Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Apr 13, 2012

Bagaimana Benih Tercantum/ Bagaimana Terjadinya Manusia..

Pagi Jumaat yang indah ni, saya dapat msg kat twitter form my dearest sista, MamaWafiy. Dia dah peknen...yeayyy..saya yang terlebih seronoknya ;D
*Tahniah lagi sekali kak*







So, jom kita tambah pengetahuan pasal bab2 kehamilan ni. Macamana telur dan sperma boleh bercantum dan seterusnya membentuk 'buah hati' di dalam rahim kita.

Sperma / Air Mani Lelaki
Pengeluaran sperma atau airmani ditentukan oleh 2 biji batu pelir atau testis. Jika btau pelir tersebut berukuran baik dan sempurna, maka satu pancutan dari air mani ini kebiasaan berjumlah 100 juta benih. Malah ada lelaki yang memancut lebih dari 150 juta benih. Paling minima ialah 60 juta. Kalau kurang dari 40 juta, kemungkinan besar akan menjadi masalah kesuburan pada lelaki.

Ovum / Telur Wanita
Nucleus sel telur atau ovum mengandungi 23 kromosom. Nucleus dan persekitaran cytoplasm sel telur dikelilingi oleh lapisan sel yang tebal iaitu zon pellucida.

Sewaktu permulaan haid, hormon pengalak - Follicle Stimulating Hormone (FSH) rembesan dari kelenjar pituari telah mengerakkan follicle ovari untuk membesar.

Pada kira-kira hari ke 12 putaran haid, kelenjar pituari mengandakan pengeluaran hormon Luteining atau Luteining Hormone (LH) Dengan itu bilamana hormon FSH dan LH telah keluar dengan normal dan seimbang, maka salah satu dari saluran follicles pecah dan membiarkan telur atau ovum masuk ke rahim melalui fallopian tube.

Follicle dimana telur tersebut dibebaskan akan ditukarkan menjadi 'corpus luteum' yang merembeskan hormon ' progestrone' yang amat penting untuk perbentukan telur yang berjaya. Jika telur tersebut tidak disenyawakan didalam masa 1 hingga 2 hari dalam tempuh penetasan atau 'ovulation' . Telur tersebut akan mati dan luput, ini akan dususli denga kedatangan haid atau menses.

Perubahan Di Dalam Rahim / Uterus
Semasa pembentukan follicle, ' hormon 'estrogen' dibebaskan oleh ovari. Selepas ovulasi ' hormon 'progestrone' turut dibebaskan oleh 'Corpus Luteum'. Kedua-dua hormon ini merangsang penebalan dinding rahim atau endometrium ( uterine lining) dan bilangan sel sebagai persediaan untuk membekalkan zakt-zakat kepada telur yang bakal disenyawakan. Seandainya pensenyawaan tidak berlaku, lapisan dinding rahim akan terburai dan darah haid akan keluar dengan sendirinya.

Persenyawaan / Fertilization
Sewaktu ovulasi berlaku laluan dari permukaan follicle ke rahim melalui tube fallopian akan merembeskan ceair mukusa yang kaya dengan zat sebagai pelincir untuk perjalanan sel-sel sperma menuju ke uterus.

Sewaktu persetubuhan berjuta-juta sperma dipancutkan kedalam faraj, dekat dengan persekiataran servik yang beralkali. Kebanyakan sperma 'berenang' pada arah yang salah, lain-lainnya terbunuh oleh keadaan berasid dalam faraj / vagina. Manakala yang lainnya terperangkap dalam lipatan dinding-dinding faraj.

Sperma yang berjaya melalui terus servik dibawa kearah tube fallopio secara alami melalui tindakan otot-otot pada uterus.

Persenyawaan berlaku dalam tube fallopio. Sperma pertama yang berjaya menembusi telur membebaskan satu bahan kimia yang memusnahkan semua sperma-sperma lain yang melekat disekitar zona pellucida.

Sebaik sahaja telur itu ditembusi oleh satu sperma, dengan serentak tindak balas kimia menghalang sperma lain daripada memasuki telur itu.

