Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Jun 7, 2012

Teka Teki..

Sila jawab kalau terer..

1.Daba baju gumbey soyok ghabok...
A. Kolar baju Melayu koyak rabak
B. Butang baju Melayu patah 2
C. Si baju hijau sedang bertugas
D. Baju bundle 2 helai 5 ringgit

2.Mamoh woh topoh bowoh ghetok...
A. Memakai terompah yang retak
B. Makan buah bawah almari
C. Kunyah epal bawah jambatan
D. Kunyah jambatan sehingga retak

3.Buh pelepong nga khropeh aye dale lonjok...
A. Simpan teh Boh dan ayam dalam pelampong
B. Simpan hati dengan isi ayam dalam mangkuk
C. Ayam den lapeh
D. Isi paru-paru dgn tulang ayam dalam mangkuk tingkat

Jawap, jangan tak jawapppp... heheh...

Jan 4, 2012

Entry dinihari..

Jam sudahpun menunjukkan pukul 4.40 pagi..maknanya sudah 2 jam berjaga. Sebenarnya awal lagi dah tidur..gara2 menidurkan auni dengan mama sekali tergolek. Tak sempat dan dah tak larat nak tunggu papa balik dari surau..malam ni ada tahlil kat surau so lambat la sikit dia balik.

Sekadar sms hubby minta tolong dia bersihkan badan dan tukarkan baju abang n kakak yang melekit-lekit makan buah tadi *mama tak sempat nak bersihkan sebab masa auni merengek nak tido diorang masih sedap makan*


Sedar2 kul 2 lebih kakak menangis nak susu. Dah dibuatkan susu senyap la dia..tapi mama pulak la yang terkebil2 tak boleh tidur sebab panasss. Panas disebabkan pengambilan JMD..hehehehe


Dah start makan JMD semula..itu pun bila teringat baru la ambik. Biasala..itu la perangai buruk dia,tak disiplin dalam pengambilan ubat or watsoever..huhu..


Syukur la besok cuti..so x la rasa bersalah tidur lambat kan ;) Saya tau mesti ramai parents yang mana anaknya baru mula bersekolah akan bercuti besok..dan ada yang cuti 2 hari demi anak. Yang lebih terujanya mesti la ibubapa kan..*ni merujuk kepada diri sendiri la ni*  Saspen lebih pun yer jugak, macamana la agaknya reaksi anak nanti. Especially yang baru nak melangkah ke tadika..or masuk darjah 1 dan tingkatan 1. Gerenti penuh dramatik kan..haha. Dramatik dan mencuit hati.


P/s: Insyaallah kalau diizinkan Allah besok ingat nak g Jabatan Pendaftaran. Nak tukar ic baru..elok jugak diorang kuarkan ic baru. Boleh la saya tukar ic lama yang dah nak terkopek plastik laminate dia tu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 29, 2011

Wallpaper cantik..

Pagi semalam saya ke Pejabat MARA klang untuk interview penyewa. Lepas habis tu gi makan kejap pastu sambung wat lawatan ke premis-premis MARA lain kat Klang tu.

So, bila masuk satu premis ni rasa cam owh..kusudahjatuhhati.. Penyewa ni baru masuk kedai after aidilfitri ari tu. Alhamdulillah..seronok tengok usahawan bumiputera kita boleh bersaing dengan bangsa lain kan. Nama kedai ni DAMAI IMPIAN RESOURCES.. Nama owner kedai tu Kak Lina, very the friendly youuuu ;)

Kedai ni buat business interior designer. Termasuk la jual wallpaper, langsir and buat lantai. Sambil lawat tu harus la cuci mata kan :) Saya berkenan sangat dengan design 3D stone effect. Memang nampak cam real. Suka sangat..terus berangan..diulang, BERANGAN nak pasang wall paper camtu kat dinding tangga. Mesti syantek..

Tapiii...banyak benda nak diambilkira. Yang pertama harus la bajet kan, ada or tak bajer nak buat :).Pastu kena gak tengok kesesuaian dengan anak2 mak yang sihat-aktif-bertenaga tu. Yang ada sekarang ni pun dah terkopek sikit..hobi diorang suka mengopek apa-apa yang boleh dikopek. Lagi satu diorang suka menzahirkan bakat seni diorang kat dinding rumah. Kalau sorang tu boleh tahan lagi, tapi ni 3 orang @_@.. Dinding yang bercat sekarang ni pun entah dah berapa kali papa cat semula sebab meriah sangat sampai meleleh airmata..kagum dengan bakat diorang :')..(Cat part yang diconteng jer)

Kalau ada kawan2 yang bercadang nak pasang wallpaper kat rumah tu boleh la gi kedai kakak ni. Dia mesra sangat..boleh bagi khidmat nasihat lagi wallpaper mana yang bersesuaian untuk rumah kita. lagipun baik beli kat bangsa sendiri kan.. Kedai ni kat Jalan Kapar, Klang. Senang nak cari sebab tepi jalan jer.

