Feb 19, 2012

Apa Jadi Bila Bosan & Tak Ada Idea Nak Buat Apa???

Maka tercipta la entry ini..haha..
Jangan bosan naaa..:D

Menyahut seruan kerajaan untuk menanam sendiri (Ada ke kerajaan seru macam tu??)
Jom cuci mata tengok 'kebun' ku..Kebun belakang umah.

Pokok cili belakang rumah..dah selamat pecahkan dalam budu ;)

Pokok labu..belum pernah rasa hasilnya..baru tumbuh. (Sebelum ni ada gak dah yang tumbuh tapi jadi mangsa budak2 yang main kat belakng umah..huhu. Sabarrrr.. :')

Kenal tak apa ni?? haaa..ni generasi kedua, sebelum ni dah pernah tuai hasilnya tau. Kejap sangat tumbuh putik baru. Tak percaya kalu..cuba try test tanam sendiri..

Pokok limau purut..sekarang ni dah tinggi sikit compared dengan masa mula2 beli dulu. (ish..terang sangat la pulak flash dia)

Ni namanya pokok-daun-kari-hidup-segan-mati-tak-mahu.. huhuhu (Baru jer amik dari umah MIL nih)

Ni anak pokok tomato. Mak dia berjasa kat kami, banyak gak buah dia ari tu. Lebih kot 10 bijik..puas hati sangat. Tapi mak dia dah mati and dah selamat saya cantas..tinggal la waris dia yang satu ni.

Pokok daun kesom..beli kat pasar tani RM4..seb baik menjadi :)

Pandan..haa, ni pun amik dari umah MIL..hihihi

Yang berikut ni pulak gambar suka suki..saja isi masa lapang petang2 balik dari keja :)



Gambar lalang kat umah kosong sebelah umah. Tinggi sangat, lebih tinggi dari mak yang 'tinggi' ni. Tengok tu, tinggi sampai dah lepas bumbung kan??? Hahaha..over (-_-)



Tak tau ni bunga apa..nampak cam bunga matahari..cam kekwa kan. Main beli jer..hihi. 'Bulu2' dia tu tajam tau, cam miang rebung tu..haish. Masa beli tak rasa tajam lak.



Bila layu jadi macam ni..cam strawberry pun ada kan..hehe



Dua gambar kat bawah ni pula gambar bunga2 yang tumbuh liar kat 'anak bukit' depan umah..kalau time dia berbunga cantik jer tengok..kaler purple & kuning banyak-banyak. (Lupa lak nak amik gambar 'pemandangan' tu)





Yang ni pula gambar 'bunga' yang ada di halaman rumah mak :) Sibuk enterframe tiap kali kita pegang camera. Dan sekarang itu adalah style or gaya paling hebat yang dia boleh buat depan camera..kembungkan pipi..muncungkan mulut dan kembangkan hidung..Hebat kan!!??



Sekian..

p/s: Bosan..kul 1 baru hubby habis main futsal. Nak tidur, mata tak ngantuk pula..besok nak bangun awal. Hubby ajak g beli nasi dagang kat pasar tani yang saya suka tu..nyum..nyumm..

3 comments:

kasihredha said...

bagus2...jimat duit.
Serai tak tanam ke? serai kat kedai sgt le mencekik darah...mahal sgt.

cantik pokok bunga tu..
modelm kat bawah pun comel gak...cium sikit...muahhh.

mintak cili satu boleh? nak letak dlm budu :))

akak pun nak gi beli nasi blauk dan nasi kerabu nih...jommmmm

SemuaTentangKita said...

Serai tanam kat depan umah kak..tp seberang jalan..hihi. Betul tu,x larat sekali nk guna sekali beli. Klu beli byk kang kering jer :)

Anonymous said...

bagus bagus..mari hijaukan bumi. mmg ada seruan kerajaan utk tanaman kecil-kecilan camni tau. tak susah pun kadang2 campak je benih dah menjadi. banyak pokok hijau makin banyak la oksigen kat bumi ni kan kan kan