Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Mar 18, 2012

Tips Terbaik Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang


Artikel Dari SINI..

Jom kita baca sama-sama..(TQ Wonderfil Life.my)


1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?

Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda….

Encik-encik suami sekalian, tahukah anda, sakit melahirkan pernah disenaraikan sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya dicabut nyawa.....Berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tidak akan dapat menebus semula kesakitan melahirkan itu. Jadi, tidak salah sekiranya anda menunaikan permintaan isteri anda jika isteri anda meminta bantuan.Lebih baik sekiranya, anda bertindak dahulu sebelum diminta atau disuruh oleh isteri anda.. .Ingatlah…Isteri anda telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda….

Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai…

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah…Jika ada para suami yang berkecil hati dengan artikel ini, saya mohon maaf..Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kea rah yang lebih baik…InsyaAllah…

Mar 7, 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak.


Setuju sangat dengan artikel ni. Sedar tak sedar banyak perubahan pada diri kita sejak bergelar ibu kan..‎

Mari luang masa untuk baca.

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
==========================...==============

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Sumber: SINI

Feb 25, 2010

Benefits Of Breastfeeding

Saya dapat artikel ni dari SINI..

Email dari Puan Cathorine Abdullah, PJ Selangor
What are the benefits of breastfeeding for the baby?
- Cat

Kebanyakan ibu sering bertanya soalan ini kepada Drew. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, ini saranan Drew.

Susu ibu adalah sumber asli yang natural dan baik untuk menghalang anak kamu dari dijangkiti penyakit. Segala nutrien yang diperlukan untuk bayi terkandung di dalam susu ibu. Susu ibu juga mudah di hadam berbanding susu bancuhan dan bayi anda akan kurang mengalami sakit perut. Melalui kajian yang Drew sertai satu ketika dahulu, susu ibu mempunyai suhu yang betul-betul sesuai mengikut keadaan suhu disekeliling anda. Jadi, suhu susu ibu diberikan kepada bayi.

Berbanggalah kamu kerana menjadi ibu kerana dengan memberi susu anda kepada bayi, hubungan anda dan bayi akan lebih akrab.



Lelaki dari Sri Lanka ini mengambil alih tugas isternya setelah beliau kematian isteri.

Pss..pss..tak kan tak rasa tercabar ngan pakcik di atas tuuu?? :)