Ok la, chow cin choww!!!1

p/s: Mak tolong promosi ni tak dapat komisen tau. Jangan salah faham lak. Mak nak berangan jer pasang wallpaper 1 rumah ;D

May 5, 2011

Update jugak..

Tadi rasa tak sabar nak tunggu lunch hour sebab nak sangat update blog nih..tetiba bila 'masa dah time' rasa malas la pulak. So buat seringkas yang boleh sudahhh..

1. Saya lapar tapi malas nak kluar lunch.

2. Kepala pening..perut tak sedap (tak kan PMS kot)

3. Rasa macam nak balik rumah..tidur sebab mengantuk.

4. Teringin nak pegi bercuti..(Langkawi oh Langkawii...bila boleh pegi ni???)

5. Tak sabar nak tunggu Wesak Day..Ehemm!!


Ok..cukup!!

Jun 14, 2010

Lawak petang..

1. Panggilan Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."


2. Puisi sang suami untuk isteri

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!


3. Sabun, shampoo, minyak wangi..

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

May 26, 2010

U make my day..


Hari ni saya agak free (Ewaaaahhhh..banyak cantikkkk)

So layan la lagu2 oldies yang ada d pc saya ni..(saya memang suka lagu2 oldies walaupun usia saya masih 2 siries lagik)..hikhik

Bila dengar lagu "I Don't Wanna Talk About It", saya msg hubby :

Me: B, tk nk belajar main giter ker? haha..tetiba ;p

Hubby: Tgh belajar ikut internet ;)

Me: Yeay!!!.. Syg tgh layan lagu 'i don't wanna talk about it'..best gila bunyi gitar dia..sila la dengar.. :)

Hubby: Heemmm.. lagu bangau oh bangau pun tak lepas lagi nak main lagu om putih.. :)

Me: Yela..yela..syg tau syg tk hafal lagu tu. Dah tu silap lg, org lain nyanyi bangau oh bangau, syg nyanyi oh bangau oh bangau..

Hubby: Heeeeheheeeeee

Muahahahahahaha...saya bantai gelak,slow2 jer la. (Nak mampus gelak kuat2 kt ofis yg tengah sunyi sepi ni??) Saya rasa kelakar sgt sebab otomatik teringat suatu kejadian, kejadian apa biar la saya sj yg tahu ;p

Alahai en suami..selalu buat lawak. Ari tu dia tiba2 ulang balik ayat dia masa nk tackle saya dulu.."Awak sayang saya?". Then pas tu berderai ketawa dua orang laki bini ni..rasa geli taik telinga saya dengar dia ulang word tu..
Duluuuuu..dulu la kan, ada sorang mamat ni suka sangat menyanyi sambil main gitar tiap kali call saya. Lagu yang dia suka nyanyi is "Everything I Do,I Do It For U" hehehe..syyyyhhh. Yg ni jangan cakap kt hubby saya, dia mmg tak pernah tahu..hahaha *gelak mengada-ngada*
Pastu bila mamat tu tahu yang saya dah ada boipren, dia call & nyanyi lagu "Tiada Lagi"..sampai nangis2 dia you know..ekekekeke. Jahat kan saya duluuuuu..dulu laaa. Sekarang ni saya setia pada yang satu ;).. Erkk, tapi bila ingat2 balik cam hape jer mamat gitu kan. Tak macho betul nangis2..nyanyi2 dalam tepon..hehehehe

Ok kawan2..itu ajer. Tkde idea nk buat entry apa, kesian korang dah terbaca entry merapu ni khan..khan..khan

Nov 16, 2009

Tak Serupa Tapi Sama

Sapa tengok cerita ni malam tadi..saya tak faham or tk boleh catchup apa moral of the story.. Tolong anyone boleh eksplen??

Nov 12, 2009

T.A.P.A.I


Saya bukan la seorang pemakan tapai yang giat tapi hari ini saya sangat bernafsu dan teringin nak makan tapai.. Apakah??????


Sumber gambar

Oct 29, 2009

Feeling

Setiap hari makin tak ada feeling nak datang ofis..
makin tak sabar untuk berhenti kerja makan gaji ni..pasni nak kerja dari rumah lak.

