Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Mar 5, 2012
Sembang Kosong
Saya baru lepas goreng nasi..yup, di kala orang lain dah mula nak tidur saya masih belum makan malam lagi *sebenarnya dah plan taknak makan, just masak untuk hubby*. Sambil2 tunggu cik abang balik so kita sembang2 la kat 'diary' ni kan. Nak tengok tv malas la pulak.
Malam ni anak2 sangat cemerlang..by 9 semua dah tumbang..haha. Bagus..bagus, lagi bagus kalau tiap hari macam ni. Mesti sebab pagi tadi bangun awal..diorang dah kena bangun awal, seawal 7.15 pagi..sebab mama kena masuk ofis before 8.30..Sian diorang (tapi bila fikir2 ada budak lain yang kena bangun lagi awal kan)
Dulu papa keje dekat boleh la diorang bangun lambat sikit sebab papa pun kuar rumah lambat. Sekarang ni papa dah keje kat kl, papa kena kuar awal so mama la yang ambil alih menguruskan persekolahan diorang. Nak gerak diorang bangun tu yang agak payah. Saya berperang dengan rasa kesian dan dalam masa yang sama kena kuatkan hati sebab kalau tak gerak diorang bangun mama la pula yang akan lambat masuk ofis. Hannan ok, dia memang pantang dengar kita kata "bangun..hari ni mama hantar hannan gi school"..memang pantas dia bangun, dia kan anak mak :)
Nuha agak susah sikit nak bangun, tambah pulak dengan sifat dia yang memang sensitif. Kena puji2..kena dibelai-belai..kena buat mood dia ceria. Or dia tak akan bangun langsung atau dia akan menangis, taknak mandi tapi taknak kena tinggal. Memang menguji kesabaran sikit menguruskan anak dara yang sorang ni.
Soooo..masa yang ada ni memang my 'me time' la..Legaaaaa.
p/s: Sebenarnya tadi nak sembang pasal benda lain, ada banyak cerita tapi dah tersembang bab lain lak. Takpe la..besok2 ada peluang saya share la di sini.
*Nunite all*
Feb 17, 2012
Rindu Saat Indah Itu...
Tadi kat FB ada member share artikel pasal Kelahiran. Tetiba jadi rinduuuu sangat nak berbaby..bila tengok gambar ni lagi la bertambah-tambah teringin... :) (Oit..auni kecik lagi wei)
Jan 12, 2012
Tempat Wajib Singgah..
Dan kalau dah masuk tu mesti ada jer benda yang dibeli..hihi. Tak kira la apa pun memang ada jer yang tersangkut kat tangan ni.
Hari ni terbeli mask,coklat n biskut.. Buat munching kat ofis (saya perasan yang macam dah jadi habit buat kerja waktu petang sambil mengunyah..) *bad habit nih*
Eh..mask tu xde la nak dimakan..tu buat tempek kat muka malam2..hehe
Dec 31, 2011
Mahal or tak mahal?
Rm3++ mahal ker? Bagi sesetengah orang mungkin tak mahal tapi bagi saya agak mahal untuk sebijik handbag ;)
Beli pun sebab ada discount so dapat la less then rm200. Kata nak berjimat kan ;p
Pagi ni sesi mengemaskini handbags yang ada. Nak masuk semula dalam dust bag mana2 yang jarang dipakai. Bila bersih2 kan beg Sembon*a ni baru terperasan beg ni dah rosak. Part bawah beg ni dah koyak..and jahitan dah tetas.. Huhuhu..
Banyak beg yang dah rosak..termasuk beg Nine West hadiah papa diorang lepas lahirkan Nuha. Sayangnyaaa..
Saya ni memang tak pakai handbag mahal2 cam korang..paling mahal pun RM3++ itu pn semua hubby yang sponsor. ;) Sian kan..
Baru ni papa belikan beg lagi. *Thanks B* Banyak beg tapi yang suka sangat pakai tetap 'shopping bag' Sembon*a yang kecil comel tu dan tak pun Cath Kidston yang lasak itu..
Sama la cam tudung or barang2 lain..ada banyak pilihan tapi ada 1 or 2 jer yang jadi fav. Yang selalu dipakai ;D
Dec 18, 2011
Jungle Tracking update..
