Showing posts with label jalan2 cari pasal... Show all posts
Showing posts with label jalan2 cari pasal... Show all posts

Dec 25, 2013

Balik Kampung - Last Part

Berkurun nak habiskan story pasal balik kampung ni..

29.11.2013 (Jumaat)

Semua budak dikerah bangun awal sebab dah janji nak bawa diorang naik tren. Anak2 kakak kul 6 lebih bangun dan mandi...err..6.30 di Sabah macam 7.30 di sini ;P Dah siang..

Nak naik tren kul 8.15..kul 8.00 bertolak ke stesyen.

 Q..
 
 Kecohhh. 
 Masing2 bawa 'teropong'
 
 Mama dan anak dara..
 
Amik spek mama tanpa iin dan terus pakai. Lagak cam dia punya :')
 
Sebenarnya 'trip' ke Beaufort ni agak kelakar..macam amazing race ada..cam running man pun ada..haha. Memandangkan niat asal semata nak bawa anak2 naik tren, so just turun makan dan terus patah balik.
 
Sampai pekan Beaufort (bukan stesen terakhir) kul 10 lebih..dalam kul 10.30 camtu la lebih kurang. Hubby kata lama lagi nak tunggu tren patah balik kul 11.30 so gi la makan dulu. Cari restoran satu hal, nak melintas jalan dengan anak2 kecil yang ramai tu lagi..dengan nak mengajar masa lak kan.. ;)
 
So bila jumpa restoran terus masuk..naik tingkat atas sebab tempat berekon..selesa sikit budak2 tu. Bapak amik makanan yang dah siap..cucu2 dia pun sama. Kami yang besar ni mengada2 nak bakso campur..membazir sedikit masa di situ kakn sebab kena tunggu. Tapi mujur tak tunggu la order pun sampai.. dan bakso dia memang terbaekkkk.. Nak promote pun tak ingat nama kedai. hihi..
 
Kami makan sepantas yang boleh..dengan kecohnya lagi memang cam running man. Seb baik la kami2 jer yang ada kat tingkat atas tu. Bapak duk remind pasal masa (bab masa saya memang respek bapak..dia memang seorang yang saaaangat menepati masa. Susah kut saya nak ikut perangai dia yang satu ni..;p)
Pas abis makan terus meluru keluar..eh, walaupun nak cepat tetap bayar tau. Bermula la lagi episode amazing raze..jarak restoran tu ke stesen keretapi ada la kut dalam 5 minit berjalan kaki. So kami berlari melintas jalan demi mengejar tren yang masa tu dah sampai.. Kecoh tau sebab budak2 jer ada 11 orang termasuk 3 babies. Yang dewasa lak ada 7 orang je..so sorang kena handle 2 budak..
 
Kalau ingat2 balik mesti nak tergelak..
 


Sempat amik gambar Harraz jer..sekeping. Dah tak sempat nak amik gambar ramai2..tak teringat pun yer jugak.
 
Sampai stesen terus masuk tren..seb baik sempat dan sebenarnya tren tu tunggu dalam 5 minit gak baru gerak. Yang bestnya masa kitorang masuk tu tempat masih banyak yang kosong so boleh pilih nak duduk mana :)
Sampai kampung jer masuk keta & balik..(Parking kat stesen) Yang lelaki tak balik terus..singgah masjid solat Jumaat. Funny yet awesome trip..
 
 
Malam tu pulak wat makan2 sikit..sambut besday Dina,anak kakak yang ke 3. Mak goreng mee dan kaum lelaki lak buat bbq. Happening..

Yang tak besday pun dapat hadiah sama..

Bila ramai budak2 memang standard la kan gambar asal ada jer ;P Blurrrr

The girls..

Nuha, Acad & Aunty Ajie

Lupa lagi nak amik gambar beramai2.. bila dah happy jumpa makanan apa pun dah tk ingat..hihi

30.11..2013 (Sabtu)

Sehari sebelum balik S.A adalah hari untuk menyopping segala mala barang yang nak dibawa balik. Masa ni sebarang order akan ditutup ;p

Pegi berempat ngan hubby, Auni & Harraz.

 
 
01.12.2013 (Ahad)
 
Hard to say good bye!
Pagi ahad tu baru pack baju2..kononnya kul 10 nak gerak sebab flight kul 12.. tapi ding dong ding dong kul 11.20 baru gerak gi airport. Mujur la 20 minit jer dri rumah ke airport.

Sedih je tengok muka nenek masa ni..;(

Ada budak request amik gambar dia ngan patung besar tu..tetiba adik lak datang kacau daun.. ;) 
 

Hannan, Adib, Nuha & Auni..
Kemain kan gaya..
Pinjam topi patung..
 
Sembang2..gelak2..sedar2 dengar announcement dah kena masuk,bording.. Sesi salam2, sesi peluk2..nangis2..huhuhu

Gambar sekadar hiasan..

Gambar dari dalam..
Dah gerak..

Sekarang ni tengok kat screen jer. Tak yah dah stewardess wat demo lagi..

Sutera Harbour di bawah sana..

Sukaaaa gambar ni..

Nampak perkampungan..Pulau Gaya
Moga jumpa lagi..

Langit biru..

Menikmati nasi biryani..

Khusyu' tengok katun..

Nuha mengadu sakit telinga..
 
Dah nampak Sepang..

Sampai airport..adik lelaki yang amik dan tolong hantarkan ke rumah..jimaaatt ;)

Habis jugak akhirnya..setelah beberapa kali tertangguh..