Soon..very..very soonnnn..




P/s: Entry terpendek setakat ini..

Oct 18, 2009

Salah Satu Impian Hubby

Semalam..hubby ajak g umah classmate dia masa sekolah dulu, kat Salak Tinggi..Open house la kan, apa lagi..

On the way masa kat highway tu sebijik motosikal ducati lalu..boyfren & girl fren or hubby & wife ntah la tak tau..

Hubby tiba-tiba bersuara " Uhh..bestnyerr. Nanti la bila kita dah banyak duit kita beli sebijik yer yang..hujung2 minggu boleh gi jalan2 makan angin berdua.."

Pastu saya pun tanya la.."abis tu anak2?.. Boleh lak dia jawab"Anak2 tinggal la..masa tu dah ada bibik"..

Dalam ati saya,"cehh..kata tanak bibik" LoL

Sebenarnya ini bukan kali pertama hubby cakap nak beli motor..saya doakan ajer semoga impian dia tercapai. Sepanjang saya kenal hubby ni, saya tengok dia jenis yang kalau dia nak sesuatu dia akan berusaha sampai dapat then bila dah dapat dia akan jaga sebaik mungkin..lebih2 lagi kalau something tu susah dia nak dapat. Pastu bila dah dapat try la offer yang lain dia tetap setia ngan apa yang dah dia miliki tu. Dah banyak contoh yang saya tengok..

Kawan2..sekali-sekala dapat naik motor macam ni mesti seronok kan? :p



Yamaha YZF-R1

Aprilia RSV

BMW K1200S


Best jer rasanya kan kalau hubby ada angan2 macam tu..lagi best dia masih ada perasaan & keinginan nak kuar berdua-duaan.. :p

Oct 13, 2009

Semalam

Dialog di antara sepasang suami isteri beranak 2 di suatu petang pas sang suami balik dari opis...Sebelum tu harus la bagi segelas air dulu kan..

Ni dialognya ;p

Isteri: B..B tau tak apa yang sayang suka??

Suami: Hah? Yang sayang suka? (sambil tersengih2) Banyaaakkkk...

Isteri: Ye la, banyak tu apa dia??? (sambil duduk rapat2..haha)

Suami: Sayang suka yang jiwang2.. lagu2 jiwang (huh..dlm atiku), suka anak ramai..(hah..terus cam nak pengsan)..sayang suka internet..tak tidur pun takpe bila dah depan notebook..

Isteri: Lagi??

Suami: Sayang suka tangkap2 gambar..(sepantas kilat si isteri menjerit)

Isteri: Haaaaa..itu la yang paling sayang suka..(sambil tersenyum lebar..)

Suami: Sayang suka tangkap gambar, kalau boleh semua nak ambik..sikit2 tangkap gambar..

Isteri: Hahahaha... Tu la B, kan dari dulu sayang nak camera canggih..

Suami: Camera macamana lagi yang sayang nak?

Isteri: Sayang nak ada satu camera tu..nampak iklan dalam newspaper tengah sale..harganya RM2,400.00

Suami: Ok..B bagi camera tp tkde plaster siling..takde kitchen cabinet.. (sbb kitorg tgh plan nk buat renovation rumah)

Isteri: Hahahaa...(ketawa jer la yang termampu..huhuhu..dalam hati menangis air mata darah)

So..kawan2, pas baca entry ni ada tak rasa nk sedekah camera untuk saya? Tak pun rasa2 cam nak bagi duit tak banyak dalam RM2k gitu???
Hahahaha..sudah kukatakan..daku suka berangan..tp nekad suatu hari nanti mesti dapatkan juga camera tu...
(Sebenarnya kalau nak beli sendiri boleh jer tapi duit tu la nk guna bila masuk umah baru nanti :p)



Tapi..kalau dapat ni laaaaagiiiii best kan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok..ok..saya stop sekarang :)

Sep 30, 2009

Jiwang @ tangkap leleh...

Hubby dah janji nk burn cd lagu2 untuk saya since beli keta ari tu tapi baru kelmarin tertunai..(gila lama..janji november 2008, sept 2009 baru dapat...hahah..) ..Better late than nothings kan kawan-kawan..

B kata dia dah donlod lagu2 untuk saya,lagu jiwa2 katanya.. So pagi tadi sambil driving g opis saya pun teringat kewujudan cd tu so try la pasang..
Fuuhhhhh..memang tangkap leleh.. And boleh buat daku tersenyum-senyum sensorang bila dengar lagu2 tu.. Saya assume lagu2 tu dia tujukan untuk saya sebab semua lagu dinyanyikan oleh artis lelaki, melainkan lagu duet Endless Love tu ..haha..tak salah kan kalau nk perasan ngan hubby sendiri..

