Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Jul 24, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah..setakat ni dah terima tempahan 23 balang choc chip..semuanya dari kawan2 ofis.
Hubby kata nanti buat lebih boleh letak kat kedai ummi (My MIL). Hehe..dia tu sokong jer apa saya nak buat..Err..saya rasa harga saya still murah. Semalam niat nak beli biskut makmor kat pkns..bila tanya adik tu dia kata rm18 sebalang. Terbuntang bijik mata..bekas kecil jer ok..dia kata dalam tu ada lah dalam 30 lebih kurang..ye LEBIH KURANG. Bila hubby kira jatuh 60 sen sejibik!!!
Makaihhh..memang 2 or 3 jenis jer la biskut saya tahun ni nampak gayanya..

Korang prefer beli ker buat? Tp beli or buat masing2 ada pros n conts kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jul 18, 2012

~ WW ~ My Baby's Food


Tiap pagi kena sarapan ngan 4 butir vitamin ni..demi si comel dalam rahim mama.. Semoga kamu sihat2 di dalam, sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jun 7, 2012

Semalam Di Tutti Frutti

Sebenarnya, balik kerja petang semalam saya letiiihhh sangat. Oh yep, saya ni sekarang mengalami morning & evening sickness..sebelah petang kepala start pening dan kul 5 ke atas saya akan muntah2 :')..redhaaa.

So, kebetulan semalam hari Rabu..hubby ada kelas so saya pun fikir nak relax kejap malam tu, masak lambat sikit pun takpe sebab hubby balik lambat kan. Masa tengah rehat2 tu hannan tiba2 bersuara;

Hannan: Mama..dah lama hannan tak makan aiskrim yang kat belakang pizza tu.. (Maksud dia tutti frutti belakang kedai Dominos)
Mama: Ooo..bila nak pegi?
Hannan: Takpeee..hari ni pun boleh..

Ammmmboi!!!..dia punya takpe tu ingatkan 'takpe..nanti2 pun boleh'..rupanya nak gi malam tu gak. Bertuah punya budak.. So, disebabkan mengenang yang diorang tengah cuti sekolah dan dah sepanjang hari duduk berkurung di rumah saya pun ikutkan jer la permintaan diorang tu. Kesian kan budak2 ni..diorang pun tau bosan kan.

Sampai TF, masing2 bising nak yang itu, nak yang ini. Saya amikkan sikit2 jer..topping pilih sendiri ok..mama jangan sibuk :p sorang punya harga dalam RM7.++
mama share ngan Auni RM11.++ ;D. Fair kan sebab makan untuk 3 orang..muahaha..
Yang bestnya, diorang boleh makan habis semalam tu..selalunya amik 2 tak habis n mama yang jadi tukang perabis..

Ada gambar sikit..


Nuha punya Kiwi + Vanila


Hannan lak strawberry + vanila..tak perasan kolar baju dia macam tu sebab nk kuar rumah baru kelam kabut dia nak pakai baju :)


Auni yang sedikit serabai..hihihi


Sibuk nak tayang..


Mama..


Ok la..saya takde mood nak buat kerja hari ni. Pagi ni perut tak sedap lak..tekak pun dah meloya..huhuhu. Korang tu kerja la rajin2..

Jun 6, 2012

Buah Tarap/Terap...

Pernah makan or pernah tengok tak buah ni???? Mesti ramai yang tak tahu buah ni sedap & manis. Anak beranak saudara mara dengan cempedak, nangka..or sukun??? hihi

Seiras dengan sukun kan..

Dah beberapa minggu teringin nak makan, jauh woo buah ni datang..siap naik flight dia ni. Kemain lagi..Last month adik saya balik kampung..so sehari sebelum dia balik sini mak saya call and tanya ada apa2 tak nak pesan dari kampung. So bila dah tanya tu terus la teringat kat buah ni. Sebenarnya buah ni bermusim..kalau bukan musim memang jangan harap la nak jumpa kan.

