Showing posts with label Auni. Show all posts
Showing posts with label Auni. Show all posts

Aug 22, 2013

Raya Punya Cerita (WARNING: Hanya untuk reader yang rajin membaca jer sebab entry ni agak panjang)


Salam..

Nak stori mori pasal raya..kang lambat sangat basi pulak..(ada ke orang nak kisah basi ke tak..huhuhu :p)

Macam yang dah bagitau sebelum ni..kami bertolak malam raya. Dalam kul 10 lebih dari rumah..setelah siap pack segala mala barang yang nak dibawa. Sehingga nak berangkat tu masih lagi pack sikit2..huhuhu. Dari sekecil2 barang sampai la ke buaian Harraz (Penat je bawak..tak guna pun sebab dia boleh jer tidur tanpa buaian)

Kali ni tak saing ngan Ummi dan Baba (mertua ku)..hubby kata takut diorang lambat sebab nak tutup kedai lagi kan. Anak2 semua tidur..paling lena Harraz la..dari Shah Alam sampai Machang dia tido. Syukur alhamdulillah jugak sebab jalan tak jem, kul 5 kitorang sampai depan rumah arwah mok. Dan 5 minit kemudian ummi dan baba sampai walaupun diorang gerak lambat dari kami. (kami lambat sebab banyak kali berenti ;P)

Sampai jer terus punggah barang dari dalam keta..masa sampai tu Hannan & Nuha bangun..Cargas!! Dah setel bawak masuk barang dalam umah hubby dan mertua tidur..saya masih melayan anak2 yang dah bangun tu. Dan memang saya tak tidur pun sampai ke sudah walaupun budak berdua tu dah tidur balik.. :’)

Lepas subuh saya gerak semua orang..sebab baba kata kat situ kul 8.30 orang dah start solat sunat hari raya so kena bersiap awal walaupun balasoh (surau) dekat je ngan umah..jalan kaki jer.

Masa diorg gi surau anak2 masih tidur lagi..so saya gerak Auni dulu, siapkan dia kemudian Nuha, Harraz dan last sekali Hannan. Sambil tunggu diorang balik saya snap2 sikit gambar anak2. Syukur masa tu semua bagi kerjasama yang baik. Bila suami dan mertua balik dari surau saya masih tak siap..baru kelam kabut nak mandi :)



 

 



Masa tu baba dah ajak beraya gi umah saudara ummi..sebelah umah jer pun. Tapi kena la tunggu menantu dia ni mandi dan bersiap dulu. Alah..bersiap ala kadar je pun. Pakai lipstik tak..mekap apatah lagi :’) Saya suka jer beraya umah sebelah tu sebab tiap kali pagi raya diorg jamu nasi dagang. Memang superb nasi dagang ngan gulai ikan tongkol tu..dah orang kelantan sendiri yang masak kan. Anak2 pun berselera..hannan (dan mama) siap bertambah nasi..haha

Opss..sebelum tu, sebelum gerak gi umah sebelah tu amik gambar dulu. Saya la jadi tukang gambarnya. Nak tau tak sebab apa takde gambar kami sekeluarga 6 beranak???? Sebabbbb..hanya keluarga kecilku dan ummi & baba jer yang balik. So takde orang yang boleh disuruh amikkan gambar..tak sampai ati kut nak suruh baba or ummi yang snap..huhu. (Tapi hubby kata nanti amik gambar studio jer..yeahhh)  Adik2 ipar tak dapat balik sekali sebab cuti tak panjang..tak boleh ikut ummi dan baba. Biasa la kan, orang tua ni kalau balik kampung memang nak stay lama..lagi2 la jenis yang balik setahun sekali ni. So adik2 ipar ku semua beraya di Subang shj ;) Ipar semua lelaki.. orang lelaki ni kan bukannya nak kisah sangat pun pasal raya2 ni kan, lagi2 kalau bujang. Family abg ipar lak beraya ngan mertua dia.


Tok ayah memang malu bila kita amik gambar dia..tu yang senyum macam tu ;)..Gambar sebelum start beraya..
 
 
*Erkk..baru cerita hari pertama dah berjela-jela*


Raya Kedua
 

 
"Sementara tunggu papa masuk barang dalam kereta kita tangkap gambar dulu la mama.."

