Begitu juga sebaliknya..kalau benih buruk yang disemai maka buruk la jadinya.
Alhamdulillah..hari ni berpeluang dengar ceramah dari penceramah jemputan Dr. Azhar bin Yaakub sempena sambutan Hari Inovasi ofis (Dulunya dipanggil Hari Kualiti)
Tajuk ceramah adalah Transformasi Hijrah Menuju Peningkatan Profesional. Banyak juga ilmu yang telah disampaikan. Saya nak kongsi sikit apa yang disampaikan tadi. Tapi tak perlu la saya huraikan sebab point yang dikongsikan ini ringkas dan jelas.
Jom tengok benih yang baik dulu:
1. Kejujuran = Akan bercambahnya Keberuntungan
2. Kebajikan = Sokongan
3. Kerendahan hati = Kemuliaan
4. Ketekunan + Keselarasan
5. Pertimbangan = Kesedaran
6. Kerja keras = Kejayaan
7. Pengampunan = Kedamaian
8. Keterbukaan = Keakraban
9. Kesabaran = Kemajuan
10. Iman = Keberkatan/keajaiban
Manakala benih yang tidak baik pula:
1. Ketidakjujuran = Ketidakpercayaan
2. Ego = Keseorangan/sendirian
3. Kebanggaan = Kebinasaan
4. Dengki = Permasalahan
5. Kemalasan = Penyesalan
6. Kebencian = Pengasingan
7. Ketamakan = Kerugian
8. Fitnah = Musuh
9. Kesusahan = Tekanan Hidup
10. Dosa = Keseksaan
" Pada jasad seorang insan itu ada segumpal darah. Apabila baik darah itu maka baik la seluruh jasad yang lain dan apabila buruk darah itu buruk la seluruh jasad. Dan darah itu adalah HATI"
Kebanyakan masalah yang wujud sekarang berpunca daripada hati. Dan sebab masalah hati hanya ada 1..Kurangnya keimanan kepada Allah.
Sekian, Allahualam.
4 comments:
colmar tropicale,bukit tinggi la..
tak pernh stay situ pernight.
so tak thu nak buat ape.
belah malam la...
katenya cantik..
last year duk hillhomes je..
sungguh bermakna dik ! :)
tq kongsi
setuju! sempurnalah kita bila yang baik ni semua ada pada kita
Post a Comment