tak boleh bercuti, cuti adalah dibekukan.
Dan yang sepatutnya kena join wokrshop/seminar kalau boleh xhadir dia xbagi hadir sebab masa yang ada adalah sangat suntuk.

Program ni dah rancang lama,since bulan november tahun lepas kalau tak silap saya..yang jadi lambat sebab tunggu tarikh PM free.. Alih2 tak dapat gak tarikh so YB Menteri kepada agensi kami la yang akan rasmi.
Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni ada 2 event yang akan dibuat. Sukan MA*A Selangor dan program dengan menteri ni. Dalam masa 2 minggu ni juga macam2 miting nak kena attend...

Sebenarnya saya dah dapat email pasal miting 27hb kat HQ since 2 minggu lepas. Email tu buat saya tak senang duduk sebab tarikh tu saya akan bercuti..cuti dah lama approved dan yang paling penting tiket pun dah beli.

So, Allah tunjukkan jalan..ingatkan pasal entry saya happy sebelum ni ;) Last week, masa saya luahkan 'kegusaran' hati pada Timbalan Pengarah pasal miting kat HQ dan cuti..alhamdulillah, he is willing to attend the meeting on behalf of me :D..saya sangka dia akan cari officer lain rupanya dia sendiri yang akan pegi... Alhamdulillah.

Tapi tadi lepas pengumuman oleh Tuan Pengarah, saya jadi tak senang duduk semula ;).. Dalam pada saya suk berfikir-fikir tu tetiba P.A pengarah call kata Big Boss nak jumpa. Hahh..sudah. Apa hal lak lagi ni dalam hati saya.
Masuk jer bilik bos dia bagi satu surat untuk hadir miting dengan kementerian..tarikh sama dengan miting yang saya tak jadi pegi tu 27hb. So..mahu tak mahu saya kena berterus terang. Alhamdulillah!!!! :D Bos cakap takpe sebab saya dah beli tiket..dia akan minta Timbalan Pengarah yang akan hadir. Gulpp..sekali lagi saya terkedu, kena beranikan diri lagi sekali berterus terang yang Timb Pengarah dah setuju untuk ganti saya miting kat HQ. Huhuhuhu... Dan sekali lagi saya lega seleganya bila Pengarah kata nanti dia cari solution. Owh..gembiranya hati (Lagi sekali terasa nak lompat bintang sampai siling depan bos tadi)

Kesimpulannyaaaa..saya dah boleh 'bernafas' sekarang. Cuma yang buat nafas tersekat-sekat minggu ni kena struggle siapkan segala mala yang penting sebelum bercuti..(tapi dah nama kerja, sampai bila pun takkan habis kan)


p/s: Tak sedar..tadi sebenarnya nak merapik sikit jer rupanya dah terpanjang la pula. Kira halal naaa..hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 14, 2012

~ WW ~ H.A.P.P.Y!!!



Dalam kerisauan, kesedihan dan tekanan..DIA beri sedikit kegembiraan. Tak perlu sesuatu yang besar untuk kita gembira. Benda kecil pun boleh jadi suatu yang paling menyenangkan hati.
Gembira sangat sampai rasa nak lompat bintang depan timbalan pengarah tadi. TQ so much bos!!

p/s: Legaaa..sekurang-kurangnya terubat sedikit rasa tertekan ni.
Terima kasih Allah kerana sentiasa tunjuk jalan kepadaku.

Mar 7, 2012

Tak Senang Duduk..

Haish..sejak bos takde ni saya agak sedikit down. Dengan kerja yang berlambak, dengan miting sana sini, dengan segala macam report dan paper work..saya rasa tak mampu nak buat sorang ;(

Saya berharap sangat supaya pengganti bos cepat masuk. So saya tak perlu nak join miting pengurusan hujung bulan ni . Betul2 tak ready..risau officer dari district tanya macam2 di luar kemampuanku untuk menjawab.

Tambahan pula hujung bulan ni nak fly..cuti pun tak apply lagi. Huwaaa...menduga betul bulan ni. Besok tak boleh tidak kena isi borang cuti..tiket dah beli ni. :(

p/s: Selagi bos baru tak masuk selagi itu la saya rasa tak best..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 28, 2012

Pernah Tak???