Dipendekkan cerita..raya kedua kami masih di Machang. Dalam tengahari baru kuar..gi ziarah kubur arwah mok & cik pastu gi rumah mok teh..sedara ummi , beraya sambil bincang pasal nak buat kenduri tahlil. Tapi kami takde la nak tunggu sampai habis perbincangan tu kan..terus la gerak gi Pasir Tumbuh. Umah poksu hubby..adik ummi. Dan dari situ terus gi homestay yang dah tempah awal2.. dekat senja baru nak sampai selepas mengharungi jem yang melampau :’).

Kalau korang nak gi kelantan dan tak tau mana nak duduk boleh la try gugel homestay ni.. musafirguesthouse.blogspot.com. Rumah ni kat Pengkalan Chepa..dekat sangat ngan airport dan dalam 20 minit ke bandar Kota Bharu. Tapiii..kami sewa bilik jer. Even bilik jer tapi sangat puas hati.. bilik luas, ada 1 katil queen dan 1 katil single. Diorang provide tikar dan toto jugak so selesa sangat untuk kami 6 beranak.. Murah sangat..RM80 untuk 1 malam (tapi kautim dapat la RM77 semalam ;p) bilik dia ada ekon dan kipas. Tak jumpa kut hotel yang selesa dengan rate macam tu..siap ada dapur, tv, fridge semua. Mesin basuh jer takde..hihi. Lupa nak amik gambar rumah.. rumah banglo 7 bilik. Hall dia atas bawah luas gila..puas anak2 bermain..berlari2.


Gambar bilik yang disewa..tikar tu homestay punya, toto pun ada tapi tak bentang lagi masa ni..

Malam tu lepas berehat kejap kuar beraya umah makcik hubby di KB..makan berat lagi even dah tengah malam..(menangis perutku terseksa) Pastu hubby ada hati ajak gi PCB..saya rasa cam tak sesuai je sebab harraz dah merengek nak tidur. Dak kecik tu sepanjang jalan dari Machang ke KB bukan nak tidur, kita sibuk nak berjalan baru la nak tidur..haishhhh..

Dekat kul 1 pagi baru anak2 semua tidur..makpak diorang tdo lambat sebab layan CCS hahaha.

Hari ketiga.

Bangun pagi hubby kata takyah mandi sebab dia ajak gi mandi laut..Pengkalan Chepa dekat jer ngan laut. Tapi jalan punya jalan..cari punya cari..tak jumpa pantai yang sesuai untuk mandi. So hubby kata kita gi PCB..sampai PCB jer dah tengahari. Anak2 dah kata tak nak mandi..nak main layang2 lak bila nampak orang jual layang2. Main layan2 tangahari buta kau..mama surrender, join kejap pastu lepak kedai makan ngan Harraz. Sy memang sensitive dengan panas terik..nnti cepat dapat migrain


Diorang pun joint mama bila dah tak tahan sgt ngan panas :)


(Eh..malas la nk cerita detail. Kita pendekkan cerita)

Dari PCB balik homestay semula..mandi2 dan rehat kejap. Pastu plan nak gi kenduri kawen adik member kat KB. Ermmm..bila anak2 semua penat dan tak cukup tidur maka plan tinggal plan. Harraz dan Auni bantai tidur sampai kul 4 lebih. Memang tak gi la kan..

Petang tu hubby ajak gi Rantau Panjang..first time nak pegi ni. Agak malang sebab tak tercapai niat jejakkan kaki ke Rantau Panjang..jem maha dasyat..*tarik rambut* So saya kata kat hubby kita patah balik. Tak sanggup la nak meredah jem tu..dah la dah petang sangat kan, tak elok.

Bila dah patah balik pung jeng jugok..huh. Tabah je la kan, kalau keta ada kipas cam heli tu dah lama dah terbang. Memandangkan tak dapat gi Rantau Panjang, hubby ajak gi Wakaf Che Yeh..masa tu gerai2 tak banyak lagi yang buka. Gi kejap jer sebab langit hitam macam dah tak sabar2 turunkan hujan. Masuk keta terus gerak gi Machang semula..gi kenduri tahlil. Tu pun jeemmmmmm jugak. Hubby sampai dah fed up :P Kul 9 lebih baru sampai machang..jem ditambah dengan sesat barat mencari umah mok teh yang dua tahun sekali baru nak gi tu kan…:D Sudahnya kenduri hampir selesai baru kami terpacak depan rumah.