Kasihnya ibu kan..dicarikan juga. Alhamdulillah, memang dah rezeki anak dalam perut ni. Mak kata dia jumpa ada sebiji ni jer kat pasar..sobs..sob. Terima kasih mak!!
So petang semalam kebetulan hubby ada meeting kat Putrajaya. Saya sms minta dia tolong singgah amik kat umah adik kat sepang. Balik kerja petang semalam saya tak sabar2 tunggu hubby sampai. Sebelum tu saya sempat singgah beli tepung beras kat Mydin nak buat goreng buah tu nanti ;)

B buka jer pintu keta terus terpa dia tanya mana buah tu...hahaha..memang tak sabar betul ibu mengandung..ish..ish..ish..tak baik untuk kandungan. bila dah dapat terus 'buka'..ermmmm bau dia semerbak. Bau manis yang kuidamkan ;p Panggil Hannan & Nuha try buah ni. Suka budak2 tu sebab manis2 gitu..

Mama dia lak terus bancuh tepung..saya tak suka makan macam tu, lebih suka kalau goreng. So petang semalam penuh gigih menggoreng..dah goreng terus ngappp. Memang sedap la kan makan panas2 :)

Ni la wajah isinya setelah dikopek..kecik2 lagi. Lagi best kalau dapat ulas yang besar2


Nyummm..nyummm. Gambar selepas digoreng takde yer..sebab dah diterkam ;D


p/s: Eh...ni cerita bab makan lagi daaaaa...

Apr 10, 2012

Red Velvet Cupcakes

Buat juga..boleh la,menjadi. Nak kata sedap sangat tu tkde la pulak. Boleh makan laa :) Sebab atas dia tu ada cream cheese kot..hihihi











Tak ingat dah web mana satu punya resepi saya ceduk..sebab banyak sangat tengok. Cari yang paling simple punya.. ;D



Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 9, 2012

Comelll..




Angry Bird Apam..Bukan saya yang buat..kakak yang buat. Kalau saya tak jadi angry bird tu. Jadi burung lain lak..ahaks.
Saya memang kagum dengan dia. Pandai memasak, baking & pandai menjahit. Pandai & rajin..hubby pun puji dia rajin.

Selalu kalau nak tanya resepi memang akan tanya dia..selain tengok kat web.

Semoga saya pun dikurniakan kemahiran dan kerajinan macam dia..hehehe




Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 4, 2012

Mar 30, 2012

Cheese Cake


Tak buat pun lagi..baru berangan-angan dan berniat nak buat........kalau diberi kerajinan :D

Resepi dah dapat, bahan-bahan pun dah beli. So, kalau menjadi nanti saya share. Tapi kalau tak menjadi pun saya share juga..hihi

Mar 16, 2012

Nasi Arab

Cilok gambar dari SINI


Lepas baca entry Wahida terus terliur nak makan nasi arab..Huhuhuhu

Hari tu, 4 or 5 bulan lepas saya teringin jugak dan hubby ajak gi makan kat seksyen 15. Tak ingat dah nama kedai tu. Tapiiii..masa pegi tu saya demam, so tak makan pun..biasa la kan, orang demam ni kemain ngidam nak makan itu ini tapi makannya tak.

Mula suka makan nasi arab lepas besday anak member, dia jemput lunch kat Restoran Zam Zam Seksyen 9, Shah Alam. Memang licin saya makan walaupun berperang ngan anak2.. :)



So, malam ni nak meluah hasrat hati kat hubby. Harap2 hubby setuju ;D

Mar 12, 2012

Buat Pop Corn Sendiri

Dari Jumaat lepas nak buat tapi merata cari biji jagung tak jumpa. Sampai la saya google pastu dapat info ada jual kat Tesco..

So petang tadi pas balik keja gigih saya 'memasak'.. Si kenit Auni memang suka makan pop corn ni. Ada gambar..tapi tak cantik. Janji ado kan...hihihi



Ni la dia rupa biji jagung tu..RM2.10 kat Tesco

Marjerin + minyak + jagung

Marjerin + gula perang

Pop corn dah menjadi.."pop..pop..pop"..*sound efek*

Pop corn yang telah 'disira'


Nak resepi ker? Haha..macam hebat sangat. Takpe la, saya share jugak..kot2 korang teringin nak buat kan. Super simple babes!!

Bahan2..

1. Biji jagung..(Banyak mana?? ikut suka korang. Saya masak separuh jer..itu pun dah banyak)
2. 1 sudu besar marjerin
3. 2 sudu besar minyak masak
4. Sedikit garam (Anda adalah diingatkan bahawa jika guna salted marjerin takyah bubuh garam)

Untuk 'manis'kan:
1. 2 sudu besar marjerin (agak2 la ikut banyak mana pop corn yang korang buat)
2. 3 suda gula perang..nak guna gula pasir biasa pun voleh jer..