Korang pernah tak bila banyak sangat kerja sampai tak tau nak mula yang mana dulu? Yang ni nak cepat..yang itu nak cepat..yang ini nak segera..yang itu tak boleh tangguh..

Daku sedang mengalaminya sekarang..(eh..tapi masih mampu update blog??)..Serious, sampai rasa kepala macam nak meletops. Dengan bos yang nak bertukar, efektif 01.03.2012 ni tau.. so sementara belum ada pengganti maka secara tidak langsung saya la yang akan memikul beban tugas dia :')

Sedih tau, banyak lagi ilmu yang belum sempat saya tuntut dari dia. Biasa la kan, selalunya kalau tak timbul masalah kita tak tau tahap kebolehan kita. Bila ada isu baru la terdetik dalam hati "Ooohhh..yang ini aku tak tau lagi ni.."
Saya tak tau nak rujuk pada siapa lepas ni..hanya harap belas ihsan ex-PT unit ni dulu. Syukur la dia tu cekap..tapi unit dia sekarang ni pun keja banyak jugak. Tak kan la dia nak melayan saya jer nanti kan..huwaaaa... (betul2 cacamarba rasanya minggu ni)

Dengan KK*W yang tak habis2 mintak ituini..susah tau kalau jadi orang tengah ni. Pembekal dan penyimpan maklumat orang lain, pembentang maklumat orang lain..tu yang buat takde semangat..

Ok la..banyak sangat dah mengeluh hari ni.. (Bersabar banyak2 yer jiwa dan lara..huhuhu) *pujuk hati sendiri*

Feb 17, 2012

Redha Itu Ikhlas..Pasrah Itu Menyerah... So, Saya Pilih Redha :)

Kalau nak suruh saya buat kerja2 kat ofis takpe..saya sanggup. Tapi nak suruh saya kuar memang saya kurang sanggup. Lebih2 lagi kena pegi ngan bos kecik saya :')




Dua minggu berturut2 saya asek kuar..kurang suka. Tapi redha dan pasrah..cuba untuk ikhlaskan hati. Ada sebab kenapa saya kurang suka nak gi miting KKLW ni dan biar la saya sj yang tahu..huhuhu..

Feb 14, 2012

Penat Sangat Hari ni..

Sooo..disebabkan penat saya tempek gambar yang menyebabkan saya penat arini..(Walhal bukan buat apa pun) Besok2 ada masa kita sembang..




** Besok pun kena kuar lagi..alahai ***

Oct 7, 2011

Syukur masih ada yang memahami...

Ari ni EL..auni tak sihat lagi, tiap kali minum susu n makan bubur mesti muntah balik. Ditambah dengan cirit birit pulak ;( terus susut, seminggu xsihat turun 2kg..huhuhu..sian anak mama.

Tadi ada misscall dari officer kat hq. Tak sempat nak angkat, pastu masuk 1 sms dari dia bertanyakan pasal laporan yang sepatutnya dihantar hari ni. So saya reply bagitau yang saya EL sebab anak2 tak sihat. Tau tak apa dia balas balik?
Dia balas "Ok takpe..saya faham".. Terus rasa terharu sangat. Kadang2 orang lelaki lebih memahami kan..tak macam sesetengah bos perempuan..yang faham tapi buat2 tak faham.

So, disebabkan kebaikan hati En Hisham tu..saya mengikhlaskan hati datang ofis tengahari nanti. Tunggu lunch hour baru ingat nak masuk ofis..siapkan report. Insyaallah..itu pun lepas monitor keadaan auni sampai tengahari nanti. Kalau dia still muntah2 so kena bawak hi hospital terus. Dan maknanya isnin nanti baru boleh hantar report tu.

Sep 23, 2011

Makan gaji punya story..