Sewaktu telur dan sperma bercantum dan disenyawakan bergerak melalui tuba fallopio menuju kearah rahim, mereka bersatu membentuk satu nukleus dengan 46 kromosom.
Kromosom ini membiak dan membahagi dua. Proses pembahagian ini berterusan sehingga telur yang disenyawakan membentuk sekelompok sel-sel halus yang setiap satunya mengandungi 46 kromosom.

Lemak dan zat-zat yang tersedia membekalkan telur yang senyawa tadi selama 3 hari semasa ia bergerak menuju kearah uterus. Telur pada peringkat persenyawaan ini dinamakan blastosista ( blastocycst )

Penempelan / Implantation
Selama 2 hingga 3 hari blastoista tadi terapung-apung secara bebas didalam ruangan rahim ( uterine). Lebih kurang 6 hari selepas persenyawaan, blastosista menempelkan dirinya kepada endometrium, dan melekatkannya secara alami / semulajadi dan menyerapkan sebahagian kecil tisu endometrial.

Darah mengelilingi blastosista itu dan mendapatkan zat-zat. Penempelan lengkap pada minggu ke 12 selepas persenyawaan. Beberapa sel dari blastosista kemudiannya membentuk janin -'embryo', yang lainnya membentuk struktur-struktur berzat seperti tembuni atau placenta.

Penentuan Kehamilan / Determination of Pregnancy
Kebiasaannya seorang wanita mengesyaki kehamilan apabila, kitaran haid telah terlewat dari jadual asal. Jangkas masa kehamilan dikira menggunakan hari pertama daripada hari terakhir kedatangan haid seseorang wanita.

Ujian-ujian kehamilan boleh dilakukan dengan menguji air kencing sebaik sahaja kedatangan haid lewat selama 7 hari ini berdasarkan kehadiran hormon ' Human Chorionic Gonadotrophin ( HCG) pada air kencing.

Pada minggu ke 6 kehamilan, tembuni 'placenta' merembeskan jumlah HCG yang berlipat ganda dalam air kencing setiap wanita yang mengandung.

Kadang-kala ujian kehamilan melalui air kencing atau HCG tidaklah begitu tepat pada peringkat awal kehamilan.
Adalah lebih tepat jika ujian-ujian kehamilan dilakukan selepas 6 minggu kehamilan.

Mual dan Muntah Tanda Hamil
Pada sesetegah wanita tanda-tanda kehamilan boleh dikenal pasti dengan jelas melalui tanda-tanda awal seperti mual, loya, pening, keletihan, muntah-muntah, bau busuk, bertambah air liur, kerap kencing dan lain-lain.

Bagi doktor-doktor pakar kehamilan dapat dikenal pasti menerusi pemeriksaan dalaman seperti warna yang lebih gelap pada vulva dan faraj, kelembutan pada servik, ukuran rahim, buah dada yang berisi padat, terutamanya selepas minggu ke 6 kehamilan.

SUMBER..



Try baca SINI jugak ..Very interesting..Perjalanan dan pertemuan Telur & Sperm :)

p/s: Selamat merancang keluarga ;D

Mar 6, 2012

Dah Daftar..



Alhamdulillah..

Dah daftarkan sekolah anak bujangku. Punya la ramai saingan sekarang ni hinggakan dua tahun awal dah kena daftar.

Terasa cepat sangat masa berlalu..lagi 2 tahun insyaallah Hannan dah nak masuk darjah 1. Dan maknanya usia mama jugak semakin bertambah.. :')


p/s: Janji mama kena menten kan..hahaha







Published with Blogger-droid v2.0.4

Jan 3, 2012

Kerja di Tahun Baru

Insyaallah, bermula Januari ni saya akan masuk ofis kul 8.30 (WP3) and balik pukul 5.30 petang. Kalau dulu boleh la masuk kul 8.00 sebab hannan sorang jer yang gi sekolah. Tapi tahun ni dah 2 orang so kena la bertolak ansur sikit. Sian kat hubby nak uruskan 2 orang sekali, selama ni memang dia yang uruskan hannan dan hantar ke sekolah sekali.

Kadang-kadang hubby ada meeting waktu pagi so saya fikir2 kesian lak kat dia nanti. Uruskan hannan sorang pun ada masanya sangat mencabar, apatah lagi 2 orang. Ragam budak kecil waktu pagi faham2 jer la kan. Nak2 pulak bila diorang tak cukup tidur..

