Showing posts with label mySweetHeart. Show all posts
Showing posts with label mySweetHeart. Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Aug 29, 2012

Dah Tahu Jantina Baby..



Hari ni checkp up day..berjanggut nak tunggu turn sebab kebetulan ramai lak mak2 buyung wat check up. Syukurlah dianugerahkan suami yang sangat penyabar..tk dengar sikit pun keluhan or rungutan keluar dari mulut dia. Alhamdulillah..
Procedure macam biasa, buat urine test..result semua clear. No high blood n no diabetic.. Cumanya tekanan darah agak rendah 88 dibawah 64. Ok..no wonder sehari dua ni asyik rasa nak pitam..nak tumbang bila berjalan.



Insyaallah..akan dapat 2 pasang..sepasang anak lelaki..dan sepasang anak perempuan. En suami la yang paling happy bila tengok scan screen tadi..sampai rumah pun masih nampak kegembiraan di muka dia yang memang mengharapkan baby boy untuk kandungan kali ini. Saya??? Semestinya gembira jugak.. Bersyukur dan berbangga dapat tunaikan impian suami..syukur alhamdulillah..
Disebabkan tekanan darah yang agak rendah..doktor bagi MC untuk hari ni. Lagipun dah dekat setengah hari kat klinik kan..huhuhu.



Saya sebenarnya dah pasang niat..dah minta hubby ingatkan selalu kalau peknen kali ni dapat boy saya bernazar nak puasa 3 hari.. *tp tak berturut* So..Allah dah bagi yang kita minta kita yang dah berjanji dengan DIA ni kena la tunaikan kan.



P/s: Masih dalam mood gembira..



Published with Blogger-droid v2.0.6

Aug 14, 2012

Ulangtahun Suami Terchenta :)

Sabtu lepas bersamaan 11.08.2012 genap umur hubby (B) 32 tahun..hihi so sekarang umur kami dah berbeza. Masa besday saya bulan lepas dia kata kami dah sebaya..saya 31 dan dia pun 31..:D Kejap jer la kita sebaya yer B..sekarang B dah 32 n syg masih 31.. (Nak sangat muda kan ;p)

Nk dijadikan cerita..jumaat malam tu B balik lambat sebab ada rewang kat surau..menganyam ketupat. Ni betul2 punya ketupat tau..bukan ketupat yang satu lagi tu..hihihi. Lagi 20 minit kul 12 baru sampai umah, pastu dia kena kuar balik sebab nak amik adik lelaki saya kat station bas yang baru sampai dari Muar.

Masa dia nak kuar tu pun saya memang dah mengantuk sangat..memang tak teringat langsung nak wish. Walhal siang tu (dan beberapa hari sebelum ingat jer yang sabtu tu besday dia) So masa dia kuar tu belum kul 12 lagi..bila dia kuar jer saya pun terus naik atas kebabooommm...tidur!

Saya tak tau kul berapa dia balik..yang saya sedar dia cium dahi dan tangan saya. Saya dalam mamai2 tu kiss dia balik and sambung tidur..Huwaaaa..terasa kejam jer boleh lupa nak wish. Apa punya wife daaaa :')

Bila bangun esok pagi terus teringat dan tengok2 dia dah takde kat sebelah. Melompat saya bangun cari henfon dan sms tanya dia kat mana.. Dengar bunyi sms masuk kat tepon dia..rupanya henfon lak dia tak bawak...ada kat atas katil.. huhuhuhu. Lama gak saya tunggu..dekat kul 9 baru dia sampai. Rupanya lepas subuh dia terus lepak surau tolong2 wat apa yang patut untuk majlis khatam Quran malam nanti.. :)

Masa tu baaaaruuu wish besday dia..haihhh..lemah betul :D. Syukur la dia faham keadaan saya yang penat dan mengantuk sangat malam tu.. Lagi pun baru tahun ni jer terlupa...sebelum2 ni memang tunggu sampai kul doblas..hehehe.

