Showing posts with label Dari Dapurku. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapurku. Show all posts

Apr 10, 2012

Red Velvet Cupcakes

Buat juga..boleh la,menjadi. Nak kata sedap sangat tu tkde la pulak. Boleh makan laa :) Sebab atas dia tu ada cream cheese kot..hihihi











Tak ingat dah web mana satu punya resepi saya ceduk..sebab banyak sangat tengok. Cari yang paling simple punya.. ;D



Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 31, 2012

Home Made Cheese Cake

Salam..

Alhamdulillah menjadi *clap..clap*
Balik keja semalam terus bersinsing lengan bersilat kat dapur. Senang jer rupanya nak buat cheese cake yang satu ini.. (Berlagak kan..ahaks)

Malas la nak sembang panjang2..kita tengok gambar jela macam biasa ;D



Telur..pukul hingga kembang

Saya guna tepung ni..Tepung Optima. Tengok la address tu, dari jauh saya angkut gara2 malas nak cari kat sini ;) Expire bulan 9 ni. Dan saya telah mentamakkan diri beli sampai 2 bungkus rupanya sebungkus tu boleh dapat berbiji-biji. Semalam guna tak sampai suku pun ~_~

Sedia untuk dibakar..

Sementara tunggu kek masak, siapkan bahan untuk cream. (Cream cheese + susu pekat manis)

Kembang sudahhh..

Dah siapppp!! Lupa nak amik gambar sebelum topping..

Saya buat nipis jer..sebab lebih terasa cheese tu.

Sedap.. ;P

Resepi ni kalau korang google ada banyak kat blog2 dan kat web2 masakan..sila la rajinkan diri..hihihi (Tapi saya belajar ni dari adik perempuan saya, dia lak belajar dari adik lelaki saya)

Mar 12, 2012

Buat Pop Corn Sendiri

Dari Jumaat lepas nak buat tapi merata cari biji jagung tak jumpa. Sampai la saya google pastu dapat info ada jual kat Tesco..

So petang tadi pas balik keja gigih saya 'memasak'.. Si kenit Auni memang suka makan pop corn ni. Ada gambar..tapi tak cantik. Janji ado kan...hihihi



Ni la dia rupa biji jagung tu..RM2.10 kat Tesco

Marjerin + minyak + jagung

Marjerin + gula perang

Pop corn dah menjadi.."pop..pop..pop"..*sound efek*

Pop corn yang telah 'disira'


Nak resepi ker? Haha..macam hebat sangat. Takpe la, saya share jugak..kot2 korang teringin nak buat kan. Super simple babes!!

Bahan2..

1. Biji jagung..(Banyak mana?? ikut suka korang. Saya masak separuh jer..itu pun dah banyak)
2. 1 sudu besar marjerin
3. 2 sudu besar minyak masak
4. Sedikit garam (Anda adalah diingatkan bahawa jika guna salted marjerin takyah bubuh garam)

Untuk 'manis'kan:
1. 2 sudu besar marjerin (agak2 la ikut banyak mana pop corn yang korang buat)
2. 3 suda gula perang..nak guna gula pasir biasa pun voleh jer..

Cara-caranya:
- Panaskan minyak & marjerin di dalam periuk. Bila dah cair masukkan biji jagung tadi dan jangan lupa tutup periuk korang tu.
- korang akan dengar bunyi Pop..pop :). Tunggu sampai bunyi pop tu berhenti.
- Sesambil tunggu semua dah 'poped' korang boleh sediakan 'gula' dia.
- Panaskan marjerin hingga cair dan masukkan gula perang tadi. Kacau sampai gula dah cair dan masukkan pop corn yang dah kembang tadi n gaul rata.
- Dah..siap!

Senang tak? senang tak?

Mar 11, 2012

Pulut Mangga




Percaya tak saya tak pernah makan pulut mangga?? Sian kan..

So tengahari tadi merajinkan diri search resepi kat tenet sebab tiba2 teringin.
Presentation agak kurang menarik..maklum la orang tak pernah makan ni tak tau biasanya orang serve macamana..hihi
Yup..menjadi dan err..sedap :') *alahai perasan* Hubby tanya mana dapat resepi sebab dia tau saya tak pernah makan..:')

Buat lebih sikit sebab nak bawa balik umah MIL jap lagi..



Ok la..nak gi pasar malam jap sebelum balik. Babai..





Published with Blogger-droid v2.0.4