Insyaallah, besok cuti. Hehehe..awal2 tahun dah cuti kan?! Bukan apa, nak la jugak menyaksikan macamana Nuha yang first time gi sekolah. *Nursery dulu tak kira ;p)
Masa pendaftaran ari tu kemain lagi dia, dari dalam keta dah jerit "ticeeerrrr...Nuha datang ni.." Alih2 semalam bila tanya Nuha nak gi sekolah tak dia jawab "Tanak..sekolah hannan tu tak best" Hah sudah!!! Jangan la dia buat perangai lak besok :)

Hannan, mulanya papa nak sekolahkan dia kat C.I.C. Memang tengok 70% cenderung untuk hantar ke C.I.C sebab ada belajar solat bagai semua. Tapi masa daftar Nuha tu (kat sekolah asal hannan) teacher dia kata start 5 tahun diorang akan ajar solat, bahasa arab dll terus berubah fikiran. Nak teruskan hannan kat sekolah tu. Atas alasan, murah and dekat sangat2 dengan rumah (belakang umah jer) Lagi 1, senang sebab boleh hantar 2 orang sekali harung. M.O.J..

Sooo..tak sabar nak tunggu hari esok. Nanti nak amik gambar budak 2 orang tu pakai uniform ;)

Dec 19, 2011

Memilih tadika anak..

Dah nak sampai ke penghujung tahun..semua ibubapa dah sibuk dengan urusan pendaftaran sekolah anak. Tak pun dah ada yang sudah mula mencari-cari or mengintai2 sekolah untuk sang anak.

Ni ada sedikit tips yang boleh dikongsikan bersama. Saya cedok dari blog yang saya jumpa masa gugel. *Minta izin yer tuan punya blog..semoga Allah permudahkan urusan anda*

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.
(Alhamdulillah..sekolah hannan sekarang memang bagi pendedahan pasal ilmu2 agama walaupun bukan mendalam sangat tapi saya rasa sesuai dengan umur dia sekarang)

2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat
(Benda ni penting untuk memastikan kebajikan dan keselamatan anak2 kita)

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. (Alhamdulillah..saya tahu apa yang hannan belajar kat sekolah)

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.
(yup..sekali sekala saya akan whatsapp or sms ticer dia untuk tahu perkembangan hannan. Jangan sms selalu, kang ticer/pengasuh dia ingat kita tak percayakan dia pulak)

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!
(Ini wallahualam, kalau ikutkan jadual pemakanan yang diorang bagi masa register tu memang sesuai tapi di luar pengetahuan kita tak tahu la kan..Harapnya betul la ikut jadual tu)

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.
(Ada macam2 versi cerita yang saya dengar tapi kadangkala kita perlu tutup sebelah mata untuk perkara remeh. Kalau terlalu cerewet pun susah juga. Dua-dua pihak kena faham)

Apapun, saya yakin semua parents mehukan YANG TERBAIk untuk anak-anaknya kan..

Nov 15, 2011

Missed Hari Penyampaian Report Card Hannan..

Disebabkan last week bercuti maka terlepas Hari Penyampaian Report Card skul Hannan.
So petang semalam amik dia baru teacher bagi buku tu kat mama..

Lega plus happy sangat2 bila teacher dia kata Hannan antara murid yang pandai dan bila buat kerja selalunya dia dapat siapkan dengan cepat. Dah tak usik orang and sangat gentleman dengan girls..(huh..ni mesti ikut perangai papa..) Sejuk perut mama ngandungkan Hannan. Harapnya sampai bila-bila Hannan jadi anak yang baik, cerdik dan yang penting jadi anak yang soleh..

Ni report in details...


BM dia agak kureng sikit kalau nak compare ngan BI..haih. Bila kita ajar dia kat umah dia kata dia tak pandai klu kat umah..dia pandai kat sekolah jer..abis cemana tuh???


512 daripada 520 markah..not bad huh.. Malam tadi papa tengok kertas soalan exam dia n tengok mana yang buat markahnya kurang.

Insyaallah hujung minggu ni Convo..tapi Hannan tak boleh join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.