Adakala rasa seronok bila banyak kerja..tapi adakalanya rasa tak tertanggung. (-_-)

Waktu ketiadaan bos ni pulak la macam-macam isu yang timbul. Maksud saya perkara or kes berbangkit..kesan dari kesilapan orang dulu2 dan sekarang kita yang menanggung, kita yang kena cari jalan nak selesaikan masalah tu. Bukan mudah..kena call orang tu, kena refer orang ini. Kena bebel dengan customer..boleh sakit jantung dibuatnya..(Na'uzubillah)

Even hamba Allah yang buat kesilapan tu masih wujud tapi disebabkan dia dah tak duduk di kerusi saya ni soooo..faham-faham sendiri la kan..huhuhu :')
Manusia..tak ada yang tak pernah buat silap kan. Benda-benda macam ni la yang sebenarnya mematikan mood buat kerja, bila orang lain buat silap kita yang nak kena tanggung kesannya. Tapi yang positifnya, banyak benda baru yang saya tahu. Kalau masalah macam ni apa yang perlu dibuat, kalau masalah macam tu pulak macam ni cara nak setelkan. Syukur sangat kawan-kawan sentiasa membantu. Especially hamba-hamba Allah di HQ yang tak bosan jawab pertanyaan saya. Salah sorang tu hubby Wahida MY ALL tu..hehehe (D, aku mention ko kat sini tau sebab ko banyak tolong aku)

Dah beberapa hari ni saya nak kena setelkan kes orang ni. Belum masuk fail2 lain..ada fail dari tahun 1975 yang saya baru 'scan' gitu2. Belum berkesempatan nak go thru sehelai demi sehelai untuk tau jalan cerita.. Masakkkkk..
Bila tengok tarikh lahir tenant tu tahun 1924..dah confirm dia dah takde lagi di muka bumi ni kan.

Ok la, cukup la dulu cakap2 kat blog ni. Sekurang-kurangnya ada jugak tempat meluahkan isi hati..

p/s: BEsok ada 2 jemputan kenduri kawen and ahad ada jemputan open house.. Dah nak sampai ke penghujung syawal kan..

Sep 22, 2011

Gundah gulana..

Hari ni..hati berbelah bahagi sama ada nak gi ofis atau tak. Nuha demam..panas sangat. Musim agaknya sebab kat fesbuk dan blog juga rama kawan2 share citer pasal anak demam.
Dah lama nuha tak demam sejak tak duduk taska..dah demam ni redha jer la kan.

Sooo..hari ni saya bekerja dengan separuh hati..separuh lagi ada kat umah. Hopefully tengahari nanti ada masa lari kejap bawak dia gi klinik. Pagi ni minta tolong papa tengok2kan kejap..gilir. Bibik?? yup memang betul ada bibik tapi dia kena tumpukan perhatian lebih untuk Auni. Saya tak tergamak nak biarkan anak2 yang tak sihat di bawah jagaan orang lain. Sebolehnya nak jaga sendiri..yang ada anak mesti faham kan. Sebab tu walaupun dah ada bibik cuti tetap gak laju..cepat habis. Tak ada ibu yang normal nak anaknya sakit kan..


Cepat sembuh yer sayang...



p/s: Takde WW dan TT untuk minggu ni..

Sep 19, 2011

Balik lambat lagi..

Almost kul 6 pm..dan saya masih belum ada tanda2 mau pulang. Gara2 takde mood untuk buat kerja separuh hari..hah, rasakan petang berkoyan-koyan kerja nak kena buat. Saya buat mana yang nak kena hantar dulu. Besok due date untuk hantar Anggaran Bajetso buat bajet dulu.. (ingatkan kat tempat baru ni dah cuci tangan bab2 bajet..rupanya kena jugakkk..*tak suka*) so dah setel part saya. Ni ada masa blogging kejap sementara tunggu budak2 teknikal buat anggaran kos diorang pulak.