Sekarang ni terperasan yang dah malas nak update or membebel panjang2 macam dulu. Faktor usiakah?? Huhuhu..
Ok..back to topic. Tadi berkumpul kul 7.30. Ding dong ding dong..tunggu org tu..tunggu org ni. Kul 8.30 baru gerak.. Kaum ibu 5 orang jer yang join..selebihnya kaum bapa n anak2. Tapi anak2 mak tak join sebab masa makpak diorang keluar diorang tidur lagi..selamaaattt..hihi.
Dioranh sediakan sarapan gak..sebungkus nasi lemak n sebotol air mineral. Makan dulu sebelum gerak..tapi mak makan sikit jer sebab sambal dia pedas sangat..takut tetiba sakit perut kat dalam hutan.
Memang sangat2 seronok sebab dah lama tak join aktiviti 'mencabar' macam ni. Naik bukit..turun bukit.
Dah masuk dalam hutan tu boleh lak jumpa perkampungan indon..hehehe. Takut weh..anjing diorang salak kuat, banyak lak tu. Eh..tapi tak sure sana ada tu indonesian or orang asli. Tapiii..ada ke orang asli kat shah alam ni? Haha..
Memula semua orang steady jer..bila dah sejam lebih berjalan masing2 dah slow..hehehe. Penat kata ko..
Tapi masih sempat melawak..best ar diorang, semua sporting. Saya n hubby sibuk menamakan pokok2 yang kami jumpa. *mengarut jer pun sebenarnya..*
Rasa rugi tak bawak camera..banyak sangat subjek boleh dijadikan mangsa. Tapi kalau bawak pun mesti rasa terbeban jer..huhu. So amik jer la gambar ngan tepon yang ada.
Bila dah 2 jam lebih berjalan saya dah nak surrender..letih n lenguh2. Maklum la..warm up ala kadar jer sebelum gerak. Lemah lutut mak nak. Soo..sepanjang jalan hubby pimpin. Penat n laparrr..
Alhamdulillah..kul 12.30 sampai rumah. Terus meniarap n minta anak2 pijakkan belakang n picit2kan badan.
Tapi walaupun penat..next year saya nak joint lagi. Club taman ni memang aktif..baru2 ni buat camping untuk anak2 remaja..insyaallah awal tahun depan *bulan depan jer pun* buat bbq nite lak.. Pastu group kat fesbuk pun sentiasa update :) Semangat kejiranan memang kuat..haha
Ok la..nak rehat kejap sementara tunggu hubby balik dari main badminton. *Larat lagi dia..*
Oct 29, 2011
Kata cuti sebulan???
Alhamdulillah..hari ni dah rasa sihat sikit..2 hari MC disebabkan sakit tekak yang membawa ke demam. Kalau tak period mesti dah syak diri sendiri peknen sebab feeling n simptom cam peknen. Muahaha..legaaa la kan. Saya dan hubby dah plan bila nak menambah bilangan ahli keluarga. Buat masa ni cukup la 3 orang dulu...
Nak update sikit jer ari ni. Dah tak tau nak buat apa, asyik baring pun boleh pening jugak. So sambil2 tunggu hubby balik dari servis keta ngadap la blog ni kejap. Tak tau pun nak sembang apa..tambah2 dah bercuti panjang ni kan harus la otak ni dikerah lebih sikit.
Owh yup..bos kecik saya dah balik dari cuti berdakwah dia..legaaaaa rasanya. So takde la saya kena buat kerja dia lagi pasni. Next yer la pulak -_-
Cukup la dulu..nanti2 sembang lagi. Tak sabar sebenarnya ni..next week nak balik kampung..horayyy!!
Sebelum tu, nak share kejadian pagi tadi..
Ibu yang demam: Hannan..mama nak air ribena la.
Anak bertuah: Mama turun la bawah.
Ibu yang demam: alaaa..mama demam la, x larat..
Anak bertuah: Mama, semalam kan hannan tengok kat tv orang demam tu buat air ribena sendiri..
Pandai betul mengarang kan. Makin besar makin bijak berkata-kata...