Tak sabar nak tunggu bulan Mac pulak ;p

Tapi...dalam banyak2 gambar yang amik hari tu, satu gambar ni yang paaaaaling saya suka...

Gambar atuk dan cucu2 dia.. *heart*


Jul 26, 2012

Bersahur Dengan Kurma & Susu (Sesuai Untuk Ibu Hamil)



Salam..

Dah petang baru berkesempatan untuk update. Setengah hari kat KL hari ni..kul 3 baru sampai ofis.

First day puasa ari tu saya sembang2 ngan sorang jiran. Kakak tu tanya saya puasa ke tak so saya jawab la puasa. Then dia share menu sahur dia yang boleh buat dia rasa tak lapar malah rasa bertenaga sepanjang hari..walaupun dia peknen, macam saya :)
Dia kata tiap kali sahur dia hanya makan nasik sikit, kurma n susu. Perut akan rasa kenyang..kalau rasa lapar pun masih boleh tahan dan rasa lapar tu sikit jer.

Sooo..sahur tadi saya teringat tips yang kakak tu bagi so saya makan nasi suku dari saiz biasa saya makan. (Biasa saya makan banyak mana??? hahaha..biar la saya & hubby jer yang tahu..:D) Hampeh kan..macam ler orang lain nak tahu sangat..kihkihkih

Alhamdulillah..saya boleh kata saya still bertenaga sampai saat ni walaupun lepas habis miting kat KL tengahari tadi saya sempat tawaf Jalan TAR ngan kawan-kawan, dari hujung ke hujung..Phewwww..cam tak caya lak. ;P

So, kalau nak try tips ni (tips??) boleh la try esok pagi ;D


p/s: Teringat caller Johara pagi tadi..bangun kul 4.30 semata-mata nak try masak ikut resepi yang dia baru dapat..siap buat dessert sekali tau. Alih2 siap jer menghias dessert tu azan subuh berkumandang...hehehe...sian kat dia, frust jer sebab tak sempat makan apa yang dia dah masak tu.

p/s lagik: Petang ni nak buat nasik ayam untuk berbuka..anak2 makan bertambah kalau buat nasi ayam.. Menu korang apa pulekks?

Jul 23, 2012

Gambar-gambar Team Building

Nak amik masa sambung update blog sikit..sebab kalau simpan2 mesti akhirnya terperap terus sampai busuk ;D..tu pun dah dekat seminggu taip sikit2 pastu save.. pagi ni ingat nak siapkan terus.

Team building ni buat awal bulan hari tu 6hb hingga 8hb kat Genting View Resort..(View Genting jer..) Hotel dia ok la..just untuk bermalam kan. Makan pun ok gak..biasa-biasa jer, xde yang special. Sesuai la kut untuk program ni..hihi
Saya tak nak bebel..nak tempek gambar jer. Gambar ada banyak sangat tapi amik sikit jer..banyak sangat pun korang bosan gak kan..hihi

Lupa nak amik gambar masa mula2 sampai..tengok la, masing2 dengan keja masing2. Abang dengan tvnya..adik sibuk tekan itu ini..kakak call kawan dia bgtau dah sampai ;).. and papa tengah solat.

Hari kedua..
Gambar ramai-ramai sebelum bertolak ke tapak aktiviti..



Flying fox.. :)Tinggi gak..boleh tahan. Kalau saya tak peknen memang antara yang paling eksaited kut..




Abseiling..saya yang tengok ni pun gayat. Apatah lagi kawan2 yang buat tu :)


Orang lain sibuk panjat memanjat kita sibuk amik gambar ;p




Pokok tu adalah fokus utama..bukan mamat2 tuh :)


Antara geng2 saya..


Budak-budak ni pun sibuk gak..:)

Lepas aktiviti ni saya n family kuar cari makan kat luar. Kul 2.30 masuk kelas semula n kelas lak habis awal so bawak anak2 berendam kat pool..Masing2 tak tahan sebab sejuk gila air dia. Pagi tu pun sebenarnya masa saya kat tapak flying fox tu papa diorang dah bawak mandi pool, pastu baru join mama n kawan2. Tak banyak amik gamabr sebab masing2 tak nak berendam lama..:)


Hannan jer betul-betul masuk pool..yang kakak n adik main air kat tepi2 tangga jer..


Muka budak kesejukan..tu la, sapa suruh kurus sangat takde lemak memang la sejuk.. ;D


Hannan yang suka bab2 main air..



Anak dara ku yang makin membesar..Sangat la feminin tau..


Dua anak dara dari perut yang sama tapi personaliti yang sangat berbez.. Sorang agak pendiam dan sangat gegirl..sorang pulak lasak dan peramah :)




Susah betul la nak tangkap gambar yang sempurna..huhuhu. Sorang pandang camera sorang lak pandang tempat lain.. kadang2 semua takmau pandang camera..


Haaa..yang sorang ni konfem bagi kerjasama penuh bila nak amik gambar dia.. :D


Budak yang dah nak 'biru'..hihi

Tu jer kut gambar untuk hari kedua,banyak sebenarnya tapi xkuasa nak tempek semua..hari last cuma amik gambar view waktu pagi selepas hujan. View dari bilik..memang sejuk gila time ni. Hubby yang suh amik gambar ni..cantik katanya.


Ya..kami suka view macam ni.. awan dan kabus (awan nano..nano.. nano.. ;D)

Ok cukup!!! Sambung wat keja semula!!!!!!