Meh tengok list lagu yang dia bagi..

1. Hero - Marc Anthony
2. U're Beautiful
3. If you are not the One
4. I don want to miss a thing
5. Everything i do (i do it for u)
6. Nothings gonna chnage my love for you - Saya sangat2 suka lagu ini..since kami berchenta
7. Hello
8. Have i told you lately
9. If tomorrow never comes
10.MY Baby You (lagu ni pun saya suka juga since zaman study dulu..masa tu baru nk kapel ngan hubby)
11. Right here waiting
12. Sometimes when we touch
13. WHEN I NEED U..ni lagu TEMA percintaan kami
14. When i see you smile
15. Endless Love

and ada lagi 2 lagu yang saya tak berapa familiar tapi mengisahkan tentang luahan seorang lelaki kepada wanita yg dia chentai..(eceh... :D )

Psst..pssst...terasa diri sangat disayangi & dicintai...
Bahagianya Hidup...Alhamdulillah.. :)

Aug 26, 2009

Menguap..



Salam kawan-kawan..
Selamat berpuasa..alhamdulillah hari ni dah masuk hari kelima.

Bulan puasa ni bukan setakat tak makan or minum..mata,telinga,kaki, tangan semua kena jaga, kena puasa sama.. Macam petang semalam, masa menempuh tuk nenek jem biasa la mesti la nk tengok keta kiri kanan, depan belakang kita kan..nk pastikan jarak & keadaan semua adalah selamat..
Tetiba masa tengok cermin pandang belakang terpandang la pulak sepasang couple kaf lam ya nga tengah berkasih-kasihan dalam keta..yg lelaki tu sambil drive sambil gomol gefren dia..euwwww. Sakit mata mak nengok. Boleh lak cium2 masa tengah drive.. Tak agak2 betul K&*^%g ni..(mak kata dalam ati..kang memaki kurang lak pahala puasa mak)
Mak pun takut gak..ye la kang dia tengak asyik pastu tak pasal2 langgar bontot keta Mak. Geram lak tengok diorg..seb baik pas 15 minit duduk belakang saya diorg tukar g lane sebelah so tkde la sakit lagi mata ni.

Ok..ok..tersasar jauh dari tajuk. Sebenarnya nk cerita yang pagi ini adalah hari mengantuk yang sangat TERUK. Entah dah berapa kali menguap dari tadi.
Dah banyak malam tidur lambat..nuha skng ni dah susah nk tdo malam. Standard dia tidur kul 12 or kul 1, kita dah la nak bangun sahur lak pagi.. Mau tak mengantuk. (Setakat ni mak tk pernah lagi tidur selepas sahur tau) So sendiri mau ingat la macamana punya tahap ngantuk..
Tapi alhamdulillah masa drive balik tak ngantuk pulak, hari2 biasa lak ngantuk sampai pernah sekali mak berhenti dekat stesyen minyak untuk tidur sekejap.. (Ni kes ngantuk tahap gila khinzir). Takut beb, sebab sblm tu (hari yang sama) mak dah terlelap masa tengah drive & bila buka mata side mirrow tu hanya beberapa cm dari divider jalan..Huh..Alhamdulillah cepat tersedar.

Cukup la kot entry pemanasan untuk kali ni..biar merapik janji update..ahakss.. =)

Moral of the story: DON'T SLEEP & DRIVE

Jul 23, 2009

Idea


Salam kawan-kawan...

Hari ni rasa cam rajin nak update blog (rajin cam semut2 kt atas tu ker? )
tapi tak tau lak nak cakap isu apa..boley?? =)

Sekian entry sampah merapik saya untuk kali ini...hehehe

P/s: Sila la jangan sakit hati.. **PEACE**

Jul 11, 2009

Pengganti Handphone ku Yang Hilang

Ni la rupa enpon saya yang baru..
kualiti gambarnya sangat la tak cantik..sebab tu sangat2 berharap supaya sang suami bermurah hati belikan enpon baru yang lebih canggih kameranya..
(tapi kebarangkalian untuk dapat adalah sangat tipis..hehehe)

Ni la si purple baruku



Sekian entry merepek nyiang rapik saya untuk kali ini..