Bila cakap pasal tunggu kul 12 ni teringat lak beberapa tahun lalu sebelum kitorang kawen. Masa tu saya datang dari KK semata-mata nak celeb. besday dia.. Menjelang besday dia tu kitorang lepak makan kat A&W Subang..ingat lagi masa tu tetiba ada sorang pompuan call wish besday dia. Kul 12 malam ko..tapi saya dengar hubby cakap thanks dan bagitau dia ada dengan saya..huhu. Sian kat pompuan tu..sanggup tunggu sampai tengah malam nak wish besday boifren saya..hihi. Saya ingat dia suruh sampaikan salam pada saya tapi saya tak ingat sapa nama pompuan tu..B ada sebut rasanya masa tu..tapi dah lupa. Hurmmm..abaikan. Sekadar selingan jer..

Doa dan harapan saya semoga B diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, dipermudahkan segala urusan dan semoga keimanan semakin kukuh dari ke hari. Aminnnn..



Hadiah??? Awal bulan lepas lagi saya dah bagi..benda yang dia memang nak dan dah tahu saya akan bagi ..hehehe..

Aug 9, 2012

Dah Tahu Jantina Baby???

Semalam..bawah perut saya sakit menyucuk-nyucuk. Rasa cam terturun jer baby ni (perasaan mak dia ler) So bila ngadu kat kakak kat division saya ni (kakak yang dah level mak2) dia suh gi klinik cek since ari tu pernah bagitau dia yang uri saya agak ke bawah sikit.

Ngadu kat hubby lak..(biasa la kan..mesti nak ngadu dhomba sana sini..ahaks) Dia pun suh gi klinik & tanya kalau perlu dia teman. Saya tak sampai hati nak suruh dia datang dari KL semata-mata nak teman saya gi check..entah2 takde apa yang serius pun.

So, kul 12 lebih semalam saya gi klinik panel kat PKNS..sorang2. Jalan slow jer sebab sakit bila jalan laju2, tambah pulak ngan kepala yang pening2. Doktor scan, dia kata uri saya banyak duduk kat tempat yang saya kata sakit tu. Memang agak ke bawah tapi still awal lagi..kalau dah 8 bulan uri masih duduk bawah then baru kita kena risau..kata dia. Legaaaaa...

Sempat gak tanya doktor dah nampak gender ke belum..jenuh la doktor tu cari. Memang nampak..tapi oleh sebab masih awal, baru masuk 20 minggu so dia tak boleh nak confirm 100%.. Saya senyum jer la kan..terima dengan hati terbuka dan gembira apa pun jantina anak dalam rahim ni. Yang penting sihat sempurna sifat & akalnya. *Amin*

Bila dah nampak 'tuuuut' baby tu terus sms hubby..(walaupun tak confirm lagi..hihi)
Merajukkk lak dia...huhu. Sian pun ada gak, rasanya saya tak patut sms kat dia sebab tak seprais n sepatutnya biar dia tengok sendiri..huhuhu

Tengok apa dia reply bila saya sms.. :D



Tapi kannn...rasa cam nak gi scan hari-hari lah.. Boleh tak??? ;D

Mar 8, 2012

08.03.2002..



Saya tak silap tulis..tarikh itu, adalah permulaan untuk segalanya. Tiap tahun mesti ingat dan akan tulis pasal ni. Kesian korang kalau dah terbaca ;p

Biar korang muntah pas baca entry ni..tak kira nak story jugak..haha *syok sendiri wei*

Tarikh tu la kami 'declare'..tapi takde la kata nak kapel. Ceritanya bermula masa belajar dulu..part six. Tengahari lepas habis kelas kitorang balik naik basa sama2..(kami tu, refer kepada saya dan hubby) dari kampus ke kolej kediaman (hostel) Kolej kediaman saya masa tu kat Bukit 1, masih dalam kawasan UiTM dan dia pula di taman perumahan berhadapan pintu masuk UiTM..(Dekat jer pun)

So sebelum sampai depan kolej hostel, sebelum turun dari bas..dia tanya "awak sayang saya tak?.." So saya yang pemalu pun menganggukkan kepala sambil tersipu-sipu.. hihihi. Di situ la bermulanya hubungan cinta kami yang membawa kepada ikatan perkahwinan yang suci dua tahun selepas itu sehingga ke hari ini dan semoga berkekalan ke akhir hayat kami. Aminn..


p/s: Tak salah mengingati sesuatu yang indah kan..jangan marah naaa... :)

Dec 3, 2011

Entry mengisi masa lapang :)

Anak-anak dah tidur..en suami tak balik lagi dari main futsal..soooo bila tak tau nak buat apa saja la conteng2 sikit kat blog..