Aug 22, 2011
Azam.Nekad.Betul ke?
Belum masuk tahun baru dah pasang niat ;)
Bila dah merasa agak susah nak cari baju kurung untuk my girls yang sedap kainnya, yang cantik dipandang, maka dah pasang niat and azam nak belajar menjahit..uhuks
(Moga-moga tercapai la niat..takut azam tinggal azam jek..hikhik)Sekurang-kurangnya kalau tahu menjahit save sikit bajet untuk baju kurung/melayu anak2 kan.. kena berjinak-jinak ngan jarum benang segal pas ni..
Hujung minggu baru ni gi cari baju Kak Wa n Amoi..alahaaaiii, baju papa, baju mama, baju abg hann dah setel..baju diorang yang paling mencabar nak cari. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Tapi ada sedikit frust bila corak polka dot tu takde saiz kak wa..sobs. So amik la corak lain, sama sikit-sikit ngan kaler tema pun jadi laaa..papa kata takut nanti tk jumpa langsung baik beli jer. Soooo..dah setel sepasang sorang. (Walaupun papa agak terkejut bila harga baju kurung saiz kecik tu RM55 sepasang ;p)hehehe..terkejut la sebab tiap tahun mama gi shopping sendiri, papa kuarkn duhet jer.
Jap lagi nak tawaf pkns lagi..bila tawaf akan berakhir tak tau la..hehe.
Aug 5, 2011
Kusangkakan..(Random)
(Ni entry suka suki duka duki..apa yang terlintas kat kepala terus kuzahirkan melalui jari-jemariku ini..ecehhh)
Sebenarnya kusangkakan hari ni dah boleh ucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk diri sendiri. Rupanya delay lagik.
Hari ni orang lain dah 5 hari berpuasa..tapi walaupun saya tak puasa tetap rasa cam puasa sebab tak makan dan tak minum sampai ke petang. (Kalau tak kurang gak lelemak manja kat perut ni tak tau la nak buat macamana lagi..)
Ari ni rehat panjang..tadi 'masa dah time' jer terus cabut. G Subang Parade sorang2 (saya suka jalan sorang2 esp utk shopping) sebab nak habiskan voucher Parkson yang ada yang berapa henggit tu. Dengan voucher tu dapat la sepasang sorang..(anak mak ada 3 orang so kena la adil dan saksama)and kalau nak beli lebih2 sila ajak suami sekali..hihihi (next time)
Lepas jer dah beli terus chiow balik ofis semula, dekat jer..15 minit dah sampai. So ada masa lagi 45 minit untuk conteng2 kat blog ni sikit. Owh yer, masa melangsungkan acara tunjuk-tunjuk ramadhan kat bazar stadium semalam mak beli ikan pekasam..Slurrppp..(sound efek menahan air liur dari jatuh) Sedappp makan dengan nasi panas2. Dulu festaim makan ikan pekasam ni hasil pemberian Timbalan Pengarah kat ofis lama..masa tu dia baru balik dari kampung, bagi senyap2 jer. Dia kata tak banyak so bagi kat orang2 tertentu jer..*ehem*
Tetiba lak terganggu emosi dek ikan pekasam tu..tak sabar nak goreng petang ni.( Ko tengok..even tak puasa tapi nampak cam orang puasa kan..)
Eh ada 1 lagi..pagi ni pun terbabas lagi. Kesian kat hubby tak sahur.. Rasa bersalah yang teramat kalau tak bangun sahur sebab dia kerja tak macam orang lain yang duduk diam jer kat ofis. Tak tau la apasal lately mata ni asek mengantuk gila babs..pastu telinga pun dah kurang daya pendengaran. Alarm dah set tapi sikit pun tak dengar bunyi.
Ok la, ada masa lagi setengh jam ni..boleh layan mata kejap. Babaiii..
Aug 2, 2011
Tema Raya Tahun Ni..
Tak tau lagi nak pakai kaler apa tahun ni..jeng..jeng..jeng. Masih memilih sama ada nk kaler..
