Apr 29, 2011

Entry dating gitew..

Petang semalam badan Auni dah start panas..tapi still ok lagi tapi bila dah masuk tengah malam suhu makin tinggi. Panas sangat sampai dia tak boleh tidur..asyik menanggis sampai ke pagi. Sooo..dengan itu mama dia pun kena EL. Siyes tak cukup tidur..dah la sebelum ni pun banyak lagi time tidur yang terakru. Mata dh jadi cam mata panda..lebam *benciiiii*

Nampaknya cuti panjang la saya ;) *AMAT SUKA*..tapi itu pun baru semalam saya teringat yang isnin ni cuti hari pekerja. Hurmmm..so far belum ada plan apa2 lagi untuk hujung minggu tapiii..tapi..tapiii insyaallah isnin nanti ada date ngan my classmate masa sekolah menengah dulu.

Ni gambar ngan dia..jumpa kejap masa balik kampung ari tu..

Hannan ngan Adda anak Yati..


Jumpa ni pun plan last minute..selalunya macam tu la kan...yang plan akhir2 tu yang selalu menjadi.

Yang ni pulak kawan-mesti-jumpa tiap kali balik kampung..my BFF. Ustazah Siti..oh yep..Yati tu pun ustazah jugak..(mak jer yang bukan ustazah..sob..sob..)


Yang ni pulak As..kawan blog yang boleh kata baru kenal. Sabahan jugak..plan jumpa pun last minute jugak ;) Jumpa dia and anak2 kejap jer..sebab anak2 saya terjun laut. Tak plan pun nak mandi laut sebenarnya..tu pun papa beli towel & sepentot untuk hannan mandi ;D So bila diorang dah siap mandi tak boleh la nak lepak lama sebab seluar nuha dah basah..sian la pulak kan. Btw As..em glad dapat jumpa ko. Pasni kalau datang kl jgn lupa kontek..As ni memang raaaajin turun kl.

Ok..dating seterusnya adalah ngan murni. Ni plan 2 hari sebelum..jumpa kat Pavillion, lunch kat Nando's..hehe. Menyesal tak ambik gambar banyak2 walhal mak dah gigih pinjam kamera ngan ofismet (kes lupa nak angkut kamera gedabak). Ni ada gambar ngan dia..


(Murni..tk tau bila lagi nak jumpa kan..)

Ok..last..gambar ni gambar dating antara kazen2..Hehehe..


Tengok laa..Auni yang paling sporting..siap menyanyi lagi..hahaha.
Dari kiri..Auni, Adib, Asyraf, Qairina (entah betul or x spelling nama ni), and Asryad. Semua sama baya... :D

OK..cukup 1 entry..jap2 lagi kalau rajin boleh la update lagi sementara ada masa & ada mood ni kan.



1 comment:

~ As ~ said...

last pict tu plg best..ahahaha...ramai2 kumpul ni, klau besar blh kasih nampak dorang balik.