Haishh..dah panjang sangat ni. Saya yang menaip ni pun bosan, yang membaca apatah lagi kan :’)

Nanti-nanti la pulak sambung cerita seterusnya..hihihi

 

 

 


Sep 4, 2012

Sambut Besday Auni

Sempena besday dak kecik tu semalam mama belikan kek & hadiah sebelum balik keja. Papa lak sampai ponteng kelas semata-mata nak celebrate besday anak dara dia..hehehe.
Buat untuk kami anak beranak jer..Saya just goreng bihun, nugget, sosej & keropok ikan. Tapi abang Hannan lak dah tertidur masa tunggu papa balik dari surau..sian. Walhal dia yang tak sabar2 nak buka hadiah Auni tu..

Ada amik gambar sikit..guna fon jer. Camera lupa nak charge..huhuhu..

Seronok sangat dia masa org lain nyanyikan lagu :)





Dah potong baru teringat nak snap..

Dia boleh habiskan 1 slice tu..

Suka gambar ni walaupun blurrr :) Nampak dia happy sangat..

Hadiah Auni..tiga-tiga boleh main sama :) Siap ada kerusi untuk duduk tau..cam real. Haha..murah jer ni.



Sibukkk..

Walaupun buat kami anak beranak jer tapi tetap seronok sebab Auni dah faham..dah 2 tahun la katakan ;D





Sep 3, 2012

Naazneen Auni is TWO :)

Alhamdulillah..dak kecik comel tu dah genap 2 tahun hari ni *tetiba rasa rindu kat dia*

Dah 2 tahun ni mulut dah banyak cakap..agak garang (errmmm..tu cam mama la). Kalau dulu tak suka baby tapi since dah nak jadi kakak ni sangat la suka kat baby..sampaikan selalu sua susu botol dia kat perut mama, kononnya bagi kat adik .."bb..nah cucuuu.."

Tapi yang saya kurang gemar, dia suka buli kakak & abang dia..(terbalik lak) Sian kat kakak nuha la, selalu jadi mangsa cubitan, gigitan & tarik rambut.. Huhuhu. Kakak yang feminin tu lak tak reti nak membalas, paling2 nangis ngadu kat mama. Dah banyak kali ajar kalau adik buat dia jangan tunggu..cepat2 larikan diri. Sian kakak.

Apapun, doa mama semoga Auni membesar dengan sihat. Disayangi semua orang, dirahmati Allah, dijauhkan dari perkara keji & mungkar. Semoga jadi anak solehah yang sentiasa dalam kasih sayang Allah. Amiiinnn...





Jul 25, 2012

Bab Bergaya Depan Kamera Serah Pada Nuha

Tapiiiii...ikut angin dia gak. Ni tengah mood baik nak kuar bawa abang dia gi main boling so boleh pandang kamera. Dan sebenarnya dia yang suruh mama amik gambar dia..kejap2, lagi mama..lagi mama.. Kita pun layan kan ajaaaa..

Masa ni mama baru balik keja, dah plan ngan papa nak tunaikan hajat hannan yang dah beberapa hari kata nak main boling..(baru teringat..dia nak gasing pulok..) Dan skirt anak2 dara tu mama beli hari yang sama..diorang nampak jer terus nak pakai. Walhal nak uar kejap jer ;D dah nama budak kan..janji diorang happy, apa salahnya.


Sikit punya cantik dia punya lentok..hikhik






Peace..peace..peace..


Anui pun nak join sama..


Ngan abang sekali..sebab abang ni jeles kalau mama asyik ambik gambar adik n tak ambik gambar dia. kang mula la ayat dia "mama ni..tak ambik pun gambar hannan.." sambil buat mulut cebik2.. :D



p/s: Owh yup..semalam gi check up kat panel..aku macam dah tau gender baby tapi doktor tak berani nak confirm sebab tak clear sangat ;p

Apr 9, 2012

Nyawaku..




Dah sama besar jer diorang kan :)




Racun dan penawar.. The apples of my eyes..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 5, 2012

Keranamumu Pop Corn..

Maghrib tadi..masa tengah solat..diulang, masa tengah solat tiba2 teringat pop corn kat MBO..tsk..tskkk.. kuat betul godaan dan gangguan syaitonirrojim. Tambah pulak budak dua orang tu pun ikut solat sekali (solat sangat la kan) maka memang tak khusyuk la solat saya.. Haishh..salahkan orang lak kan. ( Di akhir zaman memang ramai yang tak khusyuk dalam solat..pernah terbaca pasal ni)