Ada 1 lagi report nak kena submit ke kementerian before hujung bulan ni..paling tak suka report nih tapi kena buat jugak..haishhh. Dalam hati selalu berdoa semoga dicepatkan masa berlalu..mintak bos cepat2 masuk ofis. Rasa cam tak tertanggung jer beban kerja yang banyak ni..:')

Kalau kat ofis lama dulu merasa jugak la 'jobless' sekali sekala. Tapi kat sini memang tak berpeluang, ko kena pandai2 sendiri cari masa untuk berehat kejap. Tak tau macamana nak terangkan..(sounds cam trouble betul kan..hihihi) Tapi reports tu boleh tahan lagi, yang paling tak tahan bila ada 'kes' yang nak kena setelkan. Kalau kes tu dari zaman tok kaduk maka ko kena la study fail tu..setiap helaian kena baca supaya tau jalan cerita. Hurmmm...walau banyak kerja tapi saya tetap enjoy, saya suka bila banyak kerja. Takde la rasa cam useless kat ofis ni kan..hahahaha..

(Mana la pulak budak2 teknikal ni...mak nak tengok Kasih Alia ni)

Memandangkan diorang tak muncul2 lagi so kita sambung lagi :)

Last week cuti 3 hari saya n family gi beraya rumah kakak kat muar..dia buat makan2 sikit. Maaf banyak2 kat mummyZarAliah sebab tak dapat datang majlis baby Aliah. Apapun thanks sebab sudi menjemput. Jangan serik jemput lagi k walau banyak kali ko jemput ada jer halangan..takde rejeki betul nampaknya.

Saya tempek sekeping jer dulu..ada banyaaak gambar and ada macam2 story tapi tak sempat jer nak share. Memang betul2 tak sempat lah..nak update kat rumah memang lagi la tak boleh sebab kami lakibini dah sepakat untuk terminate broadband Cel*om yang macam siput tu, connection memang fail! Ok sikit m*xis dulu.




Saya bersama adik-adik..(caption bajet muda..puiiii)




Dah tkde la pulak idea nak menulis..budak2 yang ditunggu ni pun tak nampak batang idung diorang lagi. Kang ahkak balik kanggggg...

Sep 13, 2011

Phewww.....

Phewww...(Lagi)

Hari kedua tanpa bos..(kecoh la ko jah!!!)

Dari pagi sampai la lunch hour ni mak tak cukup rehat. Tak menang tangan, tak menang kaki, tak menang mulut..tiada kemenangan di sana sini..

Bontot tak sempat nak panas kat kerusi dah kena jumpa orang tu, jumpa orang ni nak refer segala benda..:') Tengah2 taip surat ada gangguan pulak (seb baik bukan gangguan makhluk halus), time tengah study segala mala fail, tetiba nak kena pegi tandas pulak (hah, ni takde kena mengana ngan keja) Rasa diri sangat cemerlang sempena ketiadaan bos ni..huhuhuhu

Kejap2 nak kena jawab telefon, kejap2 nak kena jumpa orang kat kaunter..kejap2 lak nak kena itu, kena ini..KENApakah??

Maaflah, tak sempat nak BW jauh2 or banyak2..klu sempat BW pun tak sempat nak tinggal jejaks. Ada masa sejam rehat ni mak nak menghayati dan menikmati betul2 masa yang ada sebab lepas tu nak berhempas pulas pulak..(cam terus sangat bunyinya kan...hihihi)

Ok la, kul 1 suku dah ni. Jom kita g beli abc special..harap2 boleh menenangkan jiwa raga yang kusut.

Sep 12, 2011

Hari ini..bermulalah kisah tragis..

Hua..hua..hua..tragis la sangat.


Baru nak kena tinggal ngan bos sebulan dah gelabah..hehehe

Gelabah la kan, kita baru lagi masuk sini tup tup kena buat kerja bos pulak..kerja sendiri pun belum semua boleh catch up..

Bila tengok list kerja yang dia tinggalkan memang rasa nak menangis and rasa nak lari jer dari ofis ni sampai dia masuk 24.10.2011 nanti. Banyak....berderet-deret :')

Nanti kalau ada masa sikit boleh la curik-curik update kan. Hari ni pun sepagian takde kat ofis. Nak upload gambar pun dah takde mood!!


Ok, babai..nak sambung wat kijer..

Sep 6, 2011

Bos saya memang baik dan lawak..