Cara-caranya:
- Panaskan minyak & marjerin di dalam periuk. Bila dah cair masukkan biji jagung tadi dan jangan lupa tutup periuk korang tu.
- korang akan dengar bunyi Pop..pop :). Tunggu sampai bunyi pop tu berhenti.
- Sesambil tunggu semua dah 'poped' korang boleh sediakan 'gula' dia.
- Panaskan marjerin hingga cair dan masukkan gula perang tadi. Kacau sampai gula dah cair dan masukkan pop corn yang dah kembang tadi n gaul rata.
- Dah..siap!

Senang tak? senang tak?

Mar 11, 2012

Pulut Mangga




Percaya tak saya tak pernah makan pulut mangga?? Sian kan..

So tengahari tadi merajinkan diri search resepi kat tenet sebab tiba2 teringin.
Presentation agak kurang menarik..maklum la orang tak pernah makan ni tak tau biasanya orang serve macamana..hihi
Yup..menjadi dan err..sedap :') *alahai perasan* Hubby tanya mana dapat resepi sebab dia tau saya tak pernah makan..:')

Buat lebih sikit sebab nak bawa balik umah MIL jap lagi..



Ok la..nak gi pasar malam jap sebelum balik. Babai..





Published with Blogger-droid v2.0.4

Mar 2, 2012

Resepi Begedil

Hujan lebat dari petang tadi dan membawa ke malam..Sejuk-sejuk sedap makan sup panas kan. So malam ni buat soto ayam (tanpa nasi impit..hihi)

Teringat ada kentang yang pesan kat hubby 3 hari lepas ada banyak lagi so merajinkan diri buat begedil..

Saya share resepi..tapi kalau ada yang dah terer buat begedil tu takyah la teruskan pembacaan..hehehe.


Sebelum digoreng..


Nampak sedap kan..hahaha..blahhh!!


Bahan untuk 2 or 3 orang..(Begedil ayam)

1. 2 biji kentang (saya guna sebiji besar dan sebiji lagi kecil)
2. Seketul ayam dipotong kecil-kecil (part yang banyak daging..saya guna bahagian dada)
3. Sedikit garam untuk perisa
4. Sedikit lada sulah (tapi saya ganti dengan serbuk lada hitam sebab takde lada 5. sulah)
6. Segenggan daun bawang (saya guna daun sup..dah itu jer yang ada kat fridge..)
7. Segenggam bawang goreng
8. Sebiji telur

Cara2:

1. Bersihkan kentang, kupas kulit dan potong dadu kemudian goreng.
2. Bila kentang dah masak tumbuk hingga lumat dalam keadaan masih panas (kalau nak tumbuk kasar pun boleh jugak)
3. Ayam direbus kejap (agak2 tak berdarah lagi cukup la) dan tumbuk lumat (kasar pun boleh..takde orang nak marah)
4. Kemudian gaulkan kentang yang dah ditumbuk tadi besama ayam, daun bawang/sup, bawang goreng, serbuk lada sulah & garam.
5. Bila dah sebati kepalkan kecil2 dan tekan bagi sedikit leper (nak buat bentuk hati atau bentuk bintang pun boleh kalau korang rajin)..saya buat comel2, kecik sikit dari telur ayam dan besar sikit dari telur burung puyuh.
6. Celup begedil yang korang dah kepal baeekkkk punya tadi tu dalam telur (make sure telur dipecahkan dulu & dipukul)
7. Goreng..jangan sampai hangus lak. Dah siapppp..dan sedia untuk dimakan dengan soto...nak makan macam tu pun boleh jer ;)

Simple kan?? Walaupun tengok list bahan tu ada 8 item tapi semuanya senang nak dapat. Dah memang ada kat rumah korang kan..kan..





Feb 18, 2012

Jalan-jalan dan Macaron

Rehat panjang semalam kawan2 ofis ajak gi Empire Gallery. So M.O.J la kan..lagi pun tak tau nak buat apa kat ofis 2 jam tuh.