So habis jer solat terus cakap kat hubby nak bawak budak2 gi Space U8..nak beli pop corn. Hubby izinkan..so dia ke surau saya dan anak2 gi MBO..angkut auni n bibik sekali.
Sampai sana terus tuju ke cinema..beli pop corn :-) pastu turun bawah bawak diorang lepak tepi air pancut. Masa saya tengah Q nak beli Cool Blog tetiba Auni muntah..habis basah atas ke bawah termasuk la mama dia sekali. Huhuhu.. Syukur kat flea market tu ada jual baju2 budak. Mulanya ingat taknak beli sebab dah nak balik kan tapi kesian lak tengok dia yang dah basah n busyuk so beli jugak la..pyjama paling murah pun RM25..walhal kalau beli online boleh jer dapat less than RM20. Silap saya jugak..sebab biar dia pakai short sleeve, dah la dia tak berapa sihat..batuk n selesema. Tapi sebab ingat nak kuar kejap jer kan tu yang tak tukar baju,semua orang kuar pakai serabai :) tambah pulak dekat dengan tempat tu..

Ni la dia yang diidam tu..tak la special mana pun kan..

sampai umah panaskan balik..masuk dalam microwave, fresh semula ;)

Lepas tukarkan baju auni n beli cool blog (yer..beli jugak) terus blah..on the way balik auni dah tido. Sian dia..

Ni la baju emergency tu..(sian budak tak sihat ni)

Ok la..besok free saya tunaikan janji untuk Day 3 k. Nak teman hubby tengok tv.. entah kul brapa la nak g pasar tani besok ni..

Jan 19, 2012

Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu..

Betul kan, setiap apa yang terjadi tu telah dirancang dengan sebaiknya oleh Yang Maha Esa.

Minggu lepas, saya dapat surat jemputan mesyuarat dari KK*W untuk hadir mesyuarat 19.01.2012 (Khamis, hari ni la) Then ari selasa baru ni dapat call dari pihak diorang kata mesyuarat tu ditangguh ke petang kul 2.30.

Maha Besarnya DIA..saya bersyukur sebab mesyuarat tu ditunda. Pagi ini, Auni tak sihat dan terpaksa dibawa ke klinik. Lepas hantar sms kepada bos kecik and big bos saya terus bersiap. Seawal 8 pagi saya dan suami dah keluar bawa Auni ke klinik untuk ambik Nabulizer. Sian kat dia, semalaman tak boleh tidur disebabkan lelah.

Lepas amik Nab doktor periksa semula dan kata salah seorang kena amik cuti jaga baby sebab setiap 4 jam dia kena amik 'gas'.. Syukur hubby dengan rela hati sanggup tak datang ofis untuk jaga anak dia. Sebelum ke klinik lagi saya dah kata saya serba salah nak cuti sebab ada miting petang ni, lagi pun miting tu saya kena hadir dengan pengarah sekali.

So..lepas dari klinik balik rumah kejap hantar auni dan breakfast. Sementara tu bibik siapkan abang and kakak untuk ke sekolah. Sian diorang pun terpaksa masuk lewat pagi ni.. Lepas drop diorang kat sekolah (syukurrr sangat sekolah diorang hanya di belakang rumah) saya terus drive masuk ofis.

Sampai ofis terus mengadap big bos..bos tanya sama ada saya boleh joint miting tu atau tak. Kalau tak boleh dia kata dia kena study satu persatu benda yang nak kena present nanti. Saya kesian lak kat dia sebab this is his first time masuk miting tu..sebelum ni saya pegi sorang jer.So, saya kata saya ok.

Legaaa..kalau miting tu tak ditangguh dah tentu kepala saya berserabut dan dalam dilemma..
Kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku tu simple or kecik jer kan. Tapi disebaliknya ada rahmat yang kita selalu terlepas pandang.

Jan 5, 2012

Take 5 - Cuci Mata

Letih mata ni..dari tadi semak report, tu pun ada lagi yang tak hantar so belum boleh compile.

Rehat kejap..belek2 gambar yang ada dalam thumb drive. Pastu ada lak gambar budak 3 orang tu masa new born. Lupa, dah lama kata nak print tapi tak print2 lagi.

Jom tengok muka budak2 tu masa baby..geram jer tengok..


Abang Hannan..kecil jer dia dulu. 2.46kg jer, pastu dalam beberapa minggu jer dah membulat ;)


Nuha..minah ni memang merah sangat2 masa baru lahir. Dia berat sikit dari abang 2.76kg (sikit jer bezanya ;p)


Minah ni pun merah jugak..auni. Laaagi kecik dari abang hannan, 2.39g..hehe. Sampai la ni pun kecik lagi. Lasaknya subhanallah..tapi alhamdulillah dah jarang semput.