Jun 4, 2009

Cuba


Lama rasanya tk menulis..

sekadar menjenguk blog rakan2 dan kalau ada kerajinan ada la saya meninggalkan jejak.kalau masa tengah browse tu tak rajin maka saya hanya membaca hasil nukilan kawan2..(seperti gambar di atas)


Tak tahu kenapa sekarang ni sangat malas untuk berblog..dan entry ini adalah entry percubaan untuk menaikkan semula mood saya. Saya akan cuba untuk menulis semula,ada jugak kawan2 yang bertanya ke manakah saya menghilang..saya tak hilang, ada memerhatikan kalian dari jauh :)


Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama kawan sekelian..tapi mood sangat la tidak mendorongku untuk menulis..insyaallah di lain masa, di lain lembaran kita jumpa lagi ok..

Sekian dulu entry percubaan ni..


Walau apa pun, saya sayang semua kawan2 saya..

Muahhhh ;p

May 19, 2009

Wish list

Ada tak sesiapa yang baik hati nk bagi ini???

Sony T900


Tak pun ini?? hehe

Ni hp model baru keluaran sony ericsson C905..camera 8 mega pixel..huhu



Gambar cilok kt sini & sini

Terima kasih in advance ..hahaha..
Siapakah orang yang berhati mulia itu???? ngehehe

May 9, 2009

Banyak Hutang

Kawan-kawan,

Pada sesiapa yang dah mengetag mak, mak minta maaf sebab belum berkesempatan untuk buat.. rasanya setakat ni 3 orang dah tag mak, Lyn mummy irfan , yati & farah (2 tag).. "Ampunkan kami penunggu gua..ampunkan kami penunggu gua..".

Insyaallah nanti bila ada masa yang yang berlebih-lebih mak buat yer..
Buat masa ni masa mak memang cukup2 jer untuk bernafas..anak2 masih tecik macam ni la..

Tapi seyies..mak pasti akan buat.

May 7, 2009

Lagu ku..Lagu mu

hihihi..

Jangan menyampah saya gelak sebelum apa2 ok...hihi (sekarang ni tukar dari 'aku' kepada 'saya' pulak ;p)

Masa browse internet tiba2 terdengar lagu Endless Love dari pc saya.. So automatically teringat detik2 semasa bercinta dulu..

Saya dan B (panggilan untuk hubby..masa bercinta dah start panggil B tau..hehe. ) sama-sama suka layan lagu-lagu oldies.. Tapi 1 lagu favourite saya dan dia masa tu ialah lagu 'When I Need You'.. Maklum la cinta kami kan cinta jarak jauh.. So setiap kali dengar lagu tu saya mesti akan menangis, sampai la di awal perkahwinan pun bila dengar lagu tu jer mesti akan nangis.. Lagu itu sungguh touching ok..

Saya & B sama-sama ada kaset untuk album compilations lagu2 oldies..semua lagu-lagu tu memang best.. Dulu2 kan kaset jer, kalau ada cd masa tu kira dah advance la ;p

Meh sini saya listkan antara lagu-lagu yang ada dalam album tu...

1. Unchained Melody
2. When I Need You
3. Hello
4. Arthut Theme ( The Best You Can Do)
5. Just The Way You Are
6. I Don't Wanna Talk About It (Lagu ni pun sangat best wahai kawan2ku)
7. Tears in Heaven
8. Sailor
9. Killing Me Softly With His Song
10. Three Times A Lady
11. Sometimes When We Touch
12. Vincent
13. Waiting For A Girl Like You
14. You Light Up My Life
15. Right Here Waiting
16. Tonight I Celebrate My Life For You..


And ada lagi la yang saya tak ingat..mungkin ada di antara kawan-kawan yang tau lagu-lagu kat atas tu.. Best kan.. (jiwang gila..haha)

Tapi seriously, sampai sekarang Hubby saya jadikan lagu 'When I Need You' sebagai ringtone khas untuk saya. So setiap kali saya call maka lagu itu yang akan berkumandang dari henpon dia. Owh..so sweet bagi saya. Hubby kata lagu tu lagu TEMA.. terharunya..

Jom la share apa lagu febret korang masa bercinta.. tak pun lagu yang memberi impak pada diri korang..hehe..gila bahasa,impak gitu..

Tapi kan, bila ingat2 balik masa bercinta best kan..hihihihihi
Tapi sekarang lagi best bercinta bersama anak2.. =D

May 6, 2009

Yeay..

Thank you B..

Hari ni en hubby bagi $$$ untuk shopping, daku plan nak beli baju untuk nuha..sekarang kan musim panas, so kena la beli baju yang sesuai dipakai untuk musim panas.. =D

Jom kawan-kawan..kita g hantar duit kat mana-mana kedai yang patut..hehe