P/s: Ibu mana yang tak gembira melihat kejayaan anak...

Erk..nak share sikit. Ari tu masa kat air port, hannan nampak beberapa orang pompuan and suddenly terkeluar dari mulut dia.."Cantiknya awak.."..
Huwaaaaaa....anakku, semoga tak jadi kasanova..fuhh..simpang 44..

Jan 3, 2011

2hb & 3hb Januari 2011 - Entry semua dalam 1

02.01.2011 - Semalam, Kak Nuha genap dua tahun sebulan. Hari ni dia dah masuk kelas baru..kelas untuk budak 3 tahun..teradvance sikit.

03.01.2011 - Hari ni pulak Auni genap 4 bulan..alhamdulillah. Auni cam demam sikit pagi tadi..harap2 tak berpanjangan.

Hari ni jugak abang Hannan masuk skolah..(playschool). Sangat eksaited masa dapat uniform minggu lepas sampaikan tengah2 malam pun nak gi sekolah. Sekolah biasa jer..tapi walaupun sekolah biasa saya tetap suka sebab anak jiran saya 4 tahun dah boleh baca buku BI dengan baik. Pun sekolah kat situ jugak..dekat pun dekat jer ngan rumah (belakang rumah jek..;p)


Nuha jeles jer abang ada uniform..


Sistem pembelajaran yang digunakan


Teacher di playschool ni guna bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar..awal2 ni hannan mesti blur2 dengar teacher dia speaking ;)
Harap2 hannan cepat belajar..cam papa panggil Hannan "The Fast Learner" =D

Jun 17, 2010

Macam-macam dalam 1..

Salam..

Semalam ada cakap pasal Grolier Programme kan..alhamdulillah tengahari semalam orang tu hantar ke ofis (my request). So petang semalam saya ada la amik gambar 2, 3 keping.. masa ni dlm kotak & tak buka lagi, nanti bila dh susun cantik dalam book case sy upload lagi =p.. Meh layan gambar2 ari ni. Tak ada idea nak taip panjang2..


Book case tkde dalam gambar..dalam keta lagi, tk larat saya nk angkat bawak kluar..


1 item lagi diorang utang saya..xblh deliver lg sebab out of stock. (Hannan suka layan Fun Thinkers tu..good for stimulate his mind)


Yg dalam box ni ada 26 dvds & 26 buah bukuss.. :)

***********************************************************************************
Ok, ni gambar lain lak..



Alhamdulillah..hannan dh berjinak2 dgn solat. Pantang nampak sejadah mesti nk "Allah tek ba" (Allahuakbar = solat) :p . Tapi anakku, ko ni solat dh la pakai suar pendek..pakai sleeveless pulak..(asal tutup aurat jer kan..ekekeke)
Tapi yg lagi silap... Kiblat ko tu salah nakkk. Ehehehehe...

************************************************************************************
Next.. Gambar adik-beradik tengah tidur.


Nampak tk ruang sempit di antara diorang tu? Situ la saya tidur..diorang kalau nk tidur mesti nk berhimpit-himpit ngan saya. Sudahnya saya selalu sakit2 badan sebab tak boleh pusing kiri kanan...

********************************************************************************

Lastly.. Gambar diorang adik beradik tengah buat aktiviti bebas waktu petang pas balik dr sekolah masing-masing..



Sesekali saya biarkan jer diorang nk buat apa yg diorang nak. Semalam layan pasir yg tk berapa nk banyak depan rumah jiran sebelah =) (rumah tu kosong lagi..entah bila owner dia nk masuk) .. sian kan,nk g beach entah bila baru blh pegi.

Ni gambar ngan Maryam..anak jiran a.k.a bestfriend hannan, jugak satu sekolah ngan dia. Maryam ni pun sampai panggil kitorang laki-bini.. Papa Mama

Mode: Sakit pinggang, perut ketat sebab makan banyak bekpes tadi. 2 biji telur separuh masak (ok,saya tau tk elok untuk org mengandung tp sekali sekala ok kot kan..ekekek), bihun separuh, nasi goreng (suku jer), ayam goreng, 1 set roti bakar..segelas teh tarik & segelas jus buah.. Muahahahahaha..gila banyak mak makan skrg ;)