Dah lama rasanya tak membebel..eh eh..3 hari lama ke? ;p
Nak sembang pasal denggi..
Eeee..seram jer sebenarnya. Ari tu masa bawa Harraz gi klinik, doctor yang kitorang jumpa tu bagitau di area tu (tak perlu kut nyatakan di kawasan mana) ada 30 kes denggi dengan 2 kes kematian melibatkan seorang baby berumur 8 bulan dan seorang lelaki berumur 50-an.
Ada kajian mengatakan nyamuk tu binatang pembunuh manusia no 1..haaa..dasyat tak dasyat..kalah ular..rimau segala.
Di taman rumah sy pun dah banyak kes..terbaru, anak jiran selang 2 umah baru 2 tahun lebih. Sekarang ni ada kat KPJ..dengar kata hospital2 kerajaan pun banyak wad yang penuh disebabkan kes denggi ni. 2 minggu lepas kes denggi berdarah..sebelum2 tu pun ada gak anak beranak kena..di taman kami. Sebab tu jugak la buat gotong royong perdana awal tahun ari tu. Pastu Sabtu baru ni pun wat gotong royong lagi..Fogging pun dah tak jalan dah..nyamuk2 sekarang dah kebal..dah educated agaknya. Tak kalah ngan asap fogging..kita ni pulak yang lemas. Last week dengar kat berita radio kes denggi seluruh Malaysia dah 13,900+/- kes..naik 70% dari tahun lepas untuk tempoh yang sama..
Nak share sikit pasal denggi ni. Nauzubilllahi min dzalik..moga kita semua dijauhkan dari wabak penyakit..aamiin..
Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia. Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu..
Info ni saya dapat dari Wikipedia.
Erkk..tapi sekarang ni fogging pun tak jalan..
Apa pun, sama2 la jaga persekitaran dan dalam rumah kita. RIsau budak2 ni jer..diorang suka main kat luar rumah time petang2..
No comments:
Post a Comment