Jun 4, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Heheh..buh tajuk cam pakar..chaittt.

Alhamdulillah..tercapai jugak niat nak tengok NKTM ni..terhutang budi pada hubby yang sudi temankan saya Jumaat minggu lepas (ecehhh..)

Sebenarnya tak plan dari awal pun nak hari tu..dalam kul 10 macam tu saya sms hubby kata nak tengok NKTM..then hubby reply dia kata dia ok jer. So sebelum dia tiba-tiba berubah fikiran saya pun terus cepat2 beli tiket online (^_^)

Kul 12 lebih saya keluar..g tesco seksyen 13 sementara tunggu B abis solat Jumaat. Lepas tu terus g Sunway Pyramid ngan keta B..keta saya parking kt tesco.

Memandangkan show kul 3.30 dan kitorg sampai dalam kul 2.40 mcm tu, so g la makan dulu..kebetulan belum lunch lagi. Lunch kat A&W..saya teringin nak makan Moza Burger dia.

Sambil tengok gambar kita story ok.. ;P



Hubby kata ni mesti nak update kat blog ni..;p..kuikuikui


Sebelum masuk ambik gambar dulu...

Masa ni saya dah start sedih sebenarnya..Nur pujuk Aidil, Aidil asyik sedih di atas kematian wife dia. Ingat tak, kan dia kawen ngan liya. Liya tu dah meninggal..nak tau kenapa? tengok NKTM ni. Tak boleh story habis kang korang yang nak tengok tak saspen.


Masa ni Adam sakit.. Masa dia and Nur g bercuti kat Jordan Adam hilang masa ribut pasir. Sedih tau, dia keluar dari hotel semata-mata nak cari semula cincin kahwin Nur. Cincin tu hilang masa diorang kemalangan train. Tapi dia sakit ni bukan sebab kemalangan tapi sebab kesan lama masa dia terlibat dengan serangan kat mana ntah..macam dalam drama NK kat tv dulu.
(story sikit) Anak Aidil..dia masih tak boleh lupakan mak dia.. Sedih tau, pandai budak ni berlakon.
Ni lagi sedih..masa ni Adam cam dah rasa dia tak hidup lama..tiba2 Nur bagitau yang dia peknen (selepas 3 kali keguguran)

Ni pun sedih..(semua sedih..ngehehe)




Siapa orang tua ni??? Nak tau?? Ni la Nur bila dah tua (rasa cam tak seswaiii jer)..

Saya menangis tak tau berapa kali..sampai bila dah balik pun B asyik gelakkan saya sebab banyak kali nangis..Sedih woo. Tapi boleh tahan gak B sebab ada babak yang saya tak ingat kaitan dengan yang dalam drama dulu dia yang ingatkan balik..hehe (yup..hubby saya akan layan cerita apa yang saya layan..suwit kan?? haha)

Jangan tak tau, masa tengok ni..orang india pun ada tau. Saya rasa diorang ni mesti layan drama Nur Kasih dulu. Tu pasal nak tengok..hehe. Dan orang lelaki yang datang tengok boleh dibilang dengan jari..nisbah 1:7 kut..;p

Pandangan saya..NKTM ni banyak berkisar tentang kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Tapi bagi saya yang lebihnya ialah kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya..(tetiba teringat balik babak2 dalam NKTM..sob..sob..)Seorang isteri yang terlalu sayangkan suami even suami dia dah meninggal hinggakan dia macam dah hilang ingatan di waktu tua. ;(

Ada jugak watak2 sampingan lain..saya kesian sangat dengan budak yang dermakan organ dia untuk Adam. Budak tu kira cam murid Adam ni, dari seorang budak yang nakal/jahat jadi budak yang baik yang sanggup berkorban untuk orang lain. (Sedih lagi..tragis betul kematian budak nih..hwaaaa)

Overall..walaupun cerita ni sedih dan banyak buat saya menangis, saya bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Kenapa? Mungkin sebab kejap sangat kot..sejam setengah, mana puas..hehe. Apa pun, tahniah pada pengarah movie ni sebab berjaya buat beratus penonton nangis..

Ok..cukup cerita pasal NKTM. Pas abis movie tu terus g tesco semula nak amik keta saya..Tapi sebelum tu singgah beli bunga kat luar tesco tu. Happy gila saya bila hubby beli bunga2 ni..hehehe
Orkid ni tak beli..:)
Beli yang pink ni..

Dan yang purple









Yang hubby pegang ni dan 2 jenis lagi..lupa nak snap gambar.


Sudahhhhh...dah beli tu drive balik sendirik!!

10 comments:

~ As ~ said...

aku nda berani tgk dgn laki aku, uhuhu konfom kena kasih ketawa sbb nangis nangis...

kasihredha said...

akak tak tengok lagi nurkasih tu, hari tu akak nak tengok nurkasih...suami akak pula nak tengok lanun jack sparow tuh.
So akhirnya kami layan cite lanun tu :)

salina said...

mak aii gitu ke rupa sedihnya...ni lagi buat akak tak mau tgk ni...kang jiwang lebih2 hahahaa takdela..akak mmg tak tgk NK ni dulu masa drama so muvie pun x brp minat jgk...heheheee

Dr. Erna Masfiza said...

saya tengok gak nurkasih awal2 masa preview tapi kecewa sikit sbb jln cerita dlm drama dia lagi best.. :l

chichi said...

emm tak sempat nak tengok nktm lagi..tapi maceh la cita serbasedikit cita tu..hehehehe

wahida said...

nasib kami laki bini tak suka citer ni....hehe..

ko beli bunga2 tu nak tanam ye liya? rajin ko ye nok!!

Mulan said...

belum tengok lagi.. rasa nak tengok minggu ni kot.. bila panggung dah sepi sikit...

Dee said...

bestlah dpt tgk ngan hubby..tp nurkasih mmg sedihkan..dia sakit akibat kejadian kat mumbai dulu tu liya..eh..dee nangis gak tau..hihihi..

Am said...

Dress putih sgt cumills...

SemuaTentangKita said...

As: hehehe..aku x kisah pn hubby kutuk2 aku. haha..bukan dia x kenal aku ni yg jenis sikit2 nangis ;)

k.kasih: best tk citer tu kak? skng ni banyak cite best2 kan.

k.sally: hehe..klu tak tgk drama dulu mesti x faham..:)

Erna: mungkin masa pendek sgt kot..sejam setengah jer kan..

chichi: hehehe..nanti dh kuar dvd beli la..(eveh..terpromot pulak)

Wahida:a'ah..nak menanam la kononnya. Mari kita tunggu dan lihat selama mana hayat pokok2 tu..hehehe

Mulan: tgk jgn tk tgk..hehe

sis dee: best..dan sedih kan sis..

Am: tengkiu..:)