Adik praktikal sorang tu nak cari kasut untuk event dia..so kami2 ni jadi la peneman ;P..(sememangnya kaki jalan pun kannnn) Pusing2..dia tak beli pun sebab confuse nk beli kaler apa. Abg dia suh beli kaler hitam, tapi dia berkenan kaler lain. Sudahnya dia kata malam nanti dia g ngan abg dia..takut abg dia komen kata tak cantik..hihi. Wateva la kan..janji dapat kuar.

Tak tau nak makan apa kat situ sebab semua kata nak makan nasi..banyak jer tempat makan best2 kat situ..Serai, Belanga, Ole-Ole Bali, Kenny Rogers, Nonya Colors, Madams Kwan..tapi tetap nak makan kat Anggerik Mall jugak (Sayang dan suka sangat kat Anggerik Mall...hihi)

So sebelum balik beli macaron..ada member yang first time nak try. So beli la 10..free sejibik :) Sampai Anggerik Mall kul 2.15 terus g fudkot makan nasik. Haishh..jauh2 pegi kat ofis jugak makannya.. :)

Mana lagi 5 biji???

Eh..apasal saya nampak cam orang ngandung??? haha...*Lagi mau tanya..(-_-) *

Ok..happy weekends uolls..

Feb 16, 2012

Pepahat...


Gambar cilok dari Google..terima kasih kepada tuan punya blog yang upload gambar tu.

Jap tadi sembang2 ngan kawan2 ofis pasal sorang lagi member yang sekarang ada kat sepang. Bukan mengumpat ok..saya yang tanya dulu bos dia mana so dia jawab la ada kursus kat Sepang. Biasa la kan, bila dah sembang tu memang meleret-leret..*lagha*

Tetiba kuar cita pasal pepahat..Ari tu tengok kat JJCM nampak macam sedap sangat. Teringin la pulak kan..(haishhh..tak peknen tapi manjang teringin)
Korang pernah makan tak? Sedap ke?

So saya pun saja gatal mulut ajak diorang gi Jeram. Tapi biasa la, saya cakap jer nak pegi tapi tak cakap pun lagi kat hubby..haha *Berangan namanya nih* Budak tu ajak gi hujung minggu depan sebab minggu depan gaji dah masuk kan.. :)

Kalau pegi hujung minggu memang 'sesuaaaiii' la sangat sebab saya nak kena angkut tentera batalion yang ada kat rumah tu. Kang ada yang makan pepahat tu dengan kulit-kulit sekali. Nak gi hari jumaat rasa2 tak sempat jugak walaupun rehat panjang. Hari2 biasa lagi la, jangan harappp. Soooo...impian jadi angan2..Hahaha..

Hurmm..tak kuar rehat ni jom la kita berangan.. ;D

Feb 15, 2012

~ WW ~ Red Velvet

Red velvet yang order dari Farah Nasuha thru MAD ari tu.
Not bad..rasa tak manis sangat *i like* and the macarons juga sedap..tak manis sangat. Kalau nak order boleh la masuk Blog Chokopopz ni :)

Macarons tu sebenarnya tersusun elok dalam box tapi dalam gambar ni nampak dah 'terhambur' gara2 anak2 tercinta.. :')

Dalam keta..masa ni diorang tak 'baham' lagi...hihi


Comel & sedap.. Bila la pulak saya nak belajar buat sendiri ni.. huhuhu

Ok..kata WW kan. Nak 'berpergian' jap lagi..

Feb 8, 2012

Percubaan Menjadi..

Seumur hidupku belum pernah beli ikan patin mentah. Last sunday cam biasa saya dan hubby kuar gi pasar tani. Mulanya nak pegi pasar tani kat Stadium seksyen 13 tapi bila ingat ada perarakan maulidurrasul hubby kata nak try pasar tani kat Kg Melayu Subang. Sooo..merempit la kami laki bini..

Sampai situ..laaaa,kecik jer pasarnya. Tak banyak pilihan lauk, yang ada pun ikan yang dah nazak. So tak jadi beli ikan kat situ..just beli sayur dan beli sarapan. Try nasi berlauk dia..saya amik gulai ayam dan hubby amik gulai ikan. Gulai ayam dia biasa jer tapi perghhh..gulai ikan dia sangat sedap ok. Saya ni tak suka sangat ikan tongkol tapi kakak tu masak memang sedap. Pure kelantanese yang jual..

