Jalan jem la pulak..semua menuju ke Putrajaya, misi yang sama..nak bawa anak2 tengok bunga api ;) Hubby memang saja tak nak masuk dalam, parking atas jambatan/flyover jer sebab tau nanti nak kuar mesti berjam tunggu..jem. Sampai situ Hannan dan Auni tidur la pulak..sian diorang tak dapat nak tengok..tengok rakaman video jer yang mama amik.
Itu pn nampak sikit2 jer sebab memang kitorang parking asal boleh tengok jer. Tak sanggup nak hadap jem masuk dan kuar Putrajaya tu.
Ambik gambar sementara tunggu nak start. Kakak sekarang ni kalau kita tak suruh senyum depan kamera memang la dia mencuka macam tu, walhal mood ok jer. Ke dia segan amik gambar ngan baju kelawar tak tau la pulak kan.hihihi (erkkk..montelnya mama :'p)
Amik gambar tak banyak sangat sebab dari jauh kan..tak cantik sangat, tabah lagi guna camera tepon jer..huhuhu. Pas je habis tu terus masuk keta..jem sikit2 jer. Alhamdulillah kul 1 lebih sampai rumah. Sampai jer semua orang terus tido..zzzzzz
Esoknya, 31 Ogos..memang dah plan ngan hubby nak bawak anak2 gi tengok perbarisan kat Dataran Merdeka. Disebabkan tido lambat malam tu, anak2 liat gak nak bangun. Sian diorang tak cukup tidur. Tapi bila kata nk gi tengok askar berbaris semua cargas.
Haihhh..bila anak ramai dan kecik2 ni memang amik masa nak bersiap kan. Ding dong..ding dong..kul 8 lebih baru kuar rumah. Itu pun singgah bekfest dulu..isi perut. Cadangan asal untuk naik tren kensel sebab takut lagi lambat sampai.
Sampai KL kul 10 lebih..park area Bank Negara pastu kena jalan kaki sikit.
Auni memang cuak..siap nangis bila abang polis tu sergah dia..siap buat muka bengis dan suara garang dia..haha
Gambar jet tak sempat nak snap..
Mereka lagi..
Kasih papa..siap dukung dua orang sekali.. Masa ni tak dapat gi line depan lagi..
Berpeluh2 diorang kepanasan tapi tak nak berganjak..masa ni dah dah dapat tempat paling depan :)
Dahaga sangat..dah tak kisah duduk atas jalan :p
Sebelum balik amik gambar dulu..masing2 muka dah tak terurus. Auni paling comot ngan rambut yang macam tak sikat seminggu. Apapun, Harraz yang baik tu memang sangat baik..tak meragam..tak menangis. Dia ngantuk dia tido jer.. Tu dia tengah tido tu ;)
Balik dari dataran sepatutnya gi kenduri kawan tapi semua dah penat so balik terus. Ada 3 open house menanti di housing area ku. Tengahari..petang..dan malam. *Gantung periuk belanga*
Open house kedua untuk hari itu..auni jer yang ikut, yang lain tidur..
Kakak tudung maroon (kak awin) tu jiran selang dua buah rumah..yang tudung coklat tu (kak mimi)selang 3 buah rumah..kitorang memang rapat :)
Kakak tudung hijau tu tuan rumah, kak Zah..
Kakak baju coklat tu tuan rumah untuk open house malamnya pula..kak linda.
Jiranku semuanya baik2 belaka..syukur Alhamdulillah :)
Hari ni pun gantung kuali gak sebab ada 2 open house lagi..pun jiran2 gak yang buat.
Habissssss...macamana nak diet????
3 comments:
sporting nya family ske tengok mercun..
baru2 ni kami kena marah dgn jiran sbb main mercun ni terus hilang mod..hehe
hebat la ko bawak anak2 gi tgk bunga api pastu pagi pegi dataran plak. aku mlm tu tak tgk bunga api langsung, sbb dah masuk bilik tido.. (sungguh takde semangat kemerdekaan hohoho)
ko nampak kembang sket tapi takpe pasni konpem slim..
Tihara: Hehe..sbb anak2 tu yg pegi..klu makpak semata mmg tak rajin la..
Yati: Hahaha..bukan sikit beb..kembang banyak..kuikuikui ;D
Post a Comment