Ok..sekian entri take 5!

Nov 15, 2011

Random entry..sementara tunggu anak2 yang tak berapa mengantuk tidur

Bapak panjang tajuk entry kali ni..

Saya tidurkan amoi dalam buaian kat bawah..papa lak tidurkan abang n kakak kat atas (entah2 lepas tu dia tidurkan diri..or entah2 anak2 yang tidurkan dia..huhu)

Tak tau nak sembang apa tapi tangan ni gatal nak menulis..hihi. Takde bahan so kita tempek gambar boleh kan.. :D
Nasib korang la dah terklik entry ni..muahaha..




Sudah ada hobi baru..best eh dapat gubah-gubah ni..



Amoi yang tak cukup 1..patung nak 2..puting pun nak dua sedangkan mulut ada satu..tsk..tsk..tsk..



Belek2 gambar lama..terjumpa gambar ni. Gambar masa buat first besday hannan kat mekdi KK. Slim jer masa anak 1 dulu..harap2 gambar ni boleh jadi pembakar semangat..Hahaha..hampess..kalau mulut asyik mengunyah jangan pasang angan2 tinggi sangat woi :')

Nov 9, 2011

~ WW ~



Dah malam baru nak berWW..

Saya sangat bersuka cita sebab sedang bercuti di kampung. Ni gambar amoi..dia pn puas berlari-lari depan umah atok yang lapang.

Created with PicSay on my GT-I9003

Aug 29, 2011

Auni dah setahun..

kalau ikut kalendar Islam..Saya betul2 terlupa sebab hari tu (24 Ramadhan) saya ada meeting kat luar so dah set dalam kepala apa benda yang nak kena buat on that day..

Birthday girl sekarang tengah demam, selsema, batuk and cirit birit. Kesian sungguh..
Dia demam sebab nak tumbuh gigi agaknya sebab asyik la nak menggigit segala benda pastu kurang makan..dah la cirit birit bertambah slim la jawabnya dia.

Milestones auni:

1. Dah pandai sebut NAK kalau nak sesuatu..
2. Dah pandai sebut NAH kalau nak bagi barang kat kita..
3. Dah pandai jawab DAH bila kita tanya (e.g..auni dah mandi ker? dia akn jawab DAH!!!..sweet jer)
4. Dah pandai berjalan tapi malas..
5. Dah ada 6 batang gigi..
6. Dah pandai sebut papa, mama, aba (abg), tatak..
7. Dah faham simple arahan or soalan..let say kalau kita tanya auni yak ker? dia akan jawab YAK..
8. Pantang kita kata jom, mesti cepat2 datang minta dukung..(Tau ajer bab nak berjalan)
9. Suka mengamuk..hihi
10. Dah pandai anguk2 kepala bila dengar lagu..tsk..tsk..tak baik tu.
11. Tak suka makan bubur..suka makan makanan orang besar.
12. Dah susah nak tidur, pantang dengar bunyi sikit.
13. Dah tau fungsi sikat..fungsi remote..
14. Suka memanjat..dah panjat sampai tingkat atas..

Cukup la 14 tu..nanti2 sambung lagi. Semoga Auni membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Mama doakan semoga Auni sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin


Auni yang nampak macam boy.. :)

Psst..psstt..saya still bekerja hari ini. Tapi seb baik tengahari nanti hubby ajak g pkns ..huhu

Jul 26, 2011

Badang..

Haku ada anak yang kuat cam badang..makan besi punya budak.. Kau hado? ;D





Created with PicSay on my GT-I9003

Apr 29, 2011

Entry dating gitew..

Petang semalam badan Auni dah start panas..tapi still ok lagi tapi bila dah masuk tengah malam suhu makin tinggi. Panas sangat sampai dia tak boleh tidur..asyik menanggis sampai ke pagi. Sooo..dengan itu mama dia pun kena EL. Siyes tak cukup tidur..dah la sebelum ni pun banyak lagi time tidur yang terakru. Mata dh jadi cam mata panda..lebam *benciiiii*

Nampaknya cuti panjang la saya ;) *AMAT SUKA*..tapi itu pun baru semalam saya teringat yang isnin ni cuti hari pekerja. Hurmmm..so far belum ada plan apa2 lagi untuk hujung minggu tapiii..tapi..tapiii insyaallah isnin nanti ada date ngan my classmate masa sekolah menengah dulu.

Ni gambar ngan dia..jumpa kejap masa balik kampung ari tu..