Brown..Ni my fav kaler..(most) Dari dulu, kini dan selamanya. Hubby pun dah faham sangat sebab dari awal2 kapel dulu saya dah cakap apa yg saya suka & apa yang saya tak suka. Sampaikan dia pun dah suka kaler ni juga.. :)
Gray atau silver..yang ini pun fav color jugak selain purple..(Tapi purple dah pakai tahun 2008)
Turquoise..Kaler ni tak suka sangat tapi belum pernah pakai lagi..hurrmmm..
Pink..sweet jer. Pun tak pernah lagi, tak tau nak ker tak hubby pakai kaler ni. Tapi ok kot..hehe (Kalau pink pun tanak la pink 'menyengat' cam nih..huhu)
Cukup la 4 pilihan..kang kalau banyak sangat laaagi susah nak decide. Ni kaler2 yang dah pernah pakai..
Maroon..tahun 2006. (Masa ngandungkan hannan..)
Merah..tahun 2007 (Raya kat Kelantan..lebih kurang jer ngan tahun sebelumnya kan ;P)
Purple..tahun 2008(Ngandungkan nuha pulak)
Olive green..2009
Peach..tahun lepas..
Ok, mari kita terus memimikir dan memilih kaler untuk tahun ini pulak (walau kau belum start berpuasa cam orang lain)
Jul 28, 2011
Beli Rumah..
Gambar ihsan google..
Tadi kawan2 sepejabat sibuk bersembang pasal kenaikan kadar kelayakan pinjaman perumahan kakitangan M*RA. Yup..yang bagusnya keja ngan M*RA ni dia bagi fasiliti pinjaman untuk staff. Loan untuk beli komputer, loan untuk sambung belajar, loan untuk kenderaan termasuk la loan rumah. (Syukur sangat..bukan semua majikan bagi kemudahan macam ni pada staff dia kan.)
So...kelayakan adalah ikut gaji basic, tak termasuk segala macam elaun (gaji basic saya adalah ciput yer kawan2) . Buat masa ni kelayakan saya hanya setakat RM205,000.00 (-___-) Kenaikan tahunan saya adalah bulan 10, so baru layak untuk loan RM250,000.00
Semalam pun masa sembang2 kosong ngan hubby konon nak beli rumah lagi 10 tahun akan datang memandangkan masa tu anak2 dah besar. Tapi bila memikirkan harga rumah pada masa tu mesti naik gila2..sekarang ni pun harga rumah dah macam tak mampu nak beli...apatah lagi 10 tahun akan datang kan.
Belakang umah saya sekarang ni pun ada perumahan baru naik..banglo (memang tak mampu nih)..harga adalah dekat 2 JUTA... Pergghhh..telan air liur jer dengan kontraktor tu cakap..huhuhu. So, good bye jer la.. ;D
Nak beli sekarang rumah lain skng ni..takut tak mampu nak bayar 2 rumah..walaupun dua2 kerja tapi gaji sekadar ok2 jer..nak beli nanti takut laaaagi tak mampu nak beli.. serba salah kan. Saya terfikir macamana orang2 muda yang baru nak mula hidup berkeluarga tu.
Kalau nak harga murah sikit kena la pejam mata pilih yang jauh (semalam saya saja2 bawak hannan n nuha gpuncak alam..perghhhh, memang jauh) Saya respect dengan bos n kawan2 ofis y ang duduk situ ulang alik tiap hari..
Dan saya laaagi sedih bila memikirkan zaman anak2 kita dah besar besok? Masa tu basic gaji tak tau berapa tapi tak kan baru keje terus basic 2 or 3 ribu kan. Sian anak2 kita n generasi akan datang kan. (Jauh betul dah saya fikir ni..)
Tapi masa tu pasti akan tiba..sebab tu la ada hadis kata kumpul la harta seolah-olah akan hidup selama-lamanya..(kumpul amal pulak jangan lupa)
Ok la, dah tak tau nak cakap macamana lagi. Izinkan saya berfikir dan terus berfikir..
Sebab tu la ko selalu sangat sakit kepala..banyak sangat benda yang ko nak fikir..;p)
Jan 16, 2011
Menyogo
Yang bestnya, beli massager tu dapat free penimbang berat digital.. *wink*
Ni la dia..lupa nak snap gambar masa saya tengah dalam proses berurut..hehehe
Budak kecik ni pun ikut menyogo gak..syukur dia tak meragam.
