Jan 8, 2012

Kawan,Rakan,Sahabat..Teman

Ada beza tak makna perkataan diatas?? Apa pun maknanya,bagi saya..yang penting dalam perhubungan di antara seseorang sahabat itu adalah kejujuran.


Jujur..yup,jujur dengan kata-kata..jujur dengan perbuatan. Saya ada seorang sahabat karib..yang sangat rapat. Berkawan dengan dia dari sekolah menengah sampai la ke UiTM. Dan walaupun telah terpisah jauh tapi kami masih saling berhubung.


Dengan dia, saya boleh cakap or luah apa sahaja...termasuk mengkritik dengan sejujurnya. Bagi diri saya (Diulang..DIRI SAYA) seorang sahabat or teman yang baik tidak semestinya menyokong semua tindakan temannya.


Begiti juga,saya memerlukan seorang sahabat yang boleh memberi pendapat, kritikan dan komen tentang diri saya sejujurnya. Apa guna menjadi sahabat kalau hanya mengiyakan semua perbuatan saya demi menjaga hati? Kalau sahabat kita menyayangi diri kita tentu la dia akan jujur mengatakan yang salah itu salah dan yang betul itu betul.


Begitu la juga dengan diri ini..saya menyayangi semua sahabat saya. Seikhlas hati ini memberi komen, pandangan atau kritikan. Kerana apa? Kerana saya sayangkan dia..tak suka untuk jadi hipokrit. Bermuka-muka kononnya menyokong dirinya namun di belakang saya tikam dia bermatian.


Dan saya tahu..tak semua pendapat or komen sahabat saya sama dengan apa yang saya fikir. Terpulang la untuk saya sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Apapun, saya tahu dia ikhlas..dia komen kerana dia sayangkan saya. Nobody is perfect..atau perfect is nobody! Sama2 menegur kesilapan itu kan elok?! Yang menegur tak semestinya sempurna dan yang ditegur tak semestinya 'cacat'. Yang penting kita berfikiran positif.


Alhamdulillah..saya jumpa seorang insan bergelar sahabat seperti itu. Kalau kita betul2 dah kenal hati budi sahabat kita tu tentu kita tak mudah terasa hati kan. Dia boleh kritik saya dan saya boleh kritik dia.. *and i miss her so much* Tiap kali balik kampung tak pernah saya tak jumpa dia..mesti jumpa even sekejap.


Hurmmm..masa mengubah segalanya. Insyaallah hubungan dan kemesraan kami tak akan berubah. Amin.

Dan saya berdoa semoga semakin meningkatnya usia saya diberi lebih kesabaran dan ketenangan hati. Cuba belajar untuk bertenang dalam setiap keadaan.. Cukup2 la melayan darah muda sebab saya dah kurang muda sekarang ni.
Mohon maaf kalau ada di antara kawan-kawan yang terasa hati dengan teguran or kata-kata saya. Itu semua kerana saya tak mahu hipokrit dan kerana..........aku sayang kamu.
Wallahualam..


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 comment:

salina said...

hmm..akak pulak, kalau dah sayangkan seseorang tu, payah pulak nak cakap yg menyakitkan hatinya..kalau cakap pun berlapik2..itu kira hipokrit ke tu?