Kad dari en suami masa anniversary ari tu. Terharu jer baca ayat-ayat dia. Saya rasa dia lagi banyak berkorban untuk keluarga kami. Saya juga berdoa semoga Allah merahmati hubungan kami.



P/s: Doakan kami kekal hingga nafas yang terakhir..

Oct 18, 2009

Salah Satu Impian Hubby

Semalam..hubby ajak g umah classmate dia masa sekolah dulu, kat Salak Tinggi..Open house la kan, apa lagi..

On the way masa kat highway tu sebijik motosikal ducati lalu..boyfren & girl fren or hubby & wife ntah la tak tau..

Hubby tiba-tiba bersuara " Uhh..bestnyerr. Nanti la bila kita dah banyak duit kita beli sebijik yer yang..hujung2 minggu boleh gi jalan2 makan angin berdua.."

Pastu saya pun tanya la.."abis tu anak2?.. Boleh lak dia jawab"Anak2 tinggal la..masa tu dah ada bibik"..

Dalam ati saya,"cehh..kata tanak bibik" LoL

Sebenarnya ini bukan kali pertama hubby cakap nak beli motor..saya doakan ajer semoga impian dia tercapai. Sepanjang saya kenal hubby ni, saya tengok dia jenis yang kalau dia nak sesuatu dia akan berusaha sampai dapat then bila dah dapat dia akan jaga sebaik mungkin..lebih2 lagi kalau something tu susah dia nak dapat. Pastu bila dah dapat try la offer yang lain dia tetap setia ngan apa yang dah dia miliki tu. Dah banyak contoh yang saya tengok..

Kawan2..sekali-sekala dapat naik motor macam ni mesti seronok kan? :p



Yamaha YZF-R1

Aprilia RSV

BMW K1200S


Best jer rasanya kan kalau hubby ada angan2 macam tu..lagi best dia masih ada perasaan & keinginan nak kuar berdua-duaan.. :p

Mar 9, 2009

Semalam... tujuh tahun lalu



08.03.2002
Scene dalam bas ketika balik dari kelas (Part 6)

En Haris: Awak sayang saya?
Pn Aku: (Mengangguk malu2
(citt..hahaha)

Selepas insiden di atas maka rasmi la aku ngan en haris couple. Hehehe.. (Banyak lagi kisah sblm tu tapi nak memendekkan cerita so aku copy yang itu jer)
Tapi yang pasti bercouple pada sem akhir..
Sebenarnya aku & en haris adalah classmate since part 3 (sib baik aku transfer dr sg.petani kalau tk memang tk jumpa la en haris ni..hahahah)

Kalau ingat semula kenangan2 masa study dulu memang sangat2 indah ..un'lupa'able..

Tapi pas complete part 6 en haris further study ambik bachelor kt UiTM Shah Alam.
Masa ni macam2 dugaan..tak perlu la aku detailkan tapi aku sampai sekarang masih tak boleh lupa apa yang 'perempuan sewel' tu dah buat pd aku.
Errmmm..takper la,dia pun perempuan so besok2 ada orang lain ganggu HUSBAND dia baru dia tahu macamana perasaan aku dulu. Tuhan tu kan Maha Adil..
(Aku bukan mendoakan tapi mengingatkan..kalau2 dia baca blog aku ni)
Maaf la, aku ni mudah memaafkan tapi untuk melupakan..TIDAK SEKALI2!!!!

Sekian la coretan merapu & lepas geram aku..


P/s: Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.