Berbalik kepada topik..bila dah takde ikan yang sihat walafiat kat pasar tani tu so kami singgah Pasaraya Segi masa on the way nak balik. Entah apa angin hubby nak beli ikan patin..saya ok jer. Kalau tak reti senang jer..kat google bersepah resepi ada, rajin atau tak jer. Beli ikan patin dan ikan keli (pelikkk..apa pasal dia amik ikan air tawar jer kali ni :p)

Sampai umah saya pun gigih mengugel resepi. Sap sap soi jer resepinya. Bahan2 pun simple.. Cuma tempoyak n bunga kantan takde so jasa baik dan budibicara hubby sangat penting masa ni ;)..dia la yang tolong belikan.


Daun kesum yang ditanam sendiri..jimaaatt..


Bukti saya masak sendiri..tak beli punya ;) (Haha..walhal kalau tipu pun orang tak tau pun..) Ish..tak baik tipu2 ok


Ini la kejadiannya..

Resepi..saya amik dari Mesra.net

1 ekor ikan patin sungai atau sangkar (Tapi saya masak 3 keping)
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya

Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.


(Haishhh...banyak lak bebel makcik ni) Kesimpulannya, Ikan Patin Masak Tempoyak saya menjadi.... Yeayyy..
Tahniah untuk diri sendiri :')

Jan 17, 2012

My Breakfast..

Tengok tangan yang kedut pun dah boleh agak umur tuan punya badan kan...kekekekek


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 12, 2012

Tempat Wajib Singgah..

Saya kan..kalau g shopping complex yang ada Guardian or Watson tak sah kalau tak singgah. Lebih2 lagi kalau jalan sorang2..

Dan kalau dah masuk tu mesti ada jer benda yang dibeli..hihi. Tak kira la apa pun memang ada jer yang tersangkut kat tangan ni.

Hari ni terbeli mask,coklat n biskut.. Buat munching kat ofis (saya perasan yang macam dah jadi habit buat kerja waktu petang sambil mengunyah..) *bad habit nih*

Eh..mask tu xde la nak dimakan..tu buat tempek kat muka malam2..hehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 5, 2012

Gambar Ayam Goreng Berempah



Nah..saya tunaikan permintaan kawan2 yang request suh tempek gambar.

Dah tengok gambar..dah dapat resepi jangan lupa try tau :)


(Eceh..macam la special sangat resepi kau ni)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jan 4, 2012

Nak Tau 1 Rahsia Tak???

*******Ada lak yang mintak gambar..Ok2, petang kang saya buat ayam goreng berempah ni pastu tempek kat sini. Hihihi******



Resepi rahsia...hahaha *Rahsia sangat!!*

Tak tau nak update pasal apa..plus dah lama kita tak sembang pasal resepi khannnnn... Ecececehhh..macam hebat sangat bunyinya.

Resepi Ayam Goreng Berempah Ibu Mithali..(Ngahahaha..perasan lagi)
Ni anggaran untuk 2 orang makan (4 ketul..sebab sorang 1 memang tak cukup)

Bahan2:

* Ayam 4 ketul

* 2 biji bawang merah kecil (dikisar)

* 1 batang serai (dikisar)

* 1 inci halia (dikisar)

* 1 sudu teh serbuk jintan putih

* 2 sudu teh rempah kari

* 1 sudu makan tepung gandum/beras

* sedikit garam

* minyak untuk menggoreng secukupnya.




Cara2:

1. Bersihkan ayam

2. Perap ayam dengan garam, bahan yg dah dikisar,serbuk jintan putih dan serbuk kari.

3. Perap sekejap..lagi lama lagi best.

4. Sementara tunggu minyak panas masukkan tepung dan ramas sampai sebati dengan ayam

5. Goreng dengan api sederhana.

Siappp..sangat sedap kalau makan ngan nasi lemak or nasi putih. Nak2 pulak kalau ada sayur kobis 'masak kuah putih'..sambal belacan n ulam2.

Selamat mencuba uolls.

Sekian resepi rahsia yang bukan lagi rahsia.. Kihkihkih...

p/s: Ni ayam berempah versi saya. Kalau tak kena kat telak korang mintak mahap la yer..



Published with Blogger-droid v2.0.2