Kalau sapa2 nak beli sempat lagi kot petang nih :)
Jan 12, 2011
Susahnya nak faham hati nurani wanita..
Jom baca..untuk hilangkan tension (klu tgh tension) ;p
Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab : Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab : Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
-----------------------------------------------------------------
Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab : Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
----------------------------------------------------------
Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket.
HAHAHAHA
Kesimpulannya..kalau nak apa2 kat suami sila cakap straight to the point pastu jangan komplen.
Okeh..selamat bekerja...
Jan 10, 2011
Anugerah Juara Lagu..
Serius cakap, sekarang ni saya dah tak berminat nak tengok rancangan2 macam tu..Anugerah Screen yang lepas pun tak tengok. Hehehe..mungkinkah disebabkan usia sudah bertambah???tahun ni akan melangkah ke 3 siries sudah ;)
Walaupun saya tak tengok, saya tetap tau sapa yang menang sebaaaaabbbbbb ramai yang komplen kat fesbuk tak puas hati Ana Raffali menang. Hehehe..bagi saya, itu rezeki dia. Bukan senang nak buat semua orang suka kat kita kan. Bagi yang minat kat dia ofkos la puas hati kan tapi yang tak minat konfem akan rasa tak puas hati. So..adat la. Dah tertulis dalam hidup dia..itu rezeki dia..
Ok la..saja nak membebel pagi2 Isnin ni..
Bubyee!!!!
Dec 30, 2010
Piala Suzuki AFF..
Petang semalam dah sms hubby awal2 kata taknak masak untuk dinner and dia pun kata ok jer. Tapi bila tengok first half tu cam boring jer saya pun masuk dapur..masakkkk. Sempat la masak 2 lauk & pastu suap anak2 makan.
Second half baru bersemangat sikit pas tengok gol cantek & terbaek dari safee sali..hehehe.
First time after 14 yrs..sapa tak bangga kan? Nak2 pulak menang di tempat lawan,memang ada kelebihan. Terima kasih la kepada PM kita yang berbesar hati bagi public holiday untuk semua rakyat malaysia Jumaat ni =).. Baru la dikatakan 1 Malaysia gitu..ahakss.
Okeh..okeh..selamat bercuti untuk semua, yang nak balik kampung tu bawak keta elok2. Yang nak gi bercuti-cuti 1 Malaysia tu jaga diri baik2, jangan lupa minggu depan dah masuk tahun baru. Kena mula semuanya dengan azam dan semangat baru. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini..insyaallah...
Dec 28, 2010
Sifat mengikut unsur..agak2 betul tak?
Masa lunch ngan ofismet semalam, sembang-sembang pasal unsur kejadian.
Masing-masing cam terer..cam tau jer sifat2 mengikut unsur tuh..ehehehe. Tapi untuk lebih pasti lagi jom kita baca sama-sama. Tak tau la saya pernah share pasal ni ke tak..kalau pernah pun takpe kita baca lagi sekali naa..
Info ni pun saya google..thanks to google sebab selalu bantu saya ;)
Sebelum tu kita tengok dulu korang ni dalam kategori/unsur apa..tapi yang ni untuk orang lelaki dulu. Boleh lah tengok..sama tak ngan sifat2 somi korang ;)
Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:
Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:
(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas
TANAH (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)]
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
AIR (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)]
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
API (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)]
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya
ANGIN (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana
Haaa..amacam? ada yang betul tak? Hubby saya dalam unsur air..cam ada yang betul dan ada yang tak betul ;P
Yang ni untuk golongan wanita sejati pulak..
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.
Saya anak ke dua cam hubby..unsur air. Bila baca yang pompuan punya ni rasa cam semuanya betul..ahakss. Tapi dalam satu2 masa saya boleh bertukar menjadi wanita tanah, api & angin ;)
P/s: Sekadar suka suki di hari tuesday..
Dec 23, 2010
BASI..



Gambar yang ni pulak masa saya tinggal bertiga kat rumah (masa ni bibik dah takde)..Bawak Nuha & Auni g SR..ala2 celeb. besday Nuha awal bulan ari tu..tak la terlambat sangat,tk sampai seminggu ;) Tapi besday girl yang ni tak suka makan kek..(Entah apa jer yang dia suka makan..memilih sangatttt) Habis ditikam-tikamnya kek ni sampai hancur...(Ingat mama bayar ngan bulu ketiak ker nak oiii????) Erkkk..tapi ketiak mama suci bersih..(mode: rajin menebas) wakakakakaka.. sila maafkan ketidaksenonohan saya!!!!
Tengok tu..baik punya tikam.. Gambar yang ni pulak laaaagiii basi..gambar g tengok Rapunzel kat Sanwei Piramit ;) Kalau roti gardenia tu dah ekspayed perap macam ni punya lama..



Hannan agak behave..Nuha lak nyaris hilang dalam panggung. Heheh..kebetulan kitorg ambik seat hujung, dekat ngan tangga..mula2 dia & hannan duduk kat tangga layan katun, sedar2 saya tengok nuha dah takde..tanya hubby mana nuha,dia pun dah panik terus bangun gi belakang/atas. Rupanya mek tu sikit punya baik & berani berdiri layan katun sorang2 kat atas..Haihhhhh.. Syukur tak hilang anak dara mak tu..Okeh la..nanti2 kita sembang lagi. Bahan ada jer tapi masa yang tak mengizinkan..
Nov 30, 2010
A.S.M.A.R.A..Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa
Asmara??? atau Asrama?? (cukup2 la dengar perkataan asrama ni..9 tahun tau saya duduk asrama..since form 1 sampai la belajar kat UiTM. SO word asrama adalah diharemkan..hahaha)
Nak sembang pasal Asmara kt TV 3 tu laaa..ada kawan kata malam ni episod last. Tak tau mana sumber dia dapat tap mungkin jugak kan. Seingat saya, cerita2 dalam slot Lestari ni memang best2 kan dan cerita yang paling membosankan adalah tiap malam isnin..skng ni Arjuna. Hohh..memang tak layan langsung. Rasa cam mengarut sangat cerita tu..tak tercapai dek akalku!!
Hubby saya kan..kan..kan.. (ehh, ni apa hal cerita pasal hubby ko lak nih???) Dia ni kalau dah tertengok satu rancangan tu, pastu saya lak jadi story teller tolong storikan dari episod first gerenti pastu dia akan follow..hehehe.
Dulu2..cerita dari Indon, apa ntah tajuk dia..Puteri Yang Terbuang kot. Disebabkan saya menstorikn dengan penuh perasaan terus dia terjatuh cinta dengan sinetron iteww ;).. siap follow tiap malam, sanggup tu tunggu kul 11. Hehehehe..sampaikan saya kena gi kursus seminggu, dia pulak yang jadi story teller tolong storikan untuk saya apa kesudahan cerita tu.
Sebelum Asmara ni, saya 'racun' dia untuk tengok Adamaya..hahaha. Memang dia akan balik awal tiap hari..kul 6.30 dah ada depan tv (melainkan dia ada hal2 urgent kat ofis petang tu ;p).. Saya memang seorang Story Teller yang terbaik untuk dia..hahaha
Ok..ok..stop cakap pasal hubby saya yang boleh tahan jiwa2 tu (wlupun muka tak nampak seorang yang jiwa2 ;D)
Bibik saya punnn (hahh..cakap pasal bibik pulak) sukaaa sangat layan Asmara tu sampai sanggup tahan mata. Kalau tak, kul 9 dah masuk tidur ;)..Saya tak kisah dia tidur awal sebab dia bangun awal dan dia jenis yang tak 'betah' duduk diam, ada jer benda dia nak buat..so dah sah2 la dia penat kan. Tapi disebabkan asmara, dia akan tidur kul 10 ;p..
Ok.ok..kali ni betul2 stop. Nanti malam kita sama-sama tengok Asmara ok ;)
Tapi kannnnn..baik la sangat Asmara tu kan...hihihih.
STOP!!!!
Nov 24, 2010
Entry bosan lagi membosankan..





