Bos saya adalah seorang pak Haji..tabligh. Alim tapi suka buat lawak..kalau dia melawak muka dan cara dia bercakap serius tapi ayat and kata2 dia memang lawak ;D
Seorang bos yang sangat sporting..(tapi kadang2 buat saya geram gak..huhuhu)

Bos yang sama yang emailkan pesanan sempena ketiadaan dia ari tu.. Juga bos yang akan bercuti 40 hari nanti..(Cuti untuk pergi berdakwah..memang tiap tahun dia akan bercuti untuk tujuan itu. Best tau sebab gi berdakwah kat obesi)


Nak share email reminder dari dia untuk semua MA*A District Officer.. Baca la ayat last dia tu..ekekekek (Hah?? tak lawak?? Takpe..biar mak gelak sorang2 ;p)




Chow..nak gi DEMC.

Aug 18, 2011

Syukur saya tak cuti hari ni.



Tengok nih... Berderet pesanan dari immediate bos ku. Kalau ari ni tak masuk ofis maka ada la maklumat yang tak akan sampai kepada pihak ketiga itu. Tahan jer la perut yang masih memulas-mulas ni :')

Now pukul 9.00 dan semua perkara dalam list di atas telah saya laksanakan. Alhamdulillah. So, mari buat kerja lain pulak..sobs..

Mar 22, 2011

Terima Kasih Allah

Syukur alhamdulillah..terima kasih Allah.

Last 2 weeks saya buat surat mohon pindah ke MARA Selangor (lepas dapat info akan ada kekosongan kat situ) Dan hari ni, 22hb Mac 2011 dapat berita permohonan saya diluluskan. Syukur yang tidak terhingga.. insyaallah 18hb April nanti saya mula bertugas di tempat baru..di bangunan Anggerik Mall.

Masa mula2 baca circular pertukaran tu memang menggigil & berdebar-debar..perasaan bercampur baur. Tak sangka dapat jawapan dalam masa terdekat. Sedih + gembira..+ cam tak percaya... Direct officer saya mungkin agak terkilan sebab saya buat surat tanpa pengetahuan dia. Maafkan saya bos, bukan tak nak bagitau tapi tak nak kecoh2 sebab belum pasti. memang ingat nak bagi hint jugak tapi tak sempat nak bagi hint surat dah kluar.

Rasanya memang dah patut saya pindah sebab insyaallah hujung tahun nanti genap 6 tahun saya di bahagian ni..dah puas tengok angka, tengok nombor2 :) Insyaallah di tempat baru nanti bertugas di bahagian pembangunan insfrastruktur perniagaan pulak. Ermm..tak janggal sangat kot sebab dulu pernah bertanggungjawab buat kerja ni walaupun tak 100%.

Insyaallah, saya tak perlu lagi mengadap jalan yang sesak hampir setiap hari setiap pagi dan petang.. dan yang paling best banyak boleh jimat..tak perlu bayar tol, parking yang mahal & duit minyak pun kurang. Bila dah pindah nanti takde la saya letih sangat macam skng ni, kuar kul 5 pastu drive jauh dan bila dah sampai rumah letih sangat rasanya..mental dan fizikal letih.

Lagi yang seronoknya, tempat kerja saya & suami dah dekaaaatttt..yeayyy. Boleh la kalau sekali sekala nak lunch sama-sama (skng ni pun kdg2 lunch berdua jugak tapi kesian kat dia nak datang jauh2 semata-mata nak lunch dengan saya)..kalau selangor cuti pun boleh la cuti sama2 :) Selalunya selangor cuti, kl tak cuti..kl cuti, selangor lak tak cuti.. tapi tak merasa la saya cuti hari wilayah tahun2 akan datang..dapat cuti Nuzul Quran la pulak... :D

Sebelum buat surat dulu, saya minta pandangan hubby..hubby sangat2 setuju dan bila call dia bagitau jer tadi dia jawab alhamdulilllaaaahhhh..(panjang harkatnya ;p)



So..sekarang ni saya meniti minggu2 terakhir saya di sini. Setelkan apa yang patut.. Perasaan sedih tetap ada. Sedih tinggalkan kawan2 yang best..juga sedih nak tinggalkan Sogo dan jalan TAR...hahaha *kiddin*