Hannan ngan Adda anak Yati..


Jumpa ni pun plan last minute..selalunya macam tu la kan...yang plan akhir2 tu yang selalu menjadi.

Yang ni pulak kawan-mesti-jumpa tiap kali balik kampung..my BFF. Ustazah Siti..oh yep..Yati tu pun ustazah jugak..(mak jer yang bukan ustazah..sob..sob..)


Yang ni pulak As..kawan blog yang boleh kata baru kenal. Sabahan jugak..plan jumpa pun last minute jugak ;) Jumpa dia and anak2 kejap jer..sebab anak2 saya terjun laut. Tak plan pun nak mandi laut sebenarnya..tu pun papa beli towel & sepentot untuk hannan mandi ;D So bila diorang dah siap mandi tak boleh la nak lepak lama sebab seluar nuha dah basah..sian la pulak kan. Btw As..em glad dapat jumpa ko. Pasni kalau datang kl jgn lupa kontek..As ni memang raaaajin turun kl.

Ok..dating seterusnya adalah ngan murni. Ni plan 2 hari sebelum..jumpa kat Pavillion, lunch kat Nando's..hehe. Menyesal tak ambik gambar banyak2 walhal mak dah gigih pinjam kamera ngan ofismet (kes lupa nak angkut kamera gedabak). Ni ada gambar ngan dia..


(Murni..tk tau bila lagi nak jumpa kan..)

Ok..last..gambar ni gambar dating antara kazen2..Hehehe..


Tengok laa..Auni yang paling sporting..siap menyanyi lagi..hahaha.
Dari kiri..Auni, Adib, Asyraf, Qairina (entah betul or x spelling nama ni), and Asryad. Semua sama baya... :D

OK..cukup 1 entry..jap2 lagi kalau rajin boleh la update lagi sementara ada masa & ada mood ni kan.



Jan 16, 2011

Menyogo

**Menyogo tu maksudnya shopping kat sogo..
Semalam (Sabtu) saya ajak hubby gi Sogo..Sogo buat sale 1 building untuk member. Nawaitu adalah untuk beli massager..maklum la kan, bila usia dah meningkat ni mudah jer lenguh-lenguh (hahaha..cam ler tua sangat ;p)
Saya beli massager jer untuk diri sendiri..yang lain2 baju & suar en suami and anak2. Massager ni sebenarnya saya dah try hari sebelumnya masa shopping ngan member. Memang nak sangat beli, so pasni takyah la suami saya mengerah tenaga untuk picit/urut wife dia nih ;)
Murah jerr...tak mampu nak beli brand mahal2. Tapi murah2 pun still mahal bagi saya (ko ni mana satu? mahal ker murah ni??) RM299..murah ker mahal?? korang jawab la sendirik. Brand tak pernah dengar, tapi ada warranty 3 tahun. Ok kot kan..

Yang bestnya, beli massager tu dapat free penimbang berat digital.. *wink*

Ni la dia..lupa nak snap gambar masa saya tengah dalam proses berurut..hehehe



Best wooo..

Ni la penimbang digital tuh..pas ni boleh la check berat tiap ari..



Budak kecik ni pun ikut menyogo gak..syukur dia tak meragam.


Kalau sapa2 nak beli sempat lagi kot petang nih :)

Jan 3, 2011

2hb & 3hb Januari 2011 - Entry semua dalam 1

02.01.2011 - Semalam, Kak Nuha genap dua tahun sebulan. Hari ni dia dah masuk kelas baru..kelas untuk budak 3 tahun..teradvance sikit.

03.01.2011 - Hari ni pulak Auni genap 4 bulan..alhamdulillah. Auni cam demam sikit pagi tadi..harap2 tak berpanjangan.

Hari ni jugak abang Hannan masuk skolah..(playschool). Sangat eksaited masa dapat uniform minggu lepas sampaikan tengah2 malam pun nak gi sekolah. Sekolah biasa jer..tapi walaupun sekolah biasa saya tetap suka sebab anak jiran saya 4 tahun dah boleh baca buku BI dengan baik. Pun sekolah kat situ jugak..dekat pun dekat jer ngan rumah (belakang rumah jek..;p)


Nuha jeles jer abang ada uniform..


Sistem pembelajaran yang digunakan


Teacher di playschool ni guna bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar..awal2 ni hannan mesti blur2 dengar teacher dia speaking ;)
Harap2 hannan cepat belajar..cam papa panggil Hannan